Sidang media bekas TPM jawab persoalan pemecatannya


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan mengadakan sidang media di kediamannya hari ini, sehari selepas beliau disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009 pada pengumuman rombakan Kabinet semalam.

Muhyiddin memberitahu pemberita yang berkumpul di luar kediamannya malam tadi bahawa beliau akan menjawab semua soalan yang dikemukakan pada sidang media yang dijadualkan pada pukul 11 pagi hari ini.

Kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara terus menjadi tumpuan pemimpin dan ahli UMNO yang bersimpati dengan nasib yang menimpa ahli parlimen Pagoh itu.

Antara yang hadir ke kediamannya ialah, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal yang turut disingkirkan dari Kabinet, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan pemimpin UMNO yang terakhir berkunjung ke kediaman Muhyiddin malam tadi.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin memaklumkan beliau menerima keputusan Perdana Menteri yang menggugurkannya daripada senarai baru Kabinet dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun, beliau akan tetap mempertahankan prinsip dan pendiriannya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya redha," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, sebagai Timbalan Presiden Umno, beliau akan setia kepada perjuangan parti.

Pada masa sama, beliau berjanji akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Beliau mengakhiri kenyataannya itu dengan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

"Kepada Allah saya berserah," katanya.
Read more ...

Alasan kesihatan Gani Patail tidak patut diguna


Kesihatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sepatutnya dijadikan alasan menghalang pelaksanaan tugasnya, kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru.

Katanya Majlis Peguam mendapati Abdul Gani mampu menjalankan tugasnya dengan baik dan tidak ada sebab untuk memberhentikannya.

“Pemecatan perkhidmatan Peguam Negara ini merupakan sekuel perintah pengurusan yang mecampuri urusan siasatan ke atas 1MDB.

“Surat itu benar-benar menghalang hak asas seperti kebebasan maklumat, pergerakan dan ekspresi,” katanya dalam kenyataan di laman web Majlis Peguam (http://www.malaysianbar.org.my) malam tadi.

Katanya Majlis Peguam terperanjat dengan laporan akhbar mengenai pemecatan Abdul Gani yang merupakan anggota penting dalam Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu 1MDB.

“Ini menunjukkan adanya campur tangan pihak berkepentingan – seperti eksekutif atau Perdana Menteri sendiri – dalam urusan Pasukan Petugas Khas.”

Perintah pengurusan katanya, dibuat oleh Kerajaan dan agensi menurut budi bicara kuasa berkanun.
“Budi bicara ini pula bergantung kepada prinsip dan tindakan adil.

“Ia merupakan penyalahgunaan kuasa sekiranya perintah pengurusan dibuat dalam tindakan tidak adil atau mempunyai motif tertentu termasuk melindungi mereka yang melakukan kesalahan atau kesalahan itu sendiri.”

Menurutnya, tindakan yang dibuat baru-baru ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa yang dibuat melalui perintah pengurusan.

Beliau memetik keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan perintah pengurusan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat akses ke laman web Sarawak Report yang dilihat menggugat keselamatan negara.

“Sarawak Report merupakan satu sumber dakwaan perbuatan salah laku melibatkan 1MDB, yang juga melibatkan Perdana Menteri.”

“Persepsi biasa adalah perintah itu adalah untuk menyekat akses kepada maklumat dan dakwaan,” katanya.

Kenyataan Thiru sama dengan kenyataan dari peguam lain seperti Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsan dan Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Datuk Ambiga Sreevanasan yang berkata, pelantikan Abdul Gani adalah menurut perlembagaan.

Beliau turut menegaskan perintah pengurusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Imigresen di bawah Akta Imigresen 1959/63 ke atas Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Mohd Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Member of Parliament Pandan) dan Datuk Tong Kooi Ong (pemilik Kumpulan The Edge Media Group), yang melarang mereka ke luar negara tanpa sebab, merupakan satu pelanggaran hak.

“Kebebasan pergerakan untuk individu ini telah dilanggar dan mereka seolah-olah disasar kerana lantang mengkritik 1MDB dan mendedahkan dakwaan salah laku melibatkan 1MDB,” katanya.
Read more ...

Rombakan Kabinet hak Najib - Shafie Apdal


"Adalah menajadi hak  Datuk Seri Najib Razak untuk membuat sebarang rombakan sekiranya pandangan yang diberikan beliau dianggap tidak selari dengan Perdana Menteri," kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang memegang jawatan Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah turut merupakan antara individu yang disingkirkan dari kebinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tengahhari tadi.

"Selama ini saya memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.

"Sejak memegang jawatan Kabinet, saya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar," katanya dipetik Harian Metro, hari ini.
Read more ...

Ummi Hafilda keluar UMNO setelah Muhyiddin Yassin diganti


Kecewa dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, saksi pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali hari ini mengumumkan keluar daripada Umno.

Ummi yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pengunduran dirinya daripada parti itu di hadapan rumah Muhyiddin, petang tadi.

"Saya Ummi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi utama kepada kerajaan bagi kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno hari ini (Selasa).

"Saya malu mengaku ahli Umno kerana apabila kebenaran ditentang dengan cara yang kotor seperti ini. Saya tidak ada jawatan (dalam Umno) tetapi berani menegakkan kebenaran," kata Ummi kepada pemberita di luar kediaman pemimpin itu, sebagaimana dipetik mStar.

Muhyiddin digugurkan daripada senarai kabinet dalam rombakan yang diumumkan Najib, tengah hari tadi.

Tempat beliau diisi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang turut memegang portfolio Kementerian Pertahanan.

Selain Muhyiddin, empat orang menteri turut menerima nasib yang sama.
Mereka adalah Datuk Seri G.Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Sains, Teknologi dan Inovasi).

Rombakan tersebut tegas Najib dilakukan bagi memperkukuhkan barisan jemaah Menteri dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Read more ...

Muhyiddin Yassin terus dikunjungi rakan seperjuangan


Rumah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini terus menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti dan penyokongnya.

Antara yang hadir malam tadi termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tiba di kediaman Muhyiddin kira-kira jam 8.35 malam.

Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang Selasa.

Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilaporkan meninggalkan rumah Muhyiddin kira-kira jam 11.05 malam.

Selain Mukhriz, turut mengunjungi Muhyiddin ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Bercakap kepada media kemudiannya, Abdul Kadir melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan politik di negara ini susulan rombakan kabinet yang menyaksikan beberapa pemimpin kanan UMNO digugurkan.

Beliau turut skeptikal mengenai barisan kabinet baru itu, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa, di Putrajaya.

Najib mengumumkan tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baru dilantik.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mendahului barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari ini.

Upacara yang akan berlangsung di Balairong Seri Istana Negeri itu dijangka bermula jam 10 pagi ini.
Read more ...

Zahid Hamidi TPM Baru Bermula 29 Julai 2015


Dah viral kini di media sosial, Timbalan Perdana Menteri baru Malaysia iaitu Zahid Hamidi yang baru sahaja diumum oleh Perdana Menteri, Najib Razak bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus terkeluar dari barisan kabinet baru.



Apa kata rakyat Malaysia?





#TERKINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Posted by Malaysiakini (BM Version) on Monday, July 27, 2015
Read more ...

Penumpang dihalau turun dari pesawat, beri laluan kepada menteri


Seorang menteri India memohon maaf kepada tiga penumpang yang dihalau dari sebuah pesawat domestik, untuk memberi tempat duduk kepadanya dalam penerbangan itu, minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri India, Kiren Rijiju hanya memohon maaf kepada penumpang yang diarahkan turun dari pesawat itu, pada Khamis, selepas dia dikecam di media sosial.

Dia bertegas tidak tahu ada penumpang yang diarahkan turun dari pesawat Air India itu, bagi membolehkan dia dan rombongannya menaiki penerbangan itu.

“Saya tidak sedar ada penumpang dipaksa turun dan saya sudah memohon maaf mengenai kejadian itu.

“Jika saya tahu, saya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Malah, Rijiju menyalahkan syarikat penerbangan milik kerajaan India itu yang mengubah jadual penerbangan dari Leh ke New Delhi, kerana telah menyusahkan semua pihak.

Kejadian itu terdedah, selepas laporan pada awal minggu ini berhubung sebuah pesawat Air India ke New York yang terpaksa ditunda, semata-mata mahu menunggu Ketua Menteri Negeri Maharashtra, Devendra Fadnavis.

Fadnavis melalui Twitternya mempertahankan dirinya daripada kecaman pebagai pihak dengan berkata: “Tuduhan bahawa saya punca kelewatan penerbangan ke New York tidak betul dan mengelirukan.”

Menteri Penerbangan Awam India, Ashok Gajapathi Raju pada Khamis berkata, kementeriannya akan menyerahkan laporan terperinci kepada Perdana Menteri, Narendra Modi yang meminta penjelasan mengenai “kelewatan penerbangan Air India membabitkan beberapa VIP baru-baru ini.”

Raju berjanji akan “merangka strategik bagi mengelakkan insiden sedemikian” berulang pada masa depan dan memohon maaf kepada penumpang terjejas.

*Muka menteri macam bukan Indian, macam Thailand or Vietnam pun ada..
Read more ...

Gadis 21 tahun ditemui mati tergantung di pencawang TNB


Seorang gadis Melayu berusia 21 tahun ditemui mati tergantung di sebuah tiang pencawang TNB Springhill, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Sejak semalam beberapa keping gambar mangsa tersebar di laman media facebook, menurut apa yang kami intai ramai yang berpendapat bahwa mangsa bukanlah membunuh diri sebaliknya ada kemungkinan dibunuh terlebih dahulu. Mayatnya mungkin digantung  dengan tujuan mengelirukan orang ramai seolah-olah mangsa membunuh diri.

Antara faktor yang menguatkan hujah bahawa mangsa tidak membunuh diri adalah :

1.  Kaki mangsa terlalu dekat dengan tanah.

Jika mangsa benar ingin membunuh diri tentu saja mangsa akan bergantung di tempat yang cukup tinggi.

2. Wajah mangsa yang tidak bengkak.

Biasanya mangsa bunuh diri akan mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian muka, selain dari mata terbeliak, lidah terjulur, muka juga akan bengkak.

Namun sehelai kertas yang ditemui berdekatan turut menjadi tanda tanya, yang tidak mustahil itu juga adalah tulisan tangan orang lain. Apapun kes ini sudah ditangani oleh pihak yang berwajib.

Butiran mangsa:

Nama: Rabiaatul Adawiyah

Umur: 21 tahun

Asal: Negeri Sembilan.

Read more ...

Azhar Sulaiman tegur Azwan Ali


Semua orang tahu kisah Azwan Ali yang memaki hamun salah seorang pengikut Twitternya yang meminta agar mencadangkannya tempat berbuka puasa dengan daging steak.

Peminat tersebut telah mencadangkan "Menate" dalam balasan kepada tweet Azwan Ali.

Namun, Azwan Ali tidak mengenali "Menate" merupakan restoran makanan barat yang menyediakan steak yang terletak di Ampang, Selangor.

Kesalafahaman ini bertambah buruk apabila "Menate" itu sendiri yang bermaksud "binatang" dalam loghat Kelantan.

Mujur wanita tersebut tidak mudah melenting menerima makian AA, malah turut mendapat tawaran berbuka puasa secara percuma di restoran tersebut.

Kini, Azhar Sulaiman selaku rakan kepada AA tampil memberi nasihat agar berfikir dahulu sebelum bertindak diluar kawalan.


Read more ...

Gila!!! Datuk Bandar Mexico nikah buaya


Seorang Datuk Bandar di San Pedro Huamelula, Mexico mengahwini seekor buaya betina pada Selasa demi meneruskan satu upacara tradisi negeri itu.

Upacara itu dipercayai akan membawa ‘tuah’ kepada komuniti nelayan setempat.

Buaya betina itu yang dinamakan Maria Isabel dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudiannya dibaptiskan sebelum Datuk Bandar Joel Vazquez Rojaz melafazkan ikrar perkahwinan.

Nelayan percaya buaya tersebut adalah seorang puteri dan perkahwinan itu bakal membawa lebih banyak hasil laut di Lautan Pasifik.

Dalam majlis tersebut, buaya itu dirujuk sebagai 'isteri' Datuk Bandar.

*Puteri kepala hotak...
Read more ...

Azwan Ali minta maaf kepada @NurAziraWA atau Rani Kulup?


Sebaik umat Islam berbuka puasa semalam, Azwan secara terbuka meminta maaf dan menyatakan rasa hormatnya terhadap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah‎ yang terdahulu, memberi amaran keras untuk membuat laporan polis terhadap kelantangannya menghina orang Melayu.

"Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah..Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.‎

"Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan ‎harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka memberikan tempoh seminggu bagi selebriti itu untuk membuat permohonan maaf sebelum laporan polis dibuat.

Menurut Arka, amaran itu bertujuan melindungi kedaulatan institusi Diraja serta menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Sementara itu, tambah Azwan lagi: "Bak kata Ayah, ini hari baik, bulan baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api, tolong muhasabah! Azwan Ali tidak gentar untuk berdepan dengan apa juga kebenaran.

"Baca terima maaf Azwan Ali dan stop all the nonsense! (hentikan semua hal mengarut!)," katanya lagi.

Kontroversi bermula apabila Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.

Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.

Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.

Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama ‘Menate’ dan bukan mengutuk.

“Maksud saya Steak House Menate,” jawabnya.

Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas ‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu menjadi viral di media sosial.


Admin x nampak pun permohonan maaf kepada @NurAziraWA malah ditujukan kepada Rani Kulup dan orang melayu amnya...
Read more ...
ads