Muhyiddin Yassin terus dikunjungi rakan seperjuangan

Antara yang hadir malam tadi termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tiba di kediaman Muhyiddin kira-kira jam 8.35 malam.


Rumah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini terus menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti dan penyokongnya.

Antara yang hadir malam tadi termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tiba di kediaman Muhyiddin kira-kira jam 8.35 malam.

Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang Selasa.

Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilaporkan meninggalkan rumah Muhyiddin kira-kira jam 11.05 malam.

Selain Mukhriz, turut mengunjungi Muhyiddin ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Bercakap kepada media kemudiannya, Abdul Kadir melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan politik di negara ini susulan rombakan kabinet yang menyaksikan beberapa pemimpin kanan UMNO digugurkan.

Beliau turut skeptikal mengenai barisan kabinet baru itu, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa, di Putrajaya.

Najib mengumumkan tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baru dilantik.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mendahului barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari ini.

Upacara yang akan berlangsung di Balairong Seri Istana Negeri itu dijangka bermula jam 10 pagi ini.
SCARF Secrets
SCARF Secrets

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads