Lawak: Selebriti Barat Ketika Umur 60 Tahun

Saksikan gambar-gambar selebriti barat apabila mencapai umur 60 tahun dengan menggunakan aplikasi Oldify. Oldify boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna Android dan iOS. Muat turun melalui smartphone anda sekarang!.

Anna Kendrik

Beyonce

Harry Styles

JayZ

Jennifer Lawrence (Hunger Games)

Joan Rivers (tua ke x tua ke sama je)

Justin Bieber

Kanye West

Kate dan anak lelaki Putera William

Kim Kardashian (mcm hantu)

Miley Cyrus

Ryan Gosling

Taylor Swift

Zach Braff

Read more ...

Kotak Hitam MH17 Beri Klu Pesawat Ditembak Jatuh



Data yang diperoleh daripada kotak hitam MH17 yang terhempas baru-baru ini menunjukkan kapal terbang itu telah ditembak jatuh sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar.

Melalui laporan sebuah portal hari ini, kenyataan tersebut didakwa didedahkan oleh jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Ukraine, Andriv Lysenko.

Bagaimanapun pihak berkuasa Eropah yang turut menganalisa data dan maklumat yang terdapat dalam kotak hitam terbabit masih belum membuat sebarang pendedahan setakat ini.

Belanda juga masih belum mengesahkan data tersebut kerana masih menunggu maklumat lengkap tentang keseluruhan kejadian.
Read more ...

Insiden Tembak Pesawat Cabuli Undang-Undang Antarabangsa



NEW YORK: Insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 di timur Ukraine adalah secara 'terang-terang mencabuli undang-undang antarabangsa', kata seorang pakar perundangan berpusat di New York yang menyediakan khidmat guaman mengenai undang-undang antarabangsa.

Pakar itu memberitahu Bernama dengan syarat identitinya dirahsiakan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNHCHR) Navi Pillay mungkin betul dalam pentafsiran tindakan itu menyamai jenayah perang. - Awani

Habis tu, kes tembak pesawat komersial sebelum MH17 tu x salah la ye. Bila ada kaitan dengan Rusia terus cabuli undang-undang a/bangsa..
Read more ...

Ketidaktentuan Politik Sebabkan PM Ukraine Letak Jawatan



Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. - AFP
Read more ...

Pesawat Air Algerie Yang Hilang Rupanya Terhempas



Pesawat Air Algerie AH5017 itu terhempas selepas melalui bandaraya Niger ketika sedang bertarung dengan ribut kuat. Kesemua 116 penumpang maut dalam nahas iaitu 6 anak kapal yang terdiri daripada warga Sepanyol dan 110 penumpang yang terdiri daripada warga Perancis.



Pesawat itu dikatatan telah terputus hubungan dengan menara kawalan ketika melalui ruang udara Mali selepas berlepas dari bandaraya Burkinan, Ouagadougou menuju ke ibu negara Algeria, Algiers.



Semalam, sebuah pesawat TransAisa GE222 telah terhempas di Pulau Penghu, Taiwan, China yang mengorbankan 48 penumpang akibat Taufan Matmo.







Read more ...

Lagi Pesawat Komersial Hilang



Sebuah pesawat penumpang Air Algerie dilapor terputus hubungan kurang sejam selepas berlepas di Burkina Faso, petang ini.

"Perkhidmatan udara terputus hubungan dengan pesawat yang dalam perjalanan ke Algiers dari Ouagadougou, 50 minit selepas berlepas," kata syarikat penerbangan berkenaan.

Menurut agensi berita Algeria APS, syarikat penerbangan berkenaan memulakan pelan kecemasan untuk mencari pesawat AH5017 yang menggunakan laluan sama empat kali seminggu.

Sumber syarikat berkata pesawat yang hilang adalah jenis DC-9 yang disewa sebuah syarikat Portugis dan boleh memuatkan 135 penumpang.

Seramai 110 orang dipercayai berada dalam pesawat berkenaan ketika dilaporkan hilang. - myMetro
Read more ...

Ketahui Asal Usul Kaum Yahudi



Kebangsatan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Palestin semenjak 66 tahun lalu masih berterusan hingga ke hari ini. Terbaharu, umat Islam di Gaza diserang bertubi-tubi oleh rejim bacul ini ketika baru sahaja menyambut kedatangan Ramadhan 1435 H.

Dilaporkan jumlah kematian setakat hari ke-11 pertempuran, melebih angka 200 jiwa manakala ribuan yang lain mengalami kecederaan. Namun, rejim Zionis sedikitpun tidak merasa bersalah atas jenayah yang mereka lakukan ini malah mendabik dada mengaku bahawa mereka adalah pihak yang ‘mempertahankan diri’ sementara pihak Palestin dituduh sebagai pihak yang ‘menyerang’.

Ini dapat dilihat dalam kebanyakan laporan media barat dan Zionis yang rata-rata meletakkan kondisi sebegitu rupa. Masyarakat dunia dan umat Islam khususnya berasa jelik dengan permainan kotor mereka.

Mengapakah tiada rasa penyesalan dalam diri mereka apabila menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa ini? Adakah kerana mereka ini digolongkan sebagai ‘bangsa yang dipilih tuhan’ menyebabkan mereka berasa lebih mulia dari bangsa lain dan menjadi tiket untuk menindas bangsa lain yang dianggap sebagai ‘goyem’ atau binatang? Kita perlu mengkaji latar belakang sejarah bangsa mereka bagi mencari sebab musabab yang mempengaruhi tabiat dan sifat mereka pada hari ini.

Asal usul kaum Yahudi

Bangsa ini berasal dari keturunan yang bukan sembarangan. Mereka berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. yang turut dikenali sebagai ‘bapa-bapa sekalian nabi’. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang Isteri dan melalui kedua-dua lahir para nabi. Melalui isterinya Sarah a.s. lahirkan Nabi Ishak a.s.

Melalui Nabi Ishak a.s., lahir Nabi Yaakub a.s. dan daripada baginda lahir para nabi yang diturunkan kepada Bani Israel seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan Nabi Isa a.s.

Sementara melalui isterinya Siti Hajar pula lahir Nabi Ismail a.s., dan melalui Nabi Ismail lahir seorang sahaja nabi iaitu Nabi Muhammad SAW.

Nabi Yaakub dikurniakan seramai 12 orang anak, iaitu:
1. Rubin
2. Simeon (Sham’un)
3. Levi
4. Yahuza (Yahuda)
5. Zebulaon
6. Isakhar
7. Dann
8. Gad
9. Aser
10. Naftali
11. Yusuf
12. Benjamin (Bunyamin)

Sebagaimana yang dikhabarkan dalam surah Yusuf, ayat 4:

Ketika Nabi Yusuf a.s. menyatakan kepada ayah baginda, iaitu Nabi Yaakub a.s.: Wahai ayahanda, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas butir bintang, matahari dan bulan. Aku melihat semua ini sujud kepadaku."

Melalui keturunan Levi, diutuskan Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa. Manakala Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa diutuskan melalui keturunan Yahuda dan hanya seorang nabi diutuskan melalui keturunan Benjamin, iaitu Nabi Yunus a.s. Bangsa Yahudi dipercayai lahir dari keturunan Yahuza, iaitu abang kepada Nabi Yusuf a.s.

Jikalau diselidiki, Bani Israel diberi banyak kelebihan oleh Allah ke atas mereka seperti diutuskan para nabi dan rasul, diberi kelebihan berbanding umat lain di alam ini dan dikurniakan pelbagai nikmat sepeti hidangan al manna dan as salwa. Namun mereka tidak bersyukur di atas kurniaan tersebut malah bertindak dengan melakukan kemungkaran terhadap ajaran Allah. Jikalau kaum ‘Aad dan Thamud dibinasakan terus dari muka bumi akibat keingkaran mereka tehadap ajaran Allah, kaum Bani Israel tidak menerima nasib yang sama seperti mereka malah dilepaskan daripada segala azab dan ujian yang menimpa mereka .Walau bagaimanapun, selepas setiap kali dibebaskan daripada ujian mereka kembali engkar dan kufur terhadap janji yang mereka ikrarkan kepada Allah dan para nabi mereka.

Nabi Musa mengemudi Bani Israel

Ketika Nabi Yusuf a.s. menjadi pembesar di Mesir, jumlah kaum Bani Israel telah berkembang dengan banyaknya dan mereka hidup dalam keadaan aman sehinggalah mereka menjadi lalai dan melupakan ajaran Allah dan kembali menyekutukan-Nya. Lalu Allah menurunkan bala dan menjadikan kaum ini sebagai hamba ketika zaman pemerintahan Firaun.

Setelah itu, Allah mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk memimpin Bani Israel agar kembali mengesakan-Nya dan baginda ditugaskan oleh Allah untuk menyelamatkan kaumnya daripada kezaliman Firaun. Akhirnya baginda berjaya membawa keluar kaumnya dari Mesir dengan menyeberangi Laut Merah. Peristiwa ini telah dikisahkan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut untuk kamu lalui (kerana melarikan diri daripada angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya." (Surah Al Baqarah, ayat 50)

Setelah diselamatkan dari kekejaman Firaun, baginda dan kaumnya menerima perintah daripada Allah untuk memasuki bumi Kanaan (Palestin) di mana mereka diarahkan untuk memerangi sebuah kaum yang kuat di sana.

Mereka berkata: Hai Musa, kami sesekali tidak akan memasukinya selama-lamanya selagi mereka ada di dalamnya. Kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini sahaja."(Surah al-Maidah,ayat 21)

Keengganan mereka terhadap perintah tersebut menyebabkan kaum Bani Israel dihukum dengan disesatkan di Padang Pasir Teh selama 40 tahun. Ketika tempoh tersebut, baginda dan saudaranya iaitu Nabi Harun a.s. telah wafat dan Allah telah mengutuskan Yusha’ bin Nun untuk mengelapai kaum Bani Israel.

Akhirnya mereka berjaya memasuki dan menawan bumi Kanaan dan bermulalah penguasaan mereka ke atas tanah Kanaan dengan terbentuknya Kerajaan Bani Israel. Tidak beberapa lama selepas itu Yusha’ bin Nun wafat dan mereka kembali mensyirikkan dan mengingkari ajaran Allah. Natijah daripada perbuatan mereka itu menyebabkan turunnya bala dan kesusahan oleh Allah melalui penjajahan oleh kaum Madyan yang dipimpin oleh Jalut dan para tenteranya.

Bani Israel dipimpin Nabi Daud

Kemudiannya Allah membangkitkan Nabi Daud dan Talut bagi menewaskan Jalut dan tenteranya.Setelah berjaya menewaskan Jalut, baginda memimpin Bani Israel untuk kembali memasuki bumi Kanaan dan menetap di sana. Baginda telah menjadi pemerintah buat Bani Israel berpandukan kitab Zabur. Kisah mereka diberitakan dalam al-Quran melalui surah Baqarah, ayat 249 hingga 251.

Apabila Nabi Daud wafat, putera baginda iaitu Nabi Sulaiman mengambil alih tampuk kepimpinan Bani Israel dan baginda memerintah kaumnya berpandukan kitab Taurat dan juga Zabur. Ketika itu Bani Israel berada di zaman kemuncaknya.

Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Kanaan dapat dibahagikan kepada tiga fasa.Fasa pertama atau fasa awal dikenali sebagai Zaman Kehakiman yang berlanjutan selama 400 tahun dan dipimpin oleh seorang hakim yang bersilih ganti dan bertanggungjawab memutuskan hal-hal kemasyarakatan mereka.

Fasa kedua pula dinamai sebagai Zaman Beraja di mana raja-raja telah bertanggungjawab memimpin Bani Israel. Raja-raja ini terdiri daripada pesuruh Allah dan para nabi yang memimpin kaum mereka berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Antara mereka termasuklah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang menjadi raja Bani Israel yang terkenal. Ketika itu Bani Israel berada di ambang kemuncak kegemilangan mereka.
Nabi Sulaiman memegang tampuk pemerintahan selama 40 tahun. Ketika zaman pemerintahan baginda, sebuah rumah ibadat kepada Allah telah dibina iaitu Haikal Sulaiman.

Fasa terakhir dalam sejarah penguasaan Bani Israel di Kanaan dikenali sebagai Zaman Perpecahan - berlaku setelah kewafatan Nabi Sulaiman yang menyebabkan terjadinya perebutan kuasa antara Yarbi’an bin Nabath dengan Rahbian. Perselisihan tersebut mengakibatkan wilayah Bani Israel terbahagi kepada dua; wilayah selatan yang dinamakan Yahuza dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara dan dipimpin oleh Rahbian .Wilayah kedua ialah wilayah utara yang dipimpin oleh Yarbi’an beserta sepuluh lagi suku Bani Israel dengan Nablus atau Samarria sebagai ibu kota.

Zaman penindasan Bani Israel

Tidak berapa lama kemudian iaitu pada tahun 722 Sebelum Masihi, pemerintahan Bani Israel di Kanaan telah dijajah oleh bangsa Assyria yang dikepalai oleh rajanya yang bernama Sarjun. Ramai penduduk berbangsa Bani Israel ditawan dan dibawa pulang ke Assyria. Sejak itu, nasib sepuluh kaum Bani Israel ini tidak dapat diketahui dan hilang. Wilayah Yahuza pula telah ditawan oleh puak Fira’unah pada tahun 603 SM. Akibat kejatuhan kedua-dua pemerintahan Bani Israel ini, ramai kaum Bani Israel yang telah dibunuh dan ditawan. Sebahagian lagi lari bertaburan menyelamatkan diri ke wilayah-wilayah lain.

Pada tahun 586 SM, kerajaan Babilon yang diketuai oleh Nebuchadnezzar atau Bukhtansar telah bertindak menawan bumi Kanaan. Baginda turut mengusir puak Fira’unah dan telah menghancurkan negara Yahuza. Semua rakyat berketurunan Bani Israel ditawan dan dibawa ke Babilon. Ramai daripada mereka yang dibunuh dan sebahagian lagi dijadikan hamba abdi dan menurut ahli sejarah, antara yang ditawan oleh Raja Bukhtansar termasuklah Nabi Daniel.

Kekuasaan Empayar Babilon tidak bertahan lama. Kota Babilon telah ditakluk oleh seorang raja Parsi yang bernama Cyrus pada tahun 538 SM. Baginda telah bertindak dengan membebaskan kaum Bani Israel daripada perhambaan dan kezaliman kaum Babilon. Mereka kembali ke Kanaan dan memulakan kehidupan di sana. Bahkan Raja Cyrus turut membina semua Haikal Sulaiman yang telah dibina semasa pemerintahan Nabi Sulaiman.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak berkekalan apabila orang Rom melakukan penaklukan terhadap kaum Bani Israel pada tahun 136 SM. Kaum Bani Israel cuba memberontak dan menentang Kerajaan Rom tetapi mereka dikalahkan oleh Raja Rom yang bernama Adryan. Kanaan telah ditawan mengakibatkan Bani Israel terpaksa melarikan diri dan hidup di merata tempat dan keadaan berpecah belah.

Nabi Isa penerus legasi risalah Tauhid

Tidak lama kemudian, Allah telah mengutuskan Nabi Isa sebagai rasul kepada Bani Israel, bertujuan membawa mereka yang hidup dalam kesesatan ke jalan yang benar.

Baginda telah mencela perbuatan kaum Bani Israel terutama para rahib atau pendetanya kerana mereka mensyirikkan Allah dan tergelincir dari landasan ajaran Allah yang sebenar iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Daud melalui kitab Taurat dan Zabur. Setelah dihasut oleh tukang-tukang tenung dan ahli sihir, para rahib Yahudi telah berpakat untuk pergi menemui Maharaja Rom. Mereka telah membuat fitnah terhadap Nabi Isa menyebabkan Maharaja Rom mengelurkan arahan agar Nabi Isa ditangkap dan dibunuh.

Namun, Allah telah mengangkat baginda ke langit dan tentera Rom telah menangkap salah seorang daripada rahib Yahudi yang telah diserupakan mukanya dengan Nabi Isa menyebabkan timbulnya dakwaan bahawa baginda telah mati disalib.

Penjajahan kuasa Rom ke atas bumi Kanaan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 136 SM dan sekali lagi pada tahun 70 Masihi. Ia merupakan babak-babak terakhir dalam sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Kanaan. Setelah itu, Bani Israel diusir keluar dari bumi Kanaan dan diharamkan daripada memasuki bumi tersebut. Sesiapa di antara mereka yang berusaha untuk memasukinya pasti akan berhadapan dengan hukuman bunuh dan bermulalah era kehidupan kaum Bani Israel atau bangsa Yahudi yang tidak memiliki sebuah negara sendiri sehinggala penubuhan negara Israel pada tahun 1948.

Kaum Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW

Apabila baginda diutuskan di Makkah dan berhjrah ke Madinah sekitar tahun 622-623 Masihi, terdapat tiga suku kaum orang Yahudi yang tinggal di situ. Mereka adalah keturunan Yahudi yang lari menyelamatkan diri akibat penaklukan Baitulmuqaddis pada tahun 70 Masihi. Suku kaum tersebut adalah Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.

Bapak borek, anak rintik. Begitu juga dengan ketiga-tiga suku ini. Mereka masih mewarisi sikap buruk nenek moyang mereka sejak zaman Nabi Musa hinggalah ke zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Mereka terdiri daripada kaum yang sombong, bongkak, menganggap mereka kaum yang istimewa, lebih mulia dan cerdik daripada penduduk setempat. Mereka memonopoli keadaan ekonomi di Madinah pada waktu itu. Mereka juga cuba mendominasi keadaan politik dengan melaga-lagakan dua suku Arab yang utama iaitu suku Aus dan suku Khazraj.

Apabila Rasulullah datang ke Madinah, ramai para pembesar suku Aus dan Khazraj memeluk agama Islam. Kedua-dua kaum tersebut kemudian dipersatukan dan dikenali sebagai Ansar. Baginda kemudiannya telah bertindak menggubal Perlembagaan Madinah yakni ketiga-tiga suku kaum Yahudi telah menandatanganinya dan berjanji untuk menerima Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara.

Kehadiran baginda di Madinah dengan membawa ajaran Islam serta kejayaannya menyatukan suku kaum Aus dan Khazraj amat tidak disenangi oleh ketiga-tiga suku Yahudi tersebut.Mereka tidak senang melihat perdamaian yang terjalin antara suku Aus dan Khazraj malah tidak senang dengan peraturan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW terutamanya larangan riba dan menipu dalam perniagaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka mula merancang untuk melemahkan kekuatan umat Islam di Madinah seperti memonopoli ekonomi Madinah, membangkitkan permusuhan sesama orang Islam terutamanya dalam kalangan suku Aus dan Khazraj dan kemuncak kepada perlakuan jahat mereka ialah apabila mereka mengacau seorang wanita Islam yang pergi ke pasar pada suatu hari sehingga menyebabkan aurat wanita tersebut terbuka. Seorang lelaki Islam yang melihat kejadian tersebut segera masuk campur dan cuba mencegah perbuatan kaum Yahudi Bani Qainuqa itu menyebabkan berlakunya pergaduhan. Dalam insiden tersebut, lelaki Islam tersebut terbunuh.

Baginda telah bertindak memimpin tentera Islam menuju ke perkampungan Bani Qainuqa, belum sempat pertempuran meletus, mereka telah keluar menyerah diri dan berjanji akan keluar dari Madinah. Orang Yahudi Bani Qainuqa ini akhirnya berpindah ke sempadan Syria. Hal yang sama berlaku terhadap Yahudi Bani Nadhir yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, akhirnya mereka telah diserang dan diusir dari Madinah.

Penindasan demi penindasan yang dialami oleh Yahudi

Semasa berlakunya Perang Salib iaitu di antara kurun ke-11 hingga kurun ke-13, ramai orang Yahudi yang telah dibunuh. Pada tahun 1215, Majlis Gereja Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Pada tahun 1220, Raja Edward 1 iaitu Raja England ketika itu telah bertindak mengeluarkan perintah menghalau orang Yahudi dari bumi England. Perkara yang sama turut dilakukan oleh raja Perancis iaitu Raja Charles IV.

Pada abad ke-14 telah merebaknya satu wabak penyakit yang dikenali sebagai “Black Death” di Eropah. Akibatnya,beratus-ratus ribu orang penduduk Eropah telah mati. Ketika itu pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang Yahudi menjadi seperti satu kebiasaan. Raja Sepanyol telah bertindak menghalau keluar orang Yahudi dari negara mereka iaitu pada tahun 1492. Ini diikuti oleh Raja Portugal yang turut menghalau mereka pada tahun 1497.

Akibatnya orang Yahudi hidup merempat kerana mereka tidak diterima oleh mana-mana negara ketika itu. Empayar Uthmaniah mula menonjolkan kekuasannya. Orang Yahudi telah diterima untuk tinggal di Turki dan negara-negara Islam yang terletak di bawah kekuasannya. Mereka dilayan dengan baik tetapi dikehendaki membayar jizyah atau cukai perlindungan diri.

Di negara-negara Eropah Timur, orang Yahudi mengalami nasib yang lebih buruk. Sebagai contoh, pada tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta orang Yahudi di Poland. Tidak berapa lama kemudian iaitu sekitar tahun 1648 hingga 1658, sebahagian besar daripada mereka telah dibunuh dan harta benda mereka dirampas sementara kediaman mereka dimusnahkan. Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan atau wilayah di bawah kekuasaan Rusia antara tahun 1772 hingga 1796, orang Yahudi yang masih ramai tinggal di negara tersebut mendapat tekanan yang hebat. Mereka hilang hak-hak berniaga serta menuntut ilmu.

Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu, sesuatu yang menyamai amalan apartheid. Bahkan mereka menerima nasib yang lebih teruk daripada itu apabila Kerajaan Rusia telah bertindak membiayai pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai. Salah satu daripadanya ialah membabitkan peristiwa yang berlaku dalam tahun 1881, iaitu orang Yahudi telah dibunuh beramai-ramai akibat pembunuhan yang berlaku ke atas Czar Alexander II.

Semuanya ini bukan semata-mata kerana kejahatan para pemerintah kerajaan Eropah tersebut, tetapi sebab-sebab serta kejadian yang menimpa orang Yahudi ketika itu adalah berpunca daripada kejahatan serta sikap buruk yang diamalkan oleh mereka. Orang Yahudi pada abad ke-17 dan 18 tersebut tidak dapat melepaskan diri mereka daripada perlakuan buruk nenek moyang mereka sejak zaman Nabi Musa. Mereka masih tetap melakukan perbuatan dan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran yang terdapat dalam kitab Taurat.

Tidak semua Yahudi mendokong negara haram Israel

Terdapat beberapa golongan dan kumpulan dalam komuniti Yahudi sendiri yang tidak sehaluan dalam merestui penubuhan negara Israel. Salah satu kumpulan tersebut adalah Neturei Karta. Ia merupakan sebuah pertubuhan ultra Ortodoks Yahudi yang diketuai oleh beberapa orang pendeta atau rabbi Yahudi yang menentang penubuhan negara Israel. Pertubuhan ini bermula pada abad ke-18 yang dipimpin oleh Rabbi Yisroel Ben Eliezer. Pertubuhan ini menggelarkan diri mereka sebagai Perserikatan Yahudi Penentang Zionis dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1935.

Neturei Karta adalah perkataan dalam bahasa Yunani kuno yang membawa maksud “Penjaga Kota”. Gelaran ini berkait rapat dengan perjuangan mereka yang mendakwa bahawa mereka berpegang teguh dengan ajaran kitab Taurat dan bertanggungjawab menjaga kesucian kota Baitulmuqaddis yang bakal menjadi ibu kota Yahudi yang sebenarnya. Mereka menganggap bahawa negara Israel sekarang bukanlah sebuah negara Yahudi yang dijanjikan oleh Allah dalam kitab Taurat.

Mereka bahkan mendesak negara Israel sekarang dibubarkan dan mengecam pemerintahan negara Israel sekarang kerana penubuhannya adalah bertentangan dengan ajaran Yahudi sebenar iaitu seperti yang tercatat dalam kitab Taurat. Mereka mengecam penubuhan negara Israel yang ditubuhkan di atas darah rakyat Palestin.

Menurut kepercayaan para pengikut Neturei Karta, mereka percaya bahawa pengusiran kaum Yahudi dari bumi Palestin adalah satu ketentuan dan takdir daripada Allah. Mereka percaya bahawa kaum Yahudi terpaksa terus menjalani hukuman yang ditimpakan Allah kepada mereka yang menyebabkan mereka terusir dari bumi Palestin sejak 2,000 tahun yang lalu dan sehingga kini gagal mempunyai sebuah negara sendiri.

Keyakinan mereka bahawa apa yang dialami oleh kaum Yahudi termasuk pengusiran dari bumi Palestin serta kezaliman yang berlaku dan menimpa mereka termasuklah peristiwa holokos atau pembunuhan beramai-ramai di Jerman sebenarnya adalah satu hukuman daripada Allah terhadap bangsa Yahudi. Hal ini kerana mereka sedar sedar dan tahu bahawa bangsa Yahudi telah banyak berbuat onar dan kufur terhadap perintah Tuhan - termasuklah membunuh para nabi yang diutus kepada mereka.

Sebuah lagi kumpulan atau pertubuhan Yahudi yang menentang penubuhan negara Israel ialah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Agudath Israel. Mereka menganggap bahawa penubuhan negara Israel sekarang bukan bertujuan untuk memenuhi apa yang disebutkan dalam kitab Taurat iaitu: “Bumi istimewa yang dijanjikan oleh mereka.” ia sebaliknya lebih kepada untuk memenuhi matlamat politik pertubuhan Zionis.

Seorang pemimpin kumpulan Agudath Israel ini yang bernama Rabbi Yisroel Reisman dalam satu khutbahnya di Gereja Yahudi Agudath Israel di Brooklyn, New York pada 27 Disember 2012 menegaskan bahawa kesemua pendeta atau paderi Yahudi yang terkenal menentang keras penubuhan sebuah negara Israel. Penentangan tersebut adalah berdasarkan kepercayaan mereka terhadap kitab Taurat yang menyatakan sebuah negara Israel di atas bumi istimewa yang dijanjikan kepada kaum Yahudi akan berlaku dengan sendirinya apabila munculnya Sang Penyelamat atau al-Masih. Antara lain, beliau menyebut apa yang ditulis oleh Nabi Sulaiman yang bermaksud:

Puteri-puteri Jerusalem, sesungguh Aku (Tuhan) telah membuat satu perjanjian dengan kamu bahawa kamu sekali-kali tidak akan membangkitkan atau mengejutkan kecintaan kamu terhadap Tanah Suci kecuali apabila tiba masanya!"(Lagu. Nyanyian 2:7)

Beliau seterusnya menerangkan bahawa adalah menjadi ajaran kitab Taurat bahawa orang Yahudi tidak boleh memaksakan penubuhan sebuah negara untuk orang Yahudi di bumi suci dengan kekerasan. Sebuah negara untuk orang Yahudi yang sekian lama diimpikan oleh mereka hanya akan terdiri apabila diizinkan atau ditakdirkan oleh Allah dengan terutusnya Sang Penyelamat atau al-Masih.

Kesimpulan

Jelaslah bahawa segala onar dan kebiadaban yang dilakukan oleh Yahudi Zionis di Palestin adalah natijah daripada segala kesengsaraan yang terpaksa ditempuhi oleh kaum tersebut semenjak ribuan tahun lalu. Penyeksaan, pengusiran dan diskriminasi yang diterima oleh mereka semenjak dahulu mempengaruhi pola tabiat dan kelakuan mereka yang suka berdendam dan tidak senang dengan bangsa lain.

Namun yang sadisnya, umat Islam pula yang menjadi mangsa kepada kondisi mereka padahal telah terbukti orang Yahudi dilayan dengan baik sepanjang Islam memerintah dunia ini. Faktor umat Islam yang dilalaikan daripada mengikuti ajaran Allah turut menyebabkan bumi suci Palestin menjadi mangsa robekan oleh kuasa-kuasa Barat yang didalangi oleh Zionis di belakangnya dan negara umat Islam hanya mampu menangis dari kejauhan melihat penderitaan rakyat Palestin. Sementara negara Arab yang berjiran diam tidak berlagu kerana telah diikat dengan segala perjanjian damai dengan Israel atau bersekongkol rapat dengan Amerika Syarikat selaku kuasa besar di rantau tersebut.

Ku Hariz Farhan Ku Azman, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber rujukan:
Sabaruddin Hussein. Yahudi, Syiah dan Dajal Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah. 2014.PTS Islamika.
Shafie Abd. Rahman. Darah Yahudi, muslihat Yahudi menguasai dunia. 2014. Darul Taklim.

Sumber
Read more ...

Sidang Khas Parlimen Usul Kutuk Tindakan Kejam Tembak Jatuh MH17

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Persidangan Khas Dewan Rakyat Rabu sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa, pada 17 Julai lepas.

Usul itu menyaksikan kesemua anggota Parlimen yang hadir menzahirkan sentimen senada untuk menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Seramai 22 anggota Parlimen terdiri daripada 12 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 10 wakil rakyat pembangkang membahaskan usul itu pada Persidangan Khas Dewan Rakyat yang mula bersidang 10 pagi ini.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine, pada Khamis lepas.

Kerajaan Ukraine percaya pesawat malang itu ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan usul itu menegaskan pendirian kerajaan bahawa jenayah yang dilakukan terhadap MH17 merupakan jenayah berat dan menuntut pembelaan di peringkat antarabangsa.

"Setiap usaha akan diambil untuk memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan, sama ada di peringkat domestik masing-masing negara yang berkenaan mahupun di peringkat antarabangsa," katanya.

Muhyiddin berkata tindakan yang perlu dilakukan sekarang adalah siasatan yang menyeluruh dan pengumpulan bukti dan untuk tujuan itu Malaysia akan bekerjasama dengan pasukan penyiasat antarabangsa untuk mengenal pasti punca nahas dan mengumpul bukti-bukti berkaitan jenayah berkaitan.

Beliau berkata kerajaan juga akan menubuhkan sebuah pasukan penyiasat khas yang akan dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam dan agensi-agensi lain untuk membolehkan siasatan dimulakan segera.

Bagi maksud menghadapkan penjenayah yang dikenal pasti ke muka pengadilan, Muhyiddin berkata Malaysia akan menggunakan undang-undang jenayah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah (termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984. - BERNAMA
Read more ...

Putin Jamin Pasukan Penyiasat Masuk Kawasan Insiden



Presiden Rusia Vladimir Putin memberi jaminan untuk menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas, bagi memulakan siasatan berhubung tragedi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam perbualan telefon dengan Putin selepas berbuka puasa tadi, Presiden Rusia itu menyatakan Moscow memahami keperluan untuk menyelesaikan persoalan mengenai insiden berkenaan.

Presiden Putin berkata beliau juga berharap Presiden Ukraine (Petro Poroshenko) bersetuju untuk gencatan senjata sementara untuk membolehkan pasukan siasatan ini memasuki kawasan pesawat terhempas.

"Dari segi pandangan Putin, beliau berkata pihak yang menguasai kawasan itu tentu hendak siasatan yang objektif dilakukan dan Putin turut berkata Rusia tiada kemampuan untuk menembak jatuh pesawat itu,"
kata Najib kepada pemberita selepas menerima panggilan daripada Putin pada Jumaat.

Terdahulu, Najib menghadiri majlis berbuka puasa bersama media anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di perkarangan Masjid Al-Muhammadi di Angkasapuri di sini.

Perdana Menteri berkata kumpulan yang menguasai kawasan MH17 terhempas dan kerajaan Ukrain mesti bersetuju melakukan gencatan senjata sementara bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan insiden secepat mungkin.

Komitmen untuk gencatan senjata ada oleh kedua-dua pihak, tetapi ia perlu diterjemahkan dalam bentuk persetujuan...saya telah memberitahu Presiden Putin bahawa pasukan penyiasat kita telahpun berlepas ke Kiev dan bila sampai nanti, saya mahu mereka terus dibenarkan masuk ke kawasan itu," katanya.

Dalam perbualan telefon itu, Najib turut menegaskan kepada Putin mengenai perlunya pasukan penyiasat diberi kebenaran memasuki kawasan tragedi secepat mungkin untuk memulakan siasatan.

Menurutnya pasukan siasatan itu, yang Malaysia perlu menjadi sebahagian daripadanya, harus diberikan jaminan dalam soal keselamatan semasa menjalankan tugas.

Saya juga menegaskan (kepada Putin) betapa kawasan itu tidak boleh diganggu dan tidak diusik apa jua yang boleh disifatkan sebagai asas dalam sisastan nanti," katanya.

Ketika diitanya pihak mana yang bertanggungjawab terhadap insiden itu, Najib berkata Malaysia menjadi mangsa kepada pertembungan geopolitik yang sengit di kawasan itu.

Semasa mengulas mengenai penglibatan beberapa kuasa besar dunia terhadap insiden ini, beliau berkata perkara itu amat kompleks memandangkan semua mempunyai pandangan tersendiri dan bertentangan.

Najib juga berkata beliau belum ada rancangan untuk ke Kiev namun akan sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin tertentu.

Menurutnya pada Jumaat sahaja, beliau menerima panggilan daripada beberapa pemimpin negara lain termasuk Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Perdana Menteri Australia Tony Abbot, Perdana Menteri New Zealand John Key, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan Perdana Menteri United Kingdom David Cameron.

Berhubung laporan pesawat MH17 ditembak jatuh dan pihak mana yang harus dipertangungjawabkan, Perdana Menteri berkata ia perlu disiasat sepenuhnya berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh.

Najib berkata jika pesawat itu ditembak jatuh, siasatan forensik pasti dapat menentukannya kerana banyak bukti yang boleh ditemui daripada pesawat itu.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Daripada 298 penumpang MH17, seramai 44 orang adalah warganegara Malaysia. - BERNAMA
Read more ...

Kiki didenda RM5,000 dan Buat Kerja Komuniti 240 Jam

KUANTAN: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, Isnin lalu didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini Selasa.



Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya.

Tindakan ganas Kiki membuli Siak Heong atau Uncle Sim itu selepas warga emas berkenaan secara tidak sengaja melanggar keretanya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Facebook, Twitter dan You Tube, wanita itu dilihat mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta milik Uncle Sim.

Aksi Kiki mendapat pelbagai komen dari pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dianggap biadap itu. - mStar
Read more ...

Kotak Hitam Akan Dihantar Kepada Penyiasat Nahas Udara di UK



Pasukan penyiasat antarabangsa telah memutuskan untuk menghantar dua kotak hitam daripada pesawat MH17 Malaysia Airlines kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom untuk analisis forensik.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini adalah prosedur biasa bagi kotak hitam dihantar ke makmal terdekat yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk dianalisis.

"Kedua-dua kotak hitam itu akan dibawa dengan kapal terbang ke Farnborough, United Kingdom, dengan diiringi oleh pakar-pakar Malaysia dan anggota pasukan penyiasat antarabangsa yang lain," kata beliau dalam kenyataan tiga perenggan di sini hari ini.

Pasukan Penyiasat Antarabangsa diketuai oleh Belanda.

Liow berkata keputusan ini adalah susulan persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pemisah pro Rusia di kawasan itu, Alexander Borodai.

Susulan persetujuan antara Perdana Menteri dan ketua pemberontak (timur Ukraine), Malaysia memperoleh hak terhadap kedua-dua kotak hitam MH17 itu. Seperti disebutkan Perdana Menteri, kotak hitam itu kemudian akan diserah kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk analisis," kata beliau. Pada Isnin, Malaysia memperoleh persetujuan bagi membawa keluar mayat penumpang dan kotak hitam penerbangan MH17 dan juga bagi para penyiasat antarabangsa mendapat laluan selamat ke tapak nahas di timur Ukraine.

Puak pemisah pro Rusia di timur Ukraine dilaporkan telah menyerahkan kedua-dua kotak hitam itu yang dijumpai di tapak nahas kepada pasukan penyiasat Malaysia pada Selasa.
Pesawat Malaysia Airline Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 krew, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, di timur Ukraine Khamis lalu, dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara. - Bernama
Read more ...

Aktivis Malaysia Demo Kebenaran MH17 Tapi Bawa Bendera Jerman

Aktivis Malaysia datang berdemo di hadapan bangunan PBB di Kuala Lumpur. Tapi mereka tersalah guna bendera dengan membawa bendera Jerman disamping beberapa sepanduk. Patutnya bendera Ukraine atau Rusia.



Read more ...

Kotak Hitam Telah diserah Kepada Malaysia



DONETSK - Kumpulan pemisah Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia sebentar tadi, lapor ABC.

Penyerahan dua kotak hitam itu  dibuat sendiri oleh ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai.



Turut berlaku ketika penyerahan, gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.

Dalam pada itu, dalam satu sidang media lewat malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan, di bawah persetujuan kedua, dua kotak hitam MH17 akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.



"Kita akan mengambil alih hak ke atas dua kotak hitam ini," katanya.

Beliau berkata, hasil persetujuan dengan Borodai juga, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan untuk memasuki kawasan nahas untuk melakukan siasatan penuh terhadap tragedi MH17.

Najib berkata, sebelum ini, Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk menghubungi pihak terbabit di kawasan nahas MH17.

"Dalam keadaan yang sukar, kita telah berbincang mengenai masalah bersama yang wujud, melindungi bukti-bukti penting dari pesawat.

"Siasatan bebas telah dilancarkan untuk mencari penumpang-penumpang yang terkorban," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau berharap perjanjian yang dicapai malam tadi akan dapat membantu mencari jalan penyelesaian kemelut yang melanda dalam tragedi MH17. - SinarHarian
Read more ...

MH17: "Kita Jumpa di Padang Mahsyar" Kata Terakhir Mangsa

KUALA LUMPUR - "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.



Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.

Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja," katanya kepada pemberita selapas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor's University di sini hari ini.

Khairil berkata Afif seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya.

Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari," katanya dengan sebak.

Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.

Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang.

"Beliau mempunyai penampilan yang menawan, dia pelawak dalam kumpulan kami, dia buat semua orang ketawa sepanjang masa, jika anda bersedih, dialah yang akan menceriakan anda dan dia selalu berfikiran positif.

Saya akan merindui teks rambangnya, saya kehilangan seseorang yang sangat rapat walaupun saya mengenali beliau hanya setahun tetapi saya rasa seperti telah mengenalinya bertahun-tahun," katanya.

Dalam nahas itu, Mohd Afif bersama ayahnya Tambi Jiee, 49, ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan tiga lagi adik beliau - Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan balik dari Kazakhstan.
 
Bapanya bekerja dengan syarikat Shell di negara itu sejak tiga tahun lepas dan baru mendapat kebenaran untuk bertugas di Kuala Lumpur. - Bernama
Read more ...

Pantas Menuduh Rusia, Ukraine dan US Bodohkan Dunia

Pakar ketenteraan mengesahkan ada tanda-tanda pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh dari udara selepas mendapati ada kesan serpihan bom pada badan pesawat, lapor Financial Times (FT).

Kesan tembakan sewaktu diudara

Kesan serpihan itu dilihat daripada sekeping foto yang pertama kali terbit dalam akhbar itu pada hujung minggu lalu. Foto itu merakamkan serpihan badan pesawat berukuran lebih kurang satu meter persegi.

Serpihan mempunyai satu lubang besar yang dikelilingi lubang-lubang kecil serta tanda terbakar.

Dua penganalisis pertahanan di London dan seorang bekas juruterbang tentera meneliti foto berkenaan dan berpendapat tanda-tanda itu konsisten dengan tembakan misil.

Seorang penganalisis di Royal United Services Institute di London, Justin Bronk percaya tanda-tanda itu menunjukkan pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh misil SA-11 yang dilancarkan dari Buk-M1.

"Saiz lubang serpihan peluru itu konsisten dengan apa yang boleh dilihat daripada serangan SA-11.

Bagaimanapun adalah sukar untuk menilai keseluruhan pola letupan dengan serpihan kecil badan pesawat," katanya seperti dipetik oleh FT.

Kenyataan penganalisis itu menepati teori yang yang popular setakat ini iaitu pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah yang pro-Rusia menggunakan misil SA-11 daripada Buk-M1.

Kelengkapan senjata itu didakwa dibekalkan kepada kumpulan tersebut oleh Rusia.

Rusia bagaimanapun menepis dakwaan itu dan pada Isnin mendedahkan bahawa sebuah pesawat tentera Ukraine dikesan terbang hampir dengan pesawat MAS yang nahas itu.

Rusia juga mengemukakan beberapa bukti lain yang menunjukkan serangan ke atas pesawat MAS itu dilakukan oleh pihak tentera Ukraine.

Tiga pakar itu juga setuju bahawa serpihan badan pesawat itu datang daripada bahagian depan sebelah kiri Boeing 777. Bekas juruterbang tentera udara itu pula berpendapat berdasarkan petunjuk yang ada pesawat berkenaan ditembak di bahagian depan dari sebelah kiri.

Mereka juga mendakwa lubang besar pada serpihan badan pesawat dalam foto berkenaan mungkin tanda letupan dari dalam ketika pesawat hilang tekanan udara dengan pantas pada ketinggian 10,000 meter.

Penganalisis di Institut Kajian Strategik Antarabangsa di London, Douglas Barrie berpendapat kesan lubang itu konsisten dengan "serpihan letupan peledak".

Kedua-dua penganalisis itu bagaimanapun berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan untuk mengetahui apa yang berlaku termasuk ujian kimia sisa letupan.

Menurut FT, serpihan badan pesawat dalam foto itu ditemui di belakang rumah seorang penduduk kampung berdekatan lokasi nahas. Penduduk itu kemudian memindahkannya ke tepi jalan kerana merasakan ia penting. - Awani
Read more ...

Rusia Dedah Pesawat Pejuang Ukraine Terbang Berhampiran MH17

Rusia menyatakan rekodnya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang berhampiran dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev dan menafikan dakwaan bahawa mereka membekalkan sistem peluru berpandu atau senjata lain kepada pemisah Ukraine.

Slide ketenteraan Rusia

Dalam satu taklimat khas, dua pegawai tinggi tentera Rusia membentangkan kes terhadap Ukraine dengan menunjukkan beberapa carta dan imej.

Mereka turut mendakwa bahawa terdapat satelit Amerika Syarikat berada di kedudukan atas Ukraine ketika kejadian.

Lef Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat milik MAS itu juga tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.

Jet pejuang SU-25 Ukraine
Jet terbabit didakwa berada sekitar tiga hingga lima kilometer berhampiran pesawat MH17 yang 'tersasar dengan jarak maksimum 14 kilometer dari laluannya ke utara”.

"Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini," katanya.

Kementerian Pertahanan Rusia turut mengesan kegiatan luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi terbabit.

"Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum," katanya.

Menurutnya, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata, selepas nahas itu hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.

Walaupun dalam taklimatnya Kartopolov secara spesifik tidak menamakan Ukraine sebagai pihak yang menembak jatuh pesawat MH17, tetapi berdasarkan bukti dan data yang didedahkan ia dipercayai cuba mengaitkan Ukraine.

Ini adalah dakwaan pertama Rusia beserta bukti bagi menafikan tuduhan yang mengaitkan negara bekas komunis itu dengan nahas MH17.

Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 6.10 pagi Jumaat. - Awani
Read more ...

Peminat Kecam Johan As'ari Bergambar Derngan Anjing



Pelakon Johan As'ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar sehingga dia wajar dikecam oleh para peminatnya.

Johan, 28, berkata, tindakannya itu hanya semata-mata untuk menghargai haiwan berkenaan yang sama-sama terlibat dalam penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang berakhir baru-baru ini.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita.

"Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan," katanya kepada media..

Johan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Wirefame Bersama Anak Yatim di Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu.

Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakan tidak sensitif sehingga menimbulkan perbalahan di antara kalangan peminatnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Johan berkata, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu.

Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akan samak seluruh badannya bagi memastikan tiada sebarang keraguan timbul dalam dirinya.

"Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam.

"Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah.

"Pada mulanya saya tidak berani untuk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akan berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi.

Sumber
Read more ...

Viral: Seorang Warga Belanda Lepas Kemarahan MH17 di Youtube



Video yang telah dimuat naik sejak 18 Julai 2014 itu kini mencatat jumlah penonton seramain 80 000 lebih dan mendapat "Likes" yang tinggi.

Ramai hilang nyawa kerana konflik yang tidak diketahui, tempelak warga Belanda Seorang rakyat Belanda telah memuat naik video ke laman web YouTube bagi melahirkan kemarahannya terhadap tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Dalam video yang dimuatnaik dua hari lalu, Guilly Koster berkata dia amat marah dan sedih atas serangan terhadap pesawat tersebut yang telah mengorbankan rakannya bernama Tim.


“Saya marah kerana Tim terbunuh. Saya juga marah kerana 297 orang lain hilang nyawa mereka hanya kerana satu perjuangan yang mereka tidak ketahui.”

“Saya juga marah kerana terdapat ramai doktor menaiki pesawat tersebut yang sedang berusaha mencari penawar untuk AIDS; banyak pengetahuan telah hilang,” tambah Koster, merujuk kepada Presiden Persatuan Aids Antarabangsa Joep Lange dan lima pakar lain dalam perjalanan ke Melbourne untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20.

"Saya amat marah kerana terdapat kanak-kanak dalam pesawat tersebut. Mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka juga tidak tahu konflik yang sedang berlaku". Tiga bayi merupakan antara penumpang pesawat Boeing 777 itu, yang dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine yang disokong Rusia.

“Saya berang terhadap tentera yang menggelar diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Mereka sebenarnya pengecut kerana menggunakan roket dan senjata untuk membunuh orang awam dari jarak jauh.”

“Saya juga amat marah ke atas peperangan di seluruh dunia – di Asia, Timur Tengah, Africa dan Eropah. Apakah objektifnya? Berjuang untuk pemimpin yang gila, untuk apa? Saya marah kerana dunia yang serba cantik ini dimusnahkan atas sebab untuk memperoleh minyak,gas, arang dan wang ringgit.

Kesedihan yang melanda warga Belanda kini bertukar menjadi kemarahan berikutan laporan bahawa beg dan barangan kepunyaan mangsa MH17 diselongkar dan dicuri.

Pihak pemberontak juga dilaporkan menghalang pasukan penyiasat untuk melakukan operasi siasatan dan mencari mayat di lokasi pesawat terhempas. Seramai 193 rakyat Belanda terkorban dalam tragedi ini.

Sumber
Read more ...

Rusia Ubah Wikipedia Nahas MH17?




Sinar Harian melaporkan dengan tajuk "Rusia kantoi ubah maklumat wikipedia". Pembaca kena ingat, bahasa Rusia dan Ukraine memahami bahasa satu sama lain. Siapa pun boleh mengedit dan memanipulasi kandungan Wikipedia. Perkataan "kantoi" tidak harus digunakan kerana belum terbukti Rusia bersalah.

Kerajaan Rusia dikatakan telah mengubah beberapa maklumat di Wikipedia mengenai kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang berlaku di timur Ukraine pada Khamis.

'Twitter Bot' yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.

Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".

Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits

Khamis lepas, pesawat malang yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan sistem peluru berpandu anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat yang mengatakan ia ditembak jatuh namun kerajaan Ukraine mendakwa, insiden didalangi puak pemisah pro-Rusia.
Read more ...

MH17: Mayat Mangsa disimpan dan dipindah ke Gerabak Kereta Api Berhawa Dingin



KIEV: Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.

Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau.



Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar.

Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api.

Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine.

Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu.

Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez. - mStar
Read more ...

Gara-Gara Buku Tidak di Sunting, Ustaz Kazim Kena Fitnah



Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.




Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

"Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

"Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya. - mStar
Read more ...

Kawasan MH17 Jatuh Ditembak Jadi Tumpuan (Gambar)

Kawasan sekitar MH17 jatuh ditembak kini jadi tumpuan penduduk sekitar walaupun penyiasat antarabangsa dan Malaysia telah meminta untuk tidak mengganggu kawasan terbabit. Kelihatan puak pemberontak sedang mengawal kawasan tersebut dengan menyelongkar barang-barang mangsa dan memindahkan mayat mereka. Mereka turut mendakwa mendapat kebenaran daripada kerajaan Ukraine.

Pasukan kecemasan Ukraine mula mengumpul mayat setelah dua hari nahas berlaku
Mayat mula dikumpul dekat Donetsk, timur Ukraine
Pasukan kecemasan Ukrain sedang mengatur susun mayat
Puak pemberontak sedang menyelongkar barang peribadi mangsa
Penduduk sekitar sedang berjalan-jalan di kawasan nahas
Penduduk sekitar ternyata bebas memasuki kawasan nahas disebabkan tiada akses penuh diberikan kepada penyiasat antarabangsa
Barang peribadi mangsa telah dikumpul dan diganggu
Puak pemberontak mengawal selia pemindahan mayat kerana mendapat arahan daripada kerajaan Ukraine untuk menutup bukti
Komander pemberontak cuba menghalang wartawan daripada memasuki kawasan nahas atas arahan kerajaan Ukraine
Penduduk menutupi mayat dengan bungkusan kain yang jatuh di kebun sayur

Mayat yang telah dibungkus plastik dibiarkan di tepi ladang bunga matahari

Sementara itu, ramai juga yang mudah menyalahkan Rusia walaupun tiada bukti kukuh penglibatan Rusia.

Wanita berbaring tanda protes terhadap Putin sebagai pembunuh di Kiev

Rakyat Ukraine di Australi turut mengecam Putin sebagai pembunuh

 Berikut antara paparan barang-barang mangsa:





Sumber
Read more ...
ads