Kelantan Belum Darurat


Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan sedang berusaha keras membantu menyelamatkan mangsa banjir terutama di jajahan Kuala Krai yang dilaporkan kritikal.

Pasukan penyelamat seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam sedang bertungkus lumus menghantar bantuan makanan dan keperluan lain walaupun terputus laluan darat akibat tanah runtuh dan ditenggelami air, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dilaporkan berkata, dakwaan kononnya Kelantan diisytiharkan darurat berikutan keadaan banjir buruk melanda negeri ini adalah tidak benar.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kerajaan menggunakan helikopter dan bot untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terputus laluan darat.

"Walaupun ada desakan daripada pihak tertentu termasuk penduduk di Kuala Krai supaya diisytiharkan darurat, setakat ini tindakan itu tidak perlu kerana keadaan masih terkawal," kata Mustapa sambil meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak benar mengenai banjir di Kelantan melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat setelah mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

Mustapa berkata, Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab sudah berada di Kelantan bagi mengikuti perkembangan banjir serta memantau kerja-kerja menyelamat dan penghantaran bantuan kepada mangsa.

Setakat petang ini, sebanyak 26,547 mangsa banjir ditempatkan di 125 pusat pemindahan di sembilan jajahan yang terjejas dengan bencana tersebut. - Bernama
Read more ...

JAKIM Minta Umat Islam Lakukan Solat Hajat Demi Kesejahteraan Rakyat


Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata masjid-masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan seluruh masjid serta surau di Wilayah Persekutuan akan turut serta bersama-sama berdoa agar keadaan pulih seperti biasa.

Menurutnya, Jakim juga memohon jasa baik pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri agar dapat mengambil inisiatif yang sama kepada masjid-masjid dan surau dibawah pentadbiran negeri masing-masing.

“Saya juga menyeru agar solat hajat dan munajat yang diadakan mendapat penglibatan daripada para alim ulama, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat negara ini bagi mendoakan keselamatan diri dan harta benda, kesihatan yang baik, keteguhan iman dan diberikan kekuatan kepada mereka yang terlibat untuk menghadapi ujian dalam musim tengkujuh ini.

“Marilah kita semua rakyat Malaysia bersama-sama menzahirkan rasa simpati terhadap banjir yang melanda negara kita ketika ini khasnya yang melibatkan beberapa negeri di sekitar Pantai Timur, Perak, Perlis dan Johor,” katanya di sini.

Tambah Othman, doa munajat itu juga ditujukan kepada para petugas keselamatan dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di kawasan terlibat terpelihara dari segala musibah.

Jelasnya, mudah-mudahan semoga segala usaha dan doa tersebut akan diterima Allah sekaligus meredakan musibah yang melanda negara pada ketika ini.

Katanya lagi, masjid-masjid di bawah pentadbiran Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan melancarkan Kutipan Derma Khas Masjid bagi bencana banjir.

“Kutipan sumbangan berkenaan akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Disember 2014 dan sumbangan ini akan disalurkan oleh Unit Bantuan Musibah dan Bencana, Bahagian Dakwah Jakim sebelum disampaikan kepada mereka yang berkenaan.

“Jakim juga menasihatkan kepada semua pihak supaya sentiasa mematuhi peraturan serta arahan pihak berkuasa disamping merujuk dan mendapatkan laporan semasa daripada pihak berautoriti sahaja,” ujarnya,

- therakyatpost
Read more ...

Alvin Tan Kini Cabar Zahid


Dalam posting status di Facebooknya hari ini, Alvin berkata pihak berkuasa Malaysia sentiasa begitu bersemangat untuk bertindak dan menangkap beliau.

“Jangan sekadar ugut, lakukan saja, jangan jadi pengecut,” kata Alvin yang kini dipercayai berada di Los Angeles dan sedang berusaha mendapatkan suaka di Amerika Syarikat.
“Saya hanya salah satu daripada beribu-ribu suara di Internet mengkritik UMNO.

“Saya benar-benar tidak menimbulkan ancaman politik sedikitpun, namun daripada kalangan semua orang, mereka hanya memilih saya,” ujar Alvin lagi.


Bagaimanapun, katanya lagi, setakat ini pihak berkuasa lebih hanya mengeluarkan ugutan terhadapnya, namun tiada tindakan diambil terhadap beliau.

“Apabila anda membuat ugutan dan gagal untuk mengambil tindakan susulan ke atas kenyataan itu, kredibiliti akan terhapus sedikit demi sedikit.

“Saya merasa amat malu untuk mengatakan bahawa saya secara teknikal masih warga Malaysia,” cabar Alvin lagi.

Terdahulu pagi tadi Zahid berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Imigresen bagi membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, sebagai usaha membawa pulang blogger lucah itu untuk dihadapkan ke mahkamah.

Zahid berkata, tindakan pembatalan pasport itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Mengikut Akta Imigresen 1959/1963, kita ada kuasa untuk batalkan pasport mana-mana penjenayah yang berada di luar negara, bagi membawa mereka pulang.

“Tindakan itu kita akan buat dalam masa terdekat, mungkin esok kita akan batalkan,” kata Zahid selepas melancarkan Pasukan Petugas Khas Bagi Membanteras Kegiatan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (STAGG), pada Ahad.

Alvin mencetuskan kontroversi baru apabila didapati menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam status akaun Facebooknya.

Dalam catatan itu, dia mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada mana-mana individu.

Status itu dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor, selepas baginda menarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ daripada Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Disember lalu.

Alvin dan bekas teman wanitanya, Vivian Lee sebelum ini didakwa di bawah Akta Hasutan, kerana memuat naik catatan ‘bak kut teh’ pada Ramadan tahun lalu, yang menghina umat Islam.

Namun di sebalik imej berani yang ditunjukkan, Alvin melanggar syarat ikat jamin dan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan suaka politik. - therakyatpost
Read more ...

Malaysia Akur Ditangan Vietnam


Meskipun hampir 70,000 orang penyokong setia Harimau Malaya hadir memberikan semangat kepada pasukan negara, masih belum cukup untuk skuad bimbingan Dollah Salleh Malaysia untuk menyerlah atau sekurang-sekurangnya membawa bekal selesa.

Skuad negara mengambil jalan sukar apabila tewas 1-2 kepada skuad Vietnam di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi.

Malaysia yang berjersi biru bermula garang dengan melakukan asakan-asakan awal yang seringkali mendatangkan masalah kepada penjaga gol pasukan Vietnam, Tran Nguyen Manh.

Pasukan negara yang diketuai oleh Safiq Rahim, yang menggantikan kapten asal, Shukor Adan yang digantung perlawananan berjaya melakukan asakan yang membuatkan barisan pertahanan Vietnam melakukan kesilapan.

Ini sekaligus membuatkan pengadil perlawanan, Ma Ning dari China tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan negara pada minit ke-14 apabila pertahanan Vietnam dikatakan sengaja menampan bola dengan tangan.

Tidak menghampakan, kapten pasukan Malaysia, Safiq Rahim berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut sekaligus menggamatkan Stadium Shah Alam dan meletakkan pasukan Harimau Malaya mendahului 1-0.

Tersentak dengan gol tersebut, Vietnam terus melancarkan serangan bertali arus ke gawang gol pasukan Malaysia yang masih kental bertahan.

Serangan Vietnam ternyata berhasil apabila penyerang mereka, Vo Huy Toan berjaya menyumbat gol penyamaan pasukan apabila bola tampanan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, hasil gerakan menarik satu dua Vietnam singgah tepat di kakinya dan terus merembat kencang ke gawang yang tidak dikawal pada minit ke-32.

Kedudukan terikat kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Tampil dengan semangat baru, pasukan negara memulakan babak kedua dengan beberapa siri serangan melalui pemain sayap, Azamuddin Mohd Akil dan S.Kunalan.

Sementara itu kegopohan barisan pertahanan negara seringkali membuka peluang kepada rangkaian penyerang Vietnam membuat beberapa percubaan yang mencemaskan penyokong negara di Stadium Shah Alam.

Kealpaan barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim Ahmad dan Mohamad Fadhli Mohd Shas akhirnya dihukum Vietnam apabila Nguyen Van Quyet melepaskan rembatan lencong ke sebelah kanan pintu gol Khairul Fahmi sekaligus menceriakan hampir 1000 orang penyokong Vietnam menjadikan pasukan negara ketinggalan dengan 1-2 pad aminit ke-60.

Keghairahan pasukan negara mencari gol penyamaan bagaimanapun sedikit terganggu dengan sedikit insiden kekecohan di kalangan penyokong pasukan negara dan juga pasukan Vietnam. Bagaimanapun ia berjaya diselesaikan oleh pasukan keselamatan berikutan keadaan sedikit kelam-kabut akibat hujan yang turun secara tiba-tiba.

Skuad Harimau Malaya berusaha mencari gol penyamaan namun ketumpulan jentera serangan selain kekebalan benteng pertahanan Vietnam menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga berakhir perlawanan.

Terdahulu, Filipina dan Thailand terikat tanpa jaringan pada satu lagi aksi separuh akhir pertama di Stadium Memorial Rizal, Manila, semalam.

Pasukan Harimau Malaya akan berkunjung ke Stadium My Dihn di Hanoi, Vietnam pada 11 Disember untuk separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014. - therakyatpost
Read more ...

MP Umno Pertikai Mueller Jadi CEO MAS


Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican mempertikaikan pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Wakil rakyat Umno itu berkata, jawatan penting itu seharusnya diberikan keutamaan kepada warga tempatan.

Reezal dalam kenyataannya berkata, beliau sebelum ini telah membangkitkan keperluan menggunakan pakar tempatan sewaktu penubuhan Vestigo Petroleum.

“Tenaga dan kepakaran tempatan mestilah diberikan keutamaan dalam apa jua keadaan.

"Isu ini saya bangkitkan secara jelas di Dewan Rakyat,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menegaskan bahawa industri penerbangan merupakan industri strategik dan penting dan oleh itu pelantikan pengurusan tertingginya tidak harus diambil mudah.

“Walaupun mungkin Mueller adalah pakar terbaik di dalam industri penerbangan beliau masih boleh berperanan sebagai konsultan dan bukannya seorang ketua eksekutif," katanya.

Mueller yang akan memulakan tugasnya pada 1 Januari tahun depan turut dipersoalkan sama ada memahami implikasi keputusan dasar yang akan dibuat kepada negara nanti.



“Apakah CEO baru ini faham dengan implikasi keputusan dasar yang dibuat kepada agenda besar Bumiputera/ekonomi nasional nanti?

“Atau keputusannya akan hanya bergantung kepada keuntungan dan kerugian semata-mata?” soal Reezal.

Katanya, pandangan itu dikemukakan bukan atas jalur pemikiran 'nasionalistik sempit' tetapi “keperluan sebenar MAS dan masa hadapannya”.

“MAS bukan syarikat biasa; ia amanah dan lambang kemampuan kita menyusun langkah ekonomi yang tepat,” ujarnya.

Sebelum ini mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas pelantikan Mueller dengan kenyataan kontroversi:

“Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.” - MK
Read more ...

Dyana: UMNO Beri Harapan Palsu Kepada Melayu


Dyana, setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Umno selama ini berlagak sebagai pembela dan pembawa obor perjuangan Melayu sejak 50 tahun lalu.

"Ketika Umno mendakwa keberlangsungan Melayu terletak pada parti itu, sebenarnya Umno yang tidak akan berjaya tanpa Melayu," katanya.

Dyana berkata Umno memberi harapan palsu apabila anak muda juga tidak diberi peluang menceburi politik pada usia muda.

“DAP konsisten mengiktiraf bakat muda dan memberikan mereka peluang menceburi politik arus perdana.

“Sebagai contoh Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching pertama kali bertanding pilihan raya umum [ada 2008 ketika berusia 27 tahun. Ketika ini, dua ahli Parlimen termuda adalah daripada DAP iaitu Steven Sim dan Zairil Khir Johari yang kedua-duanya berusia 32 tahun,” katanya.

Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan itu berkata sebaliknya Umno sendiri yang perlu bertanya mengapa parti Melayu itu tidak berjaya dalam usaha meremajakan parti.

Katanya, Kabinet pertama di bawah Tunku Abdul Rahman mempunyai beberapa menteri yang berusia bawah 35 tahun namun ia tidak dapat diteruskan kerana pemimpin parti itu tidak mahu melepaskan kuasa.

“Saya tidak memahami harapan palsu yang dikatakan Khairy. DAP memberi peluang sebenar kepada bakat muda yang berkebolehan dan layak. Maka, kenyataan harapan palsu itu adalah pengiktirafan sebenar parti tersebut.

“Adakah Umno memberi peluang kepada mereka yang berusia di bawah 35 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya umum lalu?

“Dengan lebih 300,000 ahli Puteri Umno yang lebih hebat daripada saya, berapa ramai yang diberi peluang untuk bertanding?” katanya.
Read more ...
ads