Sidang media bekas TPM jawab persoalan pemecatannya

Muhyiddin memberitahu pemberita yang berkumpul di luar kediamannya malam tadi bahawa beliau akan menjawab semua soalan yang dikemukakan pada sidang media yang dijadualkan pada pukul 11 pagi hari ini.


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan mengadakan sidang media di kediamannya hari ini, sehari selepas beliau disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009 pada pengumuman rombakan Kabinet semalam.

Muhyiddin memberitahu pemberita yang berkumpul di luar kediamannya malam tadi bahawa beliau akan menjawab semua soalan yang dikemukakan pada sidang media yang dijadualkan pada pukul 11 pagi hari ini.

Kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara terus menjadi tumpuan pemimpin dan ahli UMNO yang bersimpati dengan nasib yang menimpa ahli parlimen Pagoh itu.

Antara yang hadir ke kediamannya ialah, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal yang turut disingkirkan dari Kabinet, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan pemimpin UMNO yang terakhir berkunjung ke kediaman Muhyiddin malam tadi.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin memaklumkan beliau menerima keputusan Perdana Menteri yang menggugurkannya daripada senarai baru Kabinet dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun, beliau akan tetap mempertahankan prinsip dan pendiriannya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya redha," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, sebagai Timbalan Presiden Umno, beliau akan setia kepada perjuangan parti.

Pada masa sama, beliau berjanji akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Beliau mengakhiri kenyataannya itu dengan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

"Kepada Allah saya berserah," katanya.

SCARF Secrets
SCARF Secrets

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads