PAS Tidak Kisah Jika DAP Keluar PAKATAN


Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mohd Amardibuat selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu kerana keuzuran.

Bekas menteri besar Kelantan itu menyifatkan tindakan mempersoalkan ketidakhadiran presiden PAS itu sebagai "kerja orang bodoh".

Malah, Hadi sebelum itu turut mempertahankan tindakannya dan terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan. - malaysiakini
Read more ...

Ibrahim Ali Tidak Akan Didakwa Kerana Tiada Niat


Sebagai reaksi terhadap perkara dibangkitkan dalam seminar undang-undang di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (Ilkap), Gani berkata, Ibrahim tidak boleh didakwa bawah Seksyen 505(b) dan (c) Kanun Keseksaan kerana tiada unsur “niat” dalam kenyataan itu.

Justeru, soal Gani (kanan), bagaimana Ibrahim boleh dikatakan melakukan jenayah dalam konteks itu.

Unsur 'niat' itu, tambahnya, seperti diperlukan dalam Seksyen 500 menjadikannya lebih sukar untuk pembuktian kes berbanding Akta Hasutan 1948.

Menurut Gani lagi, Ibrahim juga menjelaskan bahawa kenyataannya bukan bertujuan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Beliau kemudian memetik kata-kata Ibrahim bahawa gesaannya bertujuan kesucian Islam seperti dinyatakan dalam undang-undang. - Malaysiakini

Imbasan kes bakal kitab Injil:

Pemimpin utama Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata pihak Perkasa akan bertindak membakar Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah dari terjemahan perkataan God.

Yang terbaru beliau mengatakan tindakannya ingin membakar Bible itu bukanlah bertujuan menyakiti hati orang orang Kristian. Sebaliknya ujarnya tindakan membakar bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Kesian Pak Berahim. Meskipun berada dalam Perkasa hujahnya bukan sahaja tidak perkasa malahan terlalu rapuh. Hujahnya menyimpang dan tersasar jauh sama ada dari perspektif Islam apatah mahupun perspektif undang-undang atau Perlembagaan.


Dari Segi Perlembagaan


Kita lihat dulu sudut Perlembagaan. Di mana salahnya orang Kristian menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka dalam apa versi sekalipun. Jika ia adalah salah, sudah tentu kes akhbar Herald dahulu tidak memihak pengganut Kristian.

Bukankah keputusan Hakim Lau Bee Lan memihak Herald di mana Mahkamah memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar Herald menggunakan nama Allah adalah bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Alasan Hakim adalah Artikel 11 (1) melindungi pengganut agama Kristian mengamalkan agama mereka dan termasuk dalam hak tersebut adalah kebebasan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam Bible.

Selagi mana Bible digunakan oleh pengganut Kristian di kalangan mereka, Perlembagaan menjamin hak pengganut Kristian tersebut meskipun nama Allah ada di dalam bible berbahasa Melayu.

Bahasa Melayu adalah lingua franca bagi pengganut Kristian di Sabah dan Sarawak sepertimana, yang dibuktikan di dalam kes Herald.

Ibrahim dan mereka yang sewaktu dengannya mungkin bertanya bagaimana jika Bible Melayu yang menggunakan nama Allah itu disebar kepada orang Melayu. Tidakkah ini bercanggah dengan Artikel 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan?

Jawapan kepada pertanyaan itu adalah jika Bible disebar kepada orang Melayu yang beragama Islam meskipun tiada kalimah Allah di dalamnya, ia adalah dilarang di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Jadi isunya bukan isu nama Allah di dalam Bible tetapi isu penyebaran Bible. Maknanya penyebaran Bible, sama ada ada nama Allah atau tidak adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun jika Bible yang menggunakan kalimah Allah hanya digunakan sesama pengganut Kristian, Perlembagaan membenarkan perkara tersebut.

Oleh itu hujah Ibrahim Ali nak membakar Bible kerana nak jaga Perlembagaan adalah mengarut. Bagaimana nak jaga Perlembagaan jika apa yang Perlembagaan benarkan Ibrahim Ali nak bakar!!!


Dari Segi Islam


Dari segi Islam tindakan Ibrahim dan Perkasa ingin membakar Bible adalah perbuatan yang paling mengarut. Islam dan umat Islam berlepas diri dari tindakan bodoh itu.

Kita ingin beritahu bakar Bible bukan cara atau kaedah yang betul untuk membela Islam. Membakar Bible bukan ajaran Islam dan juga bukan ajaran Al-Quran. Itu ajaran Ibrahim Ali dari mazhab Perkasa acuan Umno.

Al Quran mengajar cara terbaik untuk berurusan dengan golongan ahli Kitab, Kristian dan Yahudi. Di dalam surah Al 'ankabut 29 : 46 Allah memberi panduan bagaimana untuk kita mengurus perbezaan dengan golongan Kristian.

Allah menyatakan "Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang paling baik..kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka.."

Wahai Ibrahim dan Perkasa, ini dia kaedah Islam - kaedah jidal ahsan (berdebat\ dialog dengan cara yang paling baik).

Lihatlah tafsir Imam Tabari di dalam tafsirnya tentang kalimah "kecuali dengan cara terbaik". Imam Tabari berkata ia bermaksud "al jamil bil qaul" iaitu berdebat dengan kata-kata yang manis dan indah.

Imam Al Zamakhsyari pula menafsirkan ayat tersebut antaranya iaitu menukar dari marah kepada menahan marah.

Ini metode Quran iaitu kaedah debat dan hiwar atau dialog dengan cara paling baik. Bakar bible tidak masuk dalam mana mana kategori. Bakar Bible adalah idea busuk. - harakahdaily
Read more ...

Roslan Shah Dapat Tajaan RM10 Ribu Sambut Hari Jadi


Roslan, 44, berkata, dia menerima tajaan sebanyak RM10,000 bagi menjayakan majlis tersebut biarpun perancangan untuk mengadakan acara itu disaat-saat akhir.

"Alahmdulillah saya memang tidak menyangka pada usia 44 tahun masih ada pihak yang sudi menaja sambutan hari jadi saya. Sejujurnya saya tidak merancang pun untuk mengadakan majlis tersebut.

"Ini dinamakan rezeki biarpun perancangan untuk mengadakan majlis tersebut dibuat pada saat-saat akhir," katanya kepada mStar Online.

Majlis bertemakan retro itu mendapat tajaan daripada Morgage Capitals, Morazihan Malaysia Sdn Bhd, Adi Putra Dekor dan Sid Bake.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula bertindak sebagai hos acara yang turut dihadiri oleh rakan artis seperti Lisdawati, Azza (Elite), Dior, Zima Din, Syed Ali dan Azmeer.

Dalam pada itu, Roslan berkata, dia juga teruja apabila majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran lebih 100 tetamu biarpun pada asalnya hanya menjangkakan 70 tetamu bakal hadir.

Jelas Roslan, sokongan yang ditunjukkan rakan-rakannya dan teman artis adalah hadiah paling istimewa kepadanya pada malam sambutan itu.

"Tiada apa yang saya harapkan selain daripada kesihatan yang baik, rezeki dan dikelilingi teman rapat yang sentiasa bersama saya dalam waktu susah dan senang.

"Alhamdulillah semua teman-teman rapat dan rakan artis ramai hadir pada malam itu bagi memeriahkan suasana," ujarnya.

Sementara itu, Roslan yang kini berada di Singapura memberitahu, dia berulang-alik ke negara tersebut setiap minggu bagi menjaga ibunya, Mariam Kari, 76 tahun yang kini berada dalam keadaan uzur.

Jelas Roslan, dia tidak pernah berasa beban kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai anak dan mengambil peluang ini untuk membalas jasa baik ibunya selama ini.

"Keadaan ibu walaupun stabil namun dia tidak kuat berjalan dan memerlukan bantuan untuk bergerak, makan dan membersihkan diri. Sebagai anak lelaki ibu menjadi tanggungjawab saya dan akan melakukan sedaya upaya supaya beliau dapat dijaga dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, Roslan berkata, dia bakal ke Vietnam pada 12 hingga 16 Disember depan untuk mengadakan persembahan di negara itu atas anjuran Morazihan Malaysia Sdn Bhd.

Bagi tujuan tersebut, Roslan memberitahu dia turut mempelajari bahasa ibunda negara itu bagi memudahkan dia berkomunikasi dengan penonton nanti.

"Alhamdulillah itu dinamakan rezeki dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk persembahan di Vietnam nanti dan saya tidak sabar untuk menghiburkan penonton di sana nanti," katanya.
- mStar
Read more ...

PAS: Pampasan RM2.6 Juta Perlu Disiasat


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, daripada jumlah itu, bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin merupakan penerima pampasan terbesar dengan jumlah lebih  RM700,000.

"PAS Selangor, menggesa buat siasatan terperinci dan siasat melalui Selcat, dan sekiranya perlu melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"PAS Selangor menolak apa-apa dakwaan yang kami bersetuju meluluskan bayaran tersebut," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Khalid berkata, empat anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PAS hanya dimaklumkan berkenaan cadangan bekas menteri besar Selangor itu untuk membayar pampasan kepada enam pegawainya, namun tidak mengetahui jumlah pembayaran tersebut.

"Exco tidak meluluskan kerana kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Usaha melibatkan empat exco PAS ini berniat jahat untuk memalitkan PAS dalam hal ini," kata Khalid Samad.
- themalaysianinsider
Read more ...

Harga Baru RON95 Belum diputuskan


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata keputusan itu bergantung kepada keadaan semasa termasuk melihat hasil mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, tegasnya, sebarang keputusan yang dibuat kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat di negara ini.

“Sama ada ia (RON95) akan diturunkan, ini bergantung kepada keadaan semasa…jadi kalau memerlukan kita buat keputusan sama ada popular atau tidak popular, kita tunggulah pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di PETRONAS Penapisan Melaka di Sungai Udang di sini, hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh ‘apungan terurus’ dan harga akan berubah mengikut pasaran. - therakyatpost
Read more ...

Sultan Pahang Tegur Penerokaan Haram dan MB


Baginda turut menitahkan supaya tindakan tegas diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan perkara itu berlarutan.

“Sila hentikan aktiviti ini (penerokaan tanah secara haram) secepat mungkin.

“Mereka ini melanggar undang-undang bahkan mereka juga yang bertanggungjawab terhadap segala kemusnahan yang berlaku di Cameron Highlands,” titah baginda kepada pemberita selepas melawat kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur dan tanah runtuh di Lembah Bertam, Rabu.

Baginda menyifatkan kegiatan penerokaan haram itu sebagai penyakit yang sudah melarat turut berharap kerajaan Persekutuan menghulurkan bantuan dalam ikhtiar membanterasnya.

“Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta.

“Dalam hal ini, beta berharap kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya,” titah baginda.

Baginda turut kesal dengan tindakan peneroka haram yang sanggup mengupah samseng bagi memastikan kerja penerokaan mereka tidak diganggu oleh sesiapa hingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

Sultan Ahmad Shah juga menegur Adnan dan pegawai kanan kerajaan negeri berhubung kelewatan dalam memperbaiki keadaan di Lembah Bertam Valley selepas kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh awal bulan ini.

Titah baginda, pegawai dan kerajaan negeri perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan memandangkan hanya Putrajaya mempunyai sumber tenaga dan dana yang mencukupi bagi memperbaiki keadaan di kawasan tanah tinggi itu, termasuk bagi membanteras penerokaan haram.

“Mereka perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di sepanjang Sungai Bertam dan memastikan bahawa kerja-kerja pemulihan dibuat secepat mungkin,” titah baginda mempersoalkan mengapa belum ada kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja berkenaan.

Baginda juga berharap pihak berkuasa memastikan penduduk yang terpaksa diarah berpindah dibayar pampasan sewajarnya.

“Anda mesti bersimpati dengan keadaan rakyat dan tidak membiarkan mereka hidup dalam kebimbangan.

“Jangan biarkan mereka hidup dalam keadaan kotor dan tidak bersih,” titah baginda merujuk kepada sampah, lumpur dan pasir yang ditinggal sepanjang tebing Sungai Bertam.

Malah Baginda memberikan tempoh sehingga 19 Jan tahun depan untuk pihak berkenaan menyiapkan kerja memperdalam dan melebarkan Sungai Bertam serta memindahkan penduduk terbabit ke kawasan pertempatan baru yang selamat.

Sebelum itu Sultan Ahmad Shah tiba dengan helikopter di perkarangan Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands kira-kira jam 10 pagi pagi tadi bagi meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur dan tanah runtuh pada 5 November lalu.

Baginda bersama Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom turut diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, beberapa EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Antara kawasan yang dilawati baginda ialah sekitar kawasan di tebing Sungai Bertam dan Ringlet termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley. - The Rakyat Post
Read more ...

UAI Tetap Jadi Perhatian Umat Islam


Biarpun dikaitkan dengan video seks indiviu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.

Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri ini.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.

Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita. - SH
Read more ...
ads