Guru Pakistan Diberi Latihan Senjata Api


Ini adalah usaha untuk mengukuhkan keselamatan berikutan pembunuhan beramai-ramai di sekolah pada bulan lepas, lapor AFP.

Kumpulan militan bersenjata telah membunuh 150 orang, 132 daripadanya kanak-kanak pada 16 Disember dalam serangan ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan oleh tentera di Peshawar.

“Membawa senjata api untuk setiap guru adalah tidak wajib, tetapi mereka yang ingin membawa senjata api ke sekolah dengan rela akan diberi permit,” kata Atif Khan, Menteri Pendidikan wilayah untuk wilayah barat laut, Khyber Pakhtunkhwa.

Menteri Penerangan Wilayah, Mushtaq Ghani mengesahkan keputusan itu, sambil menambah bahawa pihak wilayah tidak dapat menyediakan pengawal polis yang secukupnya untuk semua institusi pendidikan kerajaan yang dikendalikan oleh mereka.

“Bilangan polis di wilayah itu tidak cukup untuk menjaga 35,000 sekolah, kolej dan universiti, itulah sebabnya kami membenarkan guru-guru untuk membawa senjata api,” kata Ghani kepada AFP.

Pihak berkuasa mula melatih guru dalam cara menggunakan senjata api minggu lepas dan kumpulan terbaru pelatih perempuan mula belajar pada hari Selasa.

“Ia adalah kursus dua hari. Kami melatih mereka tentang pengendalian senjata api dan juga prosedur menggunakannya,” kata Mohammad Latif, seorang pelatih di ibu pejabat polis di Peshawar.

Pakistan telah mengukuhkan kawalan keselamatan di sekolah-sekolah seluruh negara, dengan membina dinding sempadan tinggi dengan pagar dawai keluli dan meningkatkan bilangan polis.

Sekolah swasta telah diperintahkan untuk menggunakan pengawal keselamatan tambahan.

Malik Khalid Khan, Presiden Persatuan Sekolah Persendirian Guru, menentang langkah guru membawa senjata ke sekolah.

“Bagaimana boleh mengajar pelajar dalam sebuah kelas dengan memegang pistol di sebelah tangan dan pen di tangan lain?” luah Khan.

“Ia bukan tugas kami, tugas kami adalah untuk mengajar mereka. Seorang guru memegang pistol di dalam kelas akan mempunyai kesan negatif terhadap murid-muridnya,” kata Khan sambil menambah bahawa kerajaan perlu mengambil lebih ramai polis jika mereka kekurangan polis.
Read more ...

UPSR Bocor: Dua Pegawai LPM Tiada Kaitan


Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bekas Pengarah LPM, Dr Na’imah Ishak dan bekas Timbalan Pengarah Operasinya, Dr Wan Ilias Wan Salleh masih berkhidmat, tetapi tidak lagi memegang portfolio mereka sebelum ini.

“Siasatan telah dilakukan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam di Malaysia.

“Jawatankuasa itu telah menyerahkan dapatan mereka dan beliau (Na’imah) didapati tidak bersalah,” katanya sambil menambah, begitu juga dengan Wan Ilias.

Terdahulu, Idris menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Admissions Testing Service, University of Cambridge.

Keputusan menggantung kedua-duanya diambil, susulan kebocoran soalan Bahasa Inggeris dan Sains UPSR.

Berikutan itu, peperiksaan UPSR bagi kertas 014/1 dan 014/2 Bahasa Inggeris dan kertas 018, 028 dan 038 Sains diadakan semula pada 30 September lalu.

Selepas itu, soalan kertas 036 dan 037 Bahasa Tamil dan kertas 015/1, 025/1 dan 035/1 Matematik juga didapati bocor dan terpaksa mengadakan peperiksaan semula pada 9 Oktober lalu.

Jawatankuasa bebas itu menyerahkan laporan berhubung peperiksaan UPSR 2014 kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, pada 21 Januari lalu.

Dokumen yang diserahkan Pengerusi Jawatankuasa, Tun Zaki Azmi itu antara lain mengandungi 15 cadangan menambah baik peperiksaan awam, membabitkan definisi dan proses kerja daripada peringkat penerbitan, operasi dan pengurusan.

Ia turut mengandungi analisis dan penilaian proses kerja serta prosedur operasi standard peperiksaan awam yang dikendalikan LPM.

Menurut laporan itu, jawatankuasa bebas berkenaan mengadakan perjumpaan sebanyak 22 kali dan memperoleh input daripada taklimat, temu ramah, lawatan kerja dan pendapat orang awam.
Read more ...

Fazura Bengang Dengan Zizan Razak?

Tema untuk persaingan terkini Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada Jumaat lalu memang mencabar keupayaan para peserta yang terlibat dan boleh kita lihat rata rata mereka seakan gagal untuk mempamerkan kebolehan untuk membawakan tugasan tersebut.


Kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Yus dan Tauke juga tidak terkecuali menerima komen daripada Nur Fazura sebagai juri tetap yang menyifatkan persembahan mereka sebagai hambar, terlalu panjang, dan tidak kelakar.


Tidak berapa lama selepas program MLM 2014 malam itu berakhir, Nur Fazura menerusi akaun Twitter beliau memuat naik status menyelar perbuataan Zizan Razak yang dianggap seperti tidak mampu menerima teguran selepas membuat kesilapan.

Harapnya Zizan Razak selepas ini boleh muhasabah diri untuk lebih terbuka untuk menerima apa jua kritikan tentang persembahan beliau. Popular tidak bermakna tidak boleh buat silap ‘kan? - ROTIKAYA
Read more ...

AirAsia QZ8501 Meletup Dilaut?


Media itu melaporkan pegawai Indonesia hari ini mengumumkan kotak hitam pertama, perakam data pesawat yang ditemui di Laut Jawa itu akan dianalisis dan mungkin akan dihantar ke Jakarta.

Penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal terhempas pada 28 Disember ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan ketika cuaca buruk ketika dalam perjalanan yang dijadualkan mengambil tempoh 2 jam itu.

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia Bambang Soelistyo pada sidang media hari ini berkata perakam data itu ditemui di bawah sayap pesawat yang sudah pecah.

“Pada 7.11 pagi, kami berjaya mengangkat sebahagian kotak hitam iaitu perakam data pesawat,” katanya seperti dilaporkan media itu.

Koordinator operasi agensi itu Syriyadi Bambang Supriyadi berkata, satu lagi bahagian kotak hitam iaitu perakam data kokpit juga dikesan tetapi ia tersangkut di bawah serpihan bangkai pesawat yang berat dan penyelam masih cuba mengangkatnya.

The Guardian melaporkan, pegawai Indonesia berharap kotak hitam itu akan memberikan maklumat punca pesawat berkenaan terhempas sementara biro meteorologi negara itu berkata ribut mungkin faktor kejadian itu.

Supriyadi dipetik sebagai berkata analisis awam terhadap serpihan bangkai pesawat yang ditemui setakat ini menunjukkan ia meletup akibat kesan hentaman dengan air.

“Ia meletup kerana tekanan,” katanya kepada media di Pangkalan Bun, di Kalimantan.

“Kabin pesawat itu berada di bawah tekanan dan sebelum ia dapat distabilkan, ia menjunam ke bawah – boom. Ada yang mendengar bunyi letupan di kawasan itu,” katanya seperti dilaporkan The Guardian.

Antara.com melaporkan perakam data kokpit pesawat itu dipercayai terpisah kira-kira 20 kilometer dari lokasi penemuan perakam data pesawat yang berjaya ditemui pagi tadi.

Supriyadi berkata ada 3 pasukan penyelam yang masing-masing dianggotai antara 5 hingga 7 orang dalam operasi mencari dan menyelamat kedua-dua bahagian daripada kotak hitam pesawat itu.

Media itu melaporkan, terdahulu kapal Baruna Jaya I merakamkan ping dipercayai dari kotak hitam QZ8501 pada frekuensi 37.5 kilo hertz.

Kedudukan pantulan ping datang dari arah 52.1 darjah, jarak 77.7 meter dan kedalaman 35 meter, menurut Antara.com.

The Gurdian melaporkan penyiasat berkata tempoh 2 minggu diperlukan untuk memuat turun data daripada perakam data pesawat itu untuk dianalisis tetapi maklumat mungkin boleh diperolehi dalam 2 hari jika alat itu tidak rosak teruk.

Bambang bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut keadaan perakam data pesawat yang ditemui itu, lapor media itu.

Sepanjang hujung minggu lalu, 3 kapal mengesan ping dipercayai dari penghantar pengesan kecemasan kotak hitam itu. Tetapi angin kuat, arus deras dan ombak tinggi menghalang usaha mencari.

Cuaca lebih tenang hari ini di Laut Jawa memberi kelebihan kepada penyelam tentera laut Indonesia untuk mendapatkan perakam pesawat itu dan mencari fiuslaj Airbus A320-200 malang berkenaan.

Setakat ini, 48 mayat ditemui di Laut Jawa dan pasukan pencari percaya banyak lagi akan ditemui dalam fiuslaj pesawat itu. - MalaysiaInsider
Read more ...

Hafiz dan Effy Tunang Februari


Penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah gadis pilihannya itu di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lepas.

Beliau yang membuat pengakuan itu memberitahu wartawan gadis yang akan disuntingnya itu berusia awal 20an.

“Saya cuma boleh beritahu nama gadis tersebut Effy dan tidak boleh mendedahkan terlalu mendalam tentang identiti tunang saya itu kerana tidak mahu mengganggu privasinya yang kini masih lagi belajar,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di sini pada Isnin.

Ketika ditanya tentang perkenalan mereka, penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano itu berkata, mereka sudah berkenalan sejak lima tahun lalu, iaitu ketika dia belum lagi bergelar artis.

Ujarnya, sepanjang perkenalan dengan bakal tunangnya itu dia tidak tahu bahawa gadis tersebut menaruh hati kepadanya sehinggalah mereka menjalinkan ikatan percintaan pada awal tahun 2013.

Menjawab pertanyaan mengapa dia membuat keputusan untuk menjadikan gadis tersebut sebagai teman hidupmnya Hafiz memberitahu dia tertarik ekoran Effy seorang yang sangat lemah lembut dan begitu menghormati orang tua.

“Berkenaan dengan perancangan untuk berkahwin pula, saya akan tunggu bakal tunang saya itu tamat belajar dahulu yang akan berakhir pada pertengahan 2016,” katanya.

Hafiz menjelaskan, majlis pertunangannya itu nanti dirancang akan diadakan di Hotel Pullman, Kuching.
Read more ...

Hina Jakim Promosi Exstremisme Melalui Twitter, Eric Paulsen Ditangkap


LFL menerusi Twitternya memaklumkan, Paulsen diberkas lebih 20 anggota polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Jelasnya, penahanan itu dibuat, sekalipun Paulsen telah bersetuju akan pergi ke balai polis, esok.

“Eric Paulsen sedang disoal siasat pihak polis di pejabat Lawyers for Liberty,” demikian menurut Twitter LFL.

Penahanan itu turut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields,” kata Khalid dalam laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran yang dilihat bersama Paulsen ketika dia ditahan memberitahu, Paulsen kemudiannya dibawa ke pejabatnya di Firma Guaman Daim dan Gamany.

Jelasnya, polis juga telah merampas komputer ribanya di firma guaman itu.
Read more ...

Artis KPOP Miang, Remaja Islam Gatal


KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak mengecam aksi panas ciuman dan pelukan erat antara ahli kumpulan K-Pop lelaki terkenal dari Korea Selatan, B1A4 dengan sekumpulan peminat wanita Islam pada konsert B1A4 Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Life Centre di sini malam kelmarin.

Tingkah laku yang dianggap mengaibkan kerana berlaku di hadapan khalayak dalam sebuah konsert besar itu mula menjadi kecoh selepas video rakaman persembahan tersebut dimuat naik menerusi YouTube dan tersebar melalui laman media sosial sejak malam.

Video berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan empat remaja perempuan memakai tudung bukan sahaja merelakan diri mereka dipeluk oleh ahli kumpulan B1A4, bahkan turut teruja membalas pelukan tersebut dengan dakapan erat.


Malah, dalam salah satu aksi ketika pengacara konsert meminta seorang peminat wanita bertudung itu membuat aksi kononnya sedang memvakum rumah, salah seorang ahli B1A4 datang dari arah belakang untuk memeluk gadis berkenaan.

Dalam satu lagi aksi lebih panas, ahli kumpulan B1A4 bertindak mencium dahi seorang gadis lain yang difahamkan turut menyambut hari lahirnya pada hari itu.

Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia, Abdul Ghani Samsudin berkata, perbuatan peminat dengan ahli kumpulan K-Pop B1A4 itu bertentangan dengan ajaran Islam kerana melampaui batas antara seorang wanita dan lelaki bukan muhrim.

Penjelasan penuh penganjur konsert.

    [OFFICIAL ORGANIZER STATEMENT]

    RE: B1A4 SPECIAL FANMEETING IN KUALA LUMPUR

    We have been made aware of the attention that certain parts of the programme of the aforementioned event have been getting from certain media.

    As an events organizer, we feel that it is our responsibility to clarify in explanation on the events that occurred out of respect to B1A4, their management and most of all, the BANAs who are the fans of B1A4.

    1. Fans were selected at random, based on questions that they posted on a message board with only their first name. The artist, artist management and organizer did not know who the selected fans were until they were brought on stage.

    2. It is not part of standard protocol that KPOP artists would get up close and personal with fans. However, as this was a specialized fan meeting event, the programme was tailored towards fan engagement and interactivity. Before the event in question took place, the MC instructed the fans to not touch or get too close to the members of the group. Upon revealing of the parody clip to be acted out,the group members asked and clarified with the selected fans if they were uncomfortable with the activity. However, the fans gave consent on stage, in front of a live audience.

    3. As a company run primarily by women, we do not and never will condone molestation or sexual harassment as alleged by the media outlet. The terminology used was taken out of context and it is extremely disappointing to us to witness an act of such irresponsible journalism.

    4. We do not discriminate against any fan based on their race and religion. Therefore, our programmes are tailored to the preferences of our general target audience. It is not within our authority or jurisdiction to restrict fans from activties that they willingly partake in.

    5. We do not condone online harassment. Therefore, we absolutely will not release any information on the fans involved. We believe in the protection of their privacy and their physical and psychological wellbeing.

    We apologize in all sincerity for the problems caused to the artist and their fans caused by these reports. In future events, we will take into consideration the cultural and religious implications of the interaction between fans and artists.
Read more ...

Kotak Hitam QZ8501 Dijumpa


PANGKALAN BUN, Indonesia – Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa petang semalam.

Perkara itu di­sahkan oleh pegawai kanan kementerian ber­kenaan, Tonny Budiono malam tadi.

Bagaimanapun menurut Tonny, pasukan penyelam masih gagal menaikkan kotak hitam itu kerana objek tersebut dikatakan tersangkut di bawah beberapa serpihan daripada badan pesawat yang terbenam.

“Penyelam dari Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut dari kapal Jadayat berjaya mengesan alat yang penting itu,” katanya.

Perkembangan itu memberi peluang cerah kepada pasukan penyiasat untuk menemui kotak hitam yang dipasang pada pesawat terbabit sekali gus menjawab misteri nahas QZ8501. - Kosmo
Read more ...

Bahagian Ekor Pesawat QZ8501 Ditemui


Serpihan pesawat terbabit ditemui oleh kapal MGS Geo Survey dan bahagian terbabit merupakan tempat terletaknya kotak hitam dan perakam data penerbangan pesawat.

Penemuan itu juga diharapkan mampu memberi jawapan kepada pasukan penyiasat mengenai punca sebenar nahas.

Setakat ini, 39 orang mangsa nahas ditemui sementara 76 orang masih dicari.

Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi pada 28 Disember dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan menara kawalan trafik udara Jakarta ialah pada 6.12 pagi waktu Indonesia.

Daripada 155 orang penumpang, 149 adalah dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, satu dari Singapura, Malaysia dan Britain. Anak kapalnya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan satu warga Perancis.
Read more ...

Laluan Surabaya-Singapura Bukan Satu Kesilapan


Menurutnya, syarikat penerbangan itu sebenarnya mempunyai hak untuk menggunakan laluan Surabaya-Singapura, pada hari berlakunya nahas tersebut.

“Kami telah membuat penerbangan berdasarkan jadual berkenaan dan mempunyai hak penerbangan untuk tempoh tujuh hari seminggu.

“Kami juga telah mendapat slot serta kelulusan daripada kedua-dua pihak, iaitu Indonesia dan Singapura, jadi apa yang berlaku merupakan satu kesilapan pentadbiran semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Tambahnya, beliau berpuas hati, apabila Kementerian Pengangkutan Indonesia membuat penilaian terhadap penyelarasan antara penyelaras slot dan lapangan terbang, supaya kejadian sama dapat dielakkan pada masa depan.

“Proses tersebut kini semakin jelas dan saya mengesyorkan sistem berkomputer bersepadu, seperti mana yang dilaksanakan di Singapura, supaya semua pihak seiring antara satu sama lain,” katanya.

Pegawai Indonesia pada awal minggu ini dilaporkan sebagai berkata, permit syarikat penerbangan tambang murah itu, untuk terbang di laluan popular berkenaan hanya untuk Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Menurut laporan agensi berita AP, AirAsia didakwa membuat penukaran penerbangan untuk tiga daripada empat hari yang ditetapkan itu, secara senyap.

Bagaimanapun, pegawai di Singapura menegaskan, syarikat penerbangan itu telah diberi kuasa untuk terbang pada Ahad.

Indonesia pada Sabtu lalu telah mengumumkan, ia menggantung semua penerbangan AirAsia untuk laluan Surabaya-Singapura.

- therakyatpost
Read more ...

Apa Nak Jadi!!! Remaja Dirogol Kekasih Kakak yang Juga Pernah Kena Rogol


KAJANG – Gara-gara bertemu kekasih kakak kandungnya, seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik hitam apabila dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah pangsapuri di Jalan Anggerik Perdana, dekat sini, November lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa baru mengenali teman lelaki kakaknya itu.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa pergi berjumpa dengan suspek di tangga tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.

“Mulanya mangsa hanya sekadar berborak-borak dengan suspek, bagaimanapun suspek bertindak di luar jangkaan apabila mmerogol mangsa.

“Ketika insiden itu berlaku, mangsa menjerit untuk mendapatkan bantuan, namun gagal selepas jeritannya tidak didengari," katanya.

Beliau berkata, mangsa akhirnya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek juga pernah merogol kakak mangsa beberapa kali di tangga berkenaan dan terakhir melakukannya pada 24 Disember lalu.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu, bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang pelajar tingkatan tiga turut menjadi mangsa rogol kenalannya yang dikenali melalui aplikasi sosial WeChat dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 10, Cheras, dekat sini, Khamis lalu.

“Pelajar berusia 15 tahun yang baru mengenali lelaki berkenaan dalam tempoh seminggu terpedaya dengan ajakan untuk keluar minum.

“Suspek membawa mangsa pulang ke rumahnya sebelum merogolnya kira-kira jam 12.30 tengah malam. Bagaimanapun suspek yang bekerja di pasar malam ditahan Ahad lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. - SH
Read more ...

Qantas Syarikat Penerbangan Paling Selamat

   
Dalam sejarah 94 tahun penerbangannya, Qantas mengumpulkan rekod banyak rekod ulung yang luar biasa daripada segi keselamatan dan ia kini dianggap sebagai syarikat penerbangan paling berpengalaman di dunia.
 
Sistem penarafan keselamatan ini mengambil kira audit yang berkaitan daripada badan pentadbiran penerbangan dan persatuan-persatuan utama selain audit kerajaan dan rekod kemalangan penerbangan, kata AirlineRatings.com, sebuah laman web yang menaraf keselamatan dan produk dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini di Perth, Australia.
  
Senarai selebihnya bagi 10 syarikat penerbangan paling selamat mengikut turutan abjad adalah: Air New Zealand, Cathay Pacific Airways, British Airways, Emirates, Etihad Airways, EVA Air, Finnair, Lufthansa dan Singapore Airlines.
  
“Qantas merupakan syarikat penerbangan yang berada di hadapan dalam hampir kesemua kemajuan dalam keselamatan penerbangan semenjak 60 tahun yang lalu,” kata Geoffrey Thomas, editor AirlineRatings.com dalam kenyataan sama.

Selain daripada senarai 10 penerbangan terselamat, laman web itu juga mengkaji 10 penerbangan tambang murah paling selamat dengan keputusannya disenaraikan mengikut abjad seperti berikut: Aer Lingus, Alaska Airlines, Icelandair, Jetstar, Jetblue, Kulula.com, Monarch Airlines, Thomas Cook, TUI Fly dan Westjet.
  
“Berlainan dengan sebilangan penerbangan tambang murah yang lain, syarikat-syarikat penerbangan ini lulus Audit Operasi Keselamatan Persatuan Pengangkutan Udara (IOSA) dan mencatatkan rekod cemerlang,” tambah Thomas.

Daripada 449 buah penerbangan yang dikaji, hanya 149 mendapat tujuh-bintang bagi keselamatan dan 50 lagi syarikat penerbangan mendapat kurang daripada tiga bintang.
   
Manakala, hanya lima syarikat penerbangan mendapat satu bintang daripada AirlineRatings.com iaitu; Agni Air, Kam Air, Nepal Airlines, Scat dan Tara Air. - Bernama
Read more ...

Rafizi: RM633 Juta Cukai Petrol Dibayar Oleh Rakyat


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa, kerajaan telah mengutip cukai petrol sebanyak RM633 juta bagi Disember 2014 secara senyap, tanpa diketahui rakyat.

Menurutnya, harga pasaran bagi RON95, tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan kerajaan kepada syarikat minyak telah menjunam kepada hanya RM1.43 seliter, semalam.

Beliau berkata, keadaan sama juga berlaku kepada harga diesel yang menjunam kepada hanya RM1.56 seliter, semalam, tanpa jaminan keuntungan.

“Sekalipun dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya sepanjang Disember 2014 adalah jauh lebih rendah daripada yang terpaksa dibayar rakyat.

“Pengguna di Malaysia telah membayar harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran, disebabkan dasar penetapan harga oleh Barisan Nasional (BN) ini,” katanya pada Rabu.

Tambah Rafizi, mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.75 seliter (pada 30 Disember 2014), berbanding harga yang dibayar rakyat, iaitu RM2.26 seliter.

Jelasnya, harga diesel termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak ialah RM2.10 seliter pada 1 Disember lalu, dan terus menurun kepada RM1.79 seliter pada Selasa, berbanding harga yang dibayar rakyat, iaitu RM2.23 seliter.

“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran walaupun tanpa subsidi, BN mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat.

“Sekiranya harga yang diumumkan BN berbeza daripada harga ini, menteri yang terbabit perlu menjelaskan bagaimana harga RON95 dan diesel ditentukan, kerana pengiraan yang dibuat PKR setakat ini menggunakan formula BN sendiri dan harga pasaran MOPS (Mean of Platts Singapore) yang diterbitkan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN yang menyangkal pendedahannya, bahawa BN telah mengutip cukai petrol dan diesel secara senyap-senyap, akibat mekanisme penentuan harga sebegini.

Katanya, ia bermakna mereka mengesahkan rakyat memang telah membayar cukai petrol dan diesel sejak November 2014 lagi.

“Dengan pendedahan bahawa jumlah cukai yang dikutip bagi Disember 2014 telah mencecah RM633 juta, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajib menjelaskan ke mana wang ini telah dibelanjakan dan kenapa rakyat perlu membayar cukai petrol dan diesel kepada rakyat dalam keadaan kos sara hidup yang sangat membebankan.

“Saya akan terus membawa isu cukai petrol dan diesel ini hingga ke Parlimen sesi depan, sehingga saya mendapat jawapan yang memuaskan daripada BN,” tegasnya.

- therakyatpost
Read more ...

Penerbangan India Gempar Dengan Panggilan Ancaman


Prasanta Biswas (35), seorang penduduk Bongaon, ditahan kerana membuat panggilan ke pejabat penerbangan India semalam dan dia kini sedang disoal siasat, kata sumber polis bandar.

Satu pasukan khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai STF dan jabatan detektif telah mengesan nombor dari mana panggilan itu dibuat, kata seorang pegawai kanan polis.

Sementara itu, keselamatan telah dipertingkatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa NSE Bose berikutan panggilan telefon tanpa nama itu yang mengancam bahawa sebuah pesawat Air India akan dirampas lapor PTI.

Skuad anjing memeriksa di dalam dan sekitar bangunan terminal sementara semua bagasi diperiksa secara manual pada imbasan biasa.

Pegawai lapangan terbang berkata, polis sedang mengawasi kawasan berhampiran teksi lapangan terbang dan sekitarnya.

Panggilan ancaman itu telah diterima kira-kira jam 05:40 petang semalam dan aduan kemudiannya diserahkan kepada balai polis Bowbazar.

- therakyatpost
Read more ...

Najib Dijangkiti E Coli Setelah Mengharungi Banjir


Perdana Menteri bergegas pulang ke Malaysia pada 26 Disember lalu, memendekkan percutiannya di Amerika Syarikat (AS) untuk melawat negeri-negeri yang terjejas teruk kerana banjir.

"Doktor nasihat supaya berehat.

"Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," tulis Pejabat Perdana Menteri melalui akaun Twitter @PMOMalaysia hari ini.

Sebagai respon kepada tweet Pejabat Perdana Menteri Najib berkata: "Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah."

E coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.
  
Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

- themalaysianinsider
Read more ...

Awan Kumulonimbus Bukan Musuh Industri Penerbangan


Menurut Dwi, pendapat yang diberikan penganalisis bagaikan tidak terkawal dan boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan masyarakat untuk menaiki kapal terbang, lapor detik.com.

Mengulas lanjut, Dwi berkata pandangan pakar yang mengatakan bahawa awan kumulonimbus adalah musuh atau malapetaka kepada dunia penerbangan boleh dipertikaikan.

“Ulasan mereka boleh membuat masyarakat paranoid untuk naik kapal terbang. Awan kumulonimbus misalnya, dikatakan sebagai malapetaka yang tidak dapat dihindari. Sebetulnya, awan kumulonimbus itu sebenarnya adalah ‘sahabat penerbangan’.

“Awan kumulonimbus bukan musuh yang tidak boleh diatasi. Ia sentiasa ada. Apabila mendengar analisa para pakar, saya sendiri jadi takut.

"Padahal, sebagai juruterbang yang sudah berpengalaman, saya sudah berkali-kali terbang menghadapi taufan dan masih boleh mengatasinya dengan baik,” jelas Dwi yang sudah 31 tahun menjadi juruterbang.

Dwi yang berasal dari Solo ditemui pemberita ketika menghadiri pengebumian pramugara pesawat QZ8501, Wismoyo Ari Prambudi di Klaten.

Dwi sendiri mengakui semenjak tragedi pesawat QZ8501, dia banyak menerima mesej mengenai kebimbangan menaiki kapal terbang dan pesanan seolah-olah risiko selamat dalam penerbangan hanyalah 50-50.

“Hal tersebut akan sangat mengganggu dunia penerbangan. Pesawat yang digunakan bukan sebarangan.  Ini pesawat canggih!

"Malah pesawat yang kami gunakan pernah selamat mendarat tanpa roda, itu tak pernah disampaikan kepada masyarakat.

"Pakar dan penganalisis diminta berhenti membuat imej simulasi menggunakan pesawat mainan yang diseram-seramkan ketika memasuki awan kumulonimbus,” tegas Dwi.
- Awani
Read more ...

Enjin Pesawat AirAsia Mati Sebelum Terbang


Menurut laporan Metrotvnews.com, pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Kejadian itu mencetuskan suasana panik kepada penumpang yang telah bersiap sedia berada di tempat duduk masing-masing.

Menurut seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, terdapat bunyi yang kuat pada enjin pesawat sebelum ia tiba-tiba mati, dan pesawat mula berundur sendiri.

"Kami terkejut dan panik. Saya pun turut ketakutan. Pesawat tersebut akhirnya berundur ke posisi asal semasa kami menaikinya dan kru kabin meminta kami turun pada saat itu juga," katanya kepada Metrotvnews.com.

Pesawat itu dijadualkan bertolak jam 9.00 malam, namun mengalami masalah enjin yang dikatakan berpunca daripada monitor starter.

Juruteknik pesawat bagaimanapun berjaya memperbaiki kerosakan tersebut.

Meskipun telah dibaiki, hampir kesemua penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang akan mengalami masalah sama di udara.

Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia dilaporkan hilang sebelum disahkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan. - Awani
Read more ...

Ikan Pengubat Duka Banjir


PASIR MAS - Musibah banjir luar biasa yang melanda jajahan ini menyebabkan penduduk mengalami kerugian apabila rumah mereka ditenggelami air.

Namun disebalik musibah itu, banjir memberikan rezeki terpijak kepada penduduk tempatan yang mengambil kesempatan untuk menjala ikan sebaik sahaja air mulai surut.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Gaung, Tendong mendapati, puluhan penduduk sibuk menangkap ikan yang dikatakan terlepas dari sangkar berhampiran menggunakan jala di kawasan semak yang dinaiki air akibat banjir.

Seorang penduduk, Mohd Shaubari Mohd Radzi, 31, berkata, dia keluar menangkap ikan sejak awal pagi sebaik sahaja banjir mulai surut.

“Alhamdulillah banyak juga rezeki yang diperoleh hari ini. Kebanyakan ikan ini adalah jenis patin dan ia dipercayai terlepas daripada sangkar milik seorang penternak,” katanya.

Mohd Shaubari berkata,, kebanyakan ikan yang ditangkap seberat tiga hingga empat kilogram setiap seekor.

Katanya, ikan yang ditangkapnya itu akan dijual dan selebihnya dijadikan lauk.

“Saya tahu kawasan ini ada ikan selepas melihat orang ramai berkumpul dan menangkap ikan. Saya pun turut singgah untuk mencuba nasib,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Zul Amini Mohd Zakaria berkata, walaupun masih berduka namun ia sedikit terubat dengan rezeki yang diperoleh itu.

Katanya, hasil jualan ikan akan digunakan untuk perbelanjaan harian selepas rumahnya ditenggelami banjir.
Read more ...

Cuaca Buruk Jejas Operasi QZ8501


Memetik jurucakap Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), media tempatan melaporkan operasi mencari kapal terbang jenis A320-200 serta kotak hitam pesawat itu terganggu sejak beberapa hari akibat faktor cuaca.

Ini termasuk ombak setinggi empat hingga lima meter selain angin selaju 25 knot serta keadaan awan berubah-ubah.

Keadaan itu menyukarkan pasukan pencarian diketuai Indonesia yang dibantu beberapa negara termasuk Malaysia dan Singapura.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Bhayangkara di sini, mendapati waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal QZ8501 terus setia menunggu perkembangan dan maklumat lanjut di sebuah bilik khas di Pusat Krisis di hospital berkenaan.

Setakat pagi Jumaat, tujuh jasad selesai dibedah siasat termasuk satu yang dikenal pasti identiti sebelum dikebumikan semalam, iaitu Allahyarham Hayati Lutfiah Hamid.

Beberapa lagi mayat dijangka tiba dari Pangkalan Bun ke hospital itu untuk bedah siasat namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.

Sementara itu, jurucakap pasukan Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti identiti satu mayat lelaki yang dibedah siasat kerana cap jarinya rosak dan tidak padan dengan maklumat dan data dalam simpanan yang ada.

Pasukan DVI juga memberitahu sehingga kini, 107 daripada 162 waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501 menyerahkan sampel DNA untuk membantu proses identifikasi.

Dalam pada itu, pegawai perhubungan awam Polis Jawa Timur Awi Setyono berkata proses identifikasi bukan tugas mudah kerana ia perlu mengikuti standard operasi prosedur antarabangsa yang ketat bagi mendapatkan padanan yang tepat.

Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia). - Bernama
Read more ...

Monyet Beri Bantuan Kecemasan?


New Delhi: Orang ramai di sebuah stesen kereta api di utara India sempat memerhatikan bagaimana seekor monyet menyelamatkan rakannya yang terkena renjatan elektrik dan pengsan di landasan.

Monyet yang terkena renjatan elektrik itu jatuh di tengah landasan selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi di stesen berkenaan di Kanpur, bandar di utara India.

Rakannya datang untuk menyelamatkannya dan dia dirakam mengangkat monyet yang tidak sedarkan diri itu, menggoncangnya serta merendamkan seketika dalam lopak berlumpur sebelum menggigit kepala dan kulit sehingga mangsa sedar beberapa minit kemudian.

Monyet yang menjadi mangsa renjatan elektrik itu, dengan berlumpuran lumpur dilihat membuka mata dan bergerak semula tidak lama selepas itu. - AP
Read more ...

Najib Benar-benar Didesak Letak Jawatan?


Datuk A Kadir Jasin berkata, perubahan perlu berlaku atau sedia menghadapi risiko melihat kerajaan pemerintah yang "tunduk kepada zaman silam".

"Seperti kerajaan Romania yang terpaksa memilih antara Caesar dengan Rom, tiba masanya Umno dan BN perlu memilih antara Najib dengan Putrajaya," tulisnya dalam blognya hari ini.

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata, beliau percaya gelombang perubahan itu semakin membesar seperti kata pepatah "sekali air bah, sekali pantai berubah".

"Umno perlu berbuat sesuatu mengenai presidennya dan perdana menteri jika tidak mahu situasi menjadi lebih buruk. Seperti tebing pasir, ia boleh hanyut begitu sahaja semasa pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Banjir besar mungkin titik perubahan yang kita harapkan, ia mungkin tanda permulaan bagi pengakhiran kepimpinan yang sederhana. Pepatah Melayu lama tentang 'banjir' dan 'pasir' melambangkan makna yang sangat dekat dengan Najib," katanya.

Katanya, kecuali Umno dan BN hilang semua deria sensitif dan tanggungjawab, mereka sepatutnya tahu masa depan tidak lagi menjanjikan sesuatu yang baik.

"Mereka boleh berpura-pura dan meneruskan penafian, tetapi rekod kebelakangan tahun ini menunjukkan prestasi mereka dan janji yang ditaburkan kepada rakyat tidak ditunaikan.

"Maaf saya terpaksa bercakap. Umno dan BN boleh kekalkan PM dan berpura-pura semuanya baik tetapi mereka mesti terima fakta, ada risiko mereka bakal ditendang keluar semasa PRU akan datang," katanya sambil menambah hasrat rakyat yang mahukan perubahan tidak boleh diambil ringan.

Najib baru-baru ini dikecam selepas gambarnya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii menjadi viral ketika rakyat pantai timur menderita akibat banjir.

Beliau kemudian memendekkan percutiannya dan pulang semula ke Malaysia dan mengambil alih tanggungjawab operasi menyelamat banjir.

"Takkan 'diplomasi golf' tak boleh tunggu? Adakah Obama marah jika Najib beritahu beliau tidak boleh datang kerana negaranya sedang menderita banjir besar?" soal Kadir.

Katanya, tiada penjelasan dan usaha daripada jentera propaganda untuk menutup kesilapan Najib semasa berada di Hawaii, dan slogan 'rakyat didahulukan' yang dilaungkan Najib selama ini amat memalukan.

Katanya, peruntukan RM500 juta yang diumumkan Najib selain mempercepatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin dapat meringankan beban rakyat luar bandar tetapi masih gagal meredakan kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau turut menyifatkan seruan Najib meminta semua menteri membatalkan percutian sebagai melucukan, kerana ia membuktikan Kabinet lebih mementingkan percutian mereka berbanding kebajikan rakyat.

"Jelas PM menerima nasihat yang lemah daripada pakar perang sarafnya. Arahannya supaya menteri membatalkan percutian itu tidak sepatutnya dibuat secara terbuka.

"Bunyinya seperti bapa borek anak rintik," katanya.

Mengulas gabungan Pakatan Rakyat, Kadir berkata jika mereka boleh menilai perbezaan, berhenti membuka pekung di dada kepada umum dan tidak bersikap ego, mereka ada peluang cerah mendapat sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam bahasa mudahnya, PR perlu membetulkan dirinya sendiri dan berharap tidak ada perubahan positif dalam kepimpinan kerajaan dan BN," katanya.

Katanya, zaman kepimpinan yang kuat seperti bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berlalu buat Umno.

Jelasnya, survival pemerintahan parti Melayu bergantung kepada kepimpinan secara kolektif, namun Najib gagal berbuat demikian kerana sejak dari awal beliau menggambarkan dirinya sebagai presiden dan bukannya perdana menteri.

"Beliau membuat perkara yang tidak mendapat pandangan parti dan khidmat awam. Sebaliknya beliau dikelilingi oleh jawatankuasa, penasihat, perunding, dan pegawai khas yang kebanyakannya bukan kakitangan awam tetapi yang mempunyai akses kepada kerahsiaan negeri seperti cara seorang presiden," katanya. – 2 Januari, 2015.

- themalaysianinsider

P/S: Beliau juga yakin PR mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemerintah di Putrajaya.
Read more ...

AirAsia Indonesia Tidak Ikut SOP


Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.

Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

"Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar," kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.

Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.

"Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.

"Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG)," kata Hadi.

Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah "cara tradisional" mereka.

Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.

Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang.
Read more ...

Ismail Sabri Bidas Aksi Pembangkang Isu Banjir


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap Putrajaya kerana melekat gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beliau sendiri pada kampit beras yang dihantar sebagai bantuan kepada mangsa banjir.

"...kalau nak politikkan banjir, ada pemimpin pembangkang, gambar air kat dada pun ada, ambil gambar, untuk apa it?

"... tak tau dia buat photoshop ke, kita pun tak tahu, tapi takde siapa yang komen...," katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, demikian menurut KiniTV.

Ismail ditanya sama ada kerajaan telah mempolitikkan bantuan tersebut dengan meletakkan pelekat berkenaan.


Beliau nampaknya merujuk kepada gambar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang melutut dalam air banjir yang tersebar di Facebook.

Ismail berkata tidak kira apa jua aksi, semua orang mempunyai kaedah mereka sendiri untuk membantu mangsa banjir.

Beliau juga mengulangi mesej teks kepada Malaysiakini semalam bahawa apa yang paling penting ialah bantuan sampai kepada mereka yang memerlukannya.

".... (setiap orang) ada cara masing-masinglah dalam waktu banjir ini. Ada buat photoshop untuk popularkan diri dia, selam dalam air. Air kat lutut jadi kat dada.

"Ada tak peduli gambar, tapi nak hantar barang... ada cara masing-masing, asalkan barang itu sampai (kepada mereka yang memerlukannya)," tegas Ismail.
- malaysiakini
Read more ...

Tanam Pokok Elak Tanah Runtuh dan Banjir


Menterinya Datuk Seri G. Palanivel berkata usaha itu adalah untuk memulihara semula kawasan yang diterokai secara haram dan pembalakan berleluasa supaya bencana alam seperti banjir buruk dan tanah runtuh tidak berulang.

“Kita perlu kawal dan ambil tindakan seperti di Janda Baik, Pahang yang penanaman pokok di situ sudah kita mula laksanakan. Di Cameron Highlands sejak empat bulan lepas, kita berjaya tanam 600 pokok daripada spesis Damar Minyak, Podo Kebal Musang Gunung dan Meranti Bukit,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam di Ringlet hari ini.

Katanya, bagi usaha penanaman pokok di negeri terjejas banjir, pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung kemusnahan alam yang berlaku selain kawasan pembalakan secara melampau dan tanah yang diteroka secara berleluasa.


Kementerian sebelum ini menyasar penanaman 80 juta pokok di seluruh negara selepas kempen menanam 26 juta pokok melebihi sasarannya.

Sebanyak 53.13 juta pokok telah ditanam di seluruh negara dengan anggaran keluasan 65,559 hektar sejak kempen berkenaan bermula dari tahun 2010 sehingga Disember 2013, manakala 30 juta pokok lagi akan ditanam dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selasa lepas, ketika melawat Kelantan yang menghadapi banjir buruk, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana banjir teruk.

Kata Najib, pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semula jadi untuk menahan air daripada terus mengalir ke sungai dengan begitu pantas. - therakyatpost
Read more ...

Yayasan Felda Minta Naskah Terjemahan Al-Quran Edisi Pertama Dipulangkan


Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cetakan pertama naskhah al-Quran itu boleh dipulangkan semula kepada Yayasan Felda atau pejabat Felda berhampiran.

Beliau berkata naskhah Al-Quran berkenaan perlu dipulangkan memandangkan terdapat kesilapan tidak disengajakan pada cetakan pertama namun begitu kesilapan itu telahpun diperbetulkan pada cetakan kedua.

“Kami juga telah membuat pengumuman pada awal cetakan edisi pertama supaya memaklumkan kepada kami jika ada kesalahan ayat atau terjemahan maksud sehinggalah isu ini ditimbulkan,” katanya.

Katanya lagi, Felda memohon maaf atas kesilapan itu dan tidak sama sekali berniat mahu menyinggung perasaan umat Islam.

Mohd Isa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tabloid hari ini mengenai teguran pembaca al-Quran berkenaan yang mengesan kesalahan pada ayat lapan Surah Yusuf dan pada Surah Al-An’am ayat 116 dan 117.

Sinar Harian hari ini melaporkan sebuah al-Quran terjemahan dwi bahasa, Melayu dan Inggeris edaran Yayasan Felda didapati tidak lengkap apabila seorang imam mengesyaki ayat lapan dalam surah Yusuf yang dibacanya tergantung.

Imam Surau Taman Selasih, Dzulkarnain Abu Othman berkata kelancaran bacaannya terganggu lalu segera merujuk terjemahan tersebut kepada seorang hafiz walaupun dia menghafal surah Yusuf.

“Saya hafal surah Yusuf. Ketika membaca surah itu dalam terjemahan al-Quran ini, saya rasa ada kekurangan pada ayat lapan yang mana ia melangkau lima perkataan.

“Untuk mendapatkan kepastian, saya rujuk perkara ini kepada seorang hafiz iaitu Ustaz Hasan Alias, yang juga Pengetua Tahfiz Al-Tohiroh. Hasilnya memang benar, pangkal lima perkataan ayat berkenaan tertinggal,” katanya.

Katanya, dia peroleh naskhah al-Quran terjemahan dwi bahasa itu ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Lukut pada Ramadan lalu dan Surau Taman Selasih.

“Selepas disemak, kedua-dua al-Quran terjemahan ini mempunyai kesalahan sama,” katanya. - therakyatpost
Read more ...

Gara-Gara Golf, Najib Dikritik Orang Dr. M


Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk A Kadir Jasin, kedua-dua orang lama dalam dunia pemberitaan, malah berkongsi pandangan masing-masing berhubung perkara itu.

Kadir, melalui tulisannya yang disiarkan di blog Zainuddin, menyindir unit komunikasi JPM dalam “menangani pengaliran maklumat” dalam isu 'diplomasi golf' antara Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama.

Najib mencetuskan kontroversi sebelum ini selepas gambar beliau bermain golf bersama Obama di Hawaii, AS ketika banjir besar melanda beberapa negeri, terutamanya di Kelantan.

“Saudara Zam, benar macam kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

“Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf,” tulis Kadir (kanan), bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times kepada Zainuddin, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu.

Kadir juga menyindir pegawai media perdana menteri yang ramai, termasuk daripada luar negara, tetapi menurutnya “setia kepada banyak pihak” sehingga tiada kata sepakat menangani sesuatu krisis.

Keadaan itu membawa Kadir mengimbau nostalgia mereka di zaman Mahathir yang menyaksikan berlaku perbincangan antara bekas perdana menteri itu dan pengarang media di belakang tabir.

“Kita bersetuju dan tidak bersetuju,” kata Kadir sebagai balasan kepada tulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam pada Jumaat lalu berkaitan isu sama.

'Populari PM, isteri di tahap rendah'

Zam sebelum ini berkata, unit komunikasi JPM wajar tangkas membetulkan tanggapan negatif berhubung penyebaran gambar Najib dan Obama pada hari Krismas lepas.

“Kepantasan ini diperlukan jika mereka menyedari dan menerima hakikat bahawa populariti Datuk Seri Najib dan isterinya berada pada tahap yang sangat rendah.

“Rakyat sinis terhadap kenyataan timbalannya bahawa Najib terpaksa bercuti kerana telah bekerja keras,” kata Zainuddin (kiri).

Kegagalan itu, katanya lagi, menyebabkan media propembangkang dan pengguna media sosial anti- Najib mempergunakan isu itu secepat kilat.

Pertemuan Najib-Obama itu pada mulanya dilaporkan akhbar terkenal Washington Post sebelum dipetik media di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya pemberita berhubung ketiadaan Najib ketika bencana besar itu sebelum ini, meminta supaya “berlaku adil” kepada PM yang menurutnya sudah bekerja keras.

Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara meminta orang ramai jangan risau dan mempercayainya untuk menangani bencana itu.
Read more ...

Jauhi Main Air Banjir - Elak Penyakit


Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menerima sebarang laporan mengenai jangkitan penyakit pasca banjir yang serius.

“Tetapi saya hendak nasihatkan jangan main air banjir kerana ia terdedah kepada penyakit disebabkan tangki najis tenggelam dan sebagainya,” kata Dr Hilmi.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan kelahiran bayi tahun baru 2015, dan penajaan lampin bayi pakai buang jenama Petpet di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di ibu negara, Khamis.

Mengulas lanjut mengenai banjir, Dr Hilmi berkata bekalan elektrik ke semua hospital di Kelantan telah dipulihkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kecuali Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah yang masih menggunakan janakuasa mudah alih (Genset) TNB 1000kVa.

Di Terengganu pula, sebahagian daripada 12 unit Genset 5kVa TNB telah dihantar manakala sebahagian lagi akan dihantar hari ini ke Klinik Kesihatan Dabong, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun, PKD Kemaman dan sembilan buah klinik kesihatan dan klinik desa.

Manakala di Pahang semua hospital di masih mendapat bekalan elektrik terus daripada Pencawang Elektrik (PE) TNB seperti biasa.

“Alat penapisan air mudah alih pula telah dihantar ke Hospital Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas serta sembilan buah klinik kesihatan, lapan klinik desa dan sebuah klinik pergigian di Kelantan.

“Kami telah menghantar sebanyak 557 anggota KKM ke Kelantan dan Pahang termasuk dua pasukan kejuruteraan yang terdiri daripada enam orang dan 15 anggota Psychological First Aid yang dihantar semalam,” jelasnya lagi.

Bagi melancarkan usaha membantu mangsa banjir, 22 buah kenderaan pacuan empat roda telah dihantar untuk kegunaan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan dan dua buah bot tambahan telah dihantar ke PKD Temerloh.

“Pengarah Kolej Kejururawatan negeri juga diarah untuk mengerah pelajar ‘post basic’ (pasca siswazah) bagi membantu Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam kerja pembersihan.

“Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) sedang dalam usaha mengenalpasti jumlah telaga yang perlu diklorinkan di negeri Kelantan sebagai salah satu langkah mengelak wabak penyakit berjangkit,” ujarnya.

Dr Hilmi juga meminta orang ramai untuk tampil menderma darah terutama dari jenis A dan AB kerana negara kini kekurangan bekalan darah jenis itu.

“Kita kekurangan darah jenis A dan AB di seluruh negara terutama di Kelantan. Bekalan ubat makanan semua sudah ok,” katanya. - therakyatpost
Read more ...

Juriterbang AirAsia QZ7510 Positif Dadah


Memetik kenyataan Pegawai Khas Menteri Perhubungan, Hadi Mustofa Djuraid, juruterbang AsirAsia QZ7501 itu menerbangkan pesawat ‎dari Bandara Soekarno-Hatta ke Bandara Ngurah Rai di Denpasar, Bali.

Hadi berkata, penemuan itu berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan Balai Kesihatan Penerbangan serta Direktorat Kelaikan Pengoperasian Pesawat Udara Kementerian Perhubungan di Bandara Ngurah Rai, pagi tadi.

"Ujian mengesahkan positif dadah jenis morfin," katanya seperti dilaporkan Tempo.

Menurut Hadi, pemeriksaan dilakukan sejurus selepas juruterbang itu yang dikenali sebagai FI mendarat paada pukul 8.50 pagi waktu tempatan.

Katanya, FI diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut di Pusat Kesihatan Penerbangan Kemenhub di Jakarta.

Menurut Tempo, Pegawai Perhubungan AirAsia Indonesia, Malinda Yasmin ketika diminta mengesahkan perkara itu enggan mengulas lanjut.

"Kami belum mendapatkan data lengkap," katanya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 24 Disember lalu dilaporkan berkata, dadah memberi kesan buruk kepada masyarakat dan kesan yang timbul akibat penyalahgunaan ubat berbahaya amat buruk.

Beliau sehubungan itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan pengedaran dadah.

"Tida‎k ada maaf bagi penagih narkotik," katanya. – 1 Januari, 2015. - themalaysianinsider
Read more ...
ads