Lelaki Diharamkan Memakai Emas


Gambar Hiasan
Hadith:

Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ bin ‘Azib R.huma katanya, "Rasulullah SAW menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada memakai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj(dari Yaman)".
Dalam riwayat lain, ditambah perkara yang disuruh mengerjakannya iaitu: menanyakan barang yang hilang dan belum dijumpai.

Huraian Hadith:
1. Melepaskan sumpah orang yang bersumpah bermaksud, melaksanakan apa yang diminta secara bersunggguh-sungguh engkau melakukannya sehingga menyebabkan dia bersumpah, seperti katanya: “Demi Allah, engkau mesti melakukan sekian dan sekian.
2. Lapan perkara yang disuruh oleh nabi SAW iaitu:
Memberi salam apabila bertemu.
Memenuhi undangan.
Memberi nasihat jika diminta.
Mendoakan dengan ucapan “يرحمك الله” setelah orang bersin menyebut “الحمد لله”.
Menziarahi orang yang sakit.
Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Menoling orang yang dizalimi.
Menanyakan barang yang hilang (menghebahkan)
3. Perkara-perkara yang dilarang oleh nabi melakukannya:
Memakai cincin emas bagi lelaki dan bukan bagi perempuan.
Minum dengan menggunakan bekas emas dan perak bagi lelaki maupun perempuan.
Menggunakan lapik duduk yang diperbuat daripada sutera yang diisi degan kapas atau sebagainya bagi lelaki.
Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan campuran dengan yang lain, sutera yang dipanggil ‘Istibrak’ dan sutera tebal yang dipanggil ‘Dibaj’ (semuanya bagi lelaki).

Sumber
Read more ...

Kronologi Kemerdekaan Malaysia

merdeka

Malaya pernah dijajah oleh penjajah barat selama 346 tahun. Sepanjang masa tersebut rakyat negeri kita telah melancarkan berbagai bentuk perjuangan terutamanya melancarkan perang ke atas kekuasaan penjajah barat. Kenyataan menunjukkan bahawa perjuangan-perjuangan ini disirami dengan darah dan jiwa raga pejuang-pejuang mengikut zaman masing-masing.

1511 – 1641 Perang menentang Portugis

1782 - 1784 Perang menentang Belanda

1786 – 1928 Perang kaum tani menentang British

1941 - 1945 Perjuangan bersenjata revolusioner menentang Jepun

1946 – 1948 Perjuangan berperlembagaan menentang British

1948 – 1957 Perjuangan bersenjata revolusioner menentang British

1951 – UMNO Menukar semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka

1957 Penjajah British terpaksa mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

1957 - 1989 Perjuangan bersenjata revolusioner menuntut Kerajaan BN /Perikatan menamatkan perang warisan penjajah, menuntut kemerdekaan diisi dengan corak rakyat dan mempertahankan diri.

1959 – 2012 Rakyat semua kaum berbagai golongan bersama parti-parti pembangkang dan lain-lain kekuatan yang patriotic-demokratik berjuang secara berparlimen untuk menjatuhkan rejim BN/Perikatan bagi membangun kemerdekaan sejati mengikut corak rakyat.

Sumber

Read more ...

Nuzul Al-Quran: Dari Gua Hira hingga Padang Arafah

7 Ramadhan / 6 Ogos 610 M. Nabi Muhammad SAW yang sedang menyendiri dalam sebuah gua sempit di pergunungan sekitar Makkah kedatangan tetamu istimewa. Adalah Malaikat Jibril tetamu yang tiba-tiba singgah ke Gua Hira itu.

'' Bacalah!'' Ujar Jibril kepada Muhammad.

Rasulullah pun segera menjawab,'' Aku tak boleh membaca.''

Lalu Jibril memegang dan memeluk tubuh Muhammad dengan sangat kuat.

'' Aku sampai merasa sesak,'' ujar Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah RA.

Setelah itu, Jibril melepaskan pelukannya dan kembali berkata,'' Bacalah!''

Muhammad SAW kembali menjawab,'' Aku tak boleh membaca.''

Lagi-lagi malaikat Jibril memeluk dan memegang tubuh Nabi SAW dengan sangat kuat. Rasa sesak kembali dirasakan Rasulullah.

Hingga akhirnya Jibril melepaskannya dan kemudian berkata,'' Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.''

Itulah lima ayat pertama Al-Quran, surah Al-Alaq yang diwahyukan Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW.

Dengan keadaaan bergemetar Nabi Muhammad SAW bergegas pulang untuk menemui isterinya Khadijah. Sesampainya di rumah, Rasulullah berkata,'' Selimuti aku, selimuti aku!''

Khadijah pun menyelimuti suaminya yang menggigil hingga hilang rasa takutnya. '' Wahai Khadijah, apa yang terjadi padaku?'' Tanya Nabi SAW.

Dengan penuh kesabaran Khadijah menenangkan suaminya. Rasulullah SAW pun menceritakan pengalamannya selama berada di Gua Hira. '' Aku khuatir terhadap diriku sendiri,'' ujar Nabi Muhammad.

'' Tidak, bergembiralah! Demi Allah, selamanya Allah tidak akan menutup, kerana engkau suka menyambung tali silaturahim, jujur ​​dalam berkata, ikut meringankan
beban orang lain, suka menjamu tetamu, dan suka menolong orang yang menegakkan kebenaran,'' ujar Khadijah.

                                                                       ***

Khadijah kemudian membawa suaminya menemui anak saudaranya bernama Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Waraqah adalah pemeluk Nasrani di zaman
Jahiliyah. '' Wahai anak pamanku. Dengarkanlah kisah anak sauadaramu (Rasulullah SAW),'' kata Khadijah.

'' Apa yang engkau lihat anak saudaraku?

Rasulullah SAW kemudian bercerita tentang pengalamannya di Gua Hira. Setelah mendengar kisah itu, Waraqah berkata,'' Itu adalah undang-yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa AS, andai aku masih hidup tatkala kaummu mengusirmu.''

'' Benarkah mereka akan mengusirku?'' Tanya Rasulullah.

'' Benar! Tak seorang pun yang membawa risalah seperti engkau bawa melainkan akan dimusuhi. Andaikan aku masih hidup pada masamu nanti tentu aku akan membantumu dengan sepenuh hati.''

Tak lama selepas itu, Waraqah tutup usia. Wahyu yang turun pun terputus.

'' Nabi Muhammad SAW sampai bersedih,'' ungkap Dr Akram Dhiya Al-Umuri dalam Shahih Sirah Nabawiyah. Saat wahyu tak kunjung tiba, Rasulullah SAW naik ke puncak gunung.
Dalam ketidakpastian itu, secara tiba-tiba Jibril muncul.

'' Wahai Muhammad, engkau adalah benar-benar Rasul Allah,'' ujar Jibril.

Ucapan Jibril itu membuat hati Nabi Muhammad tenteram dan baginda pulang ke rumahnya. Menurut Dr Akram, tak diketahui secara pasti berapa lama wahyu itu tidak turun. Namun, menurut As-Suhaili dalam Ar-Raudhul Unuf, hal itu tak berlangsung lama. Hingga akhirnya wahyu kembali turun secara beransur-ansur.

Wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat pertama surah Al-Mudatstsir:'' Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu beri amaran, dan Tuhamu maka agungkanlah, dan pakaianmu maka bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) maka tinggalkanlah.''

Sumber

Read more ...

Dr. Asri: Persoalan Puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

1) Mandi Masa Puasa

Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

2) Memasukkan Ke Rongga

Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas: “Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih). Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

3) Tidak Mandi Junub

Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

4) Muntah

Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban). Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

5) Imsak

Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya) “Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6) Musafir

Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya) “..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

7) Tidak Sengaja

Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).

Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minority ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.

Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.

Sumber

Read more ...

Mimpi Membuatkan Wanita Ini Memeluk ISlam

Tidak semua orang menerima hidayah daripada Allah SWT. Tetapi amat beruntung jika mereka menerima hidayah daripada Allah. Hidayah boleh datang dengan pelbagai bentuk. Sama ada ia datang melalui situasi, mimpi dan sebagainya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Kalsom Chin yang menerima hidayah Allah untuk memeluk Islam. Ikuti kisah beliau di bawa ini.

“Seorang lelaki berjanggut putih dengan berpakaian jubah putih datang kepada saya dengan menghulurkan kain putih,” itu mimpi yang pernah dilalui seorang saudara baru, Kalsom Chin Abdullah kira-kira 30 tahun lalu sebelum dia nekad memeluk Islam.

Kalsom Chin yang berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan berketurunan Siam memeluk Islam seorang diri ketika dia masih berusia 16 tahun.

Biarpun usianya pada ketika itu masih remaja namun keinginan untuk memeluk Islam hadir sejak kecil apabila melihat keindahan yang ada pada agama Islam.

Menurutnya, salah satu yang menarik perhatian Kalsom Chin terhadap Islam termasuklah ketika mendengar alunan azan yang membuatkan dia berasa tenang.

“Banyak perkara mengenai Islam yang membuatkan jiwa ini tenang namun, saya menganggap apa yang berlaku adalah hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT.

“Setelah mendapat petunjuk termasuklah mimpi itu, saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada 3 Februari 1981,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Nyonya.

Selepas memeluk Islam Kalsom Chin tinggal di rumah saudara baru di Sungai Petani selama enam bulan sebelum mempelajari ilmu mengenai Islam dengan lebih mendalam di Pondok Jeneri, Sik.

Kalsom Chin berkata, sepanjang berada di rumah baru dia dapat berkongsi pengalaman bersama rakan saudara baru lain yang berasal daripada pelbagai agama sebelum memeluk Islam.

Menurutnya, ketika mengikuti pengajian di pondok pula dia belajar membaca al-Quran, hukum tajwid dan Sifat 20.

Enam tahun rahsia peluk Islam

IBU kepada Mohamad Shawal Ahmad, 12 dan Nur Sakinah, 8, merahsiakan keputusan memeluk Islam daripada pengetahuan ibu bapanya selama enam tahun kerana bimbang dimarahi.

Biarpun merahsiakan status agamanya sekian lama, Kalsom Chin bersyukur apabila ibu bapanya menerima keputusan yang dibuat dengan hati terbuka.

Menurutnya, walaupun ibu bapanya boleh menerima keputusan itu namun anak sulung daripada enam beradik itu masih mendapat tentangan daripada lima adiknya.

“Saya masih ingat nasihat bapa, dia kata, jika saya sudah memeluk agama Islam, saya tidak boleh lagi berpatah balik kepada agama asal. “Hubungan saya dengan ibu sehingga kini masih akrab seperti dahulu namun tidak dengan adik-adik yang masih belum dapat menerima keputusan yang saya lakukan,” katanya.

Kalsom Chin berkata, dia menganggap kehidupannya kini yang seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebagai dugaan daripada ALLAH SWT untuk menguji tahap kesabaran dan keutuhan dirinya terhadap agama Islam.

Menurutnya, dia tidak pernah terlintas di hatinya walau sedikit untuk dia kembali ke agama asal disebabkan kemiskinan hidup.

“Bagi saya biarlah saya susah di dunia ini tetapi senang di akhirat kerana sedar ini adalah salah satu ujian dari-Nya. “Saya juga tahu Islam sentiasa mengajar umatnya untuk bersabar dengan ujian yang diberikan sebab itulah saya sentiasa berfikiran positif,” katanya.

Kalsom Chin berkata, ilmu agama terutama bab solat yang merupakan tiang agama sering dititik beratkan terhadap Mohamad Shawal dan Nur Sakinah.

Dia juga bersyukur kerana suaminya, Ahmad Abd Rahim, 48, sentiasa membantu dalam mendidik ilmu agama kepada anak mereka. Kalsom Chin turut bercadang untuk menghantar Mohamad Shawal ke pengajian di pondok bagi memastikan anak sulungnya itu mendapat ilmu agama secukupnya.

Sumber

Read more ...
ads