Viral: Lelaki Berkahwin Di Katil Hospital 10 Jam Sebelum Ajal

Rowden bertarung dengan kanser

Satu video viral yang bertajuk "A Wedding That Will Move You: Rowden & Leizel" telah muat naik ke saluran YouTube pada 18 Jun lalu telah mendapat perhatian penonton YouTube apabila Rowden Go Pangcoga telah memutuskan untuk berkahwin dengan Leizl Pangcoga 10 jam sebelum beliau meninggal.

Walaubagaimanapun, perkahwinan terpaksa diadakan di hospital disebabkan keadaan Rowden yang tidak dibenarkan keluar hospital. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan berumur 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Rowden yang menghidap kanser tahap IV telah meninggal dunia pada 11 Jun 2014 ketika berumur 29 tahun, kurang dari 10 jam setelah menikahi kekasih hatinya itu.



Read more ...

Guru Belasah Pelajar 13 Tahun Hingga Mati

Huang Pi-guang mati dipukul cikgu

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di China, Huang Pi-guang dilaporkan mati selepas dibelasah oleh gurunya di sekolah.

Huang dipercayai dimarahi gurunya kerana bermain ketika si guru sedang mengajar subjek Matematik di dalam kelas.

Mangsa kemudiannya melawan cakap gurunya malah ada saksi mengatakan Huang turut menghina isteri cikgunya.

Pihak berkuasa mengesahkan Huang pengsan selepas ditampar dan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut saksi, mulut Huang berbuih dan terdapat darah di hidung sebelum mangsa pengsan.

Ibu bapa Huang kemudiannya menemui kesan lebam di badan anak mereka menyebabkan cikgunya disyaki menjadi penyebab kepada kematiannya.

Rakan sekelas Huang yang menjadi saksi di tempat kejadian mengatakan cikgu mereka memukul Huang di bahagian muka, kaki dan belakang kepala mangsa.

Tidak berpuas hati, ibu bapa Huang membaringkan mayat anak mereka di hadapan sekolah untuk menuntut keadilan di atas kematian Huang. - MYNEWSHUB.MY
Read more ...

Quarter Final Buat Costa Rica

Perlawanan kalah mati diantara Costa Rica melawan Greece membawa keputusan 1 sama, namun 5 tendangan penalti Costa Rica (5-3) berjaya mempertemukan mereka dengan Belanda di perlawanan quarter final nanti.

Keputusan penuh Costa Rica melawan Greece
Harapan Greece untuk menang tipis apabila Theofanis Gekas tidak dapat menjaringkan gol penalti keempat lalu memberi peluang mudah kepada Costa Rica untuk menang dengan 5 jaringan gol penalti.

Gekas tidak dapat menjaringkan gol penalti buat Greece

Read more ...

Belanda Mara Setapak

Belanda berjaya menewaskan Mexico dalam perlawanan suku akhir dengan mata 2-1. Mexico yang menguasai permainan di separuh masa pertama hanya mampu menjaringkan 1 gol oleh Giovani dos Santos pada minit ke 58 manakala Belanda menguasai permainan di separuh masa kedua dengan jaringan 2 gol oleh Wesley Sneijder dan Klaas Jan Huntelaar. Tendangan penalti pada masa tambahan juga membantu kejuaraan Belanda melawan Mexico menerusi Klass Jan Huntelaar.

Keputusan penuh Belanda melawan Mexico


Pemain pertahanan Mexico, Rafael Marquez
Daley Blind cuba mengejar Oribe Peralta

Read more ...

Banyak Lagi Kes OKU Terabai di Malaysia

Gambar Hiasan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim percaya lebih banyak kes pengabaian kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan di masa hadapan susulan kes Muhammad Firdaus Dullah.

Beliau berkata susulan kejadian menimpa OKU berusia 15 tahun yang dikurung oleh ibunya, akan menggalakkan lebih ramai orang awam tampil melaporkan kejadian seumpama itu berikutan kesedaran yang ditimbulkan kes berkenaan.

"Kita lihat selepas kes Firdaus, kes di Kelantan pula dilaporkan. Saya tahu ada yang tanya kenapa lambat sangat tindakan diambil? Ini kerana tiada pihak yang melaporkannya sebelum ini," katanya.

Rohani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Raya Aidilfitri Fashion Fiesta anjuran Globe by Sarah Hughes di ibu negara.

Mengenai kes Nasitah Yahya, 44, yang dikurung selama lebih 10 tahun di bawah rumahnya di Tumpat, Kelantan,  Rohani berkata wanita itu kini sedang menjalani pemeriksaan di hospital.

Kes itu juga sedang dirujuk kepada Kementerian Kesihatan memandangkan wanita terbabit dikatakan mengalami masalah mental dan pernah mendapat rawatan di Hospital Permai, Tampoi di Johor Bharu, kata Rohani.

"Daripada laporan yang saya terima makanan, minuman dan pakaian untuk wanita itu disediakan. Masalahnya cuma kes ini kes mental dan dia agak ganas. Buat masa ini pegawai saya sedang mengambil laporan (mengenainya)," katanya.

Mangsa yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung adik-beradiknya dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter sejak 10 tahun yang lalu selepas kematian ibu bapa mereka. - Bernama
Read more ...

Ketiadaan Suarez Menyukarkan Uruguay

Malang buat Uruguay apabila pemain Liverpool yang menjadi harapan buat mereka iaitu Luis Suarez tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya untuk menjaringkan gol. Uruguay yang beraksi menentang Colombia hanya mampu menerima kekalahan 0-1 diatas Colombia yang memberikan saingan sengit buat mereka.

Keputusan penuh Colombia melawan Uruguay
James Rodriguez dan Edinson Cavani

Rodriguez telah menjaringkan 2 gol kemenangan buat Colombia pada minit ke 28 dan 50. Cavani yang turut menjadi tunggak Uruguay juga tidak mampu meloloskan bola ke jaring Colombia.

Read more ...

Chile Kawal Ketat Neymar

Walaupun berkesudahan 1-1, Brazil dan Chile telah melakukan apa yang terbaik untuk pasukan mereka. Chile begitu mengawal ketat Neymar yang tidak diberikan peluang oleh mereka untuk menjaringkan sebarang gol. Beberapa kali Neymar dilihat ingin melakukan percubaan, namun pertahanan Chile seakan sudah dapat membaca strategi Brazil itu.

Keputusan penuh Brazil melawan Chile

Keputusan seri itu telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Brazil selaku tuan rumah dengan mata 3-2 menerusi tendangan penalti oleh David Luiz, Marcelo, dan Neymar sendiri. Manakala Chile pula dibantu oleh C. Aranguiz, M. Diaz. Alexis Sanchez juga tidak dapat menjaringkan sebarang gol penalti.

Neymar dan Alexis Sanchez

Read more ...

MH370: Australia Kata Krew dan Penumpang Terdahulu Mati Sesak Nafas?

Usaha mengenang MH370

Semua penumpang dan krew pesawat penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan pesawat berkenaan dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi, mengikut laporan terbaharu pihak berkuasa Australia yang disiarkan hari ini.

Dalam laporan setebal 55 muka surat itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia menjelaskan, kesimpulan tersebut dicapai selepas pasukan penyiasat membuat perbezaan senario dalam pesawat berbanding dengan insiden-insiden sebelum ini namun tiada bukti baharu dikemukakan berhubung keadaan dalam pesawat tersebut.

Menurut laporan itu, kegagalan komunikasi dan corak penerbangan stabil yang menyerupai cara penerbangan pemanduan automatik mengukuhkan lagi dakwaan bahawa semua penumpang dan krew telah meninggal dunia lebih awal, dipercayai akibat sesak nafas.

Selain itu laporan tersebut menjelaskan, beberapa petunjuk luar biasa yang ditinggalkan sepanjang laluan penerbangan pesawat berkenaan dan tiada campur tangan juruterbang juga diambil kira sebagai bukti mengukuhkan dakwaan berkenaan.

"Berdasarkan penilaian tersebut, situasi terakhir yang menunjukkan tiada maklum balas daripada krew atau kejadian kekurangan oksigen dilihat sebagai bukti terbaik untuk menjelaskan senario yang berlaku pada tempoh akhir penerbangan pesawat MH370 ketika menuju ke arah selatan (Lautan Hindi)," jelas lapor itu tanpa menjelaskan punca semua penumpang dan krew sesak nafas.

Bagaimanapun laporan tersebut menjelaskan bahawa kesimpulan berkenaan dibuat bagi mengecilkan skop pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss mengumumkan lokasi pencarian baharu pesawat MH370 bermula Ogos depan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi, melibatkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Pencarian di kawasan tersebut yang dikenali sebagai 'arka ketujuh' (lokasi terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit) akan dimuktamadkan dalam tempoh setahun- AFP
Read more ...

Rancangan Realiti Bogel: Terdesak Sangat Nak Pengaruh Minda Umat Islam

Naked and Afraid

Siapalah yang benarkan program realiti bogel ini menjalankan pengambarannya di negara Islam yang bernama Malaysia ni?

Takkanlah terdesak sangat nak promosikan negara kepada pelancong luar sampai membenarkan program realiti yang tak bertamaddun ni dijalankan di negara kita ni..

Banyak cara lain lagi selain dari membenarkan program gila ni menjalankan pengambaran di negara kita ni..

...Sebuah klip promo rancangan realiti tersebar di laman media sosial sejak beberapa hario lepas. Promo itu dipercayai untuk program ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.


Rancangan yang sudah memasuki musim kedua itu mula ditayangkan pada 23 Jun 2013. Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.

Yang mengejutkan apabila maklumat promo dan perbualan peserta program itu menyebut Malaysia sebagai lokasi penggambaran.

Episod yang dikatakan dirakam di Malaysia itu ditayangkan pada 13 April 2014.

Berdasarkan maklumat pada promo, kedua-kedua peserta itu bernama Fernando Calderon, anggota bomba dan Samantha Pearson, ibu tunggal.

Yang menjadi persoalan, bolehkah penggambaran seperti ini dibuat di Malaysia? Siapa yang membenarkan penggambarannya?

Sumber
Read more ...

Positif Dadah Jika Makan Nasi Kandar?

Nasi Kandar

Sudah lama ramai yang mempertikaikan mengapa nasi kandar kadangkala boleh membuatkan kita bagai ketagih untuk menikmatinya selalu.

Antara yang dikaitkan dengan hal ini adalah penggunaan kas kas yang juga sejenis biji popi (tumbuhan untuk menghasilkan dadah) dalam masakannya.

Ternyata, fakta ini ada kebenarannya apabila Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah dalam nasi kandar sememangnya boleh menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti baru lepas mengambil dadah.

Malah ujian dilakukan bukan terhadap seorang tetapi lima anggota AADK dan kesemuanya mencatat bacaan positif dadah selepas memakan nasi kandar.

Justeru, Alias menasihatkan orang ramai agar hati-hati kerana dibimbangi terdapat sekatan jalan raya sejurus selepas menikmati makanan tersebut seterusnya membuatkan mereka ‘kantoi’ ketika menjalani ujian air kencing.

Bagaimanapun dengan tersebarnya kenyataan ini, diharapkan jangan pula ada penagih dadah yang memberi alasan kononnya baru lepas makan nasi kandar bila positif ujian dadah ye? - MyNewsHub
Read more ...

Luis Suarez Digantung 9 Perlawanan

Luis Suarez menggigit bahu Giorgio Chiellini

Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengumumkan Luis Suarez dijatuhkan hukuman gantung sembilan perlawanan selepas didapati bersalah menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam perlawanan antara Italy menentang Uruguay pada 24 June 2014.

Selain itu, Suarez juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan. Ini bermakna, Suarez tidak dapat beraksi bersama Uruguay dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia bertemu Colombia serta lapan baki perlawanan lagi.

Lebih malang, Suarez bakal terlepas sembilan perlawanan bersama kelabnya, Liverpool termasuk kunjungan ke Manchester City pada 23 Ogos. Suarez dijangka akan kembali ke padang pada 1 November bertemu Newcastle United. Hukuman ini berkuat kuasa serta-merta.

Di samping itu Fifa juga turut melarang Suárez memasuki mana-mana stadium sepanjang tempoh pengantungannya itu. Pemain itu juga dilarang memasuki stadium dengan tujuan untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan Uruguay pada semua peringkat.

Fifa menjelaskan yang keputusan muktamad untuk mengantung pemain itu telah dimaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Uruguay pada lewat Khamis. “Kelakuan di atas padang yang dipamerkan oleh pemain itu tidak boleh diterima apatah lagi di pentas Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang yang mana berjuta mata menyaksikan perlawanan yang disertainya. Jawatankuasa Disiplin Fifa telah mengambil kita semua faktor yang melibatkan kes Suarez ini dan bentuk kesalahan yang telah dilakukannya dan telah membuat keputusan yang tindakannya itu adalah satu kesalahan berat di bawah peraturan-peraturan yang terdapat di dalam perlembagaan Fifa. Maka itu keputusan untuk mengantung penglibatan Suarez dalam semua aktiviti bola sepak selama empat bulan akan berkuatkuasa serta merta,” tegas Claudio Sulser, pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Sumber
Read more ...

Felixia Bakal Peluk Islam 5 Ramadhan Ini

Dia sering menjadi tumpuan masyarakat tatkala status agamanya yang bukan seorang islam, namun dia nekad untuk mengenakan pakaian yang menutup aurat walau kemana sahaja majlis yang dihadirinya. Siapa tak kenal Felixiap Yeap, bekas model majalah playboy yang kini lebih terbuka dalam penerimaan Islam sebagai wadah rohani kehidupan.

Felixia Yeap

Sinar Harian melaporkan: "SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.
Read more ...

Kemewahan Hanya Sementara: Lelaki Merajuk Tinggal Dalam Kereta Disebabkan Muflis

Apa dah jadi ni, seorang lelaki sanggup menjadikan kereta miliknya sebagai tempat tinggal selama beberapa bulan (atau mungkin dia hendak tinggal selamanya didalam kereta) disebabkan tekanan mengalami kerugian (muflis) dalam perniagaan. Kita kena ingat, waktu kita senang kena banyak bersyukur! seperti nikmat kekayaan itu sudah ditarik balik oleh Allah S.W.T. Satu pengajaran buat semua.

Lelaki cuba dipujuk keluar daripada kereta

myMetro melaporkan: Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian.

Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.

Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.

Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.

Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu.
Read more ...

Puasa 1435H Bermula Ahad Ini

Mufti Terengganu, Dr Zulkifly Muda
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha MuliaRaja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). - Bernama
Read more ...

German, Amerika Syarikat, Belgium dan Algeria Layak Ke Pusingan Kedua

Perlawanan diantara kumpulan G, Jerman dan Amerika Syarikat begitu sengit apabila minit ke 55 menyaksikan gol dijaringkan oleh Thomas Muller yang seakan-akan tidak membantu team beliau pada mulanya. Walaupun Amerika Syarikat kalah, namun mereka tetap berpeluang untuk ke pusingan seterusnya dan bakal bertemu dengan Belgium tidak lama lagi.

Keputusan penuh Amerika Syarikat melawan Jerman

Dalam pada itu, Portugal yang melawan Ghana juga menang 2-1 walaupun tidak dapat beraksi untuk pusingan kedua. Kedua-kedua pasukan itu pulang bermaruah diiringi Rusia dan Republik Korea.
Carta pusingan kedua FIFA
Belgium dan Algeria berada ditangga teratas untuk kumpulan H dan bakal bersaing dengan Amerika Syarikat Jerman dipusingan kedua nanti.
Read more ...

Model Antarabangsa, Aliza Kim Kini Seorang Muslimah

Aliza Kim kini memeluk Islam

Dulu dia gemar mengunjungi parti sosial dan bergambar "berani" sesuai dengan statusnya sebagai bekas model antarabangsa, tetapi siapa sangka gadis jelita yang juga anak seorang paderi ini beroleh hidayah untuk memeluk Islam sejak tahun lalu.

Itulah kehidupan baru Aliza Kim, 20-an, model kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat berdarah Thailand yang kini menetap di negara ini sejak enam tahun lalu.

Sebagai anak tunggal dan dibesarkan dengan ajaran Kristian sempurna oleh bapa bergelar paderi, Aliza berkata, dia perlu mengambil berat perasaan kedua-dua ibu bapanya sebelum mengumumkan menganut Islam.

Berikutan itu, dia mengambil masa setahun untuk membuktikan kasih sayang sebagai anak kepada ibu bapa sebelum mengisytiharkan pengislamannya kepada masyarakat dan keluarga, Januari lalu.

“Sebelum memaklumkan mereka mengenai status Islam, terlebih dulu saya memberitahu bahawa diri sedang mempelajari Islam dan tiada sebarang bantahan daripada mereka.

“Bapa seorang lelaki yang baik dan taat kepada agama, pernah terlintas di fikiran saya bahawa sukar untuk berterus-terang kepadanya. “Temujanji antara anak dan bapa di Melaka, tahun lalu, memberi peluang kepada saya untuk membuktikan diri masih anak yang mereka sayangi sejak kecil. Kasih sayang itu tidak akan berubah.


Aliza Kim

“Semestinya pengakuan saya membuatkan mereka bersedih, namun bapa berfikiran terbuka dan mereka menerimanya dengan hati terbuka.

“Pesanan mereka sekiranya Islam memberi ketenangan dan harapan, saya diberi kebebasan untuk meneruskan pilihan itu,” kata Aliza ketika ditemui pada majlis Hijab Event 2014, Taman Tasik Titiwangsa, sempena Hari Hijab Sedunia, semalam.

Wanita ini mengakui memiliki alasan kukuh merahsiakan dulu status pengislamannya, termasuk persediaan menjadi Muslimah sejati secara luaran mahupun dalaman dan penerimaan ibu bapanya.

Sebelum saya umumkan kepada khalayak ramai, saya perlu membuat persediaan awal.

“Saya ingin memakai pakaian menutup aurat, berhijab bukan sekadar menutup rambut, bahkan hati dan fikiran saya
.

Perjalanan saya bergelar Muslimah bermula dengan pembacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup. Jika saya mengumumkan pengislaman ini lebih awal namun tidak memiliki ciri-ciri wanita Muslimah sama ada pemakaian, pemikiran mahupun percakapan, mungkin ada yang menganggap ia mainan dan penghinaan kepada Islam sendiri.

Saya ingin menjadi Muslimah sejati, di dalam mahupun di luar,” katanya yang kini giat menghasilkan buku panduan Islam kepada saudara baru dengan cara lebih mudah.

Berkongsi cerita penghijrahannya, Aliza yang kini aktif menghadiri kelas agama setiap hujung minggu ini mengakui perjalanan mencari kebenaran bermula apabila kehidupan peribadinya berdepan krisis besar, termasuk gemar menyertai parti sosial dan bergambar "berani" dalam dunia fotografi.

“Selepas enam bulan hidup dengan cara itu, saya mula bosan dan kekosongan jiwa belum diubati. Kemudian, saya menyesal dan berhasrat untuk kembali kepada ajaran agama.

“Saya tinggalkan semua aktiviti itu dan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan harapan dapat menemui ketenangan sebenar.

“Berniat mencari agama dan ajaran sebenar, saya mengunjungi banyak gereja serta membuat kajian mendalam sejak 2012.

“Namun pencarian itu belum memenuhi kekosongan jiwa. Lantas saya mula mengkaji agama dan ajaran yang dibawa golongan nabi termasuk Muhammad, Isa dan Musa.

Saya percaya nabi tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan,” katanya sambil mengakui teman menyarankan supaya mengkaji Islam.

Sepanjang pembacaannya mengenai Islam terutama kisah nabi, Aliza mengakui lebih mudah memahami kerana dia turut mempelajarinya dalam Bible.

Aliza berkata, dia tertarik dengan sistem dan penstrukturan Islam dalam aspek kehidupan seperti bersolat, makan, pakaian mahupun bercakap.

“Apabila kita ikhlas mencari Allah, Dia akan datang kepada kita. Kemudian, saya mencari kebenaran mengenai satu Tuhan, bukan saja Islam, Kristian mahupun Yahudi, bahkan agama lain.

Saya membaca 12 buku dan setiap buku itu membawa saya kepada pencarian dan pengetahuan baru mengenai kebenaran.

“Saya berasakan ia adalah aturan sempurna ditetapkan Allah untuk saya melihat kebenaran.

“Apabila difikirkan semula, secara ikhlas saya yakin sebenarnya kebenaran yang menemui saya,” kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa ini.

Disoal masih merindui dunia peragaan, Aliza berkata, pekerjaan itu dilakukan bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mencari pendapatan menampung kehidupannya. - GreenBoc
Read more ...

Menteri Kecewa Kenyataan Wardina Menerusi Instagram

Instagram Wardina
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35, yang mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya, kelmarin, apabila membuat perbandingan antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).

Kenyataan itu dipaparkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, sekali gus menggemparkan negara.

Dalam kenyataan itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.

Rohani berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

“Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia.

Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.

Menurut Rohani, ibu remaja itu dikenali sebagai Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja terbabit daripada jiran, penduduk setempat, pemimpin atau saudara mangsa. - myMetro
Read more ...

Viral: Video Jihad Rakyat Malaysia di Syria


Video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk "Siria - Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas - 7" telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.


  
Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.
   
Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid," kata jurukamera video itu.
   
Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: "Mujahid-mujahid hensem".
   
Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.
   
Dalam kenyataan semalam, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
   
Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.
   
Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria. - Bernama
Read more ...

Perancis Tetap Juara Kumpulan E Walaupun 0-0 Melawan Ecuador

Perancis tetap menjuarai kumpulan E diikuti Switzerland untuk ke peringkat seterusnya melawan kupulan F iaitu Nigeria pada 1 Julai nanti.

Keputusan penuh Ecuador melawan Perancis
Carta kumpulan E
 Perancis yang pernah melawan Ecuador dalam Perlawanan Persahabatan pada tahun 2008 juga telah memihak kepada mereka dengan mata 2-0. Justeru itulah, ramai yang meramalkan keputusan 2-2 berbanding 0-0 di Piala Dunia 2014 ini. Pemain harapan Ecuador dan Perancis, Enner Valencia dan Karim Benzema yang diharap akan menjaringkan gol buat negara mereka tidak begitu menjadi. Malah Enner Valencia juga dijangka bakal mendapat perhatian kelab bolasepak eropah setelah menjaringkan dua gol ketika menentang Honduras.

Jaringan gol oleh Enner Valencia

Jaringan gol oleh Karim Benzema

Sementara itu, Argentina yang mengungguli carta kumpulan F bersama Nigeria bakal bertemu dengan Switzerland pada 2 Julai 2014.
Read more ...

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 1435H Bagi Seluruh Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan senarai penuh Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 1435H bagi seluruh Malaysia. Sila muat turun melalui pautan mengikut negeri dibawah.


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh pembaca Bicara Media.
Read more ...

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2014 / 1435H

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam di Malaysia bakal menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan. Tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan pada Jumaat, 27 Jun 2014 iaitu bersamaan 29 Syaaban 1435H. Justeru itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh mula berpuasa (yang dijangka jatuh pada Ahad, 29 Jun 2014) melalui radio dan stesen television. Berikut merupakan tarikh dan tempat melihat anak bulan Ramadhan 2014 / 1435H.




Muat Turun: PDF atau PNG
Read more ...

Pemandu Mati Mengejut Disangka Tidur

Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Hotel One World di sini, terkejut apabila lelaki yang disangkakan tertidur di dalam van sebaliknya didapati sudah mati.


Pemandu yang diserang sakit jantung mati
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 40-an ditemui dalam keadaan kepala tersembam di bahagian stereng.

Sumber polis berkata, kenderaan mangsa sebelum itu didapati berhenti dan berada di bahu lebuh raya selama beberapa jam.

Menurutnya, orang ramai yang mulanya menyangka mangsa tertidur bagaimanapun bertindak memeriksa kenderaan itu dan cuba mengejutkan mangsa.

Bagaimanapun mangsa tidak memberi tindak balas ketika cermin kenderaan diketuk. Susulan itu orang ramai segera menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.


Mangsa yang diperiksa dipercayai mengalami serangan sakit jantung sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. - myMetro


Read more ...

Greece dan Colombia Layak ke Pusingan Kedua

Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya Greece & Colombia setelah memenangi perlawanan kumpulan C yang akhirnya membolehkan mereka layak ke pusingan kedua perlawanan Piala Dunia. Kemenangan Greece melawan Ivory Coast dengan mata 2-1 dan Colombia melawan Jepun dengan mata 4-1.

Keputusan penuh Greece melawan Ivory Coast
Keputusan penuh Jepun melawan Colombia


Kedudukan terkini Greece dan Colombia dalam kumpulan C
Greece bakal bertemu dengan Costa Rica pada 30 Jun 2014, 4.00 pagi manakala Colombia bakal bersaing dengan Uruguay pada 29 Jun 2014, 4.00 pagi (waktu Malaysia).


Read more ...

Brazil dan Mexico Layak Ke Pusingan Seterusnya

Kejayaan Brazil menewaskan Cameroon dengan mata 4-1 telah melayakkan mereka untuk kepusingan kedua dimana Brazil akan menentang Chile pada 29 Jun 2014, pukul 12.00 pagi. Saat yang mencuri tumpuan apabila pemain barisan hadapan Brazil, Neymar telah ditolak oleh penyerang Cameroon, Allan Nyom dengan sengaja beberapa minit sebelum Neymar berjaya menjaringkan gol pertamanya. Tindakan kasar itu tidak mendapat maaf daripada Neymar malah pengadil juga tidak berbuat apa-apa diatas Nyom itu.

Neymar raih gol

Neymar telah ditolak oleh Allan Nyom
Keputusan penuh Cameroon melawan Brazil

Kedudukan Brazil dalam kumpulan A

Mexico juga akan mengiringi Brazil dalam perlawanan pusingan kedua itu menentang Netherlands setelah berjaya mengalahkan Croatia, 3-1.

Read more ...

PM Pandang Serius Kes OKU Malang

Muhammad Firdaus
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau memandang serius terhadap isu-isu yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti yang menimpa Muhammad Firdaus Dullah baru-baru ini.

Katanya, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan beliau sedih atas situasi kehidupan remaja yang ditemui dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan itu.
  
Muhammad Firdaus, 15, ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
  
Perdana Menteri dalam status terkini akaun Facebooknya berkata, kerajaan, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pihak polis, serta agensi-agensi lain akan memastikan kebajikan remaja itu terpelihara.
  
Saya juga berharap agar masyarakat di Malaysia bersikap lebih prihatin terhadap keperluan serta kebajikan golongan ini, dan elakkan diri daripada menuding jari semata-mata.
  
Saya juga berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telah tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan kepada adik Muhammad Firdaus," katanya.
  
Remaja itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. - Bernama
Read more ...

Rombakan Kabinet Satu Kenyataan?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tentang rombakan kabinet, menyatakan pelancaran KLIA2 di sini hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

DS Najib bakal umum rombakan Kabinet
"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran klia2.

Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran klia2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan. - Awani
Read more ...

Kumpulan F: Terlalu Lewat Buat Bosnia

Bosnia and Herzegovina terpaksa akur meninggalkan pentas Piala Dunia 2014 disebabkan kekalahan kepada Nigeria, 1-0. Bosnia kini menduduki ditangga keempat dengan Argentina menduduki ditangga teratas untuk kumpulan F. Nigeria berjaya menjaringkan gol mudah pada minit 29. Namun, pasukan Bosnia merasakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengadil keatas Nigeria yang cuba mengkasari kapten mereka sebelum tewas.

Bosnia dilihat cuba beberapa kali melalukan serangan namun tidak berjaya menembusi gaung lawan.

Penyerang Nigeria Emmanuel Emenike cuba melepasi pertahanan Bosnia, Toni Sunjic

Peter Odemwingie berlaga dengan Senad Lulic

Keputusan penuh Nigeria melawan Bosnia and Herzegovina
Kedudukan Bosnia and Herzegovina

Read more ...

Argentina vs Iran: Gol Disaat Akhir

Perlawanan kumpulan F diantara Argentina melawan Iran menyaksikan persaingan yang cukup sengit apabila pungutan mata cuma 1-0. Kehebatan pemain Iran tidak dapat disanggah oleh Argentina walaupun pada akhirnya mereka memberi kejutan apabila gol di minit pertama masa tambahan. Penggantian pemain disaat-saat akhir Iran juga tidak berguna apabila tendangan Messi tepat kearah sudut atas sebelah kiri jaring walaupun cuba dihalang Reza Ghoochannejhad (#16).

Kehadiran Diego Maradona, bekas pemain Argentina juga mencuri tumpuan apabila kelibat beliau dilihat pulang sebelum gol dijaringkan oleh Messi. Beliau mungkin tidak menyangka kelebihan disaat akhir itu buat Argentina.

Keputusan penuh Argentina melawan Iran

Maradona dilihat berlalu pergi sebelum gol kemenangan Argentina

Tendangan Lionel Messi
Messi raih gol
Read more ...

Kumpulan E: Kemenangan Pertama Ecuador

Walaupun kalah kepada Switzerland, namun perlawanan menentang Honduras memberi kepuasan buat Ecuador kerana buat pertama kalinya memenangi perlawanan kumpulan E. Kemengangan Ecuador dibantu oleh Enner Valencia (#13) mula memperlihatkan kehebatnya di Piala Dunia 2014 hasil jaringan 2 gol menerusi sepakan percuma dan tanduk yang kemas.

Keputusan penuh Honduras melawan Ecuador



Read more ...
ads