Belum Seru Untuk Bertudung : Alasan Orang Jahil



Assalamualaikum.....

Apabila terbaca salah satu tajuk berita di Harian Metro bertarikh 21 Februari 2012 iaitu "Belum seru untuk bertudung", yang berada di bahagian hadapan akhbar berkenaan, terus fikiran saya mentafsirkan bahawa ia tidak sepatutnya diucapkan oleh artis berkenaan kerana menutup aurat adalah kewajiban setiap umat Islam.  Kenapa perlu nak "tunggu seru" untuk bertudung sedangkan ia adalah "WAJIB".  Kalau dah sampai "seruan Ilahi" untuk diambil rohnya kembali, bagaimana?.

Benarlah seperti yang dikatakan, kebanyakkan golongan artis tidak sesuai untuk dijadikan ikutan atau contoh pada masyarakat.  Apakah kesannya pada masyarakat jika mereka membaca apa diperkatakan oleh artis dalam berita surat khabar Harian Metro itu?.  Jika masyarakat semakin "beriman" untuk meringan-ringankan keperluan menutup aurat ( dalam konteks ini ialah bertudung), maka si artis berkenaan bersedialah untuk menanggung dosa-dosa masyarakat yang tidak menutup aurat itu, termasuklah dosa diri sendiri yang tidak bertudung.  Pengucapan artis berkenaan akan lebih membawa kesesatan dalam komuniti umat Islam, malah tidak salah untuk mengatakan ianya akan menjejaskan akidah umat Islam.

Berikut adalah salah satu "statement" dari artis berkenaan dalam temuramah dengan wartawan Harian Metro :

 “Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba....." - artis Z

Wahai artis....., ini bukan hanya soal perubahan dalaman dan luaran diri, ikhlas atau tidak, ini soal TANGGUNGJAWAB dalam mengikut suruhan Allah S.W.T.  Mana boleh mengeluarkan kata-kata yang sebegitu dangkal.  Yang diutamakan ialah perbuatan mengikut suruhan Allah S.W.T agar perempuan bertudung yang sewajarnya.  Soal dalaman hati adalah urusan si pelaku dan Tuhannya....

Sebagai contoh paling mudah, saya andaikan "kerja" menutup aurat (bertudung) ini diberi dua (2) markah penuh iaitu satu markah diberi apabila memakai tudung seperti yang disyariatkan serta lagi satu markah diberi jika ia dilaksanakan dengan hati yang ikhlas.  Jika ikutkan seperti apa yang "diimankan" oleh artis berkenaan, maka dia dapat markah "kosong.....".  Anda faham maksud saya?.  Sedangkan kita perlu kumpulkan "markah" (pahala) sebanyak mungkin sebelum kita dijemput pulang oleh Tuhan.....

Sumber
Read more ...

Lelaki Selamat Kerana BerIstighfar Semasa Gempa Bumi Berlaku



Dalam gempa di Pakistan di mana mangsanya mencapai ribuan, pertolongan Allah 'Azza wa Jalla berkenan menyelamatkan seorang lelaki dari kematian.

Pada saat gempa, dia berada di rumah sedang menikmati makanannya. Kemudian dia beranjak ke tempat tidurnya untuk sedikit rehat. Saat dia terlentang di atas katilnya, tiba-tiba gempa ganas terjadi. Bilik bergetar hebat, bahkan seluruh rumah. Atap di atasnya mulai retak dan dia melihatnya. Begitu dahsyatnya hingga dia tidak boleh bergerak dari tempatnya. Tembok-tembok bilik mulai berjatuhan di hadapan matanya. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kecuali beristighfar, mengucapkan, astaghfirullah ... astaghfirullah ... dan terus berterusan sementara atap pun mulai jatuh.

Peristiwa ini terjadi begitu singkat, tidak lebih dari beberapa minit. Allah 'Azza wa Jalla berkehendak menyelamatkan orang ini, dia menceritakan dirinya, "Atap yang terbuat dari tanah khurasan yang tebal benar-benar jatuh, akan tetapi-alhamdulillah-reruntuhannya jatuh di seluruh sudut bilik kecuali tempat yang saya ada di sana. Saya bangkit dan segera keluar, saya pun memuji Allah Subhanallahu wa Ta'ala. "

Saya berkata, "Sungguh benar Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam,

"Barangsiapa memperbanyak istighfar nescaya Allah membuatkannya dari setiap kesusahan ada jalan keluar dan dari setiap kesempitan ada penyelesaian serta diberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."

> Kisah ini saya diceritakan oleh Ustaz Dr. Mubasysyir, seorang perunding di rumah sakit Garda Nasional.

Sumber: Keajaiban Sedekah & Istighfar karya Hasan bin Ahmad bin Hasan Hammam (penterjemah Muhammad Iqbal, Lc & Jamaluddin), penerbit Darul Haq cet. V, Rajab 1429 H / Ogos 2008 M, hal. 143-144.

Sumber
Read more ...

Hikmah Menyimpan Janggut



Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

Read more ...

Sebab Rasulullah Suka Kucing



Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? (silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing)

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.”

Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Sumber
Read more ...

Pokok Dipercayai Tempat Nabi SAW Berteduh

Setelah sampai masanya dan ketika yang baik Nabi bersama rombongan niaga telah berangkat membawa barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Selama dalam perjalanan Nabi tidak henti-henti daripada berzikir dan tidak akan bercampur dengan para ahli rombongan yang akan bernyanyi dan bersyair apabila berhenti berehat. Sikap Nabi yang amat berlainan dari sikap kawan-kawan yang lain diperhatikan oleh Maisarah orang kanan Siti Khadijah.


Apabila sampai di negeri Huran semua rombongan niaga dari selatan khususnya dari Mekah akan berhenti rehat di Kota Busra. Nabi akan mengasingkan diri di bawah pokok kayu yang rendangsementara menunggu rombongan bergerak semula ke destinasi yang sebenar negeri Syam. Tempat yang biasa para khafilah Arab singgah ini adalah dekat dengan gereja atau biara rahib Nasrani atau paderi Kristian.

Ketika rombongan Nabi sedang berehat tiba-tiba muncul seorang paderi bernama Nastura dari dalam biara bertemu Maisarah bertanyakan tentang pemuda yang sedang duduk berehat di bawah pokok kayu rendang.

“Siapakah pemuda yang duduk di bawah pokok sana itu”

“Dia adalah pemuda yang berasal dari Tanah Haram dan berasal dari keturunan Quraisy” beritahu Maisarah.

“Adakah dalam kedua matanya ada tanda merah” tanya paderi Nastura. Maksud tanda merah di mata Nabi ialah terdapat bintik-bintik kecil berwarna merah di mata putih Nabi.

” Ya!” Jawab Maisarah.

“Itulah dia penghabisan nabi-nabi Allah. Mudah-mudahan nanti akan manusia mengetahui di kala dia diangkat menjadi Nabi” Jawab paderi Nastura. Paderi Nastura bergegas ke tempat Nabi terus tunduk mencium kepala dan kaki Nabi dan berkata ;

“Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yang disebut oleh Allah dalam Taurat. Sesungguhnya wahai Muhamad, aku telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada diri engkau sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu. Hanya tinggal satu tanda yang belum aku lihat pada dirimu. Kerana itu bukalah belakangmu untuk aku lihat.”

Setelah Nabi membuka pakaian baginda dan Nastura melihat belakang Nabi, dia berkata kepada Nabi ;

“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah, dan saya naik saksi bahawa engkau Utusan Allah yang ummi dari bangsa Arab Bani Hasyim yang berasal dari penduduk Mekah.”

Dengan berjumpanya Nabi dengan paderi Kristian bernama Nastura di Kota Busra ini bererti dua orang paderi Nasrani yang telah baginda temui mengakui kerasulan baginda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa sebelumnya. Kali pertama adalah paderi Buhaira ketika Nabi berusia 12 tahun mengikut rombongan perniagaan Pak Ciknya Abu Talib.

Dengan pengakuan para ulama besar Kristian pada zaman kehidupan Nabi Muhamad SAW tentang kerasulan baginda menunjukkan betapa tanda-tanda atau alamat kedatangan Rasulullah SAW telah diberitahu oleh Allah SWT terlebih dahulu semoga manusia tidak akan ragu-ragu terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhamad SAW.

Selepas peristiwa bertemu Paderi Nastura Nabi bersama rombongan meneruskan perjalanan ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan yang dibawa.

Kisah ini petikan dari buku “Sejarah Rasulullah Uul Azmi Terbesar Nabi Muhamad SAW” susunan Tarikuddin Haji Hassan mukasurat 79 – 81.

Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai sirah Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup. Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Sumber
Read more ...

Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Kenapa Nabi Muhammad SAW boleh beristeri lebih daripada empat sedangkan Islam hanya mengehadkan poligami kepada 4 orang isteri sahaja pada satu masa? Mungkin jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja sebagai pesuruh Allah s.w.t. Namun begitu, ada perspektif berbeza dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Perbuatan Nabi berkahwin lebih daripada empat sebenarnya bukanlah menghalalkan apa yang diharamkan kepada sekalian umat manusia lain. Tetapi sebenarnya, ketika itu syariat masih belum menghadkan perkahwinan kepada empat orang isteri dalam satu masa. Pada masa itu, sudah menjadi amalan penduduk Arab berkahwin ramai lebih daripada empat, mengikut kepentingan dan hawa nafsu tanpa ada garis panduan tentang kebajikan isteri dan keluarga. Sehinggalah Allah mensyariatkan supaya dibenarkan seorang lelaki berkahwin hanya empat wanita saja dalam satu masa demi menjaga kebajikan para isteri.

Setelah turun ayat Al-Quran yang menghadkan bilangan isteri kepada empat orang pada akhir tahun ke-8 hijrah, hanya 3 tahun sebelum kewafatan Nabi S.A.W. para sahabat diminta memilih isteri yang mereka mahu kekal bersamanya sekadar empat dan menceraikan selebihnya. Oleh kerana syara' juga mengharamkan para sahabat untuk berkahwin dengan bekas isteri Rasulullah kerana mereka dianggap Ummahaatul Mukminin (ibu sekalian orang beriman), maka Nabi tidak menceraikan mereka supaya tidak menzalimi mereka dan tidak berkahwin lain selepas itu.

Jadi, Nabi diizinkan beristeri lebih daripada empat bukan kerana semata-mata pengkhususannya sebagai seorang Nabi Allah. Tetapi kerana perkahwinan telah berlaku dan perbuatan menceraikan isteri-isteri Nabi boleh menzalimi para Ummahaatul Mukminin kerana akan meninggalkan mereka hidup tanpa suami selepas Nabi.


Golongan barat juga pernah menuduh Nabi S.A.W. sebagai 'pedophile' kerana berkahwin dengan Aishah ketika berumur 9 tahun. Sedangkan sebenarnya amalan tersebut bukan khusus untuk Nabi S.A.W. Malahan amalan masyarakat Arab zaman itu. Jika dilihat kepada isteri Nabi yang lain semasa mengahwini Nabi, mereka sudah bergelar janda semasa berumur 17, 21 atau 25 tahun. Bermakna mereka sudah berkahwin lebih muda daripada itu. Malah ada yang pernah berkahwin sebelum itu lebih daripada sekali.

Sehingga sekarang, di tanah Arab masih ada amalan mengahwinkan anak seawal 13, 14 tahun. Kita tidak berhak menghukum tindakan mereka salah kerana itu sudah amalan mereka. Begitu juga dengan amalan masyarakat kita yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak dara masih belum berkahwin sedangkan umur sudah mencecah 30 tahun. Sehingga timbulnya gelaran andartu. Mungkin amalan kita pula yang menjadi satu kepelikan bagi mereka.

Wallahua'lam.....

Sumber
Read more ...

Kota Peninggalan Kaum Tsamud Dan Kebenaran Al-Quran


Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.

Surah al-Araaf ayat 74

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antaraMadinah dan Syria.



Lokasi kota tsamud (Mada'in Salih)

Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul
Surah al-Hijr ayat 81

Mukjizat Nabi Saleh

Seorang nabi telah diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.

Surah al-Israa ayat 59

Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.

Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As

Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.”
(surah al-A’raaf: 75-79)

Azab Allah Swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.
Surah as-Fushsilat ayat 17

Berikut adalah bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu.
Surah at-Thalaq ayat 10

Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.

Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan.

Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.


Sumber
Read more ...

10 Surah Dapat Menghalang daripada 10 Ujian Besar Allah



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sumber
Read more ...

Perbualan Antara Rasulullah dan Malaikat Jibril Tentang Kiamat


Dari Umar ibnu Khattab ra beliau berkata: "Pada suatu hari tatkala kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. lalu datang seorang laki-laki. Pakaiannya sangat putih. Rambutnya sangat hitam.


Tidak nampak tanda-tanda bahawa dia dari perjalanan. Tidak seorangpun di antara kami yang mengenalnyaa. Kemudian orang tersebut duduk berhadapan dengan Rasulullah SAW.Disandarkannyaa kedua lututnya ke lutut Rasul dan kedua telapak tangannya diletakkan pada kedua-dua paha Rasul.

Kemudian orang itu berkata: "Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam ..." Lalu Nabi menjawab; "Islam itu bahawa kamu saksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Kamu dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan laksanakann haji ke Baitullah jika kamu mampu berjalan ke sana. "
Orang itu kemudian berkata: "Benar engkau ..."

kami pun hairan (kata Umar) dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkan. Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Iman."

Rasul menjawab; 'Iman, bahawa kamu percaya kepada Allah, kepada para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, percaya kepadaa hari akhir dan percaya kepada takdir baik atau buruk. "" Benar engkau, "kata orang itu pula.

Kemudian dia berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tentang Ihsan (kebajikan)."
Nabi menjawab: "Ihsan itu adalah engkau sembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak mampu melihatNya, ketahuilah bahawa Dia tetap melihat engkau."

Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Kiamat."
Lalu Rasul menjawab: "Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya."

Lalu kemudian orang itu berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tanda-tanda akan datang Kiamat. "

Rasul menjawab: 'Bahawa seorang ibu melahirkan pemimpinnya dan engkau akan melihat yang dulunya seorang yang hidup fakir, berjalan pun tidak beralas kaki namun mereka berlumba-lumba untuk membina bangunan-bangunan. "

Kemudian orang itu berpisah dari kami dan aku (kata Umar) berlangsung sejenak ... lalu Nabi bertanya kepadaku ...: "Ya Umar, kamu tahu siapa yang bertanya tadi .."

Aku berkata: "Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu."
Lantas Nabi bersabda: "Dia adalah Jibril, dia datang untuk mengajarkan agama kepada kamu." (HRMuslim)

Read more ...

62 Mukjizat Nabi Muhammad

Ternyata Rasulullah memiliki mu'jizat yang diberikan Allah sebagai yang terbanyak diantara para nabi dan rasul yang lain. Beliau memiliki 62 mu'jizat
diantaranya :





Masa Kecil Muhammad
  1. Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.
  2. Saat melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.
  3. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
  4. Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah bisa dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.
  5. Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susuan Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad karena yatim. Namun, karena alasan ia tidak ingin dicemooh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup nomaden bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.
  6. Abdul Muthalib, kakek Muhammad menuturkan bahwa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud saat kelahiran Muhammad. Ia juga menuturkan bahwa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”
  7. Dikisahkan saat Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi di ketika Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badui. Setelah kejadian itu, Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran detai bahwa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad diisra’kan ke Yerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.
  8. Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai tampak setelah ibu dan kakeknya meninggal. Dikisahkan bahwa Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa lelah dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut.
  9. Pendeta Bahira menuturkan bahwa ia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Muhammad saat itu berusia 12 tahun sedang beristirahat di wilayah Bushra dari perjalannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syiria. Pendeta Bahira menceritakan bahwa kedatangan Muhammad saat itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad dan menyaksikan adanya sebuah “stempel kenabian” (tanda kenabian) di kulit punggungnya.
  10. Mukjizat lain adalah Muhammad pernah memperpendek perjalanan. Kisah ini terjadi saat pulang dari Syiria. Muhammad diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah saat perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad.
Kharisma
  1. Tatapan mata yang menggetarkan Ghaurats bin Harits, yaitu seorang musuh yang sedang menghunus pedang kearah leher Muhammad.
  2. Menjadikan tangan Abu Jahal kaku.
  3. Jin yang bernama Muhayr bin Habbar membantu dakwah Muhammad, kemudian jin itu diganti namanya menjadi Abdullah bin Abhar.
Menghilang Dan Menidurkan Musuh
  1. Menghilang saat akan dibunuh oleh utusan Amr bin at-Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijriah atau Tahun Utusan.
  2. Menghilang saat akan dilempari batu oleh Ummu Jamil, bibi Muhammad ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.
  3. Menghilang saat akan dibunuh Abu Jahal dimana saat itu ia sedang shalat.
  4. Menidurkan 10 pemuda Mekkah yang berencana membunuhnya dengan taburan pasir.
Binatang, Tumbuhan, Alam Dan Benda Mati
  1. Seekor srigala berbicara kepada Muhammad.
  2. Berbicara dengan unta yang lari dari pemiliknya yang menyebabkan masyarakatnya meninggalkan shalat Isya’.
  3. Berbicara dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahwa hadiah tersebut bukan untuk Abu Jahal melainkan untuk Muhammad.
  4. Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.
  5. Dua Sahabat Nabi saw dibimbing oleh cahaya.
  6. Mimbar menangis setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah.
  7. Pohon kurma dapat berbuah dengan seketika.
  8. Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad.
  9. Pohon menjadi saksi dan dibuat berbicara kepada Muhammad.
  10. Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad.
  11. Mendatangkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau tahun 6 Hijriah di Madinah yang saat itu mengalami kekeringan.
  12. Berbicara dengan gunung untuk mengelurkan air bagi Uqa’il bin Abi Thalib yang kehausan.
  13. Berbicara dengan gilingan tepung Fatimah yang takut dijadikan batu-batu neraka.
  14. Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy.
  15. Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya.
  16. Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak di bunuh oleh Syaibah bin ‘Utsman pda Perang Hunain.
Makanan Dan Minuman
  1. Makanan yang di makan oleh Muhammad mengagungkan Nama Allah.
  2. Makanan sedikit yang bisa dimakan sebanyak 800 orang pada Perang Khandaq.
  3. Roti sedikit cukup untuk orang banyak.
  4. Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.
  5. Makanan yang dimakan tidak berkurang justru bertambah tiga kali lipat.
  6. Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badui Arab tetap utuh tidak berkurang selama berhari-hari.
  7. Menjadikan minyak samin Ummu Malik tetap utuh tidak berkurang walau telah diberikan kepada Muhammad.
  8. Air memancar dari sela-sela jari. Kemudian air itu untuk berwudhu 300 orang sahabat hanya dengan semangkuk air.
  9. Susu dan kencing unta bisa menyembuhkan penyakit atas ijin Allah.
Mendo’akan Dan Menyembuhkan
  1. Menyembuhkan betis Ibnu Al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa meresakan sakit sedikit pun.
  2. Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya.
  3. Mendo’akan untuk menumbuhkan gigi salah seorang sahabatnya bernama Sabiqah yang rontok sewaktu perang.
  4. Mendo’akan Anas bin Malik dengan banyak harta dan anak.
  5. Menyembuhkan daya ingat Abu Hurayrah yang pelupa.
  6. Menyembuhkan penyakit mata Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar.
  7. Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Tsur dari pengejaran penduduk Mekah.
  8. Menyembuhkan tangan wanita yang lumpuh dengan tongkatnya.
  9. Menyambung tangan Badui yang putus yang dipotongnya sendiri setelah menampar Muhammad.
  10. Mendoakan supaya Kerajaan Kisra hancur, kemudian do’a tersebut dikabulkan.
  11. Mendoakan Ibnu Abbas menjadi orang yang faqih dalam agama Islam.
Hal Ghaib Dan Ramalan
  1. Mengetahui siksa kubur dua orang dalam makam yang dilewatinya karena dua orang tersebut selalu shalat dalam keadaan kotor karena kencingnya selalu mengenai pakaian shalat.
  2. Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang disiksa dalam kuburnya.
  3. Meramalkan seorang istrinya ada yang akan menunggangi unta merah, dan disekitarnya ada banyak anjing yang menggonggong dan orang tewas. Hal itu terbukti pada Aisyah pada saat Perang Jamal di wilayah Hawwab yang mengalami kejadian yang diramalkan Muhammad.
  4. Meramalkan istrinya yang paling rajin bersedekah akan meninggal tidak lama setelahnya dan terbukti dengan meninggalnya Zainab yang dikenal rajin bersedekah tidak lama setelah kematian Muhammad.
  5. Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapak para khalifah” yang terbukti pada keturunah Abdullah bin Abbas yang menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.
  6. Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.
Mukjizat Terbesar
  1. Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.
  2. Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
  3. Menerima Al-Qur’an sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.
Sumber
Read more ...

Aksi Lucah Ketika Solat !

Pernahkah anda solat berjemaah dan di hadapan anda seorang anak muda yang berseluar jean ketat sedang bersujud?. Jika anda perhatikan anak muda itu akan memaparkan lurah punggungnya dengan anggun sekali sambil dia kusyuk bersujud.


Dalam sebulan saya akan sentiasa terserempak dengan aksi lucah tersebut sekurang-kurangnya sekali. Melihat perkembangan jumlah anak-anak muda yang makin ramai datang bersolat di Masjid amat membanggakan sekarang ini, tapi malangnya terdapat ramai yang tidak menghayati rukun serta syarat sah dan batal solat tersebut.

Jika kita memahami dan menghayati solat maka kita akan secara lansung menjaga tertib berpakaian. Agama kita tidak menghalang umatnya memilih pakaian yang kita selesa asalkan ianya menutup aurat. Di samping itu terdapat beberapa ciri-ciri lain yang kita patut jaga.

1. Pakaian kita hendaklah sentiasa dalam keadaan menutup aurat kita dalam semua pergerakan solat seperti rukuk, sujud, duduk dan lain-lain. Maka amat mustahak kita memilih baju yang agak panjang sedikit yang tidak akan terselak ketika kita sujud atau rukuk. Baju ketat ala Shah Rukh Khan amat tak sesuai. Begitu juga seluar ketat ala penyanyi rock atau seluar londeh ala penyanyi Rap perlu di jauhkan.

2. Pastikan pakaian kita tidak dicemari najis dan sentiasa bersih. Kita perlu berhati-hati dalam segala aktiviti harian kita jika kita mahu menggunakan pakaian yang sama untuk bersolat. Jagalah kebersihan diri kita dan pakaian kita.

3. Jangan kita memakai pakaian yang memaparkan cogan kata atau gambar yang celupar, lucah, bodoh atau apa-apa saja yang mempromosikan perbuatan yang tidak patut. Kalau pakaian yang kosong sahaja lagi bagus.

4. Elakkan juga pkaian yang nipis dan terkoyak sana sini.
Daripada senarai etika berpakaian di atas kesimpulannya muslim yang memelihara solatnya akan terpelihara pakaiannya dengan sopan dan menarik. Muslim tersebut akan mempunyai satu prinsip yang tetap dalam membuat pilihan pakaian.

Kita juga akan terhalang dari mengikut secara hentam kromo segala budaya pakaian artis barat yang tak sesuai. Terjagalah umat Islam dari mudah dipengaruhi oleh segala iklan dan promosi media yang keterlaluan menonjolkan budaya artis yang palsu.

Sempena hari jumaat ini, mari kita lihat semula citarasa memilih pakaian kita agar solat kita terpelihara dan diterima Tuhan.

Sumber
Read more ...

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Islam

Wahai wanita..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela.




Jadi, antara ciri~ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.

Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.

Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.

Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita ‘sejuk mata memandang’ seperti di bawah ini:

Bersopan satun
Sentiasa memaniskan wajah
Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki..

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini.

Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

Sepertimana Dr. Fadillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

“Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama."

Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.

Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..”

Sumber
Read more ...

Orang Islam Berkahwin Dengan Jin Islam

Soalan

Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?




Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)

Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).

Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.

Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.

Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.

Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.

Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaik ialah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”

Wallahu’alam…

Sumber
Read more ...

Perancis Buka Tanah Perkuburan Islam Rasmi Pertama

Perancis telah membuka tanah perkuburan orang Islam yang pertama di bandar timur laut Strasburg, satu tindakan yang dialu-alukan oleh umat Islam sebagai satu langkah ke arah mengintegrasikan salah satu kumpulan minoriti terbesar di negara itu.




Pembukaan tanah perkuburan itu adalah detik "bersejarah" bagi umat Islam di Perancis yang mana adalah simbol penting pemilikan bagi masyarakat, Mohammed Moussaoui, ketua Majlis Agama Islam di Perancis memberitahu Agence France-Presse (AFP) pada hari Isnin, 7 Februari.

Pelbagai pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri pembukaan tanah perkuburan itu, yang mempunyai ruang untuk kira-kira 1,000 kubur.

Tanah perkuburan, yang berharga kira-kira 800,000 euro, menghadap ke arah Makkah, mempunyai ruang untuk berwudhu' dan surau yang berasingan.

Perancis merupakan rumah kepada minoriti Muslim seramai enam juta orang, yang terbesar di Eropah.

Islam menyeru untuk menghormati manusia sama ada hidup atau mati. Mayat seorang Muslim perlu segera dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan dan persediaan.

Dua atau tiga orang Muslim dewasa perlu memandikan mayat dan kemudian mengkapannya. Sebelum dikebumikan, solat jenazah perlu dilakukan.
Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin. Adalah makruh (tercela) untuk melambatkan pengebumian jenazah.

Sumber


P/S: Islam semakin berkembang.
Read more ...

'Makkah' ada di Kota London

'Makkah' berada di tengah-tengah kota London. Demikian kira-kira judul laporan harian terkemuka Inggeris the Daily Mail pada hujung minggu lalu.

Laporan tersebut menulis tentang Muslim Inggeris yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di jalanan lantaran bilik masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung mereka.



Dalam artikel bertajuk "The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows", harian itu melaporkan banyak orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat banyak orang berdoa bersama di luar.

'' Hal itu bukanlah pemandangan sehari-hari di Inggeris,'' tulis the Daily Mail.
Dalam bayangan bangunan pencakar langit dan ruang kaca serta baja di Mile Square, beratus-ratus umat Islam berlutut di jalanan melaksanakan Solat Jumaat. Aktiviti selama satu jam di tengah-tengah daerah kewangan London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jamaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.

Para pekerja yang masih memakai sut itu berbaur dengan umat Muslim dari komuniti tempatan Bangladesh. Mereka tumpah sampai ke jalan-jalan di samping Bentley dan daerah perparkiran kereta.

Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid yang terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Banyak juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Para pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan pejabat yang menjulang tinggi. Umat ​​Muslim tanpa kasut melakukan Solat Jumaat dan bersujud menghadap ke Mekah.

Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, kira-kira 300 umat Islam yang bekerja di sekitar bangunan muncul berbaur bersama penduduk tempatan yang juga ingin menjalani Solat Jumaat. Alhasil, jamaah solat Jumaat meluber hingga ke jalan.

"Itu tumbuh dan berkembang dalam beberapa tahun terakhir," ujar seorang pekerja yang masih mengenakan jas usai Solat Jumaat. "Banyak orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka melihat banyak orang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat tepat di tengah-tengah Bandar.''

Sumber
Read more ...

Imam Tentera Amerika

Postur badan yang tinggi, besar dan berkulit hitam mungkin pemandangan umum di angkatan darat AS. Namun, ada satu hal yang membuatnya cukup ketara iaitu bulan sabit bersulam hitam pada di topi rasminya. Ya, itulah penampilan seharian Mayor Khallid Shabazz ketika berseragam rasmi.




Dengan lambang itu, Khallid dikenali sebagai seorang Imam yang mewakili perwakilan Muslim dalam tentera AS. Dengan kedudukannya itu, Khallid selalu mendapat perhatian lantaran polisi AS melawan kelompok Muslim  selama satu dekad. "Saya bukan seorang imam, tapi saya seorang Muslim," katanya seperti dilaporkan agusta.com, Isnin(6/2).

Ketika ini, AS menempatkan sejumlah imam dalam beberapa lokasi strategik. Khallid sendiri ditempatkan di Jerman. Di sana dia bertugas membimbing tentera AS yang Muslim. Namun, dalam tugasnya dia juga memberikan arahan kepada tentera AS beragama Kristian.

Sebelum memeluk Islam, Khallid yang dahulu bernama Michael Barnes merupakan individu yang dibesarkan dalam keluarga Kristian yang taat. Semasa remaja, Khallid banyak melalui perkara pahit yang paling teruk ketika dia dipukul dan ditembak oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Selanjutnya, kehidupan Khallid berubah drastik setelah dia diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan. Baginya, kewajipan itu menjanjikan harapan baru berupa kehidupan yang lebih baik. Memang benar, kehidupan tentera sangat sesuai untuk Khallid. Tapi kedudukannya sebagai tentera barisan hadapan membuatnya sengsara.

Suatu ketika, dia mendapati sebuah perbincangan agama dengan seorang Muslim. Dari perbincangan itu, ada perubahan perspektif dalam dirinya tentang agama. Dia pun memutuskan memeluk Islam. Keputusannya itu mendapat cemuhan dari pihak atasannya. "Mengapa anda melakukan sesuatu yang bodoh," kata dia.

Melihat komen itu, Khallid terpukul. Namun, seorang pendeta Katolik menyarankannya untuk menjadi ulama tentera. "Sepertinya itu adalah wahyu. Saya merasa ada hal yang harus dikerjakan," tenang Khallid. Dia memulakan niat itu dengan menukar namanya menjadi Khallid Shabbaz. Dia pelajari bahasa Arab dan Islam di Jordan.

Tugas besarnya pun bermula pada 2004. Ketika itu, dia ditugaskan untuk menjadi ulama bagi tahanan pengganas di penjara Guantanamo, Cuba. Dia menggantikan ulama bernama Yusuf Lee yang ditahan atas tuduhan hasutan. "Ketika itu, saya tidak punya waktu untuk takut," katanya.

Khallid mula merasa seperti orang buangan di Guantanamo. Sebagai seorang imam tanpa janggut, berikut dengan seragam tentera Amerika. Para tahanan umumnya tidak percaya padanya. Para penjaga di Guantanamo pun tidak terlalu tertarik pada seorang lelaki yang melayani musuh Amerika. "Inilah bahagian yang sukar dari hidup saya. Padahal aku tidak memihak sesiapa," kata dia.

Khallid akhirnya menarik perhatian saudara-saudaranya melalui keperibadian dan kemampuannya dalam bermain bola keranjang. Dia berjaya menjalankan misinya sebagai duta bagi tentera, AS dan Islam. "Ketika mereka berinteraksi dengan saya, saya mempunyai bola untuk dimainkan dengan orang-orang ini," katanya dia.

Sumber
Read more ...

15,000 Rakyat Britain Masuk Islam Dalam Masa 2 Tahun

‎15,000  penduduk Britain memeluk Islam dalam masa 2 tahun....




Pada Tahun 2001-2010 sebanyak 6,000 penduduk Britain telah memeluk Islam setengah daripada jumlah tersebut adalah wanita.
Pada tahun 2011 sebanyak 5200 orang.
Perkembangan Islam di Britain adalah disebabkan budaya hidup Islam yang memberi kebahagiaan dalam kehidupan keluarga serta dengan memeluk Islam mereka berjaya meninggalkan tabiat tidak baik seperti minum arak dan merokok.
SubhanAllah, Indahnya kehidupan dalam agama Islam.

Insya Allah mereka ini akan menjadi penganut Islam yang komited setelah memperolehi hidayah dari Allah.
 

Sumber
Read more ...

10 Masjid Tertua Di Dunia Yang Perlu Anda Tahu

10 masjid tertua inilah yang meneruskan kesinambungan perjuangan Rasulullah SAW sehingga sekarang. Keunikan dan keutuhannya ternyata mengagumkan umat manusia pada hari ini.

1) Masjid Quba



2) Masjid Al-Nabawi



Masjid Al-Nabawi atau sering disebut sebagai Masjid Nabi dan ianya juga merupakan makam Nabi Muhammad S.A.W. Ianya juga dianggap sebagai tempat suci kedua bagi umat islam. Ianya dibina pada tahun 622 dan terletak di Madinah, Arab Saudi.

3) Masjid Al-Qiblatain



Masjid Al-Qiblatain atau masjid dua kiblat ialah sebuah masjid yang penting bagi umat islam. Ianya merupakan tempat Nabi Muhammad S.A.W mehimpun doa dan memerintahkan untuk mengubah arah kiblat dari Baitulmaqqdis ke Makkah. Di bina pada tahun 623 dan terletak di Madinah, Arab Saudi.

4) Masjid Jawatha



Merupakan masjid terawal di bina di Timur Arab pada tahun 629. Ianya terletak di Al Kilabiyah, Arab Saudi.

5) Masjid Al-Haram



Masjid Al-Haram merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia. Ianya terletak di Kota Makkah, ianya mengelilingi Ka'bah iaitu kiblat untuk seluruh penganut agama islam.

6) Masjid Al-Kufah



Masjid Al-Kufah atau Masjid Al-Azam terletak di Kufah, Iraq. Ianya merupakan salah satu masjid paling awal dalam tamadun islam. Dibina pada tahun 639 di Kufah, Iraq.

7) Masjid Uqba



Masjid Uqba juga dikenali sebagai Masjid Kairouan. Ianya merupakan salah satu masjid paling penting di Tunisia, terletak di kota warisan dunia (UNESCO) Kairouan.

8) Masjid Imam Hussain



Masjid ini merupakan sebuah tempat suci puak syiah islam di Kota Karbala, Iraq.

9) Masjid Al-Aqsa



Masjid Al-Aqsa, merupakan tempat suci islam di kota lama palestin. Masjid ini dibina Tebing Barat, Palestin ianya dibina pada tahun 105. Masjid inilah yang cuba dirampas oleh yahudi Israel.

10) Masjid Al-Zaytuna


Masjid Al-Zaytuna atau Ez-ztouna atau Ezzitouna adalah sebuah masjid yang terbesar di Tunisia iaitu berdekatan dengan pantai utara Afrika. ianya dibina pada tahun 709.
Read more ...

Rahsia Di Sebalik Nama Muhammad!

Setelah berblogwalking kejap tadi..ada beberapa artikel yang menarik untuk dikongsikan kepada anda sekalian..Siapa yang mempunyai nama Muhammad maka sangat beruntunglah orang itu dikurniakan dengan nama yang baik dan membawa maksud Yang Terpuji..persis nama Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi idola setiap insan di muka bumi ini..namun pernahkah anda mengetahui apakah disebalik nama Muhammad itu?


1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim ha mim dal, maka akan menjadi sebuah sekesta seorang manusia. sudah maklum adanya bahwa sebaik-baik mahluk / ciptaan yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan aqal mereka, sementara mahluk lain hanyalah hayawan dan planet-planet yang penuh rahasia.

Manusia Sempurna:



2. Kata Ahmad, jika kita cermati satu-persatu hurufnya mak huruf-huruf itu akan mennggambarkan sosok orang yang sedang melakukan sholat, tahukah kita bahwa sholat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

Ahmad Terpisah:



3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam shalat. dalam ritual sholat Sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, karena pada saat sujud manusia menundukkan 8 bagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan total kepada sang pencipta. hmmm betapa rahasia Tuhan sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahasia-rahaisa lain dibalik sosok, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati 'Habibullah: Muhammad'.


Read more ...

Menjelang Hari Valentine

PETALING JAYA: Menjelang sambutan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari depan, PAS melalui sayap pemudannya, sekali lagi menyatakan pendirian mahu menghentikan sambutan berkenaan.


Hal ini bersesuaian dengan tindakan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Pemimpin parti itu termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, sambutan berkenaan mesti dihentikan kerana akan menjadi penyebab kepada aktiviti tidak bermoral.

Bagi timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, beliau mahu kerajaan mempamerkan iklan anti sambutan Hari Kekasih di televisyen bagi menghalang umat Islam daripada menyambutnya.

"Setiap tahun kita sertai pasukan pencegahan bersama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain untuk memberi kesedaran bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam.

"Kita tidak mahu sambutannya menjadi amalan dikalangan orang Islam. Langkah terbaik adalah dengan menghebahkannya di televisyen.

"Pihak kerajaan begitu mudah untuk berbuat demikian kerana mereka mengawal media utama," katanya.

Tahun lalu pihak berkuasa agama telah menahan lebih seratus pasangan beragama Islam yang terlibat dalam sambutan Hari Kekasih.

Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.

Sumber

Sumber: Tak habis2 maksiat di hari valentine ni...
Read more ...
ads