Penumpang dihalau turun dari pesawat, beri laluan kepada menteri

Menteri Dalam Negeri India, Kiren Rijiju hanya memohon maaf kepada penumpang yang diarahkan turun dari pesawat itu, pada Khamis, selepas dia dikecam di media sosial.


Seorang menteri India memohon maaf kepada tiga penumpang yang dihalau dari sebuah pesawat domestik, untuk memberi tempat duduk kepadanya dalam penerbangan itu, minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri India, Kiren Rijiju hanya memohon maaf kepada penumpang yang diarahkan turun dari pesawat itu, pada Khamis, selepas dia dikecam di media sosial.

Dia bertegas tidak tahu ada penumpang yang diarahkan turun dari pesawat Air India itu, bagi membolehkan dia dan rombongannya menaiki penerbangan itu.

“Saya tidak sedar ada penumpang dipaksa turun dan saya sudah memohon maaf mengenai kejadian itu.

“Jika saya tahu, saya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Malah, Rijiju menyalahkan syarikat penerbangan milik kerajaan India itu yang mengubah jadual penerbangan dari Leh ke New Delhi, kerana telah menyusahkan semua pihak.

Kejadian itu terdedah, selepas laporan pada awal minggu ini berhubung sebuah pesawat Air India ke New York yang terpaksa ditunda, semata-mata mahu menunggu Ketua Menteri Negeri Maharashtra, Devendra Fadnavis.

Fadnavis melalui Twitternya mempertahankan dirinya daripada kecaman pebagai pihak dengan berkata: “Tuduhan bahawa saya punca kelewatan penerbangan ke New York tidak betul dan mengelirukan.”

Menteri Penerbangan Awam India, Ashok Gajapathi Raju pada Khamis berkata, kementeriannya akan menyerahkan laporan terperinci kepada Perdana Menteri, Narendra Modi yang meminta penjelasan mengenai “kelewatan penerbangan Air India membabitkan beberapa VIP baru-baru ini.”

Raju berjanji akan “merangka strategik bagi mengelakkan insiden sedemikian” berulang pada masa depan dan memohon maaf kepada penumpang terjejas.

*Muka menteri macam bukan Indian, macam Thailand or Vietnam pun ada..
SCARF Secrets
SCARF Secrets

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads