Pengajian Sejarah Kita Silap - Dr Abu Hassan Hasbullah



Sementara polemik mengenai sejarah dan pejuang kemerdekaan menjadi kontroversi ketika menjelang sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini, seorang ahli akademik berkata, pengajian sejarah di negara ini sebenarnya “silap.”

Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya menegaskan, rakyat negara ini tidak mengikuti proses pembelajaran sejarah secara menyeluruh dan “kita tidak memahami sejarah itu sendiri dari peringkat awalnya.”

“Sejarah ini ibarat mumia, masyarakat kita tidak melihat mumia itu secara keseluruhan, sebaliknya hanya melihat tunggul mumia itu sahaja,” kata beliau pada forum anjuran Akademi Pak Sako di bawah tajuk “Malaysia Dan Sejarah Yang Belum Selesai” di sini malam tadi.

“Kita harus melihat sejarah secara makro, secara keseluruhan sejarah, bukan hanya melihat satu petikan kecil di antara keseluruhan sejarah dan kita mentaksirkan itu adalah sejarah secara makronya,” kata beliau lagi.

Sambil menjelaskan sejarah adalah pemikiran yang akan tetap membawa ke akhir zaman, beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pendapat dan pendirian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan dengan lantang Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

“Saya minta maaf, saya bukan menentang, tapi saya mengkritik pendapat sedemikian. Tanah Melayu sebenarnya adalah tanah jajahan British, yang tidak dapat disangkal lagi,” katanya yang turut mendapat jolokan “Profesor Google” negara ini.

“Ketaksuban seorang sejarawan itu sendiri sebenarnya satu kesilapan, saya menolak seseorang individu itu sebagai sejarawan tulen sekiranya mereka lebih taksub kepada seorang tokoh berbanding melihat secara keseluruhan berkenaan tokoh itu,” ujarnya lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh aktivis Hishamuddin Rais, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, penulis dan budayawan Hasmi Hashim, dan juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai ahli panel.

Penganjur berkata forum itu diadakan untuk memupuk budaya diskusi secara sihat dan beretika di kalangan masyarakat khususnya anak-anak muda dan menggalakkan perbincangan isu-isu yang dilihat penting dalam konteks Malaysia dengan merentasi latar bangsa, agama dan fahaman politik.

Selain itu, forum ini akan turut membincang dan mengupas pelbagai persoalan sejarah yang selama ini menjadi subjek perbualan dan perdebatan harian rakyat Malaysia.

Sumber
Read more ...

Ibadah - Solat Dalam Keadaan Mengantuk


Hadith:
Diriwayatkan dari Anas r.a : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).

Huraian Hadith: 
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal. Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Sumber
Read more ...

Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?


Kenapa Nabi Muhammad SAW boleh beristeri lebih daripada empat sedangkan Islam hanya mengehadkan poligami kepada 4 orang isteri sahaja pada satu masa? Mungkin jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja sebagai pesuruh Allah s.w.t. Namun begitu, ada perspektif berbeza dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Perbuatan Nabi berkahwin lebih daripada empat sebenarnya bukanlah menghalalkan apa yang diharamkan kepada sekalian umat manusia lain. Tetapi sebenarnya, ketika itu syariat masih belum menghadkan perkahwinan kepada empat orang isteri dalam satu masa. Pada masa itu, sudah menjadi amalan penduduk Arab berkahwin ramai lebih daripada empat, mengikut kepentingan dan hawa nafsu tanpa ada garis panduan tentang kebajikan isteri dan keluarga. Sehinggalah Allah mensyariatkan supaya dibenarkan seorang lelaki berkahwin hanya empat wanita saja dalam satu masa demi menjaga kebajikan para isteri.

Setelah turun ayat Al-Quran yang menghadkan bilangan isteri kepada empat orang pada akhir tahun ke-8 hijrah, hanya 3 tahun sebelum kewafatan Nabi S.A.W. para sahabat diminta memilih isteri yang mereka mahu kekal bersamanya sekadar empat dan menceraikan selebihnya. Oleh kerana syara' juga mengharamkan para sahabat untuk berkahwin dengan bekas isteri Rasulullah kerana mereka dianggap Ummahaatul Mukminin (ibu sekalian orang beriman), maka Nabi tidak menceraikan mereka supaya tidak menzalimi mereka dan tidak berkahwin lain selepas itu.

Jadi, Nabi diizinkan beristeri lebih daripada empat bukan kerana semata-mata pengkhususannya sebagai seorang Nabi Allah. Tetapi kerana perkahwinan telah berlaku dan perbuatan menceraikan isteri-isteri Nabi boleh menzalimi para Ummahaatul Mukminin kerana akan meninggalkan mereka hidup tanpa suami selepas Nabi.

Gambar Hiasan

Golongan barat juga pernah menuduh Nabi S.A.W. sebagai 'pedophile' kerana berkahwin dengan Aishah ketika berumur 9 tahun. Sedangkan sebenarnya amalan tersebut bukan khusus untuk Nabi S.A.W. Malahan amalan masyarakat Arab zaman itu. Jika dilihat kepada isteri Nabi yang lain semasa mengahwini Nabi, mereka sudah bergelar janda semasa berumur 17, 21 atau 25 tahun. Bermakna mereka sudah berkahwin lebih muda daripada itu. Malah ada yang pernah berkahwin sebelum itu lebih daripada sekali.

Sehingga sekarang, di tanah Arab masih ada amalan mengahwinkan anak seawal 13, 14 tahun. Kita tidak berhak menghukum tindakan mereka salah kerana itu sudah amalan mereka. Begitu juga dengan amalan masyarakat kita yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak dara masih belum berkahwin sedangkan umur sudah mencecah 30 tahun. Sehingga timbulnya gelaran andartu. Mungkin amalan kita pula yang menjadi satu kepelikan bagi mereka.

Wallahua'lam.....

Sumber

Read more ...

Kejadian Sebelum Hari Kiamat Tiba



Kiamat adalah hari di mana akan  musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang  pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada  hari Jumaat? Jadi mari kita
selami dan baca kisah di mana  peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat.

1 . Munculnya Imam Mahdi

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang  terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan  tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan,  yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat  Hasan sambil berkata: ” Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti  dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya  seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi  kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”.
Kemudian Ali menceritakan  keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.



Rasulullah SAW pernah bersabda, ” Akan  keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi,  yakni untuk mengikuti pemerintahannya ” . Imam Mahdi yang dijanjikan akan  datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka  akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh  atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat  ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat  cela, tiada kezaliman dan kebaikan
berkekalan. Beliau menguasai dunia  seperti Nabi Allah Sulaiman.

2. Munculnya Al-Masih Dajjal



Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama  Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia  diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku  dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana  terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh  daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di  antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh  setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi  selama 40 tahun.

Pada akhir zaman nanti kemarau panjang  akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh  dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan,  kehausan dan banyak penyakit melanda. Ketika itulah akan munculnya  Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan  hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar  berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi  kekeringan bumi.

Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam  mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang  sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan  kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal  mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir  sekali dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan bahkan dia mempunyai  syurga dan neraka.

Dajjal berkata, ” Akulah tuhan semesta  alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan ” . Tiba-tiba ada seorang  mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada dua bahagian.  Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, ” Berdiri engkau “, lalu  ia pon berdiri dan Dajjal bertanya lagi, ” Percayakah engkau aku ini  tuhan sekalian alam? ” , orang mukmin itu menjawab, ” Tidak, engkau masih  Al-Masih pembohong ” , lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.

Orang-orang yang percaya pada Dajjal  kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku.  Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal.  Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya  termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka  membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat  memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh Malaikat.



Bilangan orang-orang mukmin semakin  sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri  dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani  Adam yang ramai dan kahirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan  dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu  berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta  pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana  bacaan yang kuat itu.

Berbulan-bulan mereka terperangkap di  atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak  tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu  seruan dari langit,” Telah datang kepada kamu pertolongan! “. Tatkala itu  bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa bin Maryam dan tangannya  pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa  kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika  Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, ” Wahai  nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat ” . Isa AS bekata, ” Wahai  musuh Allah, engkau mengaku sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau  solat dan mengabdi? ” ,  Lalu
tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa  di Babu Luddi Palestin.

3. Turunnya Isa Bin Maryam



Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang  diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan  aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal  berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta  memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan  segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak  perempuan boleh bermain dengan harimau.

Turunnya Nabi Isa diriwayatkan  bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik  dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya  terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan  terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib,  membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana  waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya. Tiada lagi cemburu,  dengki , marah-memarahi antara
satu sama lain, dunia berjalan dengan  aman dan lancar.

Bumi akan mengeluarkan cahaya dan  menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang  memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi Isa akan memimpin dunia  dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau  disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam  Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga  akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.

4. Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj

Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang  telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah  sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan  dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj  Makjuj lalu meminta Raja
Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk  membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung  tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama  tinggi seperti dua
puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung  sehingga Kiamat nanti.

Telah tiba masanya lalu dengan izin  Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari  melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu  dengan lajunya seperti empangan yang
pecah mengeluarkan airnya. Lalu  Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga  kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan  bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan  Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah  mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.

5. Terbitnya Matahari Dari Barat



Terbitnya matahari dari ufuk barat  adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia  bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu  setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di  timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah , sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia  ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali  kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang  ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia.  Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua  manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama  dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas  tidur, orang yang selalu solat
subuh di awal waktu masih menanti masa  solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya  kepada jiran mengapa dunia masih gelap.

Rupanya Allah telah menahan matahari  dari menjalani tugasnya, Allah berfirman,” Diamlah engkau disini “.  Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, ” Terbitlah engkau dari tempat terbenammu” , lalu terbitlah matahari dari  ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana  ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat  terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau  yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala  tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya  matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu  syurga, maka menyesallah mereka sehingga
mulai hari itu, tidak seorang  pun akan bekerja lagi.

6. Keluarnya Binatang Dari Perut Bumi



Setelah terbitnya matahari dari ufuk  sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu  keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja  ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika  manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan ” mukmin ”  pada  dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan  akan tertulis ” kafir ”  pada dahi mereka.

Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa  panjang binatang ini adalah 60 hasta iaitu sama tinggi dengan Nabi Adam  AS dan orang yang mencarinya takkan menjumpainya, sedangkan orang yang  lari darinya takkan dapat lari daripadanya. Binatang ini dikatakan  kepalanya seperti kepala matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya panjang seperti leher burung
unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta dan ia akan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman

Apabila cincin Nabi Sulaiman dioleskan  pada mukan orang kafir, maka akan hitamlah seluruh mukanya manakala  apabila ia dioleskan pada muka orang mukmin, akan berserilah wajah  mereka. Begitu juga tongkat Nabi Musa, apabila ia memukul hidung orang  kafir dan mukmin, maka tertulislah pada
dahi mereka kafir dan mukmin.  Maka dengan itu jelas sudah perbezaan antara orang kafir dan mukmin.

7. Dunia Diliputi Kabul

Allah berfirman, ” Maka tunggulah hari  ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah  Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami  azab itu, sesungguhnya kami akan beriman “. (Al Dukhan: 10-12)Apabila kiamat itu hampir tiba, maka  dunia ini akan diliputi kabut yang tebal dan menjadikan dunia ini gelap.  Kabut itu akan membuatkan orang mukmin selsema dan sukar bernafas  manakala orang kafir berasa betul-betul merasa tersiksa dan terbakar.  Semua orang akan berasa lemas ketika itu lalu mereka tunduk pada Allah  namun segala penyesalan tak berguna lagi.

8.Angin Yang Dimatikan , Al-Quran Diangkat & Pekara Baik

Setelah beberapa tanda besar berlaku,  lalu berlalu tahun demi tahun, kemudian manusia tetap lalai dari  menginsafi diri pada Allah. Yang baik akan membuat kejahatan kembali,  yang jahat tetap begitu. Orang mukmin makin ketakutan yakni mereka takut  terpengaruh membuat kejahatan serta fitnah lalu mereka berdoa pada  Allah agar tidak terjerumus ke arah maksiat. Lalu Allah menurunkan ubat  dari langit yakni angin yang kuat untuk mematikan orang-orang beriman  walaupun dalam diri mereka masih mempunyai secebis keimanan. Maka  tinggallah orang-orang kafir dan mungkar di muka bumi ini.Lalu Allah angkat Al-Quran yakni  penyuluh iman manusia ke langit serta bersamanya Allah angkat segala  kebaikan dari dunia ini. Diceritakan bahawa Al-Quran datang mengadap  Allah lalu ia mengadu,  “Tuhanku, aku cuma dibaca orang dan tidak  diamalkan sama sekali . Mendengar yang demikian, lalu Allah mengangkat  Al-Quran (ilmu) dari dada manusia bahkan dari kitab-kitab Al-Quran dan  akhirnya tinggal kertas-kertas kosong sahaja, sedangkan huruf-huruf dan  tulisannya sudah tiada lagi. Namun Allah telah meninggalkan pada umat  masa itu satu kalimah sahaja dan ia hanya disebut oleh orang-orang tua  masa itu, yakni kalimah ” Lailaha illallah “. Setelah orang tua itu  meninggal, maka hilang sama sekali ajaran Islam dari permukaan bumi.Rasulullah
SAW bersabda, ” Yang mula-mula  sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian  dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula  kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh  dari rahmat dan dilaknat ” . Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam  diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan  manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat  apa sahaja yang mereka kehendaki.

9. Hancurnya Kaabah



Kota Mekah adalah tempat di mana  letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat  Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah  telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada  air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah  membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya  sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah  tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama  rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda,  “Baitul  Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas  Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah “.SabdaRasullullah, ” Kaabah akan  dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar  Dzus-Suwaiqatain (orang  yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya  dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku  keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit
sendi-sendinya. Ia  memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar ” . Nabi SAW  bersabda lagi, ” Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang  merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan  membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu menyebut.

10. Api yang Menghalau Manusia

Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka ” . Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi
kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi. Api tersebut akan datang dari Adan  (Yaman) dan akan membakar segala di langit dan dibumi. Datangnya api itu  akan membuatkan manusia lari
bertempiaran. Api itu bukan sahaja  membakar segala di tanah dan di udara, namun segalanya di dalam laut  akan turut terbakar. Maka berlarilah manusia menggunakan tumit mereka  atau kenderaan-kenderaan hebat mereka, mereka berlari sekuat hati untuk  menyelamatkan diri masing-masing namun mereka takkan selamat pada waktu  itu jika mereka tidak ke negeri Syam.

Kenapa negeri Syam? Rasulullah ada  bersabda, ” Api akan keluar dari Hadramaut sebelum kiamat yang tujuannya  untuk menghalau dan mengejar manusia” .  Lalu para sahabat bertanya, ” Ya  Rasulullah, ke manakah harus kami berlari? “ Lalu Nabi menjawab,  ” Pergilah ke negeri Syam “. Pada waktu itu
berbondong-bondonglah manusia  pergi menyelamatkan diri ke negeri Syam. Jika terdapat orang muslim yang  masih hidup, api itu akan mengikuti sahaja muslim tersebut, jika dia  berhenti rehat, maka api itu pun turut berhenti manakala bagi orang  kafir, api tersebut akan terus mengejar mereka tanpa henti .Maka terbakarlahsegala-galanya di muka  bumi yang dipinjamkan Allah kepada makhluknya. Hanya negeri Syam yang  kecil sahaja tempat seluruh makhluk di dunia yakni manusia, binatang,  jin dan Iblis serta pengikutnya berkumpul. Keadaan di sana amat sesak  bahkan susah untuk bernafas apatah lagi nak tidur. Semuanya  berhimpit-himpit lalu Iblis menyuruh konco-konconya menyesatkan lagi  manusia yang dalam kesesakan. Lalu bertambah jahatlah mereka dan berbuat  sesuka hati mengikut nafsu.

11. Ditiupkan Sangkakala Dan Berakhirnya Umur Dunia

Sangkakala Pertama : Mengejutkan Dan Mematikan

Masanya telah tiba, manusia-manusia  makin lalai dan tidak pernah insaf, lalu kemarahan Allah datang dan  Allah memerintahkan Malaikat Israfil meniupkan sangkakala. Israfil tidak  pernah lalai dari tugasnya. Sejak
bumi diciptakan Allah, Israfil telah  siap sedia memegang dan meletakkan sangkakala itu ke mulutnya dan  matanya dihalakan ke Arasy Allah. Maka ditiupnya sangkakala pertama,  yakni untuk mengejutkan. Dengan bunyi yang cukup kuat dan lantang serta  didengar hingga langit ketujuh, menyebabkan seluruh makhluk Allah  tergamam dan terkejut lalu membisu kesemuanya. Firman Allah, ” Dan ingatlah hari ketika  ditiupkan sangkakala, maka terkejutlah segala yang ada di langit dan  segala yang di bumi, kecuali orang-orang yang
dikehendaki Allah ” .  (Al-Naml: 87) Seluruh makhluk di bumi mendongak ke  langit dan melihat sumber datangnya bunyi yang amat menggerunkan itu.  Mereka tertanya-tanya dalam hati suara apa yang bergegar di langit itu.  Rupanya telah tiba masa nyawa dunia ini ditarik kembali. Gunung-ganang  tidak kukuh lagi, lalu ia berterbangan mengikut awan. Dunia bergoncang  sekuat-kuatnya dan menjeritlah seluruh makhluk di bumi sehingga ibu  melepaskan anaknya dan orang hamil melahirkan anak tak cukup umur.  Ketika itu gelaplah dunia segelap-gelapnya kerana Allah telah memadamkan  cahaya matahari, begitu juga cahaya dari bulan dan bintang. Tiada  istilah siang dan malam. Langit terbelah, bulan dan bintang jatuh  menghempap ke bumi.

Manusia tiada arah tuju lagi, mereka  berkawan dengan jin dan jin berlindung dengan mereka. Semuanya buntu  lalu mereka pergi berjumpa dengan Iblis yang mereka anggap dapat  menyelesaikan masalah ini. Iblis membawa mereka ke laut, namun alangkah  terkejutnya mereka melihat laut yang sudah naik dan api menyala dan  mendidihkan laut itu. Mereka kecewa lalu berdiri sahaja melihat laut.  Iblis yang bingung berlari ke sana sini namun segala yang dilihatnya  adalah api. Dia teringat atas peristiwa dahulu yakni peristiwa yang  memulakan permusuhannya dengan Adam dan sekaligus menjadikan dia kafir.  Dia menyesali perbuatannya dan berkata, ” Tuhanku, sekarang suruhlah aku  sujud kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki ” .Syaitan-syaitan yang setia bersama Iblis  selama ini berasa hairan dengan kelakuan pemimpinnya, lalu bertanya,   “Wahai penghulu kami, kepada siapa engkau tunduk? ” Lalu Iblis menjawab,  ” Aku merendah diri dan sujud kepada tuhan sekalian alam yang telah  memanjangkan umurku sehingga hari kiamat.
Sekarang sudah dekatnya masa  yang telah dijanjikan. ” Syaitan yang tidak pernah tahu akan kewujudan  Allah selama ini lalu berkata, ” Sesungguhnya engkau telah mencelakakan  dirimu dan engkau telah
mencelakakan kami” . Mereka menyesal namun  penyesalan pada waktu ini tidak berguna lagi. Tiba-tiba terdengarlah suara dari  langit, ” Sekarang sudah datanglah ketentuan Allah, maka jangan kamu  minta untuk dipercepatkan lagi “. Meremang bulu roma mereka semua  ketakutan dan menyesali perbuatan mereka namun ianya tidak berguna.

Lalu  ditiupnya Israfil sangkakala kedua yakni untuk mematikan, maka  kedengaran ngauman sangkakala yang cukup kuat dan panjang sehingga  menembusi lapisan langit dan bumi yang ke tujuh. Turunlah Izrail dengan  rupa yang mengerikan dan dicabutnya nyawa segala makhluk dengan kasar  secara paksa kecuali yang tertentu sahaja. Allah berfirman kepada malaikat maut,  ” Pakailah pakaian kemurkaanKu dan
bawalah bersamamu 70,000 Malaikat  Zabaniyah (malaikat penjaga neraka) dan setiap satu malaikat itu membawa  70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam dan cabutlah nyawa Iblis  Laknatullah “. Malaikat maut turun ke bumi Allah dengan rupa  seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan rupa malaikat  maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah Iblis ke  mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat, namun Izrail  telah sedia berada di depannya. Akhirnya Iblis dikepung di tempat  mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu  dibentaknya Iblis dan dicabutnya nyawa Iblis secara kasar dan paksa lagi  mengerikan. Menjeritlah Iblis dan matilah ia disana.
Maka tamatlah  permusuhan antara Adam dan Iblis dan dihancurkan dunia ini.

Malaikat Maut kemudian pergi mengadap  Allah kemudian berkata, ” Ya tuhanku, telah mati semua penghuni langit  dan bumi kecuali makhlukMu yang Engkau kehendaki ” . Allah  bertanya pada  Izrail walaupun Dia lebih tahu, “Siapa lagi yang masih belum mati?” , Izrail menjawab , ” Yang tinggal adalah Engkau yang sentiasa hidup dan  tidak akan mati untuk selamanya, malaikat penjaga ArasyMu, begitu juga  Jibril, Mikail dan saya sendir ” . Lalu Allah memerintahkan Izrail  mencabut nyawa Jibril dan Mikail, kemudian mereka pun mati. Serta merta  Arasy Allah bergoyang dan dengan izin Allah, Arasy berkata,
” Ya tuhanku,  mengapa diwafatkan Jibril dan Mikail? ” Allah berfirman, ” Diam engkau!  Tidakkah engkau tahu bahawa Aku telah menetapkan kematian bagi semua  makhluk yang berada di bawah ArasyKu?”

Izrail mengadap Allah sekali lagi lalu  ditanya Allah siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail menjawab, ” Hanya  Engkau ya tuhanku, malaikat pemegang ArasyMu dan aku” . Dia diperintahkan  mencabut nyawa malaikat pemegang Arasy dan bergoncanglah Arasy tersebut  disebabkan tiada siapa yang memegang Arasy yang besar itu. Dengan izin  Allah, Arasy itu diam sendiri. Kemudian Allah bertanya lagi, siapakah  yang masih tinggal, lalu Izrail berkata hanya dirinya dan Allah yang  Maha Esa. Allah berfirman padanya, ” Tidakkah kau mendengar firmanku  bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati “? Maka cabutlah nyawamu  sendiri.

Pergilah malaikat maut di suatu tempat  yakni antara syurga dan neraka lalu dicabutnya nyawa sendiri di situ  dengan cara selembut-lembutnya. Izrail berteriak sekuat hati dan  andainya ada makluk Allah yang lain mendengar teriakannya, maka akan  mati kesemuanya. Lalu Izrail berkata, Andainya aku tahu pedihnya rasa  mati, akan aku cabut nyawa orang beriman dengan selembut-lembut cara.

Sangkakala Kedua : Mengbangkitkan

Setelah kewafatan Izrail, maka  tinggallah Allah sebagai Raja di alam semesta ini, lalu Allah bertanya  kepada alam, ” Siapakah raja-raja yang memiliki kerajaan hari ini?”.   Namun  tiada seorang pun menjawab persoalannya, maka Allah sendiri menjawab, ” Hanya kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan” . Kemudian  Allah memerintahkan langit menurunkan hujan seakan-akan air mani lelaki  ke bumi selama berbulan-bulan sehingga bumi ditenggelami air. Lalu Allah  hidupkan Jibril, Mikail dan Malaikat
penjaga Arasy serta Israfil.

Israfil telah bersedia meletakkan  sangkakala di mulutnya sambil menunggu arahan dari Allah. Jibril pula  ditugaskan membawa pakaian yang serba cantik lagi harum ke kubur Nabi  Muhammad bersama Buraq yang pernah baginda tunggah ketika Israk Mikraj  dahulu. Kemudian Israfil memasukkan kesemua roh-roh umat-umat sejak Nabi  Adam hinggalah kiamat ke dalam sangkakala dan ditiupkan sangkakala kali  ketiga yakni untuk menghidupkan segala makhluk, maka terbukalah kubur  Rasulullah dan
keluarnya baginda disambut Jibril. Bertanya Rasulullah  pada Jibril, “Hari apakah ini? Bagaimanakah perihal umatku”. Jibril  menjawab, “Ketahuilah bahawa engkau adalah manusia pertama yang  dibangkitkan.” Maka dipakaikan Rasulullah pakaian yang serba agung lagi  baik dan ditunggangi Buraq ke Masyar.

Sangkakala terus ditiupkan dalam masa  yang panjang dan bertebaran roh-roh masuk ke kubur masing masing dan  dihidupkan semua makhluk kali kedua. Mereka  semua tertanya-tanya hari  apakah ini. Itulah hari pengadilan dan mereka semua dihalau ke Padang  Masyar untuk dihisab.

Sumber







Read more ...

Kelebihan Janggut Untuk Lelaki



Kisah 1

Kisahnya mengenai seorang sahabat pada zaman Rasulullah SAW yang suka menyimpan janggut nya. Lalu pada suatu hari Rasulullah SAW tersenyum melihat wajahnya. Sahabat itu beranggapan Rasulullah SAW tersenyum disebabkan janggut nya itu, apabila menyedari hal itu sahabat itu mencukur janggut nya.

Keesokan harinya, sahabat itu bertemu Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya: “Mengapa dicukur janggut mu itu?”

Jawab sahabat: “Ya rasul Allah, aku melihat mu tersenyum melihat janggut ku (lucu). Lalu aku mencukurnya.

“Rasulullah menjawab semula: “Aku tersenyum kerana melihat bidadari yang bergantung di janggut mu itu.“

Kisah 2

Di zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah SAW tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggut nya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggut nya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..
“Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggut mu tetapi apabila kamu mencukur janggut mu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggut mu wahai sahabat”…..

Sumber
Read more ...

Apa itu TITIAN SIRAT?



JOM LUANGKAN MASA UNTUK ISLAM TAK SAMPAI 5MINIT PUN :)

"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Sumber
Read more ...

Solat Ubat Gejala Kemungkaran



SEJAK kebelakangan ini, cuaca di Kuala Lumpur tidak menentu. Mungkin begitu juga di tempat lain. Kadangkala panas terik pada waktu pagi, hujan lebat pada waktu petang dan tenang pada waktu malam.

Seolah-olah menggambarkan hati dan jiwa manusia itu yang sentiasa berubah-ubah nadanya. Ada masanya gembira, ada kalanya berduka cita dan kadangkala bercampur baur. Begitu juga kisahnya mengenai iman manusia yang sukar diramal.

Waktu pagi dia hamba taat kepada Allah, tetapi sebelah petangnya dia kufur kepada nikmat Allah. Nauzubillah.
Sebenarnya, perkara ini memerlukan kita sentiasa bermuhasabah. Menilai kembali setiap amalan kita, adakah kita melakukan suruhan yang dianjurkan syariat dan pada masa sama kita masih melakukan maksiat kepada Allah tanpa disedari.

Jiwa saya tersentak baru-baru ini ketika melewati sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di sebuah tempat di Kuala Lumpur. Berhampiran tempat itu ada premis menjual nombor ramalan (nombor ekor).

Saya lihat pemandunya sibuk membelek tiket nombor ramalan itu dan saya pasti dia berbangsa Melayu.
Namun lebih menyentak hati saya apabila melihat seorang kanak-kanak duduk di sebelahnya hanya memerhatikan lelaki itu membelek tiket judi. Alangkah malangnya jika itu adalah anaknya.

Kemudian saya jalan pula melewati sebuah kedai mamak dan saya lihat sekumpulan orang Melayu (mungkin beragama Islam) sibuk berborak. Apabila dihampiri, rupa-rupanya mereka sibuk membelek tiket judi sambil bertukar-tukar pandangan.
Entah apa dibualkan saya tidak pasti, tapi yang pasti daripada riak muka langsung tiada rasa bersalah.

Belum lagi berbicara mengenai orang Islam meminum arak. Walaupun terang-terangan tahu minuman syaitan itu haram dalam Islam, namun apa ditegah syariat, itu yang paling mahu dilakukan umpama tiada lagi air lain untuk diminum.

Hasilnya, lihat saja di dada akhbar setiap hari tidak pernah sunyi daripada berita jenayah. Hati sayu apabila terbaca kisah seorang anak gadis berumur 16 tahun dibunuh dalam rumahnya minggu lalu seperti dilaporkan media tempatan.

Kerana melawan untuk mempertahankan diri daripada diperkosa, mangsa dipukul dengan kayu sehingga patah tengkuknya dan hampir putus telinganya. Tidak cukup dengan itu, dilemaskan pula di dalam kolah air di rumah sendiri.

Kemudian terbaca pula kisah seorang lelaki tua berpangkat ‘datuk’ yang ditangkap dan dihukum penjara akibat memperkosa anak gadis berumur belasan tahun.

Tidak jemukah kita membaca berita jijik dan menyayat hati ini setiap hari? Atau kita sudah sampai tahap menjadikan ia satu berita biasa yang dilaporkan media massa setiap hari? Mungkin tiba masanya kita melihat kembali kehidupan kita. Apa amalan kita, apakah makanan yang kita makan dan apakah sumber pendapatan kita.

Seorang pembunuh dulunya tidak pernah tahu atau berfikir dia akan menjadi pembunuh. Seorang perogol pula tidak pernah menyangka dia boleh menjadi penjenayah satu hari nanti.

Semua bermula dengan amalan. Mungkin kita memberi alasan bahawa kita terdesak memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan dan menguruskan persekolahan anak.

Mungkin juga kita boleh memberi seribu alasan mengapa kita melakukan perkara yang ditegah oleh syarak walaupun setelah mengetahui hukum yang diturunkan kepadanya.

Alasan demi alasan tidak sesekali boleh menjamin seseorang itu tidak menjadi ‘parasit’ dalam masyarakat satu hari nanti. Kerana setiap amalan mungkar yang kita lakukan, titik hitam dalam hati semakin membesar. Daripada setitik, lama-kelamaan menggelapkan hati.

Apabila gelap hati, tiadalah cahaya iman boleh menembusi hati sanubari. Maka hidupnya akan terasa kosong, gelisah dan berduka cita.

Ketika itu mula rasa mahu mencuba sesuatu yang bukan saja ditegah syarak, malah jadi kesalahan jenayah.

Pokok pangkalnya, jangan sesekali kita meninggalkan solat walau apa pun alasannya. Kecuali bagi golongan wanita yang didatangi Haid, baru Islam melepaskan kewajipan ini ke atas mereka.

Saidina Umar pernah berkata, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamaa. Barang siapa mensia-siakannya, ia mensia-siakan kewajipan agamanya.

Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia Rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat, runtuh agama seseorang itu. Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.

Dalam kitab At-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: “Solat amat besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat.” Kerana itu Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al-Ankabut, 45) Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai amalan paling mulia dan baginda membalasnya bahawa: ”(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.” (Hadis Riwayat Bukhari) Perintah dan gesaan terhadap solat supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Antaranya sebagaimana maksud surah Al-Baqarah, ayat 238 yang bermaksud: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang secukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.

Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu, solat dengan isyarat.

Penegasan ini menunjukkan solat adalah satu perkara besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya. Malah, solat juga syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim.

Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.

Tiada siapa mampu mengawal kejahatan dalam diri kita selain diri sendiri yang ‘mentarbiah’ dan menundukkannya.

Tidak syak lagi, cara terbaik untuk menghindarkan diri daripada melakukan maksiat adalah dengan mengerjakan solat.


Sumber
Read more ...

4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka Oleh Perempuan



Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam – Harakahdaily.
Read more ...

6 PERKARA YANG DIRAHSIAKAN ALLAH KEPADA HAMBANYA


Assalamualaikum... kali ini saya ingin mencoret mengenai 6 perkara yang dirahsiakan Allah kepada hambaNYA yang berkisar menganai agama. jom baca!

1) Allah merahsiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti atau taat.

2) Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat atau mengenal atau merasa bosan.

3) Allah merahsiakan wali – walinya atau hamba hambanya yang soleh kepada orang ramai agar mereka tidak dipuja – puja atau disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya kerana wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

4) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh

5) Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto atau sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)

6) Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya.



Read more ...

Neraka Tidak Sentiasa Panas



Roh manusia akan mengembara merentasi destinasi keenam iaitu neraka. Mereka yang menjadi ahli neraka ini akan hidup di alam terakhir ini untuk selama-lamanya. Sekiranya roh seseorang itu dapat masuk syurga maka ia adalah tempat pengembaraan paling baik dan nikmat bagi mereka.

Sebaliknya mereka menjadi ahli neraka, maka itu adalah tempat yang paling buruk. Bagi iblis dan orang-orang kafir, mereka tetap berada di alam nereka. Namun demikian, bagi orang-orang Islam yang berdosa tetapi tidak musyrik, mereka akan menempuh satu alam lagi iaitu alam syurga selapas diseksa dineraka. Bentuk neraka dan isinya.

Perkataan neraka berasal dari kata Ibrani yang mempunyai maksud unggun api. Sebenarnya neraka itu adalah azab iaitu tempat seksaan bagi mereka yang ingkar seperti iblis, syaitan, juga mereka yang menjadi musuh Allah seperti Fir’aun, Abu Jahal dan mereka yang berdosa. Inilah neraka yang disebut dalam Al-Quran sebagai Nar ataupun Darul Jahaanam. “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya itu adalah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan untuk mereka yang kafir”.

Di dalam neraka inilah orang-orang kafir akan diazab dan diseksa. Neraka juga adalah hukuman Allah seperti pembalasan daripada amalan-amalan jahat mereka ketika hidup di dunia. Ia adalah tempat untuk membakar orang-orang yang berdosa dari golongan jin dan manusia. Apinya sangat panas dan menyala-nyala. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:

” Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya”.

Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya berbanding denagn api didunia ini. Sekiranya api neraka jatuh ke atas dunia ini sekalipun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini. Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna hitam”. (Hadis riwayat Tirmidzi)

Salman Al Farisi berkata: “Apabila neraka itu bewarna hitam, maka hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap warna api neraka itu sama sahaja panasnya”.

Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas’ud ra berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang kepanasannya”.

Api neraka pun kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling dingin di dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.

Rasulullah saw pernah bersabda: Neraka itu pernah mengadu kepada Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud ” Hai, Tuhanku. Aku telah memakan satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas, maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ‘ zamharir’ “.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:

“Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya”.

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu, Jahim dan Hawiyah.

Sumber
Read more ...

Apakah Itu Qarin?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah."

Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.

Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

Read more ...

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

BicaraMedia

Read more ...

Soal Jawab Bermalam Di Rumah Tunang

Bertunang bukanlah satu lesen untuk kita berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah terhadap pasangan tersebut. Bertunang merupakan platform untuk kita berkenalan di antara satu sama lain bagi menimbulkan persefahaman sebelum tibanya hari pernikahan. Namun masyarakat kini terkeliru dengan fahaman tunang, dengan menjemput tunang untuk tidur di rumahnya.Walaupun ia tidak tidur sebilik, namun ia perlu dielakkan. Jom ikuti soal jawab tentang persoalan tentang tunang ini.



Assalamualaikum, apakah hukumnya lelaki atau wanita bermalam dirumah tunangnya walaupun terdapat mahram (ahli keluarga salah seorang dari pasangan) pada pandangan Islam.
Wassalam
Sofi DJ

Jawapan
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Adalah haram lelaki/perempuan bermalam dirumah tunangnya walaupun terdapat mahram (ahli keluarga kedua-duanya)kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah sedangkan Islam amat memelihara kehormatan, kesucian dan maruah setiap muslim yang beriman sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jangan kamu hampiri zina (keji)….”

Iaitu perbuatan-perbuatan atau jalan-jalan yang membawa kepada perzinaan/kearah melakukan perbuatan mungkar dan maksiat kepada Allah.

Dari segi akhlak, perbuatan seumpama itu dilihat kurang beradab dan melanggar tatasusila masyarakat Islam.
Wallahu A’lam

Ketahuilah bahawa ketika di kala kita di alam pertunangan, godaan syaitan amat-amatlah kuat sehingga mana terdapatnya pasangan yang putus tunang. Hal ini terjadi, pada ketika itu syaitan akan berusaha sedaya upaya menyesatkan kita supaya untuk tidak sesekali bernikah.

Sumber
Read more ...

Allah Mencipta Malaikat Jibrail A.S.



Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,

“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”

Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,

“Tidak”.

Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,

“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman yang ertinya,

“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,

“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman,

“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah,

“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Sumber
Read more ...

20 Amalan Murah Rezeki




1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Read more ...

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sumber
Read more ...

10 Pintu Terbesar Laluan Syaitan


Assalamualaikum dan selamat membaca

Pintu-pintu tersebut tidak bisa terjaga kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Setan tidak bisa terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara setan memasukinya. Cara setan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. Pada saat ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.



Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki setan yaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan masuknya setan. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, setan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Ini juga adalah pintu terbesar yaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merusak akal. Jika akal lemah, pada saat ini tentara setan akan melakukan serangan dan mereka akan menertawakan manusia. Jika kondisi kita seperti ini, minta perlindunganlah pada Allah.

Pintu ketiga:
Yaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat merugi karena umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Yaitu kenyang karena telah menyantap banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan di akhirat.

Pintu kelima:
Yaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mau memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mau melarangnya dari kemungkaran.

Pinta keenam:
Yaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mau bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari setan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Yaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kikir), takut miskin dan tidak mau melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kedelapan:
Yaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mau beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Yaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakekat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sulit digapai oleh akal mereka sehingga membuat mereka menjadi ragu dalam masalah paling urgen dalam agama ini yaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Yaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeda dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya. InsyaAllah

Sumber

Read more ...

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat



Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Sumber
Read more ...
ads