Alasan kesihatan Gani Patail tidak patut diguna

Abdul Gani mampu menjalankan tugasnya dengan baik dan tidak ada sebab untuk memberhentikannya.


Kesihatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sepatutnya dijadikan alasan menghalang pelaksanaan tugasnya, kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru.

Katanya Majlis Peguam mendapati Abdul Gani mampu menjalankan tugasnya dengan baik dan tidak ada sebab untuk memberhentikannya.

“Pemecatan perkhidmatan Peguam Negara ini merupakan sekuel perintah pengurusan yang mecampuri urusan siasatan ke atas 1MDB.

“Surat itu benar-benar menghalang hak asas seperti kebebasan maklumat, pergerakan dan ekspresi,” katanya dalam kenyataan di laman web Majlis Peguam (http://www.malaysianbar.org.my) malam tadi.

Katanya Majlis Peguam terperanjat dengan laporan akhbar mengenai pemecatan Abdul Gani yang merupakan anggota penting dalam Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu 1MDB.

“Ini menunjukkan adanya campur tangan pihak berkepentingan – seperti eksekutif atau Perdana Menteri sendiri – dalam urusan Pasukan Petugas Khas.”

Perintah pengurusan katanya, dibuat oleh Kerajaan dan agensi menurut budi bicara kuasa berkanun.
“Budi bicara ini pula bergantung kepada prinsip dan tindakan adil.

“Ia merupakan penyalahgunaan kuasa sekiranya perintah pengurusan dibuat dalam tindakan tidak adil atau mempunyai motif tertentu termasuk melindungi mereka yang melakukan kesalahan atau kesalahan itu sendiri.”

Menurutnya, tindakan yang dibuat baru-baru ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa yang dibuat melalui perintah pengurusan.

Beliau memetik keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan perintah pengurusan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat akses ke laman web Sarawak Report yang dilihat menggugat keselamatan negara.

“Sarawak Report merupakan satu sumber dakwaan perbuatan salah laku melibatkan 1MDB, yang juga melibatkan Perdana Menteri.”

“Persepsi biasa adalah perintah itu adalah untuk menyekat akses kepada maklumat dan dakwaan,” katanya.

Kenyataan Thiru sama dengan kenyataan dari peguam lain seperti Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsan dan Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Datuk Ambiga Sreevanasan yang berkata, pelantikan Abdul Gani adalah menurut perlembagaan.

Beliau turut menegaskan perintah pengurusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Imigresen di bawah Akta Imigresen 1959/63 ke atas Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Mohd Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Member of Parliament Pandan) dan Datuk Tong Kooi Ong (pemilik Kumpulan The Edge Media Group), yang melarang mereka ke luar negara tanpa sebab, merupakan satu pelanggaran hak.

“Kebebasan pergerakan untuk individu ini telah dilanggar dan mereka seolah-olah disasar kerana lantang mengkritik 1MDB dan mendedahkan dakwaan salah laku melibatkan 1MDB,” katanya.

SCARF Secrets
SCARF Secrets

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads