Penumpang Air Asia lewat dan mengamuk gara-gara tidak dibenarkan masuk


Dua buah rakaman video yang memaparkan seorang penumpang wanita mengamuk di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) menjadi viral di media sosial.

Wanita berkenaan dikatakan telah dihalang daripada menaiki pesawat, lalu bertindak agresif terhadap para petugas di Aerobridge lapangan terbang itu.

Rakaman itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada pengguna Facebook.

Segelintir netizen mengecam tindakan para petugas terbabit namun ada juga yang merasakan tindakan itu adalah wajar memandangkan peraturan lapangan terbang yang ketat.


Menurut Jabatan Komunikasi AirAsia, kejadian tersebut berlaku pada 18 Mei yang lalu.

Penumpang berkenaan dilaporkan lewat tiba lalu bertindak agresif terhadap staf AirAsia, polis bantuan dan petugas lapangan terbang apabila dihalang menaiki pesawat.

Penumpang rakyat China itu kemudiannya telah diserahkan kepada pihak berkuasa selain laporan polis turut dibuat pada hari yang sama.

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Read more ...

Nabil makin sado, nafi ambil bahan terlarang


Pelawak Nabil Ahmad menafikan mengambil bahan terlarang selepas sebuah foto menunjukkan bentuk badan yang semakin sado menjadi viral.

Menurut Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad, dia kini aktif bersenam membina badan demi menjaga kesihatan selain strategi untuk mengembangkan kariernya dalam dunia hiburan.

"Sebenarnya saya dah aktif bersenam sejak setahun yang lalu. Cuma tidak pernah tunjuk atau berkongsi dengan umum.

Faktor utama adalah untuk kekal sihat selain strategi untuk mengembangkan karier seni saya.

"Secara tidak langsung ianya membuka pintu rezeki saya terutamanya dalam bidang pengacaraan. Saya nak orang nampaksaya seorang yang menjaga kesihatan dan penampilan diri.

Untukdapat bentuk badan yang menarikatau sado bukan satu perkara mudah kerana memerlukan disiplin yang tinggi.

"Saya tidak berani ambil bahan terlarang seperti steroid sebab banyak kesan sampingan yang buruk. Cukup sekadar saya jaga pemakanan dan tidur yang cukup," ujar Nabil.
Read more ...

Pelajar genius matematik disisih Putrajaya?


Zairil Khir Johari, ahli Parlimen DAP yang lantang mengutarakan isu pendidikan berkata, layanan Putrajaya terhadap Adi Putra (gambar), 16, "teruk dan bersikap hipokrit."

"Ia menjadikan negara kita kelihatan teruk dan bersikap hipokrit, terutamanya apabila pelajar pintar Matematik di Imperial College dipertahankan dan ditawarkan peluang meneruskan pengajian, walaupun disabit memiliki bahan pornografi kanak-kanak yang paling ekstrem pernah dilihat Polis Metropolitan London," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kenapa ada 'double standard'? Kenapa seorang genius Matematik tulen tidak dapat sokongan institusi, tetapi seorang budak jahat dapat?"



Ahli Parlimen Bukit Bendera itu merujuk kepada pemegang penuntut Malaysia di bawah pembiayaan Mara, Nur Fitri Azmeer Nordin, juga digambarkan sebagai genius Matematik, yang ketika ini dipenjara 18 bulan kerana jenayah yang dilakukannya di United Kingdom.

Zairil dan pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, terdapat pendekatan berbeza mengurus dan mengawal remaja genius seperti Adi Putra dan berharap kisahnya akan digunakan untuk melakukan perubahan kepada sistem pendidikan pada masa depan.

Pendidik berkata remaja pintar perlu diuruskan secara berbeza bagi membolehkan mereka berjaya dan stabil sebagai seorang dewasa.

"Pada masa ini, banyak penekanan diberikan kepada pematuhan yang cenderung menyekat kejayaan dan kreativiti seseorang. Kepintaran sebegini sukar dilentur dan perlu dididik," kata Noor Azimah.

Sependapat dengan Noor Azimah, Zairil berkata keadaan Adi Putra menunjukkan kurangnya sokongan terhadap individu berprestasi tinggi.

"Ini masalah asas dalam sistem pendidikan kita yang tidak cukup matang untuk menguruskan kanak-kanak pelbagai kebolehan. Memalukan, mereka yang berkebolehan tinggi tidak dapat memenuhi potensi mereka dalam sistem pendidikan kita.

"Bukan saja kita tidak tahu menguruskan mereka yang pintar, kita juga tidak tahu menguruskan mereka yang bermasalah. Jelas kita perlu membina sistem sokongan yang lebih baik.

"Individu seperti Adi Putra walaupun menunjukkan perkembangan akademik tetapi tidak diberikan sokongan yang betul," katanya.

Noor Azimah dan Zairil berkata Kementerian Pendidikan perlu mengambil tindakan proaktif dan menyokong Adi Putra yang kini aktif mengajar.

"Jika boleh, bantunya dengan mendapatkan (formulanya) dilihat, diterbitkan dan disebarkan jika bermanfaat.

"Mungkin pilihan lain dengan minta bantuannya merangka sistem sokongan untuk kanak-kanak genius," kata Zairil.

"Kepintaran seperti ini sukar dilihat dan perlu dilentur. Pastinya banyak institusi pendidikan tinggi mahukan bakat seperti ini di bawah sayap mereka," kata Noor Azimah
Read more ...

Viral - cium duit RM44,000 jadi persoalan


Seorang peserta ‘Aura Mind Power & Money Magnet Seminar’ mencium duit ketika menghadiri kursus di Kuala Lumpur, 10 Mei lalu. – Gambar daripada Facebook, 26 Mei, 2015. Seorang penganjur seminar kekayaan mempertahankan teknik mencium duit yang digunakan dalam kursus "magnet wang" kendaliannya selepas gambar peserta programnya melakukan aksi itu tersebar luas di media sosial.

Kursus itu mula mencuri perhatian ramai apabila gambar peserta-pesertanya mencium gundalan wang RM50 dan RM10 dan meletakkannya ke dahi mereka, dikongsi lebih daripada 4,000 kali dan disukai lebih 15,000 orang di laman sosial Facebook.

Perkongsian itu dikesan sejak ia dimuat naik laman Facebook "Friends of BN" pada 10.30 malam, 24 Mei, 2015.

Penganjur seminar yang dikenali sebagai Dr Mohamad Khalid Sabran berkata, teknik mengucup bongkah duit bernilai RM44,000 itu bukan satu upacara menyembah duit seperti yang disangkakan orang ramai.

Sebaliknya, ia adalah satu cara untuk menarik rezeki serta melatih "minda bawah sedar" merasakan "getaran, tenaga dan rasa syukur" apabila memiliki duit yang banyak.

"Kita merasakan getaran perasaan itu, bukannya kita sembah duit.


"Malah, kita membayangkan benda yang kita sayang, duit pun kita sayang. Siapa tak sayang duit sedangkan anak bini pun kita cium sebab kita sayang," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Menurutnya, gambar yang tersebar itu adalah daripada kursus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.

Kursus dengan yuran RM550 dari 9 pagi hingga 6 petang itu melibatkan sekitar 40 orang peserta.

Jelasnya, tindakan mencium duit dalam program "Aura Mind Power & Money Magnet Seminar" itu tidak salah.


"Kenapa tidak kita boleh cium duit? Cium itu bukan sembah. Orang mentafsir kita menyembah duit sedangkan masa itulah kita ingat Allah yang akan bagi duit ini.


"Kita membayangkan Ya Allah, Engkau berilah aku rezeki sebanyak ini. Itulah konsep dia.


"Itu yang kita tanamkan dalam ‘subconscious mind’ mereka kerana minda ini apa yang kita fikir itu yang kita dapat," katanya.

Katanya, seorang lagi pengendali seminar "magnet kekayaan" yang sudah tersohor turut mengamalkan teknik yang hampir sama dengan memeluk duit.

Bezanya, penganjur seminar tersebut tidak membenarkan gambar modul itu dikongsi seperti yang beliau lakukan.


"Kita keluarkan gambar ini sebab kita hendak lontarkan idea, untuk dapatkan respons tetapi respons ini kita dapat banyak yang negatif.


"Saya relaks sahaja kerana fikiran saya, manusia di luar sana mudah membuat fikiran yang negatif.


"Kita buat benda betul dan perkara itu peserta sendiri yang menilai dan bukannya orang luar," katanya sambil menambah tiada seorang pun peserta seminarnya meragui teknik itu.


Ditanya tentang sebab angka 44,000 dipilih untuk nilai duit itu, Khalid menjawab, "Saya pilih RM44,000 sebab bagi saya 44 ini angka yang power. 4 campur 4 jadi 8, 8 ini pulak orang Cina kata kayalah.


"44 juga orang selalu kata simpang malaikat 44, kerana kuasa 44 itu.


"Jadi saya suruh mereka (peserta) bayangkan sama ada sebulan mereka akan dapat RM44,000 dengan aura ini atau pun sehari RM44,000 – terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya sambil mengakui ada peserta menangis menahan gelora perasaan sewaktu memegang duit itu.

Daripada pegawai penyelidik ke perubatan alternatif

Berusia 54 tahun, bapa 4 orang anak dengan dua orang cucu ini dahulunya adalah seorang pegawai penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM dari 1989 sehingga 1995.

Berdasarkan laman sesawang syarikatnya, Khalid sudah berkecimpung dalam bidang pemasaran pelbagai peringkat (MLM) bersama 5 buah syarikat selama hampir 25 tahun.

Kini beliau menubuhkan syarikat MLM sendiri yang digabungkan dengan minatnya dalam bidang perubatan alternatif menggunakan pengaliran tenaga yang dikenali sebagai aura reiki.

Ijazah kedoktorannya diperolehi daripada India Board of Alternative Medicine, Kolkata, pada 2013 dan beliau juga merupakan profesor kehormat institut yang sama. 

Beliau kini adalah presiden Persatuan Perubatan Alternatif Malaysia (PPAM) yang diasaskannya.

Menurut Khalid, minatnya untuk mempelajari teknik reiki dan aura bermula sekitar 2008 bagi membenteng dirinya daripada "serangan halus" dalam perniagaan.


"Saya menambahkan ilmu dalam bidang perubatan ini kerana banyak serangan-serangan halus yang berlaku.


"Jadi hendak menguatkan diri kita dan menolong orang, saya belajarlah ilmu aura ini," katanya yang sekarang antara lain menjual susu kambing, serta minyak holistik aura syarikatnya sendiri di samping menganjurkan seminar kekayaan.

Akaun Facebook digodam

Seolah-olah seperti mahu menguji “aura” Khalid dan keampuhan tenaga reikinya, akaun Facebook miliknya didapati digodam malam tadi selepas ditemubual The Malaysian Insider.


"Saya tengah bertapa kat GUNUNG LEDANG. MAAF YA. PM Password," tulis penggodam itu yang dikenali sebagai “MrDodgerX” dari “Harimau Malaya Cyber Army” pada dinding Facebook Khalid.

Khalid sudah membuat laporan polis pada pukul 9.30 malam semalam dan kini menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa. – 26 Mei, 2015.

Sumber
Read more ...

Sijil Halal Secret Recipe ditarik balik


Sijil Halal yang dikeluarkan kepada sebuah premis Secret Recipe di Taman Mayang, Petaling Jaya, telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penarikan sijil halal itu yang berkuatkuasa pada 15 Mei lalu disebabkan faktor-faktor kebersihan.

Penarikan Sijil Halal oleh JAKIM itu juga telah dimuat naik di laman sesawang g www.halal.gov.

JAKIM ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT) pada Selasa telah mengesahkan perkara itu.

Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Nadia Zammil, berkata, JAKIM akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu.
Read more ...

PAS mampu berdikari tanpa PR


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata. PAS mampu berdiri sendiri sekiranya memerlukan mereka keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, PAS sudah mempunyai pengalaman sebagai sebuah parti yang bergerak sendirian.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan untuk meninggalkan gabungan berkenaan sepatutnya diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Dalam hal ini, Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya boleh membuat cadangan sahaja.

“Segala keputusan akhir sama ada kekal atau meninggalkan gabungan adalah bergantung pada keputusan pada muktamar itu sendiri bulan hadapan,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Chepa, hari ini.

Difahamkan, keputusan PAS untuk meneruskan undang undang hudud di Kelantan menimbulkan rasa kurang senang rakan parti dalam PR khususnya DAP.

Mohd Amar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan partinya masih dalam PR dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan di dalam gabungan tiga parti berkenaan.

Ditanya mengenai kemungkinan DAP akan diundang pada ceramah pada 29 Mei ini di Kelantan, Mohd Amar berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya.

Apapun katanya, sekiranya DAP turut diundang mereka tidak sepatutnya atau perlu menggelak untuk berbicara mengenai isu yang sensitif.

“Ada banyak isu sekarang ini untuk dibincangkan termasuklah GST, Tun Dr Mahathir vs Najib dan sebagainya.

“Saya rasa isu sebegini yang lebih baik dibawa oleh DAP berbanding isu hudud,” katanya.

Difahamkan, pada ceramah di Tumpat itu bakal penceramah termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.
Read more ...

Dua juruterbang berkorban demi nyawa orang ramai


Dua juruterbang yang maut ketika menjalani latihan, dipuji atas pengorbanan mereka menjauhkan pesawat terbakar daripada terhempas di kawasan penempatan.

Jurulatih penerbangan berusia 27 tahun, Jiang Tao dan pelajarnya berumur 22 tahun, Lu Pengfei terbunuh, akibat enjin pesawat latihan mereka terbakar, ketika menjalani latihan di Wilayah Liaoning, timur laut China.

“Selepas menerbangkan pesawat itu jauh daripada kawasan padat dengan penduduk, altitud pesawat terlalu rendah untuk mereka terjun menggunakan payung terjun, mereka membuat pengorbanan cara wira,” demikian menurut catatan pasukan tentera negara itu di mikroblognya.

Pesawat yang dinaiki kedua-dua mangsa dari Sekolah Penerbangan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China itu terhempas di sebuah hutan, pada 13 Mei lalu.

Namun, kematian kedua-dua wira itu hanya diumumkan hari ini, ketika Beijing mendedahkan rancangannya untuk memfokuskan “perlindungan di laut terbuka” berbanding “pertahanan di perairan luar persisir” sahaja.
Read more ...

Tiada hubungan istimewa antara Sharnaaz dan Anis


MASIH mahu terus berteka-teki malah Sharnaaz Ahmad tetap dengan pendirian tidak mahu meletakkan status hubungannya dengan pengacara Anis Al-Idrus sebagai pasangan kekasih.

Tidak akan sesekali mengisytiharkan Anis sebagai teman istimewa sebaliknya Sharnaaz bertegas bahawa pengacara itu adalah individu paling rapat dalam hidupnya ketika ini.

“Pemikiran matang saya menghalang daripada membuat pengakuan bercinta seperti yang saya lakukan sebelum ini.

“Sebab itu saya tidak akan sewenang-wenangnya membuat pengumuman kepada khalayak yang Anis Al-Idrus adalah kekasih saya.

“Cukuplah sekadar memberitahu dia adalah wanita yang sentiasa berdiri di belakang saya selama ini,” tegas Sharnaaz menjelaskan status hubungannya dengan Anis yang dikenali sejak tiga tahun itu.

Sharnaaz berkata, keputusan tersebut dibuat kerana mahu menjaga air muka keluarga kedua-dua belah pihak.

Memandangkan pernah melakukan kesilapan apabila mendedahkan kisah percintaannya kepada umum sebelum ini, kata Sharnaaz, dia tidak akan mengulangi perkara yang sama.

Malah dia lebih senang merahsiakan status hubungan cintanya kali ini kerana bimbang berlaku kemungkinan yang tidak diingini pada masa depan.

“Saya sudah menconteng muka dan melukakan hati orang tua saya sebelum ini. Itu adalah ‘dosa’ besar yang pernah dilakukan dan saya tidak akan mengulanginya lagi.

“Oleh sebab itu, saya tidak akan terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan tanpa mendapat restu daripada ibu bapa,” jelas Sharnaaz berhubung dakwaan berdolak-dalih tentang hubungan cintanya dengan Anis.

Kenyataan daripada Sharnaaz itu juga mendapat reaksi yang sama daripada Anis yang berada di sisinya ketika berlangsungnya majlis pelancaran produk minuman kesihatan, Biogenesis Collagen milik pelakon itu baru-baru ini.

Mengakui tidak selesa jika hubungan cintanya itu sentiasa dijadikan topik perbualan masyarakat, Anis juga tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang tidak pasti.

“Dalam hal cinta, selalunya pihak perempuan akan dipersalahkan andai berlaku sebarang masalah pada masa depan.

“Saya juga bimbang tentang perkara tersebut. Jadi dalam hal ini, saya menghormati keputusan Sharnaaz,” kata Anis yang nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus ini.
Read more ...

Maritim berjaya temui mayat kru kapal korek


Mayat seorang kru kapal korek Ocean Line SC208 yang gagal dibawa keluar dari badan kapal terbabit oleh pasukan penyelam kelmarin, berjaya dinaikkan ke darat kira-kira jam 11.15 pagi semalam.

Mayat lelaki warga China yang ditemui berhampiran pintu kapal korek terbabit, tidak dapat dibawa naik akibat arus laut yang deras dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan sebelum disambung semula jam 7 pagi semalam.

Mayat seorang lagi kru yang turut dijumpai di lokasi sama kira-kira jam 8 pagi kelmarin, bagaimanapun terlebih dulu berjaya dibawa naik jam 5.35 petang kelmarin.

Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Jeti Marina, Tanjung Pengelih, dekat sini, untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, operasi SAR yang masuk hari keenam semalam, masih belum menemui baki 10 mangsa nahas yang lain.

“Setakat ini, jumlah mayat mangsa yang baru dijumpai masih empat mangsa dan SAR diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang.

“Hari ini (semalam), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menurunkan tiga penyelam, manakala 15 penyelam daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tujuh penyelam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor,” katanya.

Mustafa Kamal berkata, operasi SAR semalam ditangguhkan jam 7.30 malam dan disambung semula hari ini bermula jam 7 pagi dengan menumpukan operasi menyelam.
Read more ...

Anggota bomba dipecat gara-gara selfie


Dua anggota bomba di selatan China dipecat manakala seorang lagi diberi amaran keras kerana berselfie ketika menyertai gerakan mencari budak hilang.

Menurut laporan agensi berita Xinhua hari ini, hukuman itu dikenakan selepas gambar selfie ketiga-tiga mereka ketika gerakan mencari seorang kanak-kanak yang hilang selepas hujan lebat di wilayah Yunnan, disiarkan di Internet.

Kegilaan berselfie menjadi tajuk perdebatan hangat di seluruh dunia terutama mengenai kesesuaian masa dan tempat untuk melakukannya.

Gambar Perdana Menteri Britain David Cameron, Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menunjukkan mereka merakam gambar beramai-ramai menggunakan telefon bimbit pada Disember 2013 ketika upacara pengebumian Nelson Mandela mendapat kritikan hebat. - AFP
Read more ...

Viral: Mencuri barang mangsa kemalangan - Malaysia 2020


Curi barang mangsa kemalangan, demikian situasi yang dapat dilihat menerusi satu rakaman video yang kini tersebar di internet.

Perangai jijik dan memalukan beberapa individu yang berada di lokasi kejadian apabila sebuah van jenis Nissan Vanette yang membawa muatan beberapa pasang kasut terbalik akibat kemalangan boleh dilihat dengan jelas menerusi rakaman video yang berdurasi 2 minit 19 saat itu.

Bukan hendak membantu atau menunjukkan rasa simpati terhadap mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, sebaliknya, individu-individu terbabit dipercayai mengambil kesempatan dengan mencuri beberapa pasang kasut yang masih berada di dalam van tersebut.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tersebut berlaku tidak diketahui.

Aksi mereka telah dirakam oleh seorang pengguna laman sosial yang ketika itu berada di lokasi kemalangan dan kemudian memuat naik video rakaman tersebut ke laman maya untuk tatapan dan kesedaran ramai.

Moral tidak sihat individu yang mencuri kasut seperti terdapat pada paparan video itu mendapat kritikan daripada pengguna laman Facebook yang rata-rata mengeji tindakan individu-individu di dalam video itu.

Antara pengguna Facebook yang memberikan komen iaitu Wong Kee Fui yang menulis `sungguh tak disangka, perangai manusia begitu mudah terpedaya dengan godaan material. Secara tak disedari mereka gagal dalam ujian moral yang mungkin disediakan tuhan.

Seorang lagi yang mengggunakan nama Mariam Maz menulis, `jahat betullah diorang ni mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain, Nauzubillah’.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 55,053 dan turut dikongsikan lebih 719 kali.


Curi Barang Mangsa Kemalangan
Curi Barang Mangsa KemalanganPemilik video ini mendakwa merakam beberapa pihak mengambil kesempatan mencuri barangan dari kereta mangsa kemalangan. Jika benar, biadap punya orang
Posted by Informasi Malaysia Kini on Tuesday, May 12, 2015
Read more ...
ads