Virus 'ulssm.exe' Beri Arahan Pada ATM


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.
   
"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakankunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
   
Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.
   
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata setakat semalam sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.
      
Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (Affin Bank, kecurian RM303,000); Dataran Sunway (Al-Rajhi, RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (Bank Islam, RM395,850); Kota Damansara (Bank Islam, RM221,160) dan Kelana Jaya (Al-Rajhi) yang belum dapat dipastikan jumlahnya.
   
Sementara itu sebuah lagi bank (Al-Rajhi) di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.
   
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurusbank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.
   
Katanya, pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam kelmarin (28 September).

Ketika dihubungi Bernama, Azisman berkata modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor semalam.
   
Kelmarin media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. - Bernama

p/s: senang betul warga asing buat benda ni kat negara kita sebab susah untuk mereka lakukan di negara mereka yang ketat dgn sekuriti ATM.
Read more ...

Godam ATM: Akaun Pelanggan Tidak Terjejas


Bank-bank itu berkata sementara menunggu hasil siasatan polis, mereka melaksanakan langkah kawalan tambahan di semua ATM di cawangan dan di lokasi luar daripada bank.

"Kami memantau situasi tersebut untuk memastikan pelanggan kami terus dapat melaksanakan perbankan mereka dengan selamat," menurut Affin Bank dan Affin Islamic dalam kenyataan bersama.

Pada 27 September, 6 ATM milik kedua-dua bank tersebut digodam, menyebabkan RM1.271 juta dicuri.

ATM yang terjejas itu terletak di 4 cawangan di wilayah selatan dan dua cawangan di Selangor.

Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor.

Kenyataan itu menyebut mesin ATM itu diusik pada Sabtu lepas, mengakibatkan kecurian wang tunai daripada mesin berkenaan.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor, menurut kenyataan itu.

"Insiden itu dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," kata bank berkenaan.
- .themalaysianinsider

Kenyataan media Affin Bank: http://www.affinbank.com.my/General/Whats-New/Media-Statement-29092014.aspx
Read more ...

Kuatkuasa Cermin Gelap Bermula 1 November 2014


Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baru itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50% kepada 30%.

Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70% dan 50%.

"Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguatkuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baru itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.

Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baru itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan, perdana menteri, timbalan perdana menteri, ketua menteri, ketua hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.

Katanya jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Disember ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya. – Bernama
Read more ...

PDRM Janji Akan Cari Alvin Tan Hingga Ke Lubang Cacing


Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Khalid berkata, siasatan terhadap kes tersebut sudah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang mengaibkan pemimpin negara menggunakan media sosial.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Bulan lepas sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Tan, 26, dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini berkata, meninggalkan Malaysia adalah "satu-satunya tindakan rasional" kerana dia tidak berdaya melawan "kezaliman dan kejahilan".

Beliau turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Dalam temubualnya bersama The Malaysian Insider, Tan mempertahankan posting Ramadannya yang mengandungi bak kut teh sebagai satira politik.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahaya menggunakan Islam untuk "mentadbir hidup orang ramai" dengan menjadikan moral peribadi sebagai undang-undang tanpa membezakan yang tidak bermoral dengan yang menyalahi undang-undang.

Tan berkata, beliau percaya dirinya bukan pengecut dengan memohon suaka di AS, tetapi dia hanya "bijak, pragmatik, berkira dan bijak dengan wang."
Read more ...

Dera: Bayi 10 Bulan Melecur


Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu.

Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya.

Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu.

Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah.

Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak,” katanya, di sini, semalam. - hMetro
Read more ...

Tikus Serang Kafeteria Kampus USM


Namun, haiwan pembawa penyakit itu masih ada dan keadaan lebih teruk apabila ia kini menyerang kawasan kafeteria utama kampus kesihatan itu.

Pelajar membuat aduan bahawa tikus sering dilihat di kafeteria tersebut yang boleh menampung seramai 200 orang pada satu masa dan dibuka 24 jam.

"Tikus berkeliaran sepanjang masa terutama pada waktu malam. Beberapa pelajar juga dapat merakam video tikus berkeliaran di kaunter perkhidmatan makanan," kata salah seorang pelajar.

Seorang pelajar pula berkata, dia mengesyaki bahawa tikus tersebut merupakan punca kes keracunan makanan yang berlaku.

Tambahnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas makan di kafeteria terbabit beberapa kali.

"Kami ada membuat aduan malah memuat naik gambar dan video di Facebook Kumpulan Pelajar dan pengurusan universiti mengetengahkan masalah itu kepada pengendali gerai makanan di kafeteria tersebut.

"Langkah yang diambil hanyalah menutup makanan dengan plastik. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Pada 8 Oktober tahun lalu, muka depan akhbar The Star melaporkan bahawa hospital berusia 31 tahun itu berdepan masalah serangan tikus selama satu dekad.

Menurut laporan itu, pihak pengurusan hospital terbabit tidak membantu menyelesaikan masalah serangan tikus di wad pesakit.

Tinjauan The Star di kafeteria tersebut sejak beberapa hari lalu mengesahkan dakwaan beberapa pelajar.

Najis tikus juga ditemui di sudut penjuru kafeteria terbabit dan di beberapa kawasan gerai di dalamnya.

Beberapa pengusaha gerai yang ditemu bual dilihat tidak endah dengan serangan haiwan tersebut manakala segelintir berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti.

"Kami selalu ternampak tikus berkeliaran apabila kami belajar pada waktu malam. Saya juga sudah terbiasa melihat kelibat haiwan itu sekarang dan tidak mahu melihatnya lagi," kata salah seorang pelajar.

Pelajar perempuan itu berkata, dia berhenti menikmati makanan di kafeteria terbabit.

Pengendali kafeteria itu yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Che Yah menafikan dakwaan bahawa tikus sering berkeliaran di kampus tersebut.

"Isu serangan tikus sudah selesai. Bangunan telah dibersihkan dengan bahan kimia," katanya.

Malah, menurutnya, dia turut memasang perangkap tikus untuk menangkap haiwan pembawa penyakit itu.

Pelajar-pelajar bagaimanapun berkata mereka tidak menyedari sebarang perangkap tikus dipasang atau operasi pemusnahan serangga perosak dilakukan dibangunan tersebut. - mStar
Read more ...

Bekas Ketua Hakim Negara: Perlunya 'Islam Sebagai Agama Rasmi' Dalam Akta Hasutan

"Cadangan saya ialah bahawa perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yakni mengenai agama Islam sebagai agama rasmi dimasukkan dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan.

"Tujuannya ialah supaya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi tidak boleh dipersoalkan... itu pindaan yang saya cadangkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Gabungan NGO Melayu-Islam Penggerak Perpaduan Nasional pada Ahad.

Perkara 3(1) menyatakan bahawa 'Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.'

Jelas Tun Abdul Hamid, perkara lain seperti Perkara 181, Perkara 152 dan Perkara 153, yang antara menjanjikan kedaulatan insitusi DiRaja, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, serta hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, dimasukkan dalam Akta Hasutan bagi memelihara kedudukannya namun tidak pula bagi agama Islam.

"Supaya orang tak boleh persoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi... sebab perkara-perkara 153 yang menjamin hak istimewa orang Melayu, dan pribumi Sabah Sarawak, tetapi agama Islam agama rasmi tidak tahu apa sebab, tidak dimasukkan," soalnya.

Beliau memberitahu, cadangan itu turut dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama gabungan 80 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam.

Dalam pada itu, Tun Abdul Hamid turut mencadangkan supaya larangan mengkiritik kerajaan seperti yang terkandung dalam Akta Hasutan dikeluarkan.

"Dalam keadaan sekarang ini kalau ikut Akta Hasutan, kritik kerajaan pun satu kesalahan, tetapi kalau kita hendak laksanakan peruntukan itu dengan ketat bagaimana mana hendak kempen pilihan raya?

"Kalau nak kempen, kena lah kritik. Sebab itu lah walaupun orang cakap macam-macam termasuk yang patut dan tidak patut, kerajaan tidak pernah ambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritik kerajaan," katanya.

Ujarnya, jika kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritiknya, klausa tersebut tidak perlu lagi disimpan.

Sebaliknya, tambah beliau penghapuskan klausa itu juga selaras dengan amalan demokrasi serta ketelusan kerajaan di samping menaikkan populariti mereka. - astroawani
Read more ...

Shalwati Bakal Dibebas Tidak Lama Lagi


Aishah, 14, berkata beliau bersyukur dan gembira apabila mengetahui ibunya akan dibebaskan dari penjara esok.

"Apa yang lebih menarik ialah kami semua akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ibu," katanya kepada pemberita di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini hari ini.

Dia berkata dia dan adiknya Ammar, 13, Adam, 12, dan Ariff, 8, akan membuat kad ucapan khusus untuk menyambut ketibaan ibu mereka selain akan memberikan jambangan bunga.

Sementara itu bapa Shalwati, Norshal Nordin, 70, berkata beliau bersyukur kerana anaknya akan kembali ke Malaysia.

"Sekurang-kurangnya anak saya dapat balik bertemu keluarganya dan saya berharap dia dapat membina kehidupan lebih baik selepas ini," katanya.

Akhbar melaporkan Shalwati akan dibebaskan esok selepas selesai menjalani hukuman penjara dan dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu.

Pada 29 Mac lepas, beliau dan suaminya Azizul Raheem, seorang Pegawai Tourism Malaysia dijatuhi hukuman penjara kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010.

Azizul Raheem kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan, manakala Shalwati seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.

Bagaimanapun hukuman mereka dikurangkan dengan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman mereka. - astroawani
Read more ...

PasMa Tetap Akan Dilancarkan di Terengganu


"Rasanya sebagai NGO berdaftar kami tidak salah. Yang salahnya pemimpin PAS di Terengganu yang menyerang rakan dalam Pakatan sehingga melemahkannya.

"Padahal PAS membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

Mulai hari ini PasMa memulakan programnya di negeri pantai timur bermula di Pahang petang ini (Ahad) di Raub.

Taib mendakwa 300,000 pendengar radio Internet mendengar sesi forum itu melalui DPedas.fm.

Esok PasMa akan dilancarkan di Terengganu dengan Besut sebagai tapak pelancarannya.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas setiausaha akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Bakar akan menjadi panel dialog perdana anjurannya di Kampung Raja, Besut.

Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mengeluarkan kenyataan agar semua ahli PAS di negeri itu jangan menyertai sebarang program anjuran PasMa.

Pada 19 Oktober ini, ahli Majlis Syura PAS yang juga menantu Presiden PAS, Zaharudin Mohamad akan berdialog secara langsung dengan Phahrolrazi di Johor Baru.

"Kita mengesahkan kedatangan beliau," kata Taib kepada The Malaysian Insider.

Zaharudin antara tokoh yang penting dalam PAS yang menjadi tunggak kumpulan ulama.

PasMa ditubuhkan secara rasmi di Kota Baru pada 31 Ogos lepas apabila kira-kira 100 perwakilan dari seluruh negara menyertai perhimpunan buat pertama kali itu.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah NGO untuk melobi agar PAS memperkukuhkan kedudukannya bersama Pakatan Rakyat. - themalaysianinsider
Read more ...

PAS Tidak Harus Pertikai Tindakan Pengurangan Exconya

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu sudah dibincangkan bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah sendiri.

"Saya sudah berbincang dengan pemimpin PR dan konsensus itu diperolehi.

"Saya faham bagaimana perasaan sesetengah pihak, tetapi ia merupakan keputusan bersama yang mendapat perkenan Sultan Selangor," katanya di dalam laman Twitter Azmin yang memetik laporan portal The Malaysian Insider.



Pada Jumaat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco baharu negeri itu dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Ujarnya, PAS negeri Selangor juga telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat yang turut tidak bersetuju dengan pengurangan itu.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus memberitahu, dia berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan ada hikmah di sebaliknya perkara itu.

Dalam pada itu jelas Azmin, ada beberapa perkara yang mahu ditumpukan dalam tempoh terdekat.

"Kita akan lihat beberapa perkara termasuk pendidikan yang penting kepada rakyat Selangor. Kerana itu peranan Universiti Selangor (UNISEL) disifatkan amat penting.

"Kita juga akan lihat bagaimana kerajaan negeri boleh memberi pendidikan percuma di UNISEL. Ia akan bergantung kepada bajet yang akan dimaklumkan nanti," ujarnya.

Pada Jumaat, Azmin berkata, empat perkara termasuk isu elaun gaji MB, KIDEX, masalah air dan penjualan tanah akan dibincangkan dengan exco kerajaan negeri yang baharu dalam mesyuarat pertama mereka pada Rabu depan. - astroawani
Read more ...

Pelajar UPSR Mati Tiada Kaitan Tekanan Akibat Soalan Bocor


Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.

"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan 'stres'," katanya.

Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah secara mendadak walaupun murid itu tidak mengidap penyakit kencing manis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: "Murid tahun enam SK Wira meninggal dunia pagi tadi. Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A itu."

Katanya, beliau  bagi pihak Jabatan Pendidikan negeri dan ibu bapa murid berkenaan meminta pihak yang menyebarkan kenyataan itu supaya menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Ibu dan bapanya redha dengan pemergian anak mereka dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita tersebut. Cuma mereka menasihatkan terlibat tidak menulis dan menyebar sesuka hati perkara yang tidak pasti," katanya. – Bernama
Read more ...

BN Cemerlang di Pengkalan Kubor: Najib


Perdana menteri berkata BN berupaya meningkatkan majoritinya hampir 900 undi.

Ia juga menunjukkan usaha jentera BN berjalan lancar dan keputusan memilih calon nampak serasi dengan pengundi tempatan.

“Kemenangan diduga tetapi majoriti tidak (pasti)… sebab faktor-faktor tidak begitu jelas tetapi kemenangan cemerlang sekali sebab kita hadapi calon PAS dan bukan PKR. Ramai kata calon PAS lebih kuat daripada PKR,” katanya kepada media Malaysia.

Mengenai calon BN Mat Razi Mat Ail, Najib berkata:
“Calon tidak ada masalah, tidak ada masalah peribadi, bersih, ada watak agama, tidak menonjol dan merendah diri”.

Najib berkata kemenangan itu akan dijadikan asas untuk memantapkan lagi jentera Umno dan BN.

Katanya, beliau sudah menghubungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Mat Razi bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka dan jentera pilihan raya parti.

Najib berkata akan bertemu dengan Mat Razi sekembalinya ke tanah air kelak.

Perdana menteri berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta lawatan kerja bermula 20 hingga 28 September. – Bernama
Read more ...

BN Akan Tunai Janji PRK


Timbalan perdana menteri juga menyifatkan kemenangan mereka kali ini sebagai keputusan luar biasa yang tidak mereka jangkakan.

Beliau juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed kerana bertindak cemerlang dan jenteranya yang bersungguh-sungguh.

“Tok Pa (Mustapha) menjangkakan (majoriti) undi melebihi 2,000, ternyata keputusan ini luar biasa,” katanya.

BN menang dengan 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi dan bebas pula hilang deposit apabila hanya mendapat 38 undi.

Jumlah majoriti kali ini menyaksikan pertambahan berbanding majoriti dalam pilihan raya umum lalu dengan 1,736 undi.

Sementara itu, calon BN Mat Razi Mat Ail mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memilihkan dan parti yang memberi kepercayaan padanya.

“Saya kira ini satu hadiah kepada pengundi-pengundi DUN Pengkalan Kubor dan mereka nak melihat pucuk pimpinan yang beri bantuan kepada Pengkalan Kubor, untuk membangunkan Pengkalan Kubor ,” katanya.

- Malaysiakini
Read more ...

PAS Akur Kekalahan di Pengkalan Kubor


"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundi luar tak balik

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

"Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.

Calon: Saya reda

Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas.

- Malaysiakini
Read more ...

Israel Roboh Kubur Palestin


Media Al-Resalah melaporkan, tindakan itu dilakukan selepas Israel mendakwa kubur tersebut dibina di atas tanah kerajaan.

Ketua Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam di Baitulmaqdis, Mustafa Abu Zahra menentang keras tindakan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai pencerobohan terhadap kesucian umat Islam yang telah meninggal dunia.

"Kubur dirobohkan itu didirikan di atas tanah diwakafkan kepada umat Islam. Mereka tidak perlu meminta kebenaran untuk menggunakannya atau melakukan upacara pengkebumian," katanya dipetik Middle Esat Monitor.

Sementara itu, wakil Palestin dan Israel di Kaherah bersetuju menyambung semula rundingan berhubung gencatan senjata kekal pada minggu terakhir bulan depan. - SinarHarian
Read more ...

Alvin Tan Mohon Suaka Politik di Amerika


Beliau bersama pasangannya, Vivian Lee, 25, berdepan tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook, lapor Channel News Asia.

Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” itu dituduh melakukan perbuatan berunsur hasutan dengan memuat naik gambar mereka di Facebook sedang menikmati bak kut teh (sup herba babi) dan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” ketika bulan Ramadan.

Bercakap kepada koresponden CNA melalui akaun Facebook peribadi yang disahkan wartawan penyiaran itu milik Tan, beliau berkata: "Saya kini sibuk memulakan hidup baru (di Amerika Syarikat) selain menanti perbicaraan akhir permohonan suaka saya. Saya di sini untuk mencari perlindungan politik daripada kezaliman Umno – semudah itu."

Katanya, beliau mula-mula memohon suaka politik daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat pada bulan Mei selepas mula hilang daripada pandangan umum susulan pembikinan sebuah dokumentari di Singapura.

CNA melaporkan Alvin yakin Amerika Syarikat akan meluluskan permohonannya, sekiranya tidak, beliau tiada pilihan lain kecuali terus memuat naik "bahan berunsur hasutan" di Internet bagi menguatkan kesnya.
- themalaysianinsider
Read more ...

PAS Minta Empat Exconya Dalam Pentadbiran Selangor


Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.

"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.

Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.

"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statement tersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.

Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.

Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau.
- malaysiakini
Read more ...

Exco Dipecat Mungkin Akan Dilantik Semula


Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada Pakatan Rakyat, dilihat mempunyai peluang menduduki kerusi Exco kerajaan negeri.

"Pada saya, semua yang ada dalam Pakatan Rakyat itu kalau diberi tanggungjawab (sebagai Exco), sedia bekerja sebagai satu pasukan termasuk mereka yang dipecat atau meletak jawatan.

"Ini termasuklah ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun keputusan pelantikan masih bergantung kepada kuasa menteri besar (Mohamed Azmin Ali) dan perkenan Sultan Selangor," katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Rabu.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan barisan Exco kerajaan negeri baharu di bawah pentadbiran Mohamed Azmin.

Komposisi anggota Exco kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar sebelum ini, merangkumi empat wakil PAS dan masing-masing tiga daripada DAP dan PKR.

Bagaimanapun Exco PAS yang terdiri daripada Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali meletak jawatan serta-merta selepas Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, Selasa.

Abdul Khalid sebelum itu telah memecat enam anggota Exco daripada DAP dan PKR kerana didakwa mengkhianati 10 akujanji dan sumpah kesetiaan terhadap negeri Selangor.

Mereka ialah Dr Rodziah Ismail, Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Exco DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganapathi Rao.

Terdahulu, Mohamed Azmin dilaporkan berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khamis, bagi mendapat perkenan berhubung senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri.

Beliau dilaporkan berkata barisan Exco itu akan diketahui selewat-lewatnya Khamis selepas beliau mengadakan perbincangan kedua dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. - BERNAMA
Read more ...

Azmin Minta Restu Bonda


Majlis kesyukuran bagi meraikan pelantikannnya sebagai menteri besar turut diadakan di rumah berkenaan, yang turut dihadiri kira-kira 100 orang.

Azmin tiba di rumah keluarganya di Ulu Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.

Sebaik sahaja tiba beliau dipeluk dan dicium oleh bondanya sebelum Azmin memohon doa restu daripada Che Tom.

Beliau kemudiannya mengadakan sidang media, menceritakan kisah beliau dibesarkan di rumah kedua ibu bapanya itu.

"Kami telah tinggal di sini sejak 1968. Ibu bapa saya berpindah ke sini, dan keluarga kami merupakan peneroka terawal untuk membina rumah yang dahulunya merupakan sebuah kebun getah.

"Saya pernah menjadi pengembala kepada kira-kira 30 ekor kambing," kata Azmin mengimbas semula kenangan ketika zaman kanak-kanaknya.

Azmin turut memohon sokongan dan dorongan daripada adik beradiknya yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Che Tom yang ditemui, turut mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja mendapat tahu anak lelakinya itu dipilih sebagai menteri besar yang baharu.

Beliau turut berbangga dengan pelantikan Azmin, berharap anak lelakinya itu dapat mencapai kebahagian dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

Insiden tersebut nyata berbeza dengan apa yang berlaku kira-kira dua tahun lalu, apabila Che Tom mengakui Azmin mula menjauhkan diri daripadanya. Dengan linangan air mata si ibu menegur anak lelakinya itu secara terbuka meminta dia mengubah caranya itu.
Read more ...

SPR Sangkal Dakwaan Sekat Pengundi Luar


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, rekod SPR menunjukkan hari mengundi tidak mempengaruhi jumlah pengundi yang keluar membuang undi.

"Kita telah adakan  hari mengundi pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis. Daripada rekod yang kita ada jumlah pengundi tak bergantung kepada hari berkerja atau hari tak berkerja.

"Ada masanya hari mengundi itu hari cuti...jumlah keluar mengundi amat rendah dan mengecewakan SPR dan ada masanya hari mengundi itu hari bekerja tapi jumlah keluar mengundi berlebihan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sini, Rabu.


Menjawab dakwaan PAS itu, beliau berkata, mengisytiharkan cuti peristiwa pada tarikh PRK Pengkalan Kubor adalah hak kerajaan negeri, namun ia juga tidak menjamin peratusan mengundi akan meningkat.

"Adakah dengan memberi cuti itu jumlah yang keluar mengundi lebih ramai, lebih daripada PRU-13.

"Ada kemungkinan beri cuti itu dia (pengundi) pergi berjalan pula, pergi ke Thailand, Kuala Lumpur, saya agaklah, dan saya harap pengundi jangan begitu," katanya.


Beliau turut memaklumkan bahawa penetapan tarikh PRK Pengkalan Kubor dibuat selepas menghubungi beberapa pimpinan tertinggi parti bagi mengadakan rundingan dan terdapat persetujuan secara prinsip tentang perkara itu.

Mengenai jangkaan peratusan keluar mengundi, beliau berkata, SPR menjangkakan lebih 70 peratus akan keluar membuang undi pada Khamis.

Peratusan keluar mengundi pada PRU-13 adalah 69 peratus.

Dalam masa sama, beliau turut mengulangi bahawa berdasarkan rekod daftar pemilih SPR, kira-kira 80 peratus pengundi bekerja di Pengkalan Kubor, bukan makan gaji.

"Mereka tidak bekerja pada waktu pejabat, boleh datang bila-bila masa sahaja," katanya.
- mStar
Read more ...

Tahniah! Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baru

Surat jemputan untuk menghadiri majlis angkat sumpah di Istana Selangor ditujukan kepada YB Mohamed Azmin Ali pada hari esok, 23 September 2014 kini berlegar di laman sosial dan blog.

Yang pastinya, kemelut Selangor bakal berakhir pada esok hari menjelang majlis angkat sumpah tersebut. Semoga PKR menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan merestui Azmin Ali sebagai MB yang baru.



Read more ...

Dua Lagi Kertas UPSR Bocor


Ketua Polis KL, Datuk Tajuddin Md Isa berkata kali ini ia melibatkan kebocoran kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Beliau mengesahkan laporan tersebut dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan, badan di bawah Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menguruskan peperiksaan awam.

“Ya, kami terima laporan itu dan akan menyiasat," kata Tajuddin.

Menurutnya, laporan itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang mengendalikan kes UPSR bocor bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan sebelum ini.

Seramai 473,175 murid Tahun 6 menduduki UPSR di seluruh negara tahun ini. Mengikut jadual asal, ia berlangsung dari 9 hingga 11 September.

Disebabkan kebocoran itu, mereka dijadualkan menduduki semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September.

Polis memeriksa peti besi menyimpan kertas peperiksaan itu minggu lepas sebagai sebahagian proses penyiasatan.

Dilaporkan sebelum ini terdapat 382 peti besi itu di seluruh negara, dan hanya beberapa sekolah memiliki peti besi itu, termasuk sekurang-kurangnya empat di Kuala Lumpur.

Susulan kebocoran kertas Bahasa Inggeris dan Sains, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terlibat.

Bernama melaporkan pada 12 September yang Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, mengumumkan penggantungan Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan timbalan pengarah (operasi) Dr Wan Ilias Wan Salleh berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun semalam Ketua Setiausaha Kementerian Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata mereka tidak digantung tetapi diberi tugas lain yang tidak berkaitan Lembaga Peperiksaan.

Polis setakat ini merekodkan kenyataan daripada 30 individu bagi membantu penyiasatan, termasuk 8 pegawai Lembaga Peperiksaan, 19 guru, seorang pegawai kementerian, seorang jurutera dan seorang wartawan.

Seramai 14 ditangkap di Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan sejak minggu lepas, 11 daripadanya dibebaskan dengan ikat jamin sementara 3 masih dalam tahanan polis.

Polis menyiasat kes itu mengikut Akta Raksia Rasmi 1972. - themalaysianinsider
Read more ...

Siaran Langsung Kira Undi PRK Belum Sesuai: SPR


Beliau berkata siaran langsung hanya boleh dilakukan apabila calon pilihan raya, parti politik dan masyarakat Malaysia mencapai tahap kematangan dalam berpolitik, supaya SPR tidak dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini pada siaran itu.

"Wakil calon bertanding dibenarkan berada dalam bilik semasa proses pengiraan dilakukan, dan dibimbangi jika berlaku insiden seperti pertengkaran kecil atau salah faham, ia akan mengundang masalah lebih besar dalam kalangan orang luar yang menonton.

"Mereka mungkin melihat perkara itu dari perspektif berbeza, hanya apa yang disiarkan di televisyen, namun perkara ini kemudiannya diperbesarkan pihak berkenaan sehingga menjadi isu kepada SPR," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.


SPR juga bimbang jika ada pihak yang mengambil kesempatan daripada siaran langsung itu untuk mendapatkan perhatian masyarakat dengan 'mengada-adakan' perkara yang tidak wujud semasa proses pengiraan berlaku, tambahnya.

Abdul Aziz berkata pihaknya juga perlu memastikan cara terbaik untuk pihak media menyiarkan siaran langsung itu memandangkan kamera masa kini dilengkapi kemudahan zum, sedangkan kertas undi merupakan suatu perkara yang sangat sulit.

"Kita juga perlu memikirkan bagaimana pergerakan kakitangan media dalam bilik mengira undi, kerana pelbagai perkara di luar kawalan boleh berlaku semasa siaran langsung dalam keghairahan memberikan laporan terbaik," katanya.


Sehubungan itu, Abdul Aziz menegaskan siaran langsung itu hanya boleh dilakukan apabila semua pihak mengamalkan politik matang dan memahami tanggungjawab masing-masing.

"SPR tidak ada masalah untuk siaran langsung, malah sangat mengalu-alukannya untuk menunjukkan ketelusan kita, namun tidak mahu ia menjadi seperti senjata makan tuan dan keterbukaan itu akhirnya dijadikan isu kepada kami," katanya.


Beliau menambah bagi merealisasikan hasrat itu di masa hadapan, SPR bersedia untuk berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkenaan bagi memperhalusi protokol dan tatacara perlaksanaan siaran langsung itu.

Buat masa sekarang, Abdul Aziz memberitahu semua proses pengundian PRK – dari peringkat penamaan calon sehingga ke pengiraan undi - dirakamkan pegawai Filem Negara di bawah seliaan pegawai SPR agar ia tidak melanggar isu kerahsiaan pengundian.

Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan memohon supaya SPR mempertimbangkan semula cadangan kementerian itu supaya proses pengiraan undi mana-mana PRK disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisen Malaysia (RTM).

Langkah itu akan membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil, tambah Ahmad Shabery.

Ahmad Shabery pernah mengutarakan cadangan itu pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada tahun lalu, namun ditolak SPR atas alasan ia melibatkan kerahsiaan pengundian. - Bernama
Read more ...

Nik Aziz: Rembat Royalti, BN Tak Selamat Dunia Akhirat


Apabila berbicara tentang BN, maka ianya merujuk kepada ahli-ahlinya atau orang-orang yang ada didalam BN itu.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa sidang media di Surau Lama Kampung Geting, Kelantan, hari ini. Beliau menyelar tindakan kerajaan pusat kerana tidak amanah dengan pemberian royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Bekas menteri besar Kelantan itu berkata, tindakan kerajaan persekutuan itu jelas satu perbuatan khianat, jahat dan merupakan dosa kepada rakyat di negeri itu.

"Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. Saya tak izin.

"Fikirlah. Kita manusia ini ada otak. Lembu tak ada otak. Yang ada otak ini manusia. Manusia bertanggungjawab dunia dan akhirat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap di Surau Lama Kampung Geting, Pengakalan Kubor, Kelantan.

Muhyiddin semalam mencabar kepimpinan PAS agar menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat kewajaran royalti minyak diberikan kepada Kelantan.

Katanya, jawatankuasa itu boleh menyiasat daripada aspek perundangan atau akaun Petronas sendiri sama ada syarikat petroleum negara itu memiliki RM12 bilion peruntukan kepada Kelantan.

Nik Aziz berkata, kerajaan persekutuan menunjukkan sikap tidak adil apabila Sabah dan Sarawak diberikan royalti minyak tetapi tidak kepada Kelantan.

Katanya, wang ihsan bukanlah royalti kerana tidak diberikan terus kepada kerajaan negeri.

"Royalti hak Kelantan. Negeri lain boleh, Sarawak boleh royalti, Sabah boleh royalti, Terengganu boleh royalti. Kenapa Kelantan tak boleh?

"Mereka kata, mereka tak tipu. Kata dah beri wang ihsan pada Kelantan. Beri pada siapa? Beri pada orang lain," katanya.

Mursyidul Am PAS itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang menyalurkan wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Katanya, wang tersebut bukanlah diberikan kepada menteri besar sebaliknya kepada setiausaha kerajaan negeri.

"Kelantan ni ada JPP. Terengganu, Sarawak tak ada JPP. Dia beri terus. Ini jahat Umno. Dia fikir dia ada harta dia selamat dunia akhirat. Mengarut ni.

"Kenapa Kelantan ada JPP? Dia tak percaya dengan pegawai kerajaan ke? Duit bukan beri pada saya. Beri pada setiausaha kerajaan, pegawai kewangan kerajaan. Mereka ini semua duduk di universiti. Diiktiraf oleh semua," katanya. - themalaysianinsider
Read more ...

Ahli Umno Berang Digelar Bodoh?

Bodoh sangatkah Umno ni???????? cer cite..


Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii (bawah) berkata perkataan "Umno bodoh" tidak boleh diutarakan, walaupun ia bertujuan memperli pihak lain.

"Zam (Zainuddin) berhutang dengan saya kerana menggelar Umno bodoh kerana saya ahli Umno!

"Sama ada Zam bersetuju, memperli ataupun membantah keputusan kerajaan Persekutuan hari ini, perkataan ini tidak boleh diterima oleh saya," tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.

Zainuddin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

Zainuddin – yang kecewa kerana pentadbiran Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan – meminta Najib tidak menghiraukan suara semua orang Melayu, orang Umno, Perkasa, Isma dan suara NGO Melayu lain.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau secara sinis.

Razlan menyatakan Zainuddin sebagai penulis yang berpengalaman dan agak berumur, seharusnya tidak hilang kawalan apabila menulis dan membuat kenyataan dengan memperlihatkan rasa amarah seperti seseorang yang pendek akal.

"Seharusnya beliau (Zainuddin) menunjukkan teladan yang baik dalam penulisan di blog beliau, bukannya menayangkan sikap tidak baik dan seolah-olah hilang sabar dalam menyampaikan atau memperjuangankan sesuatu.

"Adakah Umno benar-benar bodoh. Jika benar UMNO itu bodoh, sudah pasti kerajaan tidak akan berjaya mengekalkan pemerintahan negara sehingga ke hari ini," kata beliau.

Razlan sebelum ini dikenali kerana mengetuai demonstrasi dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP kerana seorang pimpinannya mengutuk Umno Mei lalu. - Malaysiakini
Read more ...

UPSR Bocor: Empat Guru Ditahan


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang.

"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.


Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. - mStar
Read more ...

Pengarah Lembaga Peperiksaan Digantung Tugas Ekoran Soalan UPSR Bocor


Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau.

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 Sept.

Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan.

Ketika ditanya berapa lama tempoh penggantungan tersebut, Muhyiddin berkata ia bergantung kepada pihak-pihak berkaitan menyempurnakan siasatan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau faham perasaan marah masih membara dalam kalangan ibu bapa dan rakyat dengan apa yang berlaku dan kementerian perlu bertindak segera.

Muhyiddin menyifatkan mereka yang melakukan perkara itu sebagai tidak beramanah dan pengkhianat.

Mengulas lanjut tentang penggantungan itu, beliau berpendapat pengarah perlu menanggung risikonya kerana kebocoran itu bukan perkara kecil.

Insiden seumpama itu, katanya, boleh menjejaskan nilai sijil peperiksaan dan pihak kementerian tidak boleh berkompromi dalam soal itu.

Muhyiddin juga berkata individu yang melakukannya tidak memikirkan kesan perbuatan keji mereka yang menjurus kepada hampir setengah juta murid terpaksa menduduki peperiksaan bagi dua kertas itu pada 30 Sept. - BERNAMA
Read more ...

Najib Dakwa Anwar Setuju GST Dilaksana


Menjawab dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, ketua pembangkang itu berkata, disebabkan bantahan yang ditunjukkannya pada waktu itu, GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau dipertanggungjawabkan menjaga kewangan negara.

"Di Parlimen, saya nyatakan dengan jelaskan GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran dan terpelihara daripada amalan rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini merujuk pendirian yang dibuatnya lebih 20 tahun lepas.


Anwar mendakwa, kenyataan Najib semalam 'tidak jujur dan mengelirukan.'

"Menteri kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan hendak laksanakan GST pada 1992 dalam ucapan bajetnya adalah Anwar," kata Najib merujuk kepada ketua pembangkang yang ketika itu berada dalam Kabinet kerajaan.

"Pada 30 Oktober 1992, Anwar menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun depan, tetapi dia buat 'u-turn'," katanya, sambil menambah GST juga pernah diumumkan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Anwar berkata hari ini, sewaktu menerajui kementerian kewangan, beliau juga menekankan yang GST mesti bermula pada kadar rendah.

"Semua syarat tersebut tidak dipenuhi. Sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi menteri kewangan," katanya.


Najib mengumumkan pelaksanaan GST ketika pembentangan Bajet 2013 di Parlimen dengan kadar 6% menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang kini dikenakan pada kadar 16%.

Ia akan mula dikuatkuasakan April tahun depan. - themalaysianinsider
Read more ...

Dalang Kes Bocor Kertas UPSR Dikenalpasti?


Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media hari ini berkata, pihak berkuasa juga berjaya mengenal pasti beberapa 'hotspots' (titik panas) di mana kebocoran berlaku.

"Saya dimaklumkan pasukan penyiasat berjaya mengenal pasti beberapa individu dipercayai bertanggungjawab atas kejadian kebocoran kertas soalan UPSR.

"Individu yang tidak memegang amanah ini mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan diri dan peribadi. Hukuman yang paling keras mesti diambil ke atas mereka,” katanya. – themalaysianinsider
Read more ...

Tun M Tidak Pernah Minta Najib Letak Jawatan


Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku '#WahaiMelayu' karya Anas Zubedy, di sini, Khamis.


Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir telah menasihatkan perwakilan Umno peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika pemimpin tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir tsalah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah," katanya.


Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung Umno bulan hadapan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli Umno.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

"Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara yang betul merupakan penyelesaian. Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka...mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya," katanya.


Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu hari ini kurang beramanah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Keadaan itu telah menjadi punca kenapa bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak berjaya kerana mereka juga tidak mempunyai perasaan malu bila gagal melakukan sesuatu perkara dengan baik.

"Kita perlu belajar untuk ikhlas...kalau kita jujur kita akan jadi baik," katanya.


Hadir sama pada pelancaran buku '#WahaiMelayu' ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - mStar
Read more ...

TPM Tidak Tolak Kemungkinan Kertas UPSR Bocor Mungkin Sabotaj


Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu.

"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.


Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berada di ibu negara Laos ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan (ASED ke-8) yang bermula, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 September ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi. - mStar
Read more ...

Dr. M Pun Beri Satu Nama Sahaja Calon MB


Bekas perdana menteri itu mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun, beliau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada istana.

“Sepanjang zaman saya, sentiasa serah satu nama sahaja. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana sultan," kata beliau ketika ditanya pernahkan mana-mana istana meminta lebih dari satu nama sebagai calon menteri besar.


Bagaimanapun, Mahathir tetap tidak melepaskan peluang "mengenakan" Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar (atas).

Beliau berkata keadaan itu berlaku mungkin kerana mereka telah "menjengkelkan" sultan Selangor.

"Anda tak boleh buat orang jengkel (kepada kita) dan mahukan mereka bekerjasama dengan anda. Mereka bukan sahaja menjengkelkan sultan tetapi ramai orang dengan perselisihan mereka," tambah beliau.


PKR dan DAP menimbulkan kemurkaan Istana Selangor dengan hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun sultan menitahkan untuk menghantar lebih dari dua.

Istana kemudiannya memberi teguran dan mendakwa PKR dan DAP sebagai "biadap" dan "derhaka."

Kedua PKR dan DAP telah memohon ampun. - Malaysiakini
Read more ...

PKR Tidak Akan Hantar Lebih Dua Nama Calon MB: Rafizi


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli di dalam posting Tweetnya berkata, tiada pihak seharusnya percaya kepada berita daripada sumber dalaman yang dilihat bukan rasmi daripada parti sendiri.


"Laporan bahawa PKR mahu calonkan nama kedua untuk MB tidak benar. Jangan percaya berita 'sumber dalaman', katanya dalam Tweet itu.

Sebelum ini, laporan menyebut, tindakan parti DAP and Keadilan mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggambarkan kebiadapan dan keengkaran kepada institusi Raja.

Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon Menteri Besar Selangor dari ketiga-tiga parti di dalam parti Pakatan Rakyat sepertimana titah Sultan di dalam surat bertarikh 27 Ogos.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor dalam soal pelantikan Menteri Besar.

Jelas Najib, parti itu juga sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk memastikan cita-cita untuk melantik Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tercapai. - astroawani
Read more ...

Jualan McD Terus Jatuh


Jualan cawangan-cawangan rangkaian restoran terbesar dunia itu merekodkan penurunan 13 peratus, jatuh 3.7 peratus pada bulan Ogos. Para penganalisis pula mengunjurkan penurunan 3.1 peratus.

McDonald's memiliki lebih 14,200 cawangan di Amerika Syarikat sedang menghadapi cabaran di peringkat domestik dan luar negara, kini bergantung kepada potongan harga, tawaran terhad dan memperkenalkan 'wajah baru' cawangan makanan itu untuk merancakkan pertumbuhan.

Sementara itu, di China syarikat pembekal daging OSI Group LLC sedang disiasat kerana mengubah tarikh luput makanan kerana mencetuskan kemerosotan jualan.

"Tiada banyak berita gembira di sini," kata Peter Saleh, penganalisis Kumpulan Penasihat Telsey yang berpangkalan di New York. Kebanyakan penganalisis meramalkan jualan lemah akan memberi tekanan margin pada suku ketiga.

Di Amerika Syarikat, restoran itu cuba menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan burger pada harga AS$2 dan 20 keping naget ayam sebanyak AS$5.

Pada masa sama, McDonald's juga berhadpaan dengan persaingan sengit daripada Burger King Worldwide Inc. dan Taco Bell yang turut menawarkan harga rendah.

Jualan McDonald di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika juga merosot 14.5 peratus bulan lalu manakala di Jepun menurun 25 peratus.

Di Eropah jualan McDonald's susut 0.7 peratus, yang selama ini menyumbang kira-kira 40 peratus daripada pendapatan rangkaian restoran itu.

McDonald's turut berhadapan dengan tekanan di Rusia apabila pihak berkuasa mengarahkan rangkaian restoran itu menutup sementara kerana melanggar peraturan kebersihan. Lebih daripada 100 restoran McDonald's telah diperiksa dan diancam ditutup. - utaranews
Read more ...

GST Tidak Bebankan Rakyat: Janji Najib


Beliau menegaskan bahawa sistem percukaian itu yang diguna pakai kira-kira 90 peratus negara di dunia perlu dilaksana di Malaysia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan dan berkembang kukuh.

Beliau berkata kerajaan tidak melaksanakan sistem percukaian GST secara terburu-buru, malah ia telah dikaji kerajaan sejak 30 tahun dahulu dan yakin ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

"Yakinlah, saya tidak akan susahkan rakyat Malaysia. Saya sebagai pengerusi Barisan Nasional tidak akan menyusahkan rakyat kerana kerajaan berdiri atas sokongan rakyat," katanya ketika menutup majlis Penerangan Perdana GST di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu.


GST dijadual diperkenalkan April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.

Najib juga menerangkan kepada kira-kira 2,000 orang awam yang hadir pada majlis itu mengenai manfaat perlaksanaan CBP, yang mampu memacu ekonomi negara ke arah status negara maju.

Beliau berkata CBP ini bukanlah satu perkara baharu, sebaliknya telah disebut tiga Menteri Kewangan terdahulu, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa membentangkan belanjawan pada 30 Okt 1992.

"Kita mesti ada sumber kewangan yang kukuh. Setiap kali belanjawan dibentangkan setiap tahun, jika tidak disebut bonus, maka belanjawan itu dianggap sebagai tidak baik.

"Untuk sebulan bonus, kerajaan perlu mengeluarkan hampir RM5.6 bilion. Ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam sebanyak 1.5 juta orang dan 300,000 pesara, negara memerlukan hasil negara yang mencukupi," katanya.


Jelas Najib, bagi menentukan kemampuan kewangan negara terus mampan dan kukuh, maka hasil negara perlu ditambah menerusi perlaksanaan CBP, yang mewajibkan rakyat membayar cukai apabila berbelanja. - BERNAMA
Read more ...

PAS Minta PKR Hentikan 'Drama Hindustan" Raih Simpati


Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.


Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.


Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.

- Malaysiakini
Read more ...

Pembentukan Malaysia Tidak Boleh Dipersoal Lagi


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan tiada pihak boleh mempersoalkan pembentukan negara Malaysia kerana Perlembagaan tidak memberikan hak berkenaan.

Timbalan perdana menteri itu berkata Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang bagi menyekat hak kebebasan bersuara agar kandungan Perlembagaan tidak mudah dipersoalkan.

"Jelasnya, Perlembagaan negara kita bukan sahaja memberi jaminan hak yang adil dan saksama kepada semua kaum, malah memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara bagi memastikan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak mudah dipersoal sesiapa pun.

"Tidak ada mana-mana pihak boleh mengatakan mereka mempunyai hak kebebasan bersuara dalam mempersoalkan perkara asas yang membentuk Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang aman dan harmoni kerana Perlembagaan sendiri tidak menganggap ia sebagai satu hak," katanya pada majlis pelancaran program Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pada Ahad kerajaan negeri itu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang menghasut dan menyebarkan desas-desus negeri itu akan keluar dari Malaysia.

Katanya, khabar angin itu bukan sahaja satu hasutan tetapi boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat Malaysia di Sabah selama ini.

"Cukup-cukuplah. Jangan ancam dan cabar Perlembagaan negeri dan negara," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama.

Muhyiddin berkata Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Parlimen boleh meluluskan undang-undang menyekat kebebasan bersuara bagi menghalang mana-mana pihak mempersoalkan perkara yang berkaitan hak keistimewaan kaum Melayu, anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak yang sah bagi kaum lain.

Katanya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak bagi semua kaum mempelajari bahasa ibunda masing-masing, hak mengenai kerakyatan dan kedudukan istimewa Raja Melayu turut terpelihara dalam Perlembagaan menerusi perkara sama.

“Sehubungan itu, Akta Hasutan 1948 yang dipinda selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969 menetapkan tindakan mempersoalkan perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai satu perbuatan menghasut yang boleh dihukum di mahkamah.

"Maka dalam semangat menghormati Perlembagaan negara kita, wajar sekali seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum menghindari perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan mengancam keharmonian negara.

“Ini amat penting kerana sejak akhir-akhir ini wujud kecenderungan dalam segelintir individu tidak bertanggungjawab membuat kenyataan biadap yang menghina kaum dan agama tertentu.

“Kenyataan ini menjadi viral di media sosial, berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama jika tidak dikawal,” katanya.

Beliau yang juga menteri pendidikan menggesa pihak polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan segera bagi membendung jenayah hasutan supaya perbuatan tidak bertanggungjawab dapat dihindarkan.

Katanya, undang-undang juga perlu diperketatkan selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu lebih bergiat aktif membendung jenayah hasutan di media sosial.

“Saya percaya demi memastikan keharmonian kaum dan agama di negara tidak dicemari tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab, penguatkuasaan undang-undang sedia ada perlu diperketatkan, khususnya bagi menangani jenayah hasutan yang dilakukan di media sosial.

“Pihak polis, SKMM dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera dan tegas bagi membendung jenayah hasutan daripada menular dalam masyarakat kita.

“Ketegasan kerajaan dalam membendung jenayah hasutan adalah penting dalam usaha memastikan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat di negara kita terus terpelihara,” katanya.
- themalaysianinsider
Read more ...

Anwar Mohon Ampun Kepada Sultan Selangor


"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.


Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Sementara itu Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tetap berdiri tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Ini berbeza dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu yang mengatakan PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Negeri Selangor apabila mempertikaikan kuasa Sultan dalam soal pelantikan menteri besar.

"Datuk Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 tatkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

"Kenyataan Datuk Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.
- Malaysiakini
Read more ...

Mampukah Malaysia 2020 Tanpa Akta Hasutan

Ismail Sabri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata janganlah disebabkan kehendak golongan minoriti yang ingin akta itu dihapuskan, golongan majoriti terkena tempiasnya akibat huru-hara selepas ketiadaan akta tersebut.
   
"Belum pun akta ini dihapuskan kita lihat pelbagai penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi Raja-Raja Melayu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab atas tiket kebebasan bersuara," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementerian tersebut di Putrajaya hari ini.
   
Ismail Sabri berkata sekiranya Akta Hasutan dihapuskan, misi kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 juga akan menuju kegagalan.
   
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas ke atas golongan minoriti yang cuba menggugat keharmonian negara dengan cara mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

"Tahniah kepada PDRM dan Peguam Negara kerana telah menangkap serta mendakwa beberapa pihak berkaitan, tindakan yang diambil berdasarkan kenyataan yang dibuat, bukan siapa yang membuat kenyataan," kata Ismail Sabri.
   
- Bernama
Read more ...

Azmin Tegaskan PKR Hormat Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan


Penegasan itu dibuat beberapa jam selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan baginda terhadap PKR dan DAP berhubung krisis menteri besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan dasar PKR yang mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan merupakan salah satu tunggak kerajaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.


Awal Isnin, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap PKR dan DAP kerana mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.

Kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu dianggap mengingkari titah Sultan Selangor apabila hanya mempersembahkan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu.

Bebeza dengan PAS, sekutu Pakatan Rakyat itu disahkan mempersembahkan tiga nama kepada Sultan Sharafuddin seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu.

Mengulas lanjut Azmin mengakui PKR berhadapan 'kesukaran' berhubung krisis berpanjangan membabitkan pertukaran menteri besar.

"Saya akui kita sekarang sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan dengan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat, pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang.

"Saya yakin kita akan keluar daripada kemelut sekarang dan kita perlu menggilap iltizam dan azam untuk maju ke hadapan dan membangunkan Selangor dan menjaga kepentingan rakyat jelata," katanya.

- mStar
Read more ...

Wan Azizah Terguris Serangan Peribadi Hadi


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui terguris dengan serangan peribadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempersoalkan kebolehan dan kemampuannya.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah menghormati pandangan presiden PAS itu dan berjanji untuk memperbaikinya.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Bagaimanapun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dr Wan Azizah enggan membidas kenyataan Hadi dan sebaliknya menggesa supaya menumpukan kepada perjuangan asal iaitu melawan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Abdul Hadi.

"Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat daripada pelbagai tindakan Umno/BN yang menekan rakyat," katanya.


Menurut Dr Wan Azizah lagi, beliau tidak pernah melupakan jasa dan bantuan yang diberikan PAS kepada keluarganya sejak suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pada 1999.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.

"Saya mendoakan beliau dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan," katanya.


Hadi baru-baru ini dilaporkan dilaporkan berkata PAS tidak menamakan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu tidak berkebolehan.

Dalam sesi soal jawab dalam dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, Terengganu, Hadi turut menegaskan Dr Wan Azizah ditolak sebagai calon menteri besar Selangor bukan disebabkan beliau seorang wanita tetapi syarat melantik pemimpin mestilah seorang yang mempunyai kebolehan dan kelayakannya untuk menjadi pemimpin.

Susulan kenyataan tersebut, sayap Pemuda PKR mendesak supaya Hadi menarik balik kenyataan tersebut.

Wanita DAP hari ini juga membidas Hadi kerana enggan menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Wanita DAP Chong Eng menyelar tindakan Hadi yang dilihat selalu mengubah keputusan dalam isu menteri besar Selangor dan secara tidak langsung menjejaskan hubungan baik antara parti Islam itu dan Pakatan Rakyat. - themalaysianinsider
Read more ...

Kelayakan MB Perlukan Sokongan Majoriti - Aziz


"Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti. Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,”
katanya.

Malah, Aziz berkata, syarat bahawa menteri besar harus seorang Melayu dan Islam juga boleh diketepikan bagi memilih calon mendapat sokongan majoriti.

Aziz mengulas kenyataan istana yang menyebut sultan akan meneliti nama-nama lain anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan Rakyat sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.  -Malaysiakini
Read more ...

Proton Kompak Baru dengan Fungsi WiFi


Salah satu perkara yang hadir bersama-sama dengan kereta kompak baharu ini kelak adalah sokongan sistem inforia yang dikemas kini. Ia dilihat membawakan sedikit perbezaan berbanding inforia yang menggunakan Android pada Suprima S sebelum ini.

Ia dilihat menyertakan sokongan peta terbina untuk berfungsi sebagai GPS, selain turut menyertakan beberapa fungsi lain seperti Bluetooth, radio dan pemain media.

Di samping itu,  Proton menekankan yang mana sistem inforia ini boleh digunakan sebagai Wifi Hotspot untuk membolehkan penumpang lain menggunakan internet ketika dalam perjalanan.

Namun, bagaimanakah taliannya akan berfungsi masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Selain daripada itu, kereta kompak baharu ini juga akan menyertakan sensor kamera belakang, dan juga sokongan untuk memulakan enjin tanpa menggunakan kunci. - Sinar Harian
Read more ...

Pasukan Khas PDRM ke Ukraine


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya berkata kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Mereka akan disusuli sepasukan 50 pegawai dan anggota lain, kata Khalid.

Semalam media antarabangsa melaporkan tentera Ukraine dan puak pemisah pro Rusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus.

"Seluruh warga PDRM mendoakan mereka semua selamat dan berjaya dalam tugas," katanya.

Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine. - Awani
Read more ...

Sultan Selangor Murka Pada PKR dan DAP Kerana Tidak Hantar Dua Nama Calon MB


Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor,"
kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.

Munir berkata, Sultan Selangor akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,"
katanya.

Katanya, hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan 3 nama calon menteri besar Selangor.

Manakala DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya 1 nama saja, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, titah baginda supaya mengemukakan senarai lebih 2 calon adalah amalan bagi membolehkan baginda membuat pilihan dengan melihat bukan saja sokongan majoriti Adun malah daripada segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang Adun tersebut.

"Ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor.

"Sultan Selangor berkeyakinan terdapat ramai calon dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang  tinggi seperti disebutkan tadi bagi menerajui kerajaan negeri Selangor,"
katanya.

Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu menitahkan ketiga-tiga parti dalam PR mencadangkan lebih 2 nama sebagai calon menteri besar sebelum 3 September bagi memudahkannya membuat pilihan, namun DAP dan PKR bertegas mahu menghantar nama Dr Wan Azizah saja.

PKR pada 3 September kemudiannya menerima surat amaran daripada istana yang mengingatkan mereka supaya menghantar lebih 2 nama selain Dr Wan Azizah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam penjelasan terbuka di Marang, Terengganu pada Jumaat minggu lalu berkata, keengganannya mengikut kata DAP dan PKR dan menghantar 3 nama adalah kerana tidak mahu ingkar titah Sultan sambil menegaskan parti itu menghormati prinsip Raja Berperlembagaan. - themalaysianinsider
Read more ...

Astro Umum Faizal Ismail Pengacara Bersama Zizan Di AF2014


Faizal yang lebih dikenali dengan panggilan FBI muncul pada segmen terakhir konsert yang sepatutnya mengumumkan penyingkiran peserta pertama daripada konsert itu.

Konsert itu berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam dekat sini pada malam Ahad.

Bagaimanapun seperti tahun-tahun sebelum ini kesemua 12 peserta yang bertanding tidak disingkirkan pada minggu pertama persembahan.

Terdahulu seperti mana dijangka penyanyi rock terkenal, Datuk Hattan diumumkan sebagai Pengetua AF2014 sebelum konsert berlangsung.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 49, turut menyampaikan beberapa buah lagu popular nyanyiannya secara medley pada segmen pengenalan tersebut.

Selain Hattan, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Manakala pelakon, pengacara dan pelawak Jihan Muse mengendalikan Diari AF.

Sementara itu, konsert minggu pertama itu menyaksikan 12 peserta membuat persembahan sulung mereka dihadapan penonton.

Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS.

Peserta yang bertanding masing-masing enam lelaki dan enam wanita iaitu, Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.

Enam peserta wanita pula ialah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, Syamila Nuhair Zainordi, 21 dan Walfadhilah Suhaizat, 19.

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam.

Manakala konsert mingguan disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam dan ia bersiaran meneruai saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). - mStar
Read more ...
ads