"Kalau Dah Jodoh" Ustaz Kazim Elias Rancangan TV Terakhir Beliau

Beliau berkata punca beliau menarik diri kerana beliau merasa kecewa berikutan terdapat pihak yang mengatakan beliau berdakwah untuk mencari duit sedangkan tujuannya adalah untuk membiayai Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak.


BATU KURAU: Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen.

Beliau bagaimanapun berkata bagi siaran yang telah dirakam dan yang telah ditandatangani kontraknya, ia tetap akan diteruskan.

"Saya juga menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana tetapi ceramah-ceramah biasa berjalan seperti biasa, cuma saya tidak lagi muncul dalam kaca televisyen melainkan dalam program 'Kalau Dah Jodoh' sebab saya masih ada kontrak dengan Astro.

"Saya rasa ini adalah penampilan terakhir saya dalam forum ini (Forum Perdana), saya ucapkan terima kasih kepada RTM, kepada para sahabat dan penyokong saya," katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam secara langsung di TV1 di Padang Astaka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin di sini malam tadi.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata punca beliau menarik diri kerana beliau merasa kecewa berikutan terdapat pihak yang mengatakan beliau berdakwah untuk mencari duit sedangkan tujuannya adalah untuk membiayai Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak.

"Sebab kedua saya tidak pernah meletakkan bayaran terpulang kepada orang yang nak bagi dan duit bayaran ceramah itu dimasukkan ke sekolah tersebut.

"Saya merasa 'down' ada yang mengatakan saya (penceramah) penglipur lara sedangkan saya berceramah meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berdakwah, tiba-tiba dituduh sebagai penglipur lara.

"Saya mungkin terlalu keterlaluan berceramah dalam setiap saluran TV. Saya rasa saya kena beri peluang kepada penceramah lain untuk mengambil tempat saya. Jadi saya rasa saya akan berceramah di luar kaca televisyen, saya tidak menonjol seperti dulu," katanya.

Beliau berkata keputusannya itu lebih baik kerana Forum Perdana akan menjadi lebih ceria tanpa nyanyian dan "saya rasa itu yang terbaik bagi sesetengah pihak dan saya terima jika itu yang mereka mahukan."

Mengenai terdapat pihak yang mengatakan beliau berjenaka dalam menyampaikan ceramahnya, Mohd Kazim berkata itu adalah caranya untuk menarik hati pendengar.

"Kalau nak serius dengar hujah saya, pergi ke pondok pengajian saya dan saya tegas. Saya adalah pendakwah dan itu adalah cara saya untuk menarik hati golongan muda.

Apabila saya menyanyi, saya ketawa nanti ada orang marah saya. Orang mempertikaikan saya rasa sangat tak kena.

"Kalau yang pertikai orang tak pandai saya tak kisah, tapi yang mempertikai adalah orang alim dan saya menghormati orang alim. Jadi lebih baik saya mengundur diri.

"Saya kena hormat, lebih baik saya berceramah biasa di padang sekolah, masjid, surau tetapi tidak disiarkan dalam TV," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang selama ini menyokongnya dan menyifatkan Zambry sebagai seorang yang sangat terbuka.
SCARF Secrets
SCARF Secrets

2 comments:

  1. Tak seronok la cam ni.. Ceramah Ustaz Kazim meneronokkan tak bosan ada kelakar ada nyanyian tak salahkan..

    ReplyDelete
  2. As Salam Dato Ustaz Kazim Elias . Emak Saya Hantar Saya Ke Klinik Psikiatri Pada Umur Saya 16Tahun Kerana Tidak Lulus L.C.E.( SRP Pada Tahun 1971 ) Dan Saya Lulus Pangkat A Buat Kali Ke Empat Dan Saya Seterus Nya Saya Dapat Kerja Di- Jabatan Laut Teluk Intan Perak . Dan Sepanjang Saya Berkhidmat Sebagai JuruEngine Laut Kapal Jabatan Laut Malaysia Saya Di Ejek Di- Sindir Di- Fhitnah Serta Di- Anayai Dan Macam2 Lagi Kerana Saya Lulus Periksa Bhg. Engine Dan Naik Pangkat A7/A18 .Kawan2 Saya Hasad Dan Dengki Dan Mereka Gelar Saya Sebagai Orang Gila Atau Rosli Gila Sehingga Seorang Kawan Saya Ahmad Fauzi Kamarudin Kata Rosli Tidak Boleh Sembahyang Di- Mana2 Surau Atau Masjid Kerana Rosli Orang Gila Jadi Saya Sebagai Orang Gila Tidak Wajib Solat Hanya Boleh Berdoa Doa Orang Teraniaya .Saya Juga Pernah Di- Beri Salah Ubat Psikiatri Dari Tahun 1971 Hingga 1999. Jadi Kawan2 Menuduh Saya Yg Bukan2 Selama 37Tahun 4 Bulan 26Hari Dlm Delima Dan Gadis2 Peminat2 Saya Yg Ingin Berkhawin Dgn Saya Di- Fhitnah Apabila Mereka Talipon Pejabat Saya Ingin Berkenalan Terus Merasa Hampa Dan Kecewa Dan Putus Cinta . Dan Semasa Itu Bekas Isteri Saya Terus Mintak Cerai Dan Berkhawin Dgn Bekas Kekasih Beliau Dan 9 Tahun Saya Menduda Dan Isteri Yg Kali Kedua Pun Di- Fhitnah Olih Kawan2 Saya . Susah Betul Nak Perbetulkan Masaalah Ini . Kami Berdua Hanya Memohon Doa2 Orang2 Yg Teraniaya . Saya Cuba Pergi Ke Surau Utk Solat Jumaat Di- Situ Saya Di- Pandang Seorang Dan Imam Di- Tak Nak Salam Dgn Saya . Saya Dapati Hidup Saya Bukan Salah Saya Salah Saya Pernah Di- Beri Salah Ubat . Doktor Kata Saya Bukan Gila Hanya Tekanan Jiwa Tetapi Masaalah Orang Salah Anggap Menuduh Yg Bukan2 . Dan Sekarang Umur Saya 63Tahun Sudah Bersara Terpaksa Solat Dlm Bilik Berseorangan Di- Rumah Kerana Malu . Ustaz Adik Beradik Ingin Lepaskan Tangan Termasuk Doktor2 Yg Merawat Saya Hanya Tugas Bagi Ubat Sahaja .Anak Lelaki Dan Menantu Saya Tidak Mahu Berjumpa Dgn Saya Semata2 Saya Sakit Tekanan Jiwa . Hati Dan Jiwa Saya Susah Dan Sakit Hati Orang Menuduh Saya Yg Bukan2 . Saya Terus Memohon Doa Orang Yg Teraniaya . Saya Hadapi Kesemua Ini Dgn Penoh Kesabaran .Yg Saya Tahu Orang Yg Paling Sabar Paling Allah Sayang . Saya Hina Di-Sisi Manusia . Dan Akhir Nya Doa Saya Makbul Apabila 18 Kawan2 Saya Terkena Serangan Jantung Dan Meninggal Dunia Tak Sempat Pencen . Cita2 Saya Semua Tidak Tercapai .Saya Hampa Dan Kecewa .

    ReplyDelete

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads