Azhar Sulaiman tegur Azwan Ali

Azhar Sulaiman harap Azwan Ali tidak bertindak keterlaluan kepada masyarakat sebagai orang lama dalam industri.


Semua orang tahu kisah Azwan Ali yang memaki hamun salah seorang pengikut Twitternya yang meminta agar mencadangkannya tempat berbuka puasa dengan daging steak.

Peminat tersebut telah mencadangkan "Menate" dalam balasan kepada tweet Azwan Ali.

Namun, Azwan Ali tidak mengenali "Menate" merupakan restoran makanan barat yang menyediakan steak yang terletak di Ampang, Selangor.

Kesalafahaman ini bertambah buruk apabila "Menate" itu sendiri yang bermaksud "binatang" dalam loghat Kelantan.

Mujur wanita tersebut tidak mudah melenting menerima makian AA, malah turut mendapat tawaran berbuka puasa secara percuma di restoran tersebut.

Kini, Azhar Sulaiman selaku rakan kepada AA tampil memberi nasihat agar berfikir dahulu sebelum bertindak diluar kawalan.



SCARF Secrets
SCARF Secrets

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads