Tiga Jasad Kumpulan ketiga tiba pada Jumaat


Tiga jasad dari kumpulan ketiga mangsa nahas pesawat malang Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan dikeluarkan dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini pada tengah hari Jumaat.

Satu sumber yang mengesahkan perkara ini turut memaklumkan bahawa jasad itu kemudian akan terus dibawa ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage kira-kira 90km dari pusat berkenaan untuk upacara pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Difahamkan proses dokumentasi tiga jasad itu telah pun selesai pada Khamis.

Difahamkan juga, terdapat beberapa jasad lagi akan turut dibawa keluar pada Jumaat, namun ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Khamis dilaporkan berkata di Putrajaya bahawa istiadat penghormatan jasad mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jasad termasuk dua warga asing.

Pada Jumaat lalu, kumpulan pertama 20 jasad warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal telah dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas Penerbangan Malaysia.

Satu lagi jasad dihantar pulang pada Sabtu lalu manakala tiga jasad dihantar pulang pada Ahad.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia. - BERNAMA
Read more ...

MAS Rugi RM302.62 Juta



Kerugian sebelum cukai Malaysia Airlines (MAS) untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2014 meningkat kepada RM302.62 juta berbanding RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAS berkata, pendapatannya merosot lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding RM3.78 bilion sebelum ini berikutan faktor hasil dan tempat duduk yang lebih rendah selepas tragedi MH370.

Pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2014, kerugian sebelum cukainya meningkat kepada RM741.77 juta berbanding RM444.34 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatannya susut kepada RM7.19 bilion daripada RM7.32 bilion sebelum ini.

Dalam satu kenyataan semalam, MAS berkata, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac 2014 terus menjejaskan keputusan kewangan suku keduanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pasukan MAS telah bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan pasaran serta meningkatkan semula jualan.

"Malangnya ketika kami mula melihat petunjuk pemulihan di semua rantau, kami ditimpa pula nahas MH17," katanya.

Menurutnya, dalam suku berkenaan, faktor tempat duduk susut 9.5 peratus pada Mei kepada 68.9 peratus.

Kapasiti bertambah sembilan peratus tahun ke tahun berdasarkan penggunaan pesawat lebih tinggi, tetapi trafik kekal tidak berubah tahun ke tahun, katanya.

Ahmad Jauhari berkata, perbelanjaan bahan api melonjak 10 peratus kepada RM1.53 bilion berikutan peningkatan harga bahan api dan kelemahan ringgit berbanding dolar US.

Kelemahan keputusan kewangan itu membuatkan syarikat penerbangan itu sedar mengenai keperluan menstruktur semula operasi, malah sebelum tragedi MH370 dan MH17, katanya.

"Kami beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang sukar dengan saingan sengit daripada syarikat penerbangan serantau serta global di samping kos operasi yang tinggi.

"Ditambah dengan kesan daripada kedua-dua tragedi yang telah merosakkan jenama kami, keperluan menstruktur syarikat telah dipercepat.

"Kesan kewangan penuh daripada tragedi berkembar MH370 dan MH17 dijangka menjejaskan MAS dalam separuh kedua tahun ini," kata Ahmad Jauhari.

Beliau berkata, syarikat perlu melalui pemeriksaan dan penilaian semula lengkap dalam usaha mengukuhkan kedudukan agar lebih mampan pada masa depan.

Pada 8 Ogos, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan rancangannya memiliki MAS sepenuhnya dan menyahsenarai syarikat itu daripada Bursa Malaysia.

Jika diluluskan, ia akan melaksanakan pelan menstruktur semula kumpulan itu ke arah mengembalikannya kepada keuntungan. - Bernama
Read more ...

Suara Najib Jadi Ejekan Rakyat

Isu kemelut politik Selangor kian sampai ke penghujung, Najib baru hendak bersuara. Beliau tidak sepatutnya berkata mengenai Nepotisme tatkala didalam BN itu sendiri pun sudah menjadi lumrah. Boleh dikatakan 7 keturunan dalam 1 keluarga ada didalam BN.

Bernama melaporkan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor.

Najib yang juga pengerusi BN berkata 'nepotisme terbuka' sedang berlaku di negeri Selangor di mana wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi menteri besar.

"Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi menteri besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor.

"Ini terserah kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan.

"Pertimbangan bermotif sesuatu seperti ada udang 'galah' di sebalik batu akan merugikan rakyat," katanya di majlis mesra Aidilfitri Umno Peringkat Selangor yang dihadiri lebih 10,000 orang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di Dengkil malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Badan Penghubungan Umno Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Najib berkata kerajaan pusat melahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju menandatangani perjanjian mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 untuk dilaksanakan bagi menjamin bekalan air berterusan kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata walaupun perjanjian itu sepatutnya ditandatangani tiga tahun dulu tetapi politik telah mengatasi pertimbangan rasional Abdul Khalid.

"Menteri Besar Selangor sudah sedar bahawa keputusan kerajaan pusat sebelum ini adalah benar dan tepat, tanpa Langat 2 tiada jaminan bekalan air," katanya.

Sementara itu, Najib berkata tragedi MH17 ada hikmahnya apabila rakyat Malaysia di seluruh negara yang dilanda perasaan sedih dan pilu, disatukan, dengan bertafakur selama seminit, sebagai tanda penghormatan.

"Kita bersatu dalam kesedihan. Inilah keadaan yang amat unik dan teristimewa apabila kita dapat lupakan persengketaan, perbezaan ideologi politik, tidak kira bangsa dan agama tetapi atas dasar kita rakyat Malaysia, kita kongsi kesedihan dan simpati.

"Ini menunjukkan dalam ujian tersebut, rakyat Malaysia boleh bersatu dan tiada rintangan yang tidak boleh ditempuhi," kata Najib.

Sebelum itu, Najib bersama hadirin bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu dan juga MH370 yang hilang sejak Mac 8.

Di majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji di Parlimen Sepang yang bakal menunaikan haji.

Tinjauan di salah satu blog politik mendapati rakyat tetap menolak Najib dan BN.




Read more ...

PAS Selangor Tidak Berminat Jawatan MB



SHAH ALAM - Pas Selangor tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya buat masa ini Pas masih lagi berpegang kepada prinsip bahawa jawatan menteri besar itu adalah milik PKR.

"Kita tidak bincang isu (Pas jadi menteri besar) itu, cuma (ikut keputusan) mesyuarat Pas Pusat pada 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR, jadi sebab itu kita tak bincang lagi hal ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dalam sebuah akhbar hari ini yang mencadangkan supaya Pas mencalonkan beliau (Iskandar) sebagai menteri besar sekiranya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah menolak calon daripada PKR.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata anggota Exco Pas akan terus bekerjasama di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  sehingga diberitahu bagi memastikan perkhidmatan kerajaan negeri dapat diteruskan.
   
"Saya juga nak beritahu bahawa program seperti Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain masih diteruskan seperti biasa," katanya.

Pada Ahad lepas, Pas memutuskan untuk mencalonkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu di samping calon sedia ada, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari yang sama, gabungan pembangkang itu bersetuju Dr Wan Azizah dinamakan sebagai calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid.  - Bernama
Read more ...

Najib Enggan Ulas Kritikan Tun M Ke atas Beliau



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu malam hanya berdiam diri apabila diminta pemberita mengulas kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad padanya baru-baru ini.

Ditanya berhubung kenyataan Mahathir bahawa pentadbirannya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu, Najib hanya tersenyum dan terus berjalan.

Sebelum ini beliau juga telah menolak mengulas kritikan Mahathir, perdana menteri keempat.

Sehari sebelumnya, Najib memberitahu pemberita akan mengulas perkara itu pada lain masa.

Mahathir pada 18 Ogos menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Abdullah.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Najib pada Rabu malam menghadiri majlis ulang tahun ke-68 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (Acccim) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Presiden Accim Datuk Lim Kok Cheong menggesa kerajaan mempertimbangkan semula tempoh satu tahun yang diberikan sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Lim juga mahu kerajaan mempertimbangkan kadar GST 6 peratus yang ditetapkan untuk tempoh lima tahun.- Malaysiakini
Read more ...

PKR Tetap Mengusulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Kepada Sultan Selangor



PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya.

Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini.

"Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar, kanan) berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid.

"Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi".

"Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya.

Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Sultan Selangor tidak akan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi MB.

PAS sebelum ini menamakan dua calon MB selepas presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dititahkan mengadap Sultan.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata ia bagi mengelakkan kemungkinan pihak istana menolak pencalonan Dr Wan Azizah.

PKR bertegas mengemukakan satu nama walaupun PAS pada awalnya mahu dua nama dikemukakan apabila mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif.

Bagaimanapun, mesyuarat Pakatan Rakyat sebulat suara memutuskan nama Dr Wan Azizah sahaja dipersembahkan kepada istana. ~tmi
Read more ...

Seorang Kanak-Kanak Maut Terperangkap Selama 8 Jam di Dalam Kereta



Alor Setar – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang dekat sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang tadi, selepas habis waktu bekerja.

Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.

Saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata Adnan sepatutnya menghantar anaknya itu ke tadika yang terletak kira-kira 150 meter dari tempatnya mengajar terlebih dahulu.

Bagaimanapun dia dipercayai terlupa berbuat demikian dan tidak menyedari bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu sedang tidur di kerusi penumpang bahagian belakang kereta itu, katanya.

Soaid berkata biasanya Adnan bersama isterinya, Asiah Abu, 30-an, yang merupakan seorang guru di SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang dan anak mereka keluar dari rumah mereka di Kampung Padang Durian, Pendang kira-kira 6.45 pagi.

"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena kemudian dia akan hantar anaknya dahulu ke tadika, selepas itu dia akan hantar isterinya ke SMK Dato Syed Ahmad dan kemudian dia akan ke SMK Kuala Nerang.

"Tetapi hari ini, dia melalui jalan Naka kemudian menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang, dia mungkin terlupa untuk hantar anaknya ke tadika," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Soaid berkata dia sangat terkejut apabila Adnan memaklumkan mengenai insiden itu kepadanya kira-kira 7.30 malam tadi dan tidak menyangka ia akan menimpa keluarga mereka.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata punca kejadian masih belum dikenal pasti. - Bernama

P/S: Terperangkap didalam kereta tanpa menghirup udara oksigen.
Read more ...

PKR Sangkal Dakwaan Dokumen Rasmi "Langkah Kajang" Tersebar



PKR menafikan pengeluaran dokumen palsu yang dikatakan ditulis Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkenaan "Langkah Kajang", kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, gerakan Langkah Kajang yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada mulanya dikenali sebagai "Serampang Kajang".

"PKR mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab musuh politik kami," kata Fahmi dalam stu kenyataan hari ini.

"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh politik PKR enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," katanya.

Langkah Kajang yang dirangka Rafizi dikatakan langkah untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Strategi berkenaan kemudiannya menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kerusi tersebut, selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi berkenaan untuk ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2006.

Kesinambungan Langkah Kajang berkenaan kemudian diteruskan apabila PKR memecat keahlian Khalid daripada PKR apabila beliau enggan melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Khalid kini memerintah Selangor dengan 4 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS apabila beliau bertindak memecat 6 exco PKR dan DAP.

PAS yang sebelum ini menyokong Khalid bagaimanapun pada Ahad mengumumkan menyokong Pakatan Rakyat (PR) menghantar nama Dr Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar.

Selain itu, PAS turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk jawatan berkenaan.

Azmin bagaimanapun menolak jawatan berkenaan kerana mengutamakan keputusan parti. ~tmi
Read more ...

Bongkar: Kisah Disebalik Pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim



Saya terima nota ini melalui whatsapp. Saya dimaklum penulis ialah YDP PAS Kelana Jaya. Selepas membacanya, saya yakin bacaan dan aturan kronologi peristiwa yang saya fikir berdasarkan pengalaman bekerja sebagai Pegawai kepada Dato' Menteri Besar Selangor (2010-2012) adalah cocok dengan keterangan ini. Mungkin ramai tidak tahu beberapa langkah dalaman yang telah diambil oleh Keadilan sendiri berdasarkan aduan wakil-wakil rakyat dan aktivis setiap parti (bukan semua, tapi banyak). Tapi perkongsian tulisan ini saya percaya dapat membantu mendudukkan perkara sebenar di sebalik keinginan menukar TSKI.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) Tidak Menghormati PKR dan PR

Keputusan PKR untuk menggantikan TSKI bukanlah baru. Ketika PR menang dalam PRU-13, PKR telah meminta PAS dan DAP untuk memberi pertimbangan calon baru sebagai MB baru Selangor. PAS dan DAP Selangor telah berbincang dan bersetuju supaya TSKI disambung semula sebagai MB Selangor atas beberapa sebab:

Di bawah kepimpinan TSKI, PR Selangor telah berjaya mencapai kejayaan sangat cemerlang dalam PRU-13 dan kelihatan amat buruk di mata rakyat jika beliau ditamatkan serta merta walaupun PAS dan DAP Selangor memandang serius beberapa tindak tanduknya yang tidak selari dengan kehendak PR. Ketika itu PAS dan DAP Selangor berkeyakinan TSKI masih boleh diperbetulkan.

Tidak begitu selesa dengan calon pengganti MB iaitu Azmin Ali kerana walaupun Azmin adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor, beliau jarang berinteraksi dengan PAS dan DAP Selangor. PR Selangor boleh dilihat seolah-olah ‘berpengerusikan’ TSKI kerana saban minggu bermesyuarat bersama beliau terutama setahun menjelang PRU-13.

Masih yakin bahawa TSKI boleh diperbaiki sikapnya. PAS dan DAP bersetuju walaupun TSKI disambung, prestasi beliau akan dikaji semula setahun selepas khidmatnya disambung.

PKR yang agak keberatan pada mulanya untuk menyambung khidmat TSKI sebagai MB Selangor akhirnya bersetuju dengan desakan PAS dan DAP dengan syarat akan dikaji semula prestasi beliau selepas 1 tahun. PAS Selangor juga telah mengingatkan TSKI berkali-kali supaya mesyuarat mingguan PR Selangor dijadikan forum untuk memperkukuhkan PR Selangor dan mencapai kata sepakat dalam merangka dasar-dasar kerajaan negeri. Kita juga telah mengingatkan beliau berkali-kali bahawa sokongan kepadanya adalah bersyarat dan jika tiada perubahan drastik kepada sikapnya yang suka m embelakangi arahan parti, PKR dan PR, maka sokongan terhadapnya akan ditarik balik.

Sikap TSKI yang membelakangi parti, PKR dan PR, bukanlah baru dan banyak berlaku ketika beliau menjadi MB di penggal pertama lagi. Sememangnya hal ini dimaklumi semua parti komponen PR. Beliau boleh dikatakan langsung tidak menghadiri mesyuarat MPN Selangor sejak Azmin Ali dilantik menjadi pengerusinya menggantikan beliau. Kadang-kadang dihantar Faekah (SETPOL MB) sebagai wakil ke mesyuarat. Arahan daripada MPN PKR Selangor tidak langsung diendahkannya. Malah arahan daripada PKR Pusat pun bukan semua dituruti. Antaranya berhubung status SETPOLnya, Faekah yang diarahkan supaya diberhentikan perkhidmatannya kerana membawa banyak masalah kepada parti telah tidak dipedulikannya untuk sekian lama. Faekah ini seolah-olah diberi pula lampu hijau oleh MB untuk terus membuat kenyataan-kenyataan terbuka menghentam kepimpinan tertinggi PKR hingga menyebabkan tercalar kredibiliti PKR termasuk Datuk Seri Anwar (DSAI) sendiri. Akhirnya Faekah bukan diberhentikan daripada jawatan SETPOL MB, malah ia dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekuti Menteri Besar Incorporated (MBI), satu jawatan yang jauh lebih penting daripada SETPOL MB. Tindakan sebegini tentu amat memalukan PKR kerana Faekah ini telah dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR.

Arahan supaya Saifuddin Nasution dilantik sebagai ‘Ketua Staf’ pejabat MB yang bertujuan untuk menasihati MB atas perkara-perkara melibatkan parti dan politik juga telah tidak dipatuhi dan sebaliknya beliau diberikan jawatan sebagai Pegawai Liason pejabat MB sahaja dan kemudiannya dituruntaraf ke Pegawai Pembangunan Desa. Itu pun terbengkalai begitu saja kerana tiada peruntukan dan kerangka kerja yang bersesuaian.

Beberapa arahan penting PR juga tidak patuhi oleh TSKI. Antaranya isu jawatankuasa yang dibentuk untuk menasihati beliau dalam menanggani aspek penstrukturan industri air Selangor. Majlis tertinggi PR telah mengarahkan TSKI supaya memastikan JK berkaitan yang terdiri daripada Rafizi, Dr Dzulkefly dan Tony Pua dilibatkan dalam sebarang urusan berkaitan penstrukturan industri air Selangor. TSKI tidak mempedulikan perkara ini walaupun dia berjanji di hadapan pemimpin tertinggi PR untuk mematuhinya menyebabkan urusan berkaitan penstrukturan industri air Selangor berlaku dalam keadaan kelam kabut dan penuh tanda tanya di kalangan pemimpin PR.

Satu lagi contoh ialah berhubung status JK tender PBT Selangor. Selama ini beberapa orang ahli majlis merupakan ajk tetap JK Tender dan Sebutharga di semua PBT Selangor dan merupakan langkah wajar sebagai ‘check and balance’ kepada sebarang keputusan pegawai-pegawai kerajaan. Apabila keluar arahan daripada MB bahawa status ahli majlis telah dituruntaraf kepada pemerhati sahaja dalam JK berkenaan maka ia telah dibantah oleh semua parti kerana alasan yang beliau berikan ialah tidak mahu membebankan ahli-ahli majlis. Beberapa siri perbincangan panas berlaku dalam mesyuarat PR negeri. Malah PAS Selangor telah menghantar surat rasmi kepada MB Selangor meminta beliau supaya mengembalikan status asal ahli majlis dalam JK berkaitan tetapi telah tidak dipedulikannya.

Banyak lagi isu-isu lain yang diarahkan oleh parti, samada PKR dan PR, yang membawa kesan besar dalam pentadbiran negeri telah dibelakangi oleh TSKI. Antaranya isu pertukaran Datuk Bandar Shah Alam, penyusunan semula GLC Selangor yang masih ramai dijawat oleh suku-sakat UMNO, masalah besar ahli-ahli majlis MPKj dan YDP mereka, dan sebagainya.

Apa yang hendak ditekankan di sini bahawa TSKI telah seringkali membakulsampahkan arahan parti (PKR dan PR) dan ini amat tidak wajar sebagai seorang yang diberi mandat oleh parti. Sebenarnya ketaatan ahli (lebih-lebih lagi pemimpin) ke atas keputusan parti adalah syarat penting kepada keutuhan dan integriti parti dan keenganan mematuhi arahan parti dalam perkara yang jelas disepakati adalah merupakan satu kesalahan berat. Sokongan PAS ke atas seorang pemimpin parti rakan yang jelas bukan saja sentiasa membelakangi arahan partinya tetapi juga parti rakan komponen adalah tidak wajar dan akan menjadi ‘precedent’ kepada pemimpin akan datang. Budaya tidak sihat ini akan menular membarah jika tiada tindakan segera dibuat.

Persetujuan Asas Pakatan Rakyat

Persetujuan di peringkat tertinggi PR bahawa jawatan MB untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah hak PAS, Pulau Pinang hak DAP dan Selangor hak PKR. Perkara ini dipertegaskan lagi oleh Setiausaha Agung PAS dan DAP baru-baru ini bahawa mereka tidak akan menuntut kerusi MB Selangor dan PKR berhak menamakan MB daripada PKR. TSKI, asalnya adalah calon PKR untuk MB, maka sewajarnya mereka berhak memberi pandangan berhubung prestasi dan kedudukan MB dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama kita tidak menolak peranan PAS dan DAP dalam hal ini. Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, TSKI telah berulangkali membelakangkan keputusan parti berhubung aspek pentadbiran negeri dan telah berterusan buat sekian lama. Ini menjadi hujah kukuh PKR untuk menggantikan MB. DAP dan PAS, sebagai rakan dalam PR, perlu beri perhatian serius kepada permintaan PKR mengikut kerangka kerjasama PR yang dipersetujui.

Apabila PKR memohon digantikan TSKI sebagai MB, sewajarnya DAP dan PAS memberi perhatian atas alasan dan sebab. Dan jika didapati munasabah maka perlu bersama mengambil tindakan perlu. Ini semangat setiakawan yang perlu ada jika kita ingin melihat PR makin kukuh dan kuat. Kesepaduan dalam PR ini juga akan menghalang daripada berlaku natijah yang tidak elok jika TSKI enggan melepaskan jawatan MB secara sukarela.

Keadaan menjadi lebih mendesak apabila DAP turut memberi sokongan penuh kepada PKR supaya MB ditukar. PAS ketiadaan hujah untuk menolak permintaan 2 rakan kita dalam PR jika kita mahu PR terus bersatu. Apa hujah yang kita ada untuk mengekalkan TSKI sedangkan calon ini adalah calon daripada PKR? Malah PAS Selangor sendiri dalam Mesyuarat Khas BPPNS ketika menjelang PRK Kajang telah menggundi atas 3 pilihan;

i. Anwar sebagai MB Selangor (ketika itu belum diputuskan bersalah oleh mahkamah)

ii. TSKI kekal sebagai MB

iii. Menggantikan TSKI dengan calon PAS sebagai MB

BPPNS telah memilih (iii.) sebulat suara mewakili semua 22 kawasan di Selangor. Walaupun kita nak calon PAS sebagai MB tetapi yang pentingnya semua mahukan TSKI digantikan. Isu di sini ialah TSKI digantikan kerana beliau membawa masalah kepada PR. Samada calon PAS dapat jadi MB atau tidak itu soal kedua.

Kita cuba bayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada PAS yakni MB daripada PAS kemudian menghadapi masalah dengan parti seperti TSKI sekarang, kemudian dalam masa yang sama MB berkenaan disokong pula oleh PKR. Tentu kita rasa terluka dengan tindakan rakan kita itu. Ini sebenarnya apa yang sedang dirasai oleh PKR.

Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, PAS Selangor bersetuju dengan DAP selepas menang PRU-13 bahawa kita ada ‘reservation’ tentang sikap TSKI. Tetapi memandangkan PR telah menang besar di bawah pimpinannya serta ada prospek untuk kita desak beliau supaya berubah kepada stail pengurusan yang lebih ‘sesuai’, dan kebimbangan PAS dan DAP kemungkinan Azmin Ali pula jadi MB, maka kita bersetuju untuk menyokong lanjutan khidmat TSKI sebagai MB Selangor DENGAN SYARAT KITA ‘REVIEW’ PRESTASINYA SELEPAS SETAHUN. Kini sudah.

Banyak isu hanya dibincang dalam mesyuarat EXCO disebabkan ketiadaan lagi mesyuarat PR negeri. Masalahnya hubungan MB dengan EXCO-EXCO adalah hubungan umpama majikan dan kakitangan menyebabkan keputusan perlu cocok dengan citarasa MB. Kebanyakkan EXCO hanya menjadi pak turut kepada kehendak MB. Malah diakui oleh EXCO-EXCO bahawa MB seringkali memberi kataputus dalam mesyuarat jika perbincangan tidak selari dengan kehendaknya. Tanpa mesyuarat PR sukar untuk kita mempengaruhi keputusan MB.

Keputusan meluluskan projek lebuhraya KIDEX (dan 5 lagi konsessi lebuhraya di Selangor) walaupun secara prinsip, tanpa merujuk kepada pimpinan PR, juga merupakan pelanggaran kepada janji PR kepada rakyat untuk mengkaji semula sebarang permohonan lebuhraya bertol. Walaupun ditegur berkali-kali oleh pimpinan PR, TSKI tetap berdegil dengan keputusannya untuk terus membenarkan projek be rkenaan dilaksanakan tanpa sebarang kajian semula. Malah beliau pada awalnya tidak sudi untuk bertemu rakyat yang membantah pelaksanaan projek berkenaan.

Pengurusan tapak pasar malam yang selama ini diuruskan dengan baik oleh JKKK atau Persatuan Penduduk di mana hasil kutipan digunakan untuk pelaksanaan projek kemasyarakatan setempat telah diserahkan kepada PBT semata-mata kerana satu atau dua JKKK atau Persatuan Penduduk yang bermasalah menyebabkan kemarahan ramai. Ini kerana selain daripada hasil kepada penduduk untuk program kemasyarakatan, ia juga membantu mengurangkan beban PBT dalam mengendalikan pasar-pasar malam ini. Keputusan TSKI ini amat merugikan dari semua aspek termasuk politik dan belaiu tetap berdegil dengan keputusannya walaupun protes daripada semua pihak.

Tiada Perancangan Strategik

Antara ciri utama seorang pemimpin korporat yang baik ialah keupayaan membuat perancangan strategik yang berkesan. Sehingga kini Selangor tidak mempunyai perancangan strategik yang lengkap untuk dijadikan panduan. Pengurusan kewangan yang baik hanyalah sebahagian daripada pentadbiran yang baik dan tidak memadai untuk menjadikan Selangor hebat.

Masalah besar yang timbul hari ini berpunca daripada kegagalan merancang dengan baik terutama perancangan jangka panjang (strategik) termasuk isu air, pelupusan sampah, menara telekomunikasi haram, dsbnya. Isu ditanggani secara ad-hoc, ‘memadamkan api apabila berlaku kebakaran’. Kebanyakan daripada program strategik negeri (terutama yang melibatkan infrastruktur dan kemudahan awam) memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan melaksanakannya. Kegagalan dalam perancangan ini dapat dilihat apabila langkah-langkah sementara terpaksa dibuat. Ini dapat dilihat dalam krisis bekalan air Selangor dan masalah pelupusan sampah yang berlaku baru-baru ini.

Tidak Percayakan Orang-Orang Politik

Pemerhatian selama ini mendapati bahawa TSKI tidak percayakan orang-orang politik atau aktivis parti. Setiap orang politik yang menemui beliau untuk mengadu masalah rakyat dianggap ‘ada ke pentingan peribadi’. Ini diakui oleh SETPOLnya yang baru, Azman. Banyak kes yang diadukan kepada beliau seperti isu premium tanah, pampasan yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri, dsbnya tidak dilayan sehingga hari ini. Ini juga antara sebab kenapa ramai nama-nama ahli atau penyokong parti ditolak daripada menjadi ahli-ahli lembaga pengarah GLC Selangor walaupun mereka layak.

Ketidakpercayaan beliau kepada orang-orang politik bermakna beliau meletakkan lebih kepercayaan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Itu sebabnya pegawai-pegawai kerajaan sangat berkuasa dan mereka hanya ‘takut’ kepada MB sahaja. EXCO dan wakil rakyat boleh dipermain-mainkan oleh mereka. Sebagai contoh isu bajet Pembangunan Desa yang dikawal oleh UPEN dan EXCO tak ada kuasa langsung. Ini diakui oleh EXCO berkaitan, Ustaz Sallehin Mokyi.

Malah di peringkat PBT pun keadaan agak teruk dengan Datuk Bandar dan YDP berkuasa penuh. Bukan setakat memperkotak-katikkan ahli-ahli majlis seperti di Majlis Perbandaran Kajang, malah ahli parlimen dan adun di Shah Alam tidak dilayan sewajarnya oleh Datuk Bandar Shah Alam.

Fenomena ini amat merbahaya dan jika tak dibendung akan menghakis keyakinan pegawai kerajaan dan rakyat ke atas kemampuan pimpinan parti bekerja sebagai satu kumpulan.

Mungkin ada lagi perkara-parkara yang boleh diperincikan lagi berhubung kegagalan TSKI dalam menguruskan pentadbiran Selangor dengan baik. Dengan pendedahan ini pun sudah memadai untuk Majlis Pimpinan PR mengambil langkah-langkah untuk menamatkan khidmat beliau sebagai MB Selangor jika kita masih mahu mempertahankan Selangor dan memburu juga Putrajaya.


Izham Hashim 

Nota: Saya difahamkan penulis merupakan YDP Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Bahagian Kelana Jaya. Rujuk pautan ini untuk pengesahan http://www.pas.org.my/v2/index.php/direktori-kawasan/1297-direktori-kawasan-selangor.

Sumber
Read more ...

Nik Aziz Mahu Khalid Terus Pimpin Selangor



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
 
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
 
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
 
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
 
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
 
Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.
 
Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu. - Awani
Read more ...

Menteri Batal Kad Kredit Tanda Protes HSBC



Langkah berani menteri ini harus dijadikan tauladan dan contoh buat menteri-menteri lain yang sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas oleh rejim Zionis. 

Beberapa hari lepas heboh diperkatakan bahawa bank HSBC UK telah menutup serta merta semua akaun pertubuhan islam yang menyokong perjuangan rakyat Gaza di Palestin bagi menentang kezaliman Zionis.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu ternyata telah membuka mata rakyat di seluruh dunia.

Bernama melaporkan: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub hari ini membatalkan penggunaan kad kredit sebuah bank asing sebagai tanda protes terhadap bank berkenaan yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin baru-baru ini.

Ismail dalam akaun instagramnya @ismailsabri60 memuat naik gambar beliau menggunting kad kredit berkenaan bersama sekeping lagi gambar surat pemberitahuan bahawa beliau mahu membatalkan akaun itu berkuat kuasa serta-merta.

"(Ini) Protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin...saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel," katanya dalam kapsyen yang dimuat naik bersama-sama gambar tersebut.

Tindakan Ismail Sabri itu mendapat banyak komen positif daripada pengikutnya yang rata-rata memuji tindakannya selain status berkenaan juga telah dikongsi ke beberapa laman sosial lain antaranya Twitter dan Facebook.
Read more ...

Israel Laknat Undur Sepenuhnya Dari Gaza


BAITUL-MAQDIS: Tentera Israel pada Selasa mengumumkan pengunduran sepenuhnya tentera rejim dari Semenanjung Gaza, serentak dengan bermulanya gencatan senjata yang di persetujuinya bersama Hamas yang bermula pada pukul 8 pagi tadi waktu tempatan (0500 GMT).

Tentera Israel bagaimanapun akan hanya berundur ke kawasan di sepanjang sempadannya dengan  Gaza dan mengambil posisi bertahan sepanjang tiga hari gencatan itu, menurut satu kenyataan oleh jurucakap tentera Israel Peter Lerner kepada wartawan.




Bagaimanapun hanya beberapa minit sebelum berlangsungnya gencatan senjata yang bermula, tentera Israel dan Hamas dilaporkan terbabit dalam insiden berbalas-balas serangan dengan kedua-dua belah pihak dilihat tekad mahu menunjukkan yang ia telah berjaya dalam konflik yang masuk hari ke 29 itu.

Bunyi siren turut kedengaran di Baitul-Maqdis dan Tel Aviv selepas pergerakan Hamas didakwa melancarkan tidak kurang dari 16 serangan roket ke arah Israel.

Di Gaza pula, pesawat tentera Israel dilihat melancarkan tidak kurang dari lima serangan udara, menurut seorang wartawan AFP.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh empat hari kedua-dua belah pihak dilihat cuba untuk mematuhi gencatan senjata, dengan kali terakhir pada 1 Ogos lalu yang diusahakan Washington. Ketika itu gencatan senjata hanya berakhir selama 90 minit apabila ia dicabul dengan beberapa serangan. -  Awani
Read more ...

OIC Baru Bangun Tidur



Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Ameen Madani mengutuk perbuatan biadab Israel menyerang masjid di Semenanjung Gaza.

Kini semakin jelas bahawa jentera perang Israel tidak berpuas dengan hanya menyembelih orang awam, memusnahkan rumah, membakar ladang dan menghancurkan infrastruktur," katanya dalam satu kenyataan OIC.

Sekarang, Israel menunjukkan sikap babarismenya itu terhadap tempat beribadat, tanpa sebarang perasaan malu kerana melanggar semua kod moral serta tidak langsung memperdulikan undang-undang peperangan, katanya.

Madani juga menggesa mana-mana daripada 57 negara anggota OIC "yang mempunyai hubungan dengan Israel" supaya menimbang semula hubungan mereka dengan sebuah kerajaan yang tidak menghormati sebarang undang-undang atau etika, termasuk prinsip asas kemanusiaan.

Beliau merayu kepada semua negara yang terus memberi perlindungan politik, justifikasi moral yang boleh diragukan serta membekalkan senjata pembunuh secara berterusan kepada Israel supaya menyedari bahawa mereka boleh dikaitkan melakukan jenayah perang yang amat dahsyat dan tidak terkira banyaknya.

Beliau berkata Israel nampaknya bukan sahaja melancarkan kempen keganasan untuk mengusir rakyat Palestin, tetapi juga menakluk mereka dari segi rohani dan menghalang mereka daripada menikmati kedamaian jiwa apabila berada di masjid.

Laporan antarabangsa menyebut jet pejuang Israel terus membedil Gaza, mengebom sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Jabaliya, utara Gaza City serta menyerang beberapa masjid berhampiran sekolah itu.

Kementerian Kesihatan Gaza dilaporkan berkata jumlah kematian di Gaza kini mencecah 1,732, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas akibat serangan tentera Israel sejak 8 Julai.

Madani menggesa umat Islam dan rakyat semua negara supaya mempamerkan tanggungjawab mereka dengan menggunakan apa jua alat politik,, ekonomi, budaya dan masyarakat sivil yang mereka miliki untuk mempertahankan hak rakyat Palestin untuk terus hidup, bebas daripada ketakutan serta hak untuk beribadat.

Membisu terhadap jenayah yang dilakukan Israel kini tidak boleh lagi dianggap suatu opsyen," katanya. - Awani

OIC menerima pelbagai kritikan negatif di laman Facebook:



Cakap lebih namun tiada usaha untuk menghentikan kekejaman Israel. Mana pergi semangat jihad mempertahankan saudara seagama? Tentera yang ada takut mati ke?
Read more ...

PBB Hanya Boneka Israel



Tanpa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Israel tidak mungkin wujud pada hari ini.

Mengapa Palestin hanya mampu menjadi negara pemerhati di PBB dan bukannya negara anggota?. Jawapannya mudah, untuk menjadi negara anggota PBB, kelulusan dari Majlis Keselamatan diperlukan. Kita lihat 5 negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia. Mereka mempunyai kuasa veto (kuasa pembatal) dimana segala keputusan mutlak terletak ditangan kelima-lima negara ini.



Memandangkan Amerika Syarikat pemegang salah satu kuasa veto tersebut, maka sebab itulah Palestin tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara anggota PBB. Tujuan Amerika Syarikat berbuat demikian semata-mata hendak melindungi sahabat baiknya, Israel sekaligus tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Umum mengetahui Israel lah sebenarnya negara yang menceroboh tetapi dengan mudah menjadi negara anggota PBB pada tahun 1949 walaupun baru setahun 'negara' haram itu ditubuhkan. Ironinya, PBB cuma bingung dan tidak tahu bertindak untuk menghentikan perbuatan Israel ketika ini yang sedang memusnahkan sekolah-sekolah dan kawasan perlindungan kelolaan PBB itu sendiri di Gaza. Israel juga telah diberitahu berulang kali akan lokasi perlindungan PBB. Ini bermakna, PBB selama ini menghalalkan perbuatan kejam Israel tetapi bukan di kawasan yang dilindunginya.




Betapa bijaknya perancangan Amerika Syarikat dan Israel mempergunakan PBB untuk mengawal negara-negara dunia. Walau seberapa banyak bantahan yang dikemukakan pun, PBB akan terus membisu dan membutakan mata. Inilah tujuan utama mereka menubuhkan PBB, sekadar boneka dan alat untuk mengawal pergerakan negara-negara dunia.

Lihat senarai penuh keahlian PBB

Resolusi 181 pada 29 November 1947 ada jawapannya

PBB telah bersidang dan mengistiharkan tahun 2014 sebagai tahun solidariti bersama rakyat Palestin. Pengistiharan ini dibuat sempena menjelang 29 Nov ulangtahun resolusi 181 yang diluluskan oleh PBB yang memisahkan Palestin kepada wilayah Arab dan Yahudi. Ironinya PBB yang bertanggung jawab atas Resolusi celaka yang melahirkan entiti haram Israel. Ibarat cuba untuk menutup rasa bersalah ke atas rakyat Palestin yang terus dikhianati, dizalimi dan dijajah sejak 68 tahun yang lalu.

Apakah Resolusi 181 yang amat penting untuk diketahui oleh masyarakat dunia. Saya perturunkan sebahagian dari petikan buku 'Israel-Kenapa Dunia tidak bolih mengiktirafnya. Satu sorotan sejarah (1917 - 1948) dari Bab 12 dan 13

Selepas pihak Nazi German tewas dalam Perang Dunia ke Dua, Eropah dilanda oleh masalah pelarian dan mereka yang kehilangan tempat tinggal (‘Displaced person - DP). Bilangan DP dari bangsa Yahudi sahaja mencecah 100,000. Britain tidak bersedia untuk mengizinkan kemasukan bilangan tersebut ke Palestin kerana kononnya terikat  dengan Kertas Puteh 1939. Amerika yang muncul sebagai pemenang dalam perang dunia kedua juga tidak bersedia untuk menyerap pelarian Yahudi. Sementara itu lobi Zionis di Amerika terus meningkatkan tekanan agar Amerika bersetuju dan membiaya perpindahan mereka ke Palestin. Pada bulan July 1945, Presiden America Harry S. Truman membuat saranan agar 100,000 Yahudi dibenarkan memasuki Palestin.  Pada bulan Oktober 1946 beliau menjadikan isu pelarian Yahudi sebagai kempen pilihanraya Kongress, di mana beliau mengatakan pembahagian Palestin (‘partition’) kepada negara Arab dan negara Yahudi akan mendapat sokongan rakyat Amerika. Hasilnya Parti Republikan yang diwakilinya menang besar. Cadangan Truman mendatangkan kemarahan kepada Liga Arab dan dunia Islam. Sementara Amerika terus menekan Britain untuk menyelesaikan masalah Palestin yang diciptanya. Pada bulan Januari 1947, kerajaan Britain mengambil keputusan untuk menyerahkan masa depan Palestin kepada Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika tiada penyelesaian dapat dicapai.

Bab 13 - United Nation Special Committee on Palestine (UNSCOP) dan Resolusi 181 PBB

PBB bersetuju dengan permintaan British dan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Palestin (UNSCOP). Jawatankuasa ini dibentuk dari 11 negara yang dianggap berkecuali iaitu Australia, Kanada, Czechoslovakia, Guatamela, India, Iran, Belanda, Peru, Sweden, Uruguay dan Yugoslavia. Jawatankuasa ini membuat tinjuan selama lima minggu di Palestin untuk  mendapat pandangan dari Agensi Yahudi dan Liga Arab (Liga Arab ialah gabungan negara-negara Arab yang ditubuhkan di kaherah pada tahun 1945 –, sebagai saluran kepada negara Arab untuk memperjuangkan isu Palestin). Majlis Tertinggi Palestin yang dipengerusikan oleh Al-Haj Amin Husaini menolak untuk memberi kerjasama. Pada bulan Ogos 31, 1947 UNSCOP membentangkan laporan mereka kepada Perhumpiunan Agung PBB.

Tujuh negara iaitu Canada, Czechoslovakia, Guatemala, Belanda, Peru, Sweden dan Uruguay mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada negara Arab, negara Yahudi dan Batul Maqdis diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa. British diberi kuasa untuk mentadbir wilayah mandate Palestin selama dua tahun tempoh interim di bawah pengawasan PBB dan membawa masuk 150,000 pendatang Yahudi ke negara Yahudi yang dicadangkan itu. Dalam laporan majoriti ‘majority report’ UNSCOP negara Palestin yang mempunyai keluasan 10,000 batu persegi akan dipecahkan kepada 4,300 batu persegi menjadi milik Arab dan selebihnya 5,700 batu persegi menjadi milik Yahudi. Sedangkan pendatang Yahudi ketika itu hanya memiliki enam hingga lapan peratus sahaja dari 20% tanah yang boleh diairi ‘arable land’. Negara Arab yang dicadangkan itu sebahagian besarnya merupakan kawasan yang tidak subur di bahagian tengah Palestin dan ke sebelah utara Galilee. Negara Yahudi meliputi kawasan yang subur dari selatan Acre ke selatan Jaffa dan kawasan padang pasir Negev. Baitul Maqdis dan Hebron masih lagi berada dalam negara Palestin yang dicadangkan. Bilangan penduduk Arab yang berada dalam negara Yahudi cadangan UNSCOP ialah seramai 497,000 orang, hampir menyamai bilangan penduduk Yahudi iaitu 498,000 orang .

Jelas pembahagian ini bukan sahaja tidak sah malah memberi keuntungan kepada penduduk Yahudi. Penduduk Arab menolak formula UNSCOP yang memberi status yang sama kepada pendatang Yahudi yang menetap di Palestin selama 30 tahun dengan penduduk Arab yang mewarisinya sejak turun-temurun. Liga Arab mengancam untuk melancarkan peperangan jika cadangan UNSCOP diterima oleh PBB.

Amerika Syarikat sebagaimana yang dijangka menerima cadangan UNSCOP. Pada bulan November 1947 cadangan UNSCOP dibentangkan kepada negara-negara anggota PBB. Setelah mendapat maklumbalas jawatankuasa sementara ad hoc committee yang dibentuk oleh Perhimpunan Agung membentangkan pindaan kepada cadangan asal iaitu Jaffa akan menjadi kawasan Arab Arab enclave dalam negara Yahudi dan luas kawasan bagi negara Palestin bertambah kepada 4,500 batu persegi (tambahan sebanyak 200 batu persegi dari cadangan asal). Pada 29 November, 1947, Perhimpunan Agung meluluskan Resolusi 181 iaitu pembahagian Palestin dengan 33 negara menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali. Negara-negara umat Islam termasuk India, Yugoslavia dan Greece menolak pembahagian tersebut. Resolusi ini memberi laluan kepada pembentukan negara Yahudi di Palestin, menamatkan mandat British ke atas Palestin dan memberi legitimasi kepada Haganah, pasukan bersenjata Yahudi untuk membentuk pasukan keselamatan.

Kedua-dua pihak Yahudi dan Arab mula bertindak kerana samada Resolusi 181 terlaksana bergantung kepada inisiatif masing-masing pihak. Ini adalah kerana PBB tidak dapat menguatkuasakan resolusi ini dengan menghantar pasukan pengaman. Menjelang Januari 1948 Palestin berada dalam huru hara. Amerika Syarikat yang melihat ketidakmampuan PBB untuk melaksanakan resolusi 181 bimbang akan keselamatan penduduk Yahudi yang diancam oleh penduduk Arab dan negara-negara Arab yang berjiran dengannya. Amerika mengambil inisiatif dan mencadangkan supaya Palestin diserahkan kepada badan pemegang amanah raya PBB Trusteeship. Tetapi sebagaimana pembahagian, trusteeship juga tidak dapat dilaksanakan tanpa pasukan pengaman PBB. Sementara itu Britain tidak akan berganjak dari keputusannya untuk keluar dari Palestin pada 15 Mei, 1948.

Pada bulan Januari 1948, Tentera Pembebasan Arab Arab Liberation Army (jaisy al-Inqaz) yang dilatih oleh Syria mulai memasuki Palestin. Sementara itu Haganah dengan bekalan senjata dari Czechoslovakia juga melancarkan operasi ketenteraan. Kemenangan terbesar Haganah ialah menduduki Haifa pada 22 April 1948. Menjelang bulan Mei, Jaffa dan bahagian barat Galilee jatuh ke tangan Yahudi. Pada 14 Mei bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di Batul Maqdis dan keesokkannya pukul 4 petang, David Ben Gurion mengistiharkan kelahiran Israel.

Inilah konspirasi antarabangsa yang didalangi oleh Britain dan Amerika Syarikat yang menggunakan PBB sebagai tindakan untuk membuka jalan kepada terbentuknya negara haram Israel.

Sumber
Read more ...

Malaysia Gusar Jadi Sasaran Terbaru Israel?



Malaysia mengamalkan dasar berkecuali yang tidak memihak mana-mana pihak yang bertelagah, namun atas sifat kemanusiaan Malaysia amat menyokong hak asasi warga Palestin yang tertindas oleh rejim Zionis. Baru ini, Israel mula kecut dan peduli akan suara Malaysia dalam menegakkan hak warga Palestin sedangkan negara Islam lain sudah tidak ambil peduli akan hal yang berlaku di Gaza. Mesir setelah melalui proses rampasan kuasa juga tidak lagi membuka laluan utama di Rafah untuk ke Gaza dan menyukarkan pasukan Malaysia untuk menghantar bantuan perubatan. Mesir hari ini telah menjadi sekutu Israel kerana diperintah kembali oleh saki baki FIRAUN.

Sinar Harian melaporkan: Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.

Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.

Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.

Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.

"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.

"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.

Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.

Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.

"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu.
Read more ...

Remaja 15 Tahun Bakal Di Hukum Gantung Sampai Mati

Mana perginya sifat kemanusiaan, seawal usia remaja yang sepatutnya menelaah pelajaran tidak lagi menjadi rutin harian apabila bakal menerima hukuman gantung sampai mati akibat membunuh seorang warga emas.

KOTA TINGGI: Seorang remaja berusia 15 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor hari ini atas tuduhan membunuh.

Remaja terbabit didakwa membunuh jirannya sendiri, Jariah Abu Bakar, 62, pada 22 Julai lalu.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa membunuh warga emas terbabit di rumah mangsa di No. 1213, Blok 9, Felda Lok Heng barat, Kota Tinggi pada pukul 12.05 tengahari. - Awani
Read more ...
ads