Apa Kata Peminat AF Setelah Zarif dan Nina Keluar Pada Konsert Minggu 8


Nina Nadira Naharuddin atau Nina, 22, dan Muhd Zharif Mohd Kamil atau Zarif, 26, menjadi mangsa penyingkiran apabila mendapat undian paling rendah pada konsert kelapan program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Nina yang berasal dari Selangor mendendangkan lagu Rescue (Yuna) manakala Zarif dari Johor menyanyikan lagu Roman Cinta (Mojo).

Mereka gagal memikat penonton sekali gus meranapkan impian mereka ke peringkat akhir dua minggu lagi.

Pada konsert suku akhir itu, hanya tinggal tujuh pelajar bersaing untuk menempa ke pentas akhir termasuklah Nuha yang menyanyikan Kisah Dongeng (Stacy), Aman (Kasih Latifah - Spider) dan Azwan (Cinta Nusantara - Sheqal).

Tidak ketinggalan, lagu tugasan Ewal pula adalah Mahakarya Cinta (Faizal Tahir), dan Firman (She's Gone - Steel Heart), selepas pelajar kegemaran Adel tersingkir minggu lalu.

Bertemakan lagu pilihan daripada pihak media, Pengarang Hiburan Harian Metro Roslen Fadzil dijemput menjadi juri undangan kali ini di samping juri tetap Datuk Ramli MS dan Raja Azura.
- hmetro

Tinjauan Bicara Media di laman Facebook Akademi Fantasia mendapati peminat AF lebih menyuarakan Azwan dan Aman yang patut tersingkir dan ada juga yang inginkan Zarif untuk kekal.





AF kali ini sudah menghampakan peminatnya apabila Adel yang mempunyai bakat telah tersingkir pada konsert minggu ke-7 dan ramai yang mengharapkan akan ada undian masuk semula untuk pelajar tersebut.

Peminat juga tidak terkejut jika pihak Astro bakal membuat kejutan kerana itulah yang membuatkan AF sebuah program lain daripada yang lain.
Read more ...

Sharifah Sakinah Kini Tunang Seorang Juruterbang!


Pelakon Sharifah Sakinah, 25, mengikat tali pertunangan dengan juruterbang Aliff Adha Jamil, 26, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarganya di Taman Melawati pada malam Sabtu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa Aliff yang mewakili pihak lelaki, Datuk Wira Jamil Osman.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek.

Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Pada majlis tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman.

Sementara itu, Sakinah yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega apabila majlis itu berjalan dengan lancar.

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Sakinah yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

"Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan ini dilalui dengan sempurna.

"Walaupun tempoh perkenalan kami hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama. Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online, pada malam Sabtu.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015.

Turut hadir pada majlis tersebut beberapa rakan artis seperti Marsha Milan Londoh, Michael Ang, Nad Zainal, Siti Saleha, Liyana Jasmay dan Jihan Muse. - mStar

P/S: Misha Omar pun isteri kepada Juruterbang kan!
Read more ...

'Piza' Selamatkan Wanita Mangsa Dera!


Seorang operator 911 dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang pada mulanya disangkakan gurauan, kerana mahu membuat tempahan piza.

Mirror.uk melaporkan, panggilan itu sebenarnya bukan gurauan, kerana wanita berkenaan terus mendesak mahu mendapatkan piza yang mengandungi peperoni, cendawan dan lada, secepat mungkin.

Reaksi pantas operator 911 yang mengetahui ada perkara tidak kena dengan panggilan itu, akhirnya menyelamatkan nyawa si pemanggil.

Operator itu yang menyiarkan transkrip panggilan berkenaan di laman sosial Reddit berkata, panggilan itu pada mulanya kedengaran seperti satu gurauan, tetapi sebenarnya ia sesuatu yang serius.

Selepas menghubungi 911, wanita itu memberikan alamatnya tanpa butiran mengenai insiden yang berlaku.

Apabila ditanya operator itu mengenai apa yang berlaku di tempat kejadian, mangsa hanya menyatakan dia mahu membuat tempahan piza, menyebabkan operator terbabit percaya panggilan itu adalah serius.

Berikut transkrip meminta pertolongan daripada seorang wanita kepada operator 911:

“911, di manakah berlaku kecemasan anda?”

“123 Main St.”

“Okey, apa yang berlaku di sana?”

“Saya mahu menempah sekeping piza untuk penghantaran.” (oh satu lagi panggilan gurauan).

“Cik, anda menghubungi 911.”

“Ya, saya tahu. Boleh saya dapatkan sekeping piza besar dengan peperoni, cendawan dan lada?”

“Umm…maafkan saya, anda tahu yang anda menghubungi 911 kan?”

“Ya, bolehkah anda beritahu berapa lama?”

“Okey cik. Adakah semuanya okey di sana? Adakah anda menghadapi kecemasan?”

“Ya, memang ada.”

“…Dan anda tidak boleh bercakap mengenainya, kerana ada orang lain di bilik itu bersama anda?” (mula menyedari apa yang berlaku).

“Benar, memang betul. Adakah anda tahu berapa lama ia akan sampai?”

“Ada seorang pegawai kira-kira lebih kurang satu kilometer dari lokasi anda. Adakah terdapat sebarang senjata di rumah anda?”

“Tidak”

“Boleh anda terus bersama saya di talian?”

“Tidak. Jumpa anda tidak lama lagi. Terima kasih.”

Selepas seorang anggota polis dihantar ke alamat berkenaan, operator itu memeriksa rekod panggilan di rumah terbabit dan mendapati ada banyak panggilan kecemasan pernah dibuat dari sana.

Sebaik sahaja anggota polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang wanita yang didera teruk oleh seorang lelaki mabuk.

Menurut operator itu: “Saya fikir wanita itu amat bijak menggunakan alasan itu. Sudah tentu ia adalah salah satu panggilan kecemasan yang sukar saya lupakan.” - therakyatpost
Read more ...

Hanya di China, Melukis Guna Lidah!


Bagi seorang pelukis di China, menghasilkan karya dengan menggunakan peralatan biasa dalam seni bukanlah pilihan bagi dirinya kerana dia lebih selesa melukis menggunakan lidahnya sendiri.



Han yang berusia 35 tahun, mendapat idea itu ketika cuba melukis menggunakan cara tradisional Lukisan Gula Cina.

Seni yang sudah dihasilkan berabad lamanya itu menggunakan gula yang dicairkan dan kemudian menghasilkan lukisan naga, monyet, ikan, anjing, burung dan bunga.

Kadangkala, ketika separuh jalan melukis dan dia berasa lapar, warna yang digunakan untuk melukis akan turut dimakan, menurut kisahnya yang diceritakan laman web Oddity Central.

Dia begitu menyukai teknik peliknya itu kerana rasa gula itu terlalu sedap sehingga membuatkan dia tidak lagi melukis menggunakan berus lukisan.

Hasilnya, kini hasil karya dengan lidahnya mendapat pujian dari seluruh negara China, dan ketika ini dia mengembara ke seluru negara membuat persembahan teknik lukisannya itu.

Dalam satu persembahannya di Hangzhou City di wilayah Zhejiang, dia mencelupkan lidahnya di dalam gula pewarna makanan dan melukis.

Dia berjaya menyiapkan dua lukisan dalam masa 40 minit dan lukisan itu dijual kepada penonton. – MYNEWSHUB.CC
Read more ...

UPSR Bocor: Dua Guru Mungkin Dikenakan Tindakan


Kebocoran kertas UPSR itu membabitkan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang menduduki ujian semula kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada akhir bulan lalu.

Sumber rapat dengan penyiasatan memberitahu The Malaysia Insider kertas siasatan tentang kebocoran itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Polis mengesyorkan dua orang guru didakwa dalam kes kebocoran itu," salah seorang sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini.

"Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan itu kepada pihak polis dan meminta maklumat tambahan."

Sumber itu mendedahkan bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana memiliki rahsia rasmi dan menyampaikan maklumat tersebut kepada orang lain.

"Jika dua orang guru itu didakwa di bawah OSA, mereka menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya satu tahun atau tidak lebih tujuh tahun," kata sumber itu.

Pada 10 September, Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan mengesahkan terdapat kebocoran pada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains UPSR.

Berikutan itu, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin and Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh memohon maaf secara terbuka kepada pelajar dan ibu bapa yang terlibat.

Kementerian kemudiannya mengumumkan ujian semula dijadualkan pada 30 September.

Kejadian ini menimbulkan kemarahan banyak pihak dan pelbagai reaksi termasuk yang mendesak tindakan tegas diambil terhadap Lembaga Peperiksaan dan ada yang meminta murid tidak perlu menduduki ujian semula.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila pada 22 September, kementerian mengumumkan dua lagi kertas juga bocor iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.

Sejak siasatan dijalankan bermula 10 September, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan, kebanyakannya terdiri dari para guru, termasuk juga ejen insuran dan jurutera.

Tangkapan dibuat di sekitar Pulai Pinang, Perak, Kedah, Kuala Lumpur dan Terengganu.
- themalaysianinsider
Read more ...

Pesawat American Airlines Berpatah Balik


Pesawat itu, yang dalam perjalanan ke London, turut dinaiki 14 warga Malaysia termasuk enam wakil media, setiausaha akhbar Menteri Luar Datin Nirvana Jalil Ghani serta pegawai Kementerian Luar.

Enam wakil media berkenaan ialah pengarang Radio Televisyen Malaysia (RTM) Wan Lukman Mohd Fisol dan jurukamera Mohamad Zamzy Othman, wartawan Utusan Malaysia Kasthuri Jeevan, wartawan Sabah Times Zulhayati Dzulkfli, wartawan Daily Express Fiona serta jurukamera TV3 Sabah, Fairuz Yazer.

Kesemua mereka berada di New York sejak 14 Okt lepas kerana bertugas dan membuat liputan proses pengundian bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang menyaksikan Malaysia dipilih mewakili kategori Asia Pasifik.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menghadiri sesi itu.

Mohamad Zamzy, yang dihubungi Bernama melalui “Facebook Message”, berkata mereka terkejut selepas juruterbang memaklumkan penerbangan itu terpaksa berpatah balik ke JFK berikutan masalah teknikal pada pesawat berkenaan.
“Selepas berpatah balik, kami terpaksa menunggu kira-kira 2 jam untuk kerja-kerja baik pulih sebelum dibenarkan menaiki pesawat sama ke London.

Mengikut jadual penerbangan awal, kami sepatutnya tiba di London pada 8.50 pagi waktu London. Kami baru sahaja tiba pada kira-kira 2.30 petang waktu London.
“Kami terlepas penerbangan berikutnya dengan Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur dan berusaha mendapatkan penerbangan seterusnya untuk pulang. Buat masa ini belum tahu lagi bila berlepas pulang,” katanya.
Sementara itu, Kasthuri yang mengemas kini status Facebook menulis “penerbangan kami berpatah balik  selepas 45 minit penerbangan...".

Flightaware.com, yang memuat turun jadual penerbangan seluruh dunia, menyatakan pesawat penerbangan AA104 tiba lewat di London dalam tulisan berwarna berbanding warna hijau seperti biasa. - astroawani
Read more ...

Tahniah! Tengku Mahkota Johor Bakal Nikah Cik Khaleeda Jumaat Ini


Tengku Mahkota Johor Tunku (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menamatkan zaman bujang pada Jumaat ini.

Presiden Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Tunku Ismail, 30, akan berkahwin dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21, kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata, majlis pertunangan dan akad nikah akan diadakan di Istana Bukit Serene yang hanya akan dihadiri ahli-ahli keluarga terdekat pasangan itu.



Sebelum ini, foto TMJ bersama Khaleeda mula tersebar selepas mereka dilihat menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT ) bersama di stadium.

Difahamkan TMJ telah mula berkenalan dengan Khaleeda sejak tahun lalu.

Nama TMJ mula menjadi perhatian media beberapa tahun lepas apabila dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon popular tanah air. - Murai
Read more ...

Apa Kata Ustaz dan Hadis Sahih Tentang Anjing?


I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

Berikut antara jawapan Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Maza


Read more ...

JAKIM Siasat Program "I Want To Touch a Dog"


Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.



Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.

Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.

Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi Ahad itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.

"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya. - AstroAwani

Antara komen pengguna Facebook yang marah akan kontroversi ini..



JAKIM perlu tegas terhadap sebarang acara yang boleh menggugat keamanan kaum yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Nampaknya, Non Muslim di Malaysia masih belum paham akan hukum hakam anjing kepada umat islam.
Read more ...

Cuepacs Minta Bonus 15 Disember


Presidennya, Azih Muda, berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak, sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

“Memandangkan musim baru persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal, iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak,” katanya pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015, pada Jumaat lalu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam, pada Januari depan.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Mengulas lanjut, Azih berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat secara sekaligus dan bakal dinikmati penjawat awam semua gred, termasuk Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).

Rozalina Ayob, 45 tahun, berharap pemberian bonus itu diawalkan, bagi membolehkan dia membeli kelengkapan persekolahan dan membayar yuran sekolah tiga anaknya.

“Kos pembelian keperluan persekolahan agak tinggi. Jadi, dengan adanya bonus, memang banyak membantu.

“Tetapi, kalau diberi pada Januari agak terlewat, kerana sesi persekolahan sudah mula. Nak tunggu gaji hujung bulan masih lambat, jadi seeloknya bonus diberi sebelum sesi baru sekolah bermula,” katanya. - therakyatpost
Read more ...

Imigresen Senarai Hitam Peminjam Tegar PTPTN


Bukan sahaja pesalah cukai malah mereka yang mempunyai rekod jenayah turut berhadapan dengan sekatan di pemeriksaan di pintu sempadan atau di lapangan terbang.

Perangkaan terbaharu menunjukkan kira-kira 85,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar semula pinajaman mereka berada di dalam senarai hitam Jabatan Imigresen.

Mereka merupakan antara 1.14 juta orang di dalam senarai hitam Imigresen termasuk 701,266 rakyat Malaysia.

Jabatan Imigresen menasihatkan rakyat Malaysia untuk membuat semakan status perjalanan terlebih dahulu sekiranya mereka tiada halangan untuk meninggalkan negara ini.

"Tidak kira sama ada anda merancang untuk meninggalkan negara menerusi kapal terbang, jalan raya, kereta api atau perjalanan laut.

"Selagi anda berada di dalam senarai hitam, anda tidak akan dibenarkan melepasi pemeriksaan Imigresen, meskipun anda mempunyai tiket penerbangan yang sah," kata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah kepada The Star.

Setakat 3 September lalu, sekatan ke luar negara yang dilakukan oleh jabatan itu termasuk mereka yang diisytiharkan bankrap. Seramai 277,693 rakyat Malaysia telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Insolvensi.

Rakyat Malaysia yang tidak mematuhi undang-undang imigresen negara asing seperti tinggal lebih masa atau menyalahgunakan visa perjalanan mereka turut disenaraihitamkan.

Ibrahim berkata, sekatan itu mungkin menghalang pesalah tersebut untuk memasuki semula ke negara berkenaan dan maklumat ini akan dikongsikan dengan jabatan imigresen tempatan, seperti Malaysia di mana ia kemudian akan meletakkan pesalah dalam senarai pemerhatian.

Seramai 32,516 rakyat Malaysia di dalam kategori ini kerana tinggal lebih masa di negara lain, serta 115,803 warga asing yang mempunyai kesalahan yang sama dengan menetap lebih masa di Malaysia dan mereka turut dikenakan sekatan daripada meninggalkan negara ini.

"Jika mana-mana rakyat Malaysia yang berada dalam senarai pemerhatian cuba untuk meninggalkan negara ini, mereka akan dihalang dan di bawa untuk siasatan sehingga diyakinkan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan yang sama di negara lain lagi," kata Ibrahim.

Pesalah cukai yang degil juga menunjukkan jumlah yang ramai dalam senarai hitam perjalanan ke luar negara di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan 135,111 orang.

The Star pada 26 Ogos lalu melaporkan bahawa pesalah cukai tidak akan dibenarkan ke luar negara sehingga mereka membayar cukai yang diwajibkan.

Sekatan yang sama turut dikenakan terhadap mereka yang mempunyai isu tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti mereka yang gagal untuk memfailkan potongan KWSP.

Seramai 10.219 rakyat Malaysia dan 532 warga asing disenaraikan di bawah kategori ini.

Manakala 133,314 bukan warganegara dihalang daripada meninggalkan negara ini kerana taraf kerakyatan mereka ditarik balik atau permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Daripada jumlah itu, 88,830 telah memasuki negara ini secara haram dan telah diklasifikasikan di bawah Kes Tanpa Izin oleh Jabatan Imigresen.

Menurut Ibrahim, seramai 210 rakyat Malaysia turut berada di dalam kategori ini, yang merujuk kepada mereka yang dikenal pasti oleh Kementerian Dalam Negeri kerana terlibat dengan aktiviti membabitkan pekerja asing tanpa izin.

Beberapa kategori lain berkaitan jenayah turut disenaraihitamkan, termasuk mereka di bawah pemerhatian polis (15,699 kes), dakwaan berkaitan dadah (7,673 kes) dan jenayah (5,090 kes).

Terdapat juga 4,953 rakyat Malaysia yang disekat ke luar negara kerana tidak mematuhi peraturan Kastam.

Bagi memastikan sekiranya anda dikena sekatan ke luar negara, anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal semakan status perjalanan di http://sspi2.imi.gov.my/

"Jika mereka telah dikenakan sekatan, mereka perlu tampil sendiri ke bahagian keselamatan dan pasport Imigresen berdekatan, dan mereka akan diberitahu kenapa mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.

"Ia bagi mengelakkan daripada penyalahgunaan identiti oleh pihak ketiga kerana kita tidak mahu maklumat sulit didedahkan kepada mereka yang menyamar," kata Ibrahim.
Read more ...

Masalah Pencemaran Membelenggu Azmin Ali


Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya berkata, kerajaan telah merampas tanah dan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuang sisa hidrokarbon loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor pada Ogos 2013.

Semalam, LRA Sungai Selangor Fasa satu, dua, dan tiga terjejas dan LRA Rantau Panjang terpaksa dihentikan selepas menyedari terdapat kotoran di dalam air.

Akibat pencemaran air yang berlaku, 60 peratus pengguna di kawasan Lembah Klang terjejas.

Lembaga Alam Sekitar (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar Selangor sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

Sekretariat akhbar kerajaan negeri juga berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab membuang sisa tersebut.
Read more ...

Skandal Anak Shahrukh Khan


Lebih mengejutkan, wanita yang turut terlibat dalam skandal video tersebut adalah cucu Amitabh Bachchan iaitu Navya Naveli Nanda.

Mereka dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa baru-baru ini.

Dalam video tersebut, pasangan yang yang dikatakan Aryan dan Navya, tidak memakai baju dan mereka sedang asyik bercumbuan.

Video tersebut menimbulkan kekecohan di seluruh India dan kemungkinan mereka berdua akan dihadapkan ke mahkamah kerana mereka masih di bawah umur.

Siasatan telah dijalankan pihak berkuasa secara mendalam, namun ada pihak menafikan sekeras-kerasnya pasangan di dalam video tersebut adalah Aryan dan Navya sedangkan wajah mereka sangat mirip.

Masih tidak jelas motif penyebaran video tersebut dan apakah tujuan individu yang tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan video skandal seks mereka berdua.

Aryan Khan dan Navya dikhabarkan sangat mesra dan menjalinkan hubungan cinta sewaktu mereka sama-sama belajar di sekolah yang sama di London.

Sehingga kini, kedua-dua pihak keluarga masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai penyebaran skandal video seks itu.
Read more ...

Bekas Tentera Tukar Jantina


Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata: “Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah.”

Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu, iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.

Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.

Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu, dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan.

Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan, menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.

“Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang,” katanya.

Ruth yang mendapat sokongan doktornya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.

Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan, bercerai 11 tahun lalu.

“Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita,” katanya.

Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah RM9,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.

“Pakar bedah memberitahu, dengan melakukan pembedahan seumpama itu, mereka sebenarnya dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri,” katanya.

Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usianya yang lanjut.
Read more ...

Animasi 'Puteri' Karya Terbaru Les' Copaque


Tambah menarik, siri animasi yang diolah penceritaan ke arah ketimuran itu menampilkan watak utama yang diberi nama berdasarkan limau, antaranya Manis, Kasturi, Bali, Purut dan Nipis.

Berdasarkan treler rasmi sepanjang 1 minit yang dikeluarkan baru-baru ini, siri animasi ‘Puteri’ menceritakan kisah kehidupan lima puteri di Kerajaan Limau, yang diselitkan elemen-elemen tempatan di alam fantasi.

Manis adalah puteri bersuara merdu, manakala Kasturi adalah seorang wirawati.

Purut adalah gadis pemalu, Bali berhati baik, sementara Nipis pula adalah seorang puteri nakal dengan kucing kesayangannya Jebat.

Lima beradik yang masing-masing memiliki kebolehan luar biasa tersendiri itu, apabila digabungkan mampu mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik dan sihir, untuk mempertahankan keamanan serta keharmonian di Kerajaan Limau.

Treler rasmi animasi itu yang mula tersebar di media sosial, mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang kebanyakannya memuji usaha syarikat penerbitan berkenaan dalam mengangkat industri animasi negara ke tahap lebih tinggi.

Penghasilan siri animasi ‘Puteri’ yang bermula sejak akhir 2012, kini dalam proses suntingan terakhir, sebelum dijadualkan ke udara pada 23 November nanti.

Dalam pada itu, filem animasi popular ‘Upin dan Ipin’ berjudul, terbitan Les’ Copaque Production juga dijangka ditayangkan pada pertengahan 2015. - therakyatpost
Read more ...

Pelajar KUIS Berjihad ke Syria


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, berkata gadis berusia 20 tahun itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 11.55 malam.

“Berdasarkan maklumat terkini, Syamimi kini berada di sempadan Turki-Syria dan kita yakin dia akan menyeberang masuk, kerana sewaktu tiba di Lapangan Terbang Istanbul, sudah ada individu yang menunggu untuk membawanya ke Syria melalui jalan darat, iaitu di wilayah Hatay.

“Dari sana, akan ada sindiket yang membawanya melepasi sempadan Turki sehingga ke Syria. Polis percaya Syamimi di’passing’ (diserahkan) dan ada individu yang menunggu di checkpoint tertentu,” katanya kepada Bernama, pada Ahad.

Sebuah akhbar tempatan pada Ahad melaporkan, Syamimi melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS dikenali sebagai Akel Zainal, yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook.

Difahamkan, Akel adalah bekas pemain dram sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an, Ukays, dan kini menyertai kumpulan militan di Syria.
Akel, bekas pemain drum kumpulan Ukays, dipercayai giat menyasarkan gadis dan wanita Melayu, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk dihantar ke Syria.Akel, bekas pemain drum kumpulan Ukays, dipercayai giat menyasarkan gadis dan wanita Melayu, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk dihantar ke Syria.

Menurut Ayub, Akel dipercayai giat menyasarkan gadis dan wanita Melayu, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk dihantar ke Syria.

“Apa yang membimbangkan, bayangkan hanya melalui Facebook, dia boleh tarik Syamimi tinggalkan keluarga dan mereka boleh atur untuk pergi ke rumah Syamimi dan bawa dia ke lapangan terbang,” katanya.

Beliau berkata, seramai lima terbunuh dengan enam lagi cedera, sejak rakyat Malaysia dikesan terbabit dalam perjuangan militan di negara bergolak itu.

Setakat ini, seramai 22 rakyat Malaysia, termasuk tiga wanita dikesan menyertai kumpulan militan di Syria, manakala 23 individu lagi telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan berkenaan.
Read more ...

Satira 20 Sen Tarikh Perhatian Golongan Muda


Protes yang dianjurkan oleh TURUN dan disertai oleh Pemuda PAS, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu diadakan bagi membantah kos sara hidup yang kian menghimpit kehidupan rakyat.

Peserta yang terdiri daripada kalangan anak muda itu hadir dengan membawa sepanduk bagi menyatakan bantahan mereka kepada pihak pemerintah.

Pengerusi TURUN, Muhamad Azan Safar berkata, kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa pada 2 Oktober lalu atas nama rasionalisasi subsidi mengundang reaksi luar biasa di kalangan rakyat Malaysia.
“Kami menganjurkan protes ini kerana kenaikan sebanyak 20 sen ini adalah langsung tidak masuk akal kerana ia dinaikkan ketika majoriti rakyat Malaysia masih terhimpit dengan kesan kos sara hidup yang kian meningkat.

“Kenaikan harga petrol juga akan memberi kesan kepada harga barangan di Malaysia, peniaga akan mula menaikkan harga barangan mereka. Ini secara tidak langsung memberikan impak yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia,”katanya.
Menurutnya, dia menggesa kerajaan segera menurunkan harga petrol dan menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sebelum rakyat bersatu menjatuhkan kerajaan.
“Sudah terlalu banyak kerajaan menipu rakyat. Janji kerajaan pada PRU lalu untuk menurunkan harga kereta tetapi sehingga kini janji tidak ditunaikan malah hidup rakyat pula makin dibebankan ekoran kelemahan kerajaan dalam mengatur kewangan negara,”katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizam Kaiat berkata, protes itu akan diteruskan sehingga kerajaan mendengar rintihan rakyat dan bertindak menurunkan semula kos sara hidup di Malaysia.
“Kami bukan sahaja membuang masa turun ke jalanan dengan bermandi peluh untuk mendapatkan publisiti tetapi untuk mewakili suara rakyat.

“Tekanan ekonomi yang dahsyat ini akan menghasilkan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan diisytiharkan bankrup. Menurut Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia terkini, menunjukkan bahawa sejak Januari hingga September 2013, seramai 16,306 orang telah diisytiharkan muflis,”katanya.
Protes bantahan kos sara hidup itu dikawal rapi oleh kira-kira 25 anggota Unit Amal Malaysia. - therakyatpost
Read more ...

Penumpang MH17 Tahu Pesawat Akan Jatuh


Penemuan yang disahkan oleh Menteri Luar Belanda, Frans Timmermans dan pendakwa raya itu menguatkan lagi kemungkinan bahawa beberapa penumpang mengetahui pesawat tersebut akan terhempas.

"Anda tahu ada beberapa mayat penumpang ditemui memakai topeng oksigen dan mempunyai masa untuk berbuat demikian," kata Timmermans dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen tempatan pada Rabu.

Pendakwa raya dari Belanda mengesahkan pada Khamis bahawa mereka sedang melakukan siasatan selepas beberapa topeng oksigen ditemui tersangkut pada leher mangsa nahas.

"Masa sebenar dan bila topeng tersebut dipakai oleh mangsa tidak diketahui.

"Institut Forensik Belanda memeriksa topeng bagi mengesan cap jari, air liur dan DNA mangsa tetapi tiada keputusan didedahkan daripada siasatan itu," kata pendakwa raya.
Read more ...

Kapal Penyelidikan Taiwan Karam: 2 Maut


Bantuan kecemasan gagal untuk menyelamatkan kedua-dua saintis itu selepas kapal "Ocean Researcher V", yang membawa 27 penyelidik dan 18 kru, karam di kepulauan Penghu pada Jumaat, kata pegawai.

Kapal seberat 2,700 tan itu mula karam selepas ia terlanggar sebuah terumbu dan hilang kawalan.

Mereka yang berada di dalam kapal itu menyelamatkan diri menggunakan rakit keselamatan, tetapi tenggelam berikutan angin kencang dan ombak besar.

Pengawal pantai dan tentera laut mengarahkan beberapa bot dan helikopter untuk menjalankan operasi menyelamat.

Kapal itu berlayar dari sebuah pelabuhan di selatan bandar Tainan pada Khamis untuk ekspedisi penyelidikan marin selama lapan hari yang diketuai oleh kerajaan dengan kerjasama beberapa universiti.

Ketika kejadian, ia dalam perjalanan ke Penghulu untuk mendapatkan perlindungan ekoran cuaca buruk. - AFP
Read more ...

Ebola Menjadi Zombie


Nama mangsa berkenaan tidak dikeluarkan oleh WHO dan berita kematian itu disahkan beberapa jam selepas Amerika Syarikat mengumumkan mangsa pertama Ebola di Dallas, Texas.

Kerajaan Liberia menuduh Amerika Syarikat mencipta Ebola sebagai ‘bioweapon’ untuk digunakan dalam peperangan masa hadapan.

Warga Liberia telah menyatakan kemarahan dan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin sedang menguji virus berkenaan terhadap penduduk negara itu sehingga tidak mampu dibendung.

Laporan pertama mangsa Ebola yang mati dilaporkan oleh akhbar National Liberia.

Jumlah pesakit Ebola kini dilaporkan semakin meningkat di Texas manakala Kansas telah mengisytiharkan darurat.

Gabenor Kansas, Sam Brownback telah mengisytiharkan bulan Oktober sebagai “Bulan Kesedaran Zombie” dan keadaan berjaga-jaga bagi wabak berkenaan.

Setiap rumah di seluruh negeri telah menerima risalah amaran dan bagaimana untuk mencegah penyebaran Ebola serta apa yang perlu dilakukan jika mangsa Ebola pengsan mati dan kemudian bangun secara tiba-tiba.
Read more ...

Malaysia Tunjuk Prestasi Baik di Incheon


Beliau berkata semua atlet telah menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi memburu sasaran negara, namun mereka hnya kurang bernasib baik.

“Orang tidak nampak kesungguhan yang dipamerkan atlet negara bagi mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia, sebaliknya hanya mereka yang berada di venue kejohanan yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya tidak menyalahkan atlet dalam perkara ini, sebaliknya berbangga dengan semangat tinggi yang ditunjukan mereka selama mengikuti kampen Sukan Asia,” katanya hari ini.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran lapan pingat emas, namun kontinjen negara hanya membawa pulang lima  emas, 14 perak dan 14 gangsa.

Danyal melihat kecemerlangan yang ditunjukan atlet dalam sukan tertentu seperti karate (dua pingat emas), skuasy (dua pingat emas), pelayaran (satu  pingat emas).

Katanya sukan seperti hoki dan bola sepak turut menunjukkan peningkatan walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat.

“Corak pemainan luar biasa oleh skuad bola sepak negara, malah boleh dianggap sebagai persembahan terbaik mereka ketika menentang Arab Saudi pada aksi penutup peringkat kumpulan.

Ia amat membanggakan saya, malah seluruh peminat bola sepak tempatan turut mengakui perkara yang sama apabila skuad Bawah 23 Tahun berjaya memberi saingan hebat biarpun tewas 0-3.

Sepanjang penyertaan di Sukan Asia, kontinjen Malaysia meraih empat pingat emas di Hiroshima, Jepun (1994), lima emas di Bangkok, Thailand (1998), enam emas di  Busan, Korea Selatan (2002), lapan emas di Doha, Qatar (2006) dan sembilan emas di Guangzhou, China (2010) yang merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini. - therakyatpost.com
Read more ...

3 Mac 2015 Tarikh Umum Keputusan SPM 2014


Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pengumuman keputusan kira-kira dua minggu lebih awal itu, bagi membolehkan pelajar mendaftar dan menamatkan kursus pengajian prauniversiti dalam masa ditetapkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand, untuk kemasukan Februari 2016.

Bercakap pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Persatuan Kolej Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) dan Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI), pada Selasa, Idris berkata, ia diputuskan selepas mempertimbangkan SPM adalah peperiksaan nasional yang boleh mempengaruhi dasar serta peraturan kerajaan.

“Keputusan ini diambil tanpa ketepikan segala syarat yang ditetapkan kementerian dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), bagi mengekalkan standard SPM sebagai peperiksaan beraspirasikan nasional.

“Oleh kerana mereka boleh memasuki IPTS lebih awal, maka segala isu tentang lewat masuk universiti, kos, jarak masa terluang telah kita selesaikan melalui perbincangan bersama,” katanya.

Kementerian Pendidikan menerusi surat bertarikh 23 Mei 2014, mengingatkan semua IPTS bahawa keputusan ramalan tidak boleh digunakan untuk kemasukan bagi kursus pengajian tinggi.

Dalam satu kenyataan media pada 30 September lalu, Kementerian Pendidikan menjelaskan, syarat wajib mengikuti pengajian seperti matrikulasi, prauniversiti, program asasi dan kursus diploma, mengikut Seksyen 38 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, memerlukan keputusan sebenar SPM.

Kenyataan itu juga menyebut, IPTS mengetahui sepenuhnya keperluan SPM sebagai syarat kelayakan, bagi mengikuti kursus yang diluluskan Kementerian Pendidikan.

Kenyataan kementerian itu juga menyebut, IPTS tahu bahawa penggambilan pelajar menggunakan keputusan ramalan SPM adalah kesalahan mengikut Seksyen 40(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Idris berkata, keputusan terbaru itu hanya tertakluk kepada peperiksaan SPM tahun ini, manakala keputusan untuk peperiksaan berikutnya akan diputuskan kemudian.

Beliau juga berkata, keputusan itu menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat, demi kebaikan bidang pendidikan.

“Ini sesuatu yang sukar untuk diputuskan, namun hasil perbincangan berterusan, kita putuskan perkara ini demi kebaikan institusi pendidikan, pelajar dan semua pihak terlibat,” katanya.
- therakyatpost
Read more ...

PAS Sokong Himpunan Bantah Kenaikan Harga Petrol


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, yang dipetik Harakah Daily sebagai berkata, PAS juga sedia menerima dan membantu menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

“Kita konsisten dalam isu membabitkan masalah rakyat, ini menunjukkan komitmen kita untuk terus sama-sama memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Malah, saya bersama Ahli Parlimen PAS lain, sedia menanti kehadiran rakyat yang akan berhimpun,” katanya.

Mahfuz berkata, himpunan itu merupakan satu saluran baik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati, jika dasar kerajaan menekan kehidupan rakyat.

“Apabila kerajaan enggan mendengar masalah rakyat, himpunan aman merupakan satu proses terbaik.

“Kerajaan tidak boleh menghalang, kerana itu adalah hak mereka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Malah katanya, PAS menyeru semua Ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat hadir bersama, bagi menyuarakan sokongan mereka untuk membantah kenaikan harga minyak.
Read more ...

GST Tetap Dilaksanakan


Ahmad berkata, segala persiapan telah dijalankan dari segi kakitangan, sistem pengkomputeran dan penambaikan proses perniagaan.

“Pelaksanaan GST pada 1 April 2015 tidak akan ditunda kerana persiapan untuk melaksanakannya telah dibuat bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh peniaga.

“Kementerian berpendapat bahawa pelaksanaan GST pada 1 April 2015 adalah masa yang paling sesuai memandangkan kedudukan ekonomi negara yang stabil dan kadar inflasi yang terkawal pada 3.3 peratus,” katanya.

Menurut Ahmad, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga sudah bersedia untuk menguatkuasakan pelaksanaan GST dengan mengeluarkan panduan GST iaitu 45 panduan industri dan 16 panduan spesifik sebagai panduan pihak industri.

“Di samping itu, tiga buku panduan GST kepada rakyat dan peniaga telah disediakan.

“Bagi melancarkan pelaksanaan GST, JKDM sedang dalam proses menambah 677 kakitangan baru di samping 1,227 kakitangan sedia ada khusus bagi GST,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST, Ahmad akui terdapat kerisauan di kalangan mereka berhubung kenaikan harga barang kesan daripada pengenalan cukai itu.

Jelasnya, kerajaan ambil maklum kerisauan itu dan telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan impak GST terhadap harga barangan dan kos sara hidup.

“Kerajaan juga telah menyusun program kesedaran dan pendidikan GST yang mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Program kesedaran ini telah dilaksanakan di seluruh pelusuk tanahair melalui penglibatan semua agensi kerajaan yang berkaitan,” ujarnya.
Read more ...

ESSCom Nafi Keluar Amaran Tsunami


Ketua Komunikasi Korporat ESSCom Newmond Tibin berkata ESSCom juga menafikan pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media bagi pihak Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah berhubung keadaan cuaca di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

"Sebarang kenyataan media rasmi ESSCom hanya dikeluarkan melalui Unit Komunikasi Korporat atau portal ESSCom Times di alamat www.esscom.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Newmond berkata demikian sebagai mengulas penyebaran khabar angin melalui media sosial kononnya laporan tentang kemungkinan berlaku tsunami itu diterima daripada ESSCom yang memperoleh maklumat itu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini, khususnya di ESSZone, supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin itu serta sentiasa mengikuti maklumat terkini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. - mStar
Read more ...

Usop Wicha Nafi Berlaga Dengan Mamat Khalid


Usop atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail, 49, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengarah yang sudah dikenalinya sejak 15 tahun yang lalu.

"Saya tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya dan mengambil peluang ini untuk melaga-lagakan kami berdua, namun sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibesarkan dengan cerita yang disebarkan itu.

"Saya dengan abang Mamat Khalid sudah berkawan sejak tahun 1999 lagi, kami memang berkawan rapat dan sudah mengetahui cara kerja masing-masing sebab itu saya senang dengan hasil kerja dia," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Usop Wicha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan tentang hubungan kedua-dua selebriti ini saling bermasam muka.

Usop didakwa buat perangai di lokasi penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (UWMWDB) dan bertindak melempar baju ke muka penjaga kostum.

Manakala, Mamat pula dikatakan tidak memberi kerjasama dan sering kali mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha.

Dalam pada itu, Usop berkata, ketegasannya dalam menguruskan produksi ketika penggambaran filem UWMMM itu dilihat seperti terjadinya perselisihan faham berlaku antara dia dan pengarah itu.

Bagaimanapun, jelasnya, ia merupakan perkara biasa yang berlaku secara profesional antara seorang pengarah dan penerbit.

"Saya sudah tahu dan tidak ada masalah dengan cara kerja Mamat dan sebab itu saya berani panggil dia mengarah untuk filem terbitan saya yang pertama.

"Bohonglah kalau kami tidak ada bergaduh, namun ia adalah secara profesional. Sebagai penerbit banyak yang saya perlu fikir, mana mahu berlakon, jaga bajet dan kos-kos lain lagi.

"Mungkin daripada situ ada pihak ambil peluang itu untuk sebarkan cerita tersebut biar kami betul-betul bergaduh," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tindakannya yang dikatakan buat perangai di lokasi, jelasnya, ia tidak benar sama sekali.

Katanya, sepanjang bergelar artis, dia sentiasa mempunyai hubungan baik dengan rakan pelakon dan kru produksi.

"Saya pelik juga dari mana mereka dapat cerita saya lepar baju tersebut, saya tidak pernah buat begitu dan buat hal di lokasi.

"Perkara tersebut seperti ingin memburukkan nama saya dalam industri ini," katanya.

Sementara itu, Mamat Khalid yang dihubungi, enggan memberi sebarang komen dan menyerahkan kepada Usop bagi menjelaskan perkara itu. - mStar
Read more ...

Dr. Mahathir Najib Ubah Cara Pentadbiran Untuk Kekal


Memulakan tulisan di dalam blognya dengan melahirkan rasa gembira kerana kerajaan menerima teguran beliau dengan terbuka, bekas perdana menteri itu berkata walaupun teguran beliau diterima, tiada perubahan yang dilakukan pentadbiran Najib.

"Mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu dan meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan," katanya.

Sambil menegaskan yang beliau hanya menegur, bukan memberi arahan, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu menjadi seperti Penasihat British zaman dahulu yang membuat perjanjian dengan Raja-Raja Melayu.

"Disebut dalam perjanjian itu British akan menugaskan seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada kerajaan negeri.

"Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksanakan nasihat yang diberi," katanya.

Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksanakan, ia bukan lagi satu nasihat, kata Dr Mahathir, kerana ia sudah menjadi satu arahan. - themalaysianinsider
Read more ...

Suspek Dikenal oleh Mangsa Bunuh


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya rumah mangsa dipecah masuk suspek yang dikenalinya sebelum membunuh mangsa.

Bagaimanapun motif sebenar kejadian masih disiasat, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di Kota Kinabalu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, Masinah Samadi, 50, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd, Kundasang, Ranau.

Mangsa ditemui terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja. - Bernama
Read more ...

Najib di Perli Ekoran Kenaikan Harga Minyak

Hanya di Sinar Harian berani memaparkan berita ini.


Tinjuan Sinar Harian Online di beberapa stesyen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara.

"Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat.

Tulisan tersebut tertera pada sekeping kad manila ketika tinjauan Sinar Harian Online di sebuah stesyen minyak di Shah Alam.

Lewat petang tadi, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Read more ...

Atlet Jepun Tiada Duit Ke Sehingga Sanggup Mencuri?

Ketua Delegasi Jepun memohon maaf

Tomita, 25, yang kemudian disoal siasat polis mengenai insiden itu sebelum meminta maaf, kata Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC) yang menambah ia "pelanggaran salah laku yang amat serius" dalam kod tatatertib badan induk itu.

"Jawatankuasa Olimpik Jepun mengakui ia pelanggaran salah laku yang serius oleh Naoya Tomita dan mengambil keputusan untuk menyingkirkannya daripada delegasi ini.

"Delegasi Jepun dimaklumkan oleh polis Incheon pada kira-kira 6:00 petang (5:00ptg waktu Malaysia) semalam yang Tomita disyaki mencuri kamera di tepi kolam renang pada Khamis lalu.

 "Polis datang kepada kami untuk meminta kerjasama dalam siasatan mereka dan mereka kemudian mengiringi Tomita ke balai polis di mana dia mengaku mencuri kamera itu," kata kenyataan JOC.

Tomita menduduki tempat keempat dalam acara 100 meter (m) kuak dada pada aksi final, semalam.

Dia sebelum ini memenangi gelaran 200m kuak dada di Sukan Asia, Guangzhou empat tahun lalu dan Kejohanan Jarak Pendek Dunia pada tahun sama.

"Dia sudah meminta maaf kepada kami. Kami membuat mesyuarat tergempar daripada pegawai tertinggi delegasi dan membuat keputusan untuk menyingkirkannya.

"Ia adalah satu pelanggaran kod salah laku yang sangat serius dalam delegasi Jepun, sesuatu yang kami tidak pernah hadapinya dalam satu tempoh yang panjang," kata JOC.

Kes ini bukan kejadian pertama yang membabitkan pihak polis di temasya Sukan Asia apabila sebelum ini seorang pegawai rasmi Iran dan pemain bola sepak Palestin turut berdepan dakwaan atas serangan seksual. - AFP
Read more ...

Harga Minyak Naik 0.20 Sen, Stesen Minyak Diserbu


Pengumuman kenaikan harga itu dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini berikutan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Okt 2014.

Sehubungan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak Petronas, Shell, Petron dan Caltex di sini mendapati orang ramai berpusu-pusu dan beratur panjang sejak pukul 8.30 malam.

Kebanyakan pengguna menerima realiti kenaikan harga bahan api itu namun berharap kerajaan mengumumkan lebih awal agar senario kesesakan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak tidak berulang.

Seorang kakitangan kerajaan, Hasbullah Ahmad, 25, berkata beliau segera ke stesen minyak sebaik mendengar pengumuman kenaikan harga itu.

"Jadi bila dapat tahu saya terus keluar isi minyak dan terpaksa menunggu giliran kira-kira 20 minit, itupun saya bernasib baik kerana sampai (ke stesen minyak) lebih awal," katanya kepada Bernama.

Pensyarah sebuah kolej swasta, Noraisha Abdul Razak, 23, berkata beliau terkejut dengan pengumuman itu kerana tidak mendengar ura-ura kenaikan harga minyak sebelum ini.

"Saya hanya mengetahui kenaikan ini setelah melihat suasana sesak dan banyak kenderaan mengerumuni stesen minyak," katanya.

Juruteknik, Amirul Haslam, 22, pula meluahkan kebimbangan kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan harga keperluan asas turut meningkat sekali gus menjejaskan kos sara hidup.

"Selalunya kalau harga minyak naik, harga barang lain pun naik, ia akan bebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah," katanya.

Peniaga kuih, K.Selvi, 50, pula berkata beliau juga risau kenaikan harga minyak itu turut memberi kesan kepada perniagaanya.

"Harap kerajaan beri insentif untuk bantu kenaikan kos ini," katanya.

Seorang pegawai bank, David Lim, 30, pula berharap tiada kenaikan lagi akan berlaku dalam masa terdekat.

"Kita terpaksa menerima kenaikan itu tetapi berharap kerajaan mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi ekonomi bagi memastikan pemberian subsidi dapat dikekalkan kepada rakyat," katanya.
- BERNAMA
Read more ...
ads