Ummi Hafilda keluar UMNO setelah Muhyiddin Yassin diganti

Ummi yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pengunduran dirinya daripada parti itu di hadapan rumah Muhyiddin, petang tadi.


Kecewa dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, saksi pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali hari ini mengumumkan keluar daripada Umno.

Ummi yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pengunduran dirinya daripada parti itu di hadapan rumah Muhyiddin, petang tadi.

"Saya Ummi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi utama kepada kerajaan bagi kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno hari ini (Selasa).

"Saya malu mengaku ahli Umno kerana apabila kebenaran ditentang dengan cara yang kotor seperti ini. Saya tidak ada jawatan (dalam Umno) tetapi berani menegakkan kebenaran," kata Ummi kepada pemberita di luar kediaman pemimpin itu, sebagaimana dipetik mStar.

Muhyiddin digugurkan daripada senarai kabinet dalam rombakan yang diumumkan Najib, tengah hari tadi.

Tempat beliau diisi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang turut memegang portfolio Kementerian Pertahanan.

Selain Muhyiddin, empat orang menteri turut menerima nasib yang sama.
Mereka adalah Datuk Seri G.Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Sains, Teknologi dan Inovasi).

Rombakan tersebut tegas Najib dilakukan bagi memperkukuhkan barisan jemaah Menteri dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
SCARF Secrets
SCARF Secrets

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Ads
Ads
ads