Gila!!! Datuk Bandar Mexico nikah buaya

Datuk Bandar di San Pedro Huamelula, Mexico mengahwini seekor buaya betina pada Selasa demi meneruskan satu upacara tradisi negeri itu


Seorang Datuk Bandar di San Pedro Huamelula, Mexico mengahwini seekor buaya betina pada Selasa demi meneruskan satu upacara tradisi negeri itu.

Upacara itu dipercayai akan membawa ‘tuah’ kepada komuniti nelayan setempat.

Buaya betina itu yang dinamakan Maria Isabel dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudiannya dibaptiskan sebelum Datuk Bandar Joel Vazquez Rojaz melafazkan ikrar perkahwinan.

Nelayan percaya buaya tersebut adalah seorang puteri dan perkahwinan itu bakal membawa lebih banyak hasil laut di Lautan Pasifik.

Dalam majlis tersebut, buaya itu dirujuk sebagai 'isteri' Datuk Bandar.

*Puteri kepala hotak...
SCARF Secrets
SCARF Secrets

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads